Thursday, November 27, 2014

Tentang babywearing

Assalamualaikum wbt..

Semalam ada nampak gambar anak sorang artis yang didukung secara facing out.. pastu ada yang komen yang pada aku lebih kepada teguran secara baik ataupun teguran dengan niat nak perbetulkan apa yang dia buat.. tapi biasala, ramai lak yang fikir negatif tentang komen tu.. yang komen negatif tu lak mostly budak² yang aku yakin belum kawin dan belum ada anak.. 

aku pun pernah up entry pasal babywering sebelum ni.. masa tu siyes aku tak habis explore lagi pasal dunia babywearing ni.. even sampai sekarang pun, aku masih tak khatam.. carrier yang ada skang, aku sumbat dalam stor.. nasibla dak Danish tak nak duk dalam tu.. dan sekarang, aku pakai batik lepas sementara masih mentelaah ssc mana yang sesuai untuk aku carry dak Danish..

klik untuk paparan lebih jelas
mula-mula, sila study tentang jenis² babywearing.. baca dan faham

fahamkan mana yang boleh dan mana yang tak boleh


pilih mana yang sesuai untuk anak korang

kedudukan yang betul.. janganla menyakitkan anak.. susah payah kita mengandung dan bersalinkan dia, takkan nak "seksa" anak macam ni.. kesiankan la kat anak tu..

 kalau cuma ada CC dan belum beli SSC, perbaiki kelemahan CC tu.. upgrade sikit bagi nampak elok pada bayi dan beri keselesaan pada bayi..


study kedudukan kaki tu macam mana..

nah, baca sebab kenapa dan mengapa kedudukan facing out adalah tidak dibenarkan.. 

baca tu, "RULE FOR SAFE BABYWEARING"..

sumber semua gambar : Malaysian babywearer

semua gambar ni aku amik dari group Malaysian Babywearer kat facebook.. jengah² la group tu.. banyak info boleh dapat.. dari zero, insyaAllah kau akan jadi hero kat anak² kau..*admin group, maaf, saya pinjam gambar nak share dalam blog*

Bila korang study gambar yang sikit aku letak ni dan baca ayat dalam tu, masa tu la korang tau kenapa itu tak boleh..itu tak kena.. ini boleh.. itu dilarang.. itu ditegah.. dunia keibubapaan ni bukan sekadar ada anak, jaga anak, bagi minum susu, tukar pampers je.. orang memang pandang remeh benda ni, tapi tau tak kesan jangka panjangnya..

pastu lagi satu, bab harga memang mahal.. nak selesa, nak anak tak sakit, nak kite pun tak sakit, kena la berbaloi dengan harga.. ni bedal beli yang fake, tiruan punya.. ada tak dengar kes baby jatuh dari SSC yang fake.. tak original..heyy, koma tau baby tu!!! haaa, jangan main²..

atau nak lebih jelas, terjah blog siraplimau ni, ada dia huraikan sebutir² pasal babywearing untuk korang lebih jelas.. 

kalau rajin lagi, google pasal babywearing ni..insyaAllah banyak info boleh dapat..




lebiu Danishhhh.. *ehh, tetibe*

Wednesday, November 26, 2014

Kempiskan Perut

Assalamualaikum wbt..

Semalam otw balik keje, tak pernah² dengar radio Suria fm, aku dengar gak semalam.. topiknya, lebih kurang macam azam menjelang 2015.. haaa, gitula..

ada sorang ni, nama dia Yana..sungguh aku dengar..azam nak kempiskan perut.. bersalin bulan 4 hari tu.. normal la lepas bersalin perut buncit..aku pun sama..paling best ayat dia, "kalau baring ke kanan, perut pun ke kanan..baring ke kiri, perut pun ke kiri.." siyes aku berdekah dengar.. hahaha.. 

Adik ke kakak Yana,kite sama weyhh.. aku ni puas la nak kempiskan perut.. tapi macam mat jenin je.. konon la dulu rajin sit up..pastu hampeh.. ohoiii, bencinya.. masa dalam pantang, rajin aku berbengkung dan memang berhasil.. habis pantang 100 hari, makan tak hengat... bukan makan, tapi membedal.. pastu hambek, berlapis perut..

kalau tanya berat, memang tak la berat mana, 42kg je.. okla berbanding sebelum mengandung tu, 38.5kg.. berat dah ok sangat.. kebuncitan je melemaskan aku.. kadang² Danish guna buat memanjat.. ko hengat lipatan perut  ni apa Danish, tangga?? 

bukan perut aku..aku cilok dari Google.. ni contohhhhh



so..ada petua tak cane nak kempiskan perut..hahahaha.. aku siyes la weyhh..