Tuesday, May 31, 2011

My Best Friend's Wedding

Assalamualaikum... =)
Owhh...leganya bila dah dapat semula PC ni, kalau tak masih merempat gune PC bos MK la hari ni... Penat balik dari kampung masih tak hilang lagi... Adehla..maha dasat mengada punya badan ni..hehehe...
Sabtu lepas MK memenuhi tuntutan sebagai seorang sahabat karib menghadiri majlis Walimatul Urus... Geng MK sejak sekolah lagi dan dia la pemecah tradisi geng MK sebab dia orang pertama yang mendirikan rumahtangga... Yeah!!! hehehe... Dan MK diberi amanah untuk menjadi pengapit beliau... Agak keberatan jugak, tapi disebabkan masa beliau bertunang MK tak hadir, maka wajib jadi pengapit.. Maafla, lari tema sikit sbb tak sempat carik baju...huhuhu... Meh jamu mata...
 Sebelum bersanding... =)

 Pengapit pun berdebar kat atas tu..hahaha..sengal jer...

 Mencapub kat pelamin masa pengantin xder....

Mencapub lagi...


Letey sangat..tapi happy sebab kawan rapat dah pun selamat bergelar isteri... Tahniah Dila & Rizal....

notakecik : Who's next???

Hati ku tak keruan...

Assalamualaikum.... =)
Hai semua...Hari ni MK dah mula bersiaran seperti biasa... Kenapa sejak Khamis MK sepi?? Baca entry semalam...hehehe... 
Pagi Khamis tu MK dah mula tak sedap hati, tak tenang je pegi kerja..yela, malam tu akak MK call bagitau si kecik Sara masuk wad sebab tangan kiri dia patah... Rupanya kena admit satu malam.. Sebagai Uda yang sangat penyayang *kata kau..., MK pun kerja separuh hari untuk melawat dia... Sampai di wad, bergenang air mata Sara sebab nampak Uda kecik dia datang melawat...sangat kesian...
Ni masa memula masuk wad..kesian dia letey sebab banyak menangisa....
Dah simen kali kedua...
Yeahh, dh buleh kuar wad.. Peace yawww....

Tapi hilang kesian pas kuar wad sebab pastu main kejar-kejar dengan akak dia... Grrrrrrrrrrr..... Lasak betul la..


notakecik : dot...dot...dot...

Monday, May 30, 2011

Sepi tanpa kata

Assalamualaikum...
Hai semua..windu giler nak mengetuk keyboard usang MK tu.. PC MK ada problem, skang masih di bengkel, katanya esok baru kuar..aisey... Korang rindu MK tak?? Menggeletar tangan ni bila tak dapat menaip entry...ni pun pakai PC bos MK...hehehe...pinjam sat nooo...
Sejak Khamis, MK memang sepi tanpa sebarang entry...blog ni pun dah naik sawang.. Tu pun kalau ada yang perasan la.. Khamis MK kerja separuh hari sebab kena bergegas ke hospital melawat anak buah..  Jumaat lak bergegas pulang ke kampung halaman di Batu Pahat, Johor.. Kena lak naik bas... Memula bila naik dari Putrajaya kul 2.30ptg tu MK fikir terus kuar highway, silap sama sekali sebab kena g Puchong amik orang, pastu tu TBS lak.. Adehla..
Sampai umah kampung dah maghrib, pas maghrib bergegas ke umah sahabat baik..majlis pernikahan dia... Balik dah malam.. Sabtu lak ke majlis walimatul urus sahabat tadi... Malam minggu la baru dapat rehat, kunun nak layan blog, tapi oleh kerana terlalu letih, pas Isyak dah tidur... Ahad pepagi, attend Majlis Khatam Al-Quran dan Berzanji kat kampung, pastu rewang jadi penanggah sampai petang... Ahad malam gerak balik sini, sampai Bangi kul 1.30pagi... Wuuuuuuuuu...letey...
Maaf la kalau MK langsung xde entry untuk tatapan semua (ada ke pembaca setia??).. InsyaAllah esok MK bersiaran seperti biasa.. Banyak cerita nak kungsi sama uols... Hari ni masih ting tong...


notakecik : Masih tertanya2 akan kesepian PinkyMomma....mana beliau??

Wednesday, May 25, 2011

Mentaliti follower

Assalamualaikum.... =)
MK hati kuntum, jadi mudah sentap dan terasa...Errkk, tetibe je kan... Tak ada la, MK pernah buat entry pasal follower MK menyamai bilangan hari berblog..Maafla, malas buat backlink... MK dapat la satu komen kata.. "Blog awek, ramai la yang nak follow"... Erk, sentap jap...MK pun fikir kan semula kata2 dari pengomen yang baik hati ni.. Betul ke macam tu? Sikit pun MK tak terasa dengan komen tu, cume komen tu buat MK berfikir...Seriously, blogger skang memang dah ramai, ibarat cendawan tumbuh lepas hujan... Tapi cuba tengok pengisian setiap blog yang ada.. Blog MK sendiri MK akui sangat tak best, kadang-kadang cume cerita merapu bila idea langsung tak ada...
Kebanyakan follower sangat berharap blog yang difollow akan follow blog kamu semula.. Sorry derr, tak semestinya.. Lagi satu, blogger skang bukan memilih bulu.. nak follow blog awek je.. MK tengok mak awek ramai je follower... Macam kak PinkyMomma tu... So, tiada istilah blog awek je ramai follower.. Kena la rajin terjah blog orang lain, sentiasa update entry.. (nasihat macam dah otai lak)..
Sebagai contoh, sejak semalam MK dikira bercuti dari berblog, pastu tak berapa nak follow blog orang lain, akibatnya, follower tak bertambah... Dan hari ni pun MK tak berBW, follower pun tak bercambah... Cume tu la kena ingat, nak follow blog orang ni jangan memilih jantina.. Jangan bermentaliti, "Awek cun siot, ada bagus aku follow blog dia, mana tau leh jadi gadis masa depan".. atau pun.. "Walaweh, kacaknya dia..ce follow..ce follow.. kot2 hati berkenan.."
Peliss, follow biar dengan niat ikhlas...Ingat balik tujuan asal berblog..jangan main hentam keromo.. So, kalau follower tak berapa banyak, jangan anggap diri tu kurang menawan...cume korang je yang TAK MENAWAN HATI BLOGGER LAIN...



notakecik : Malu nak follow dan tinggalkan jejak bila langsung tak ada entry bagus... =)

Nak MEMBELA pulak..

Assalamualaikum....
Hye korang semua...Windu la setelah bercoti dari blog semalam (mcm tak coti sebab msh enterprem kt kotak komen org)... Baru pas lunch, mamam udang paprik..Habisla, pasni menggatal la MK...muahaha..
Tadi pas makan duk berborak dengan opismate..Dia bakal membela... Owh, MK pun menggedik nak membela gak... Nak buat hobi baru..yela, sebelum ni hobi MK makan dan tidur... Dasat!!! So, daripada mengembangkan badan sendiri tu, MK pun teringin la mengembangkan badan bende lain... Si teman MK ni baru je beli seekor arnab..sangat comel walaupun cuma tengok dalam gambar.. Owh, terjelessss....
Kat kampung dulu, MK ada bela kucing... Sangat banyak ekor.. Nama2 kucing yang MK ingat => Mama, Cici, No Name, Helmet... Hurmmm, yang lain lupe...hahaha... Berbelas2... Dan sekor2 gak la mati....hukhuk..So skang, nak bela arnab gak.. hohoho...syiok lak rasanya.. Tapi, MK ada masalah dalam sesi pembelaan ni.. MK ni nomad, leceh la pulak nk usung ke hulu ke hilir... Tak pe la, bela ikan laga sudahh....
Banyak hobi MK dah berkubur sejak datang sini...kumpul setem, buat cerpen, buat sajak, bela kucing, kumpul syiling lama... Aiseymen, sadisnya kehidupan kat sini..hukhuk.. Korang ada bela apa lak?? Jangan bela toyol sudahh...






notakecik : Suka mengendeng orang...muehehehe

Tuesday, May 24, 2011

Tolong berbudi bahasa sikit yer

Assalamualaikum...
Aisey, ingatkan tadi 1st and last entry, tapi nak menyebok lagik kat sini... Ni entry pendek je yer..
Begini, MK sangat menghargai setiap komen dari semua.. Kalau la boleh bagi duit seposen untuk satu komen, MK akan buat... Tapi macam la MK ni kaya bebenor.. Sah2 musti pasni ramai yang bertenggek kat kotak komen MK...hahaha.. nampak sangat tak ikhlas kan..
Oleh kerana MK sangat menghargai setiap komen, MK merayu,tolong la hormat MK sebagai tuan blog.. Sila tinggal kan komen yang menggunakan bahasa yang sopan... Jangan nak berkasar kat sini... MK wanita, jadi amat dikesali andainya ada segelintir yang cube bagi komen yang kononnya "kite" bersahabat sejak azali... Tolong la yer.. MIND YOUR LANGUAGE... 
Kalau rasa tak suke, jangan baca entry dan jangan sesekali tinggalkan komen yang menyakitkan jiwa raga.. Sila alert, ni blog suka-suka dan kadangkala cume cerita merepek tentang aktiviti harian MK.. Kan MK pernah buat entry pasal ini.. AGAK-AGAK TAK NAK BACA, SILA SEGERA KLIK PANGKAH... Peace yawww...



notakecik : Hati kuntum memang mudah terasa...Maaf bebanyak... =)
okeh, sambung coti sampi petang walaupun kak Pinky suruh halfday je... hehehe

Kena tipu hidup-hidup

Assalamualaikum...
selamat pagi semua....dah bekpes?? MK agak kebengang hari ni.. Jadi, marila teruskan ke isian entry, malas mau buat mukadimah.. pendek la sikit...Sebelum tu nak bagitau, semalam tenet macam siput baru beranak, mau join segmeb abg Ben pun dah tak lalu.. Maap semua, dah reka dah cerita tu...
Okeh, kesah sabtu lepas.. Oleh kerana MK kene kerja secara paksa rela, hati tersangat la buhsan.. Adala insan berhati mulia mau balas kebosanan MK dengan bawak MK kuar.. After Maghrib, kuar la kami berdua, plan mau tengok wayang..dia kata nak tengok Kongsi (walaupun tak best, kena la layankan gak sebab dia belanja)... Katanya ada tiket paling last pukul 9.30 malam, tapi dia boleh lak lengah-lengahkan masa untuk beli tiket.. Kami ni dahla spesis duduk belakang sekali, tak suke duk tengah2...
Pas makan malam, boleh lagi layan tenet dan berita...Grrrrr, dia ni buat xtau je kan... Dah kul 8 ni dol, kang tiket habis lak!!! Okeh, habis berita, naik la ke kaunter tiket...Lagi dia buat muka slumber ajak balik sebab dah penuh!!! Mendidih dah ni.. Dah tu bijak lak ajak usha awek naik turun eskelator... Tak apa la, layan lagik.. Tetibe, bila orang ramai berpusu2 masuk panggung, dia ajak MK menyelit2 masuk sebab nak masuk secara haram.. Harusla MK rejek, kena halau sia2 je.. Dah macam adegan tarik lembu... MK puas la peluk tiang sebab tak nak.. Argggghhhhh, malu!!!
Dannnnn..rupe2nya, dia dah beli tiket tu awal.. Elok je duduk, kena luku kepala tu.. Padan muka.. Agak2 bro nak mainkan orang...Tapi maaf la, MK tidur dan si dia galak gelak tengok citer Kongsi tu.. muahahaha...
Gambar ehsan dari google dan langsung xde kaitan dengan entry ni..peace yaww


notekecik : Yela, entry ni merepek... MK tak ada idea... Ni adalah 1st and last entry untuk hari ni.. Mau coti.. MK dah apply coti kat kak PinkyMomma... FB pun tak buka... Serabut la... Pastu, kepada yang sangat baik hati gunakan nama MK kat segmen semalam, terima kaseh banyak2..InsyaAllah ada masa nanti MK terjah... =)

Monday, May 23, 2011

Bila salah faham, mula la rasa bengang... Grrrrrrrr

Assalamualaikum...
Korang dah lunch?? Alhamdulillah... Ingat lagi tak dialog Ucop Wilcha yang ada kata misscommunication tu..? Rasanya malam tadi brader yang amik order kat kedai makan ni misscomm la.. Nak kata pekak macam kejam sangat... Huh!! Malam tadi MK dan housemate beria mau makan sup dan coconut shake kat Taman Warisan Pertanian, Putarajaya... Kemain girang lagik siap nyanyi2 dalam kete... Sampai2 je, terus park depan tangga, teruja sebab akan dapat makan.. Naik je, kedai tutup..Coconut shake pun tutup gak..kuciwanya.. Maka, gantikan dengan makan eskem, beli kat kedai situ-situ gak.. Dah tu molot MK ni lak kemain ringan je bertanya..
"Abg, kedai sup tu hari ahad memang tutup eh?"
"Kedai tu dah bungkus"
"Eh, awal lagi nak bungkus ni bang" =>agak bengap lak MK ni..
"Bukan tu dik, kedai tu dah gulung tikar"
"Eh, sejak bila? Kawan saya baru pegi Rabu lepas"
"Sejak hari ni. Sewa dah naik, tu pasal bungkus, tak larat bayar sewa gerai"
"Owhhhh.."

Hurmm, baru plan nak datang lagi hari ni atau esok..mujur tanya, kalau tak sia-sia je bazir petrol pegi Putrajaya.. Okeh, tu kes lain..ni kes lain lak.. Pas kecewa tak dapat makan sup kat sana, kami ke Kajang, mau tapau Sup Meletup..
Awek berdua ni order la mihun sup special, dah dapat tu terus balik sebab mengejar Mentor.. Sampai2 umah, depa bagi sup dan sos je, mihun tadak!!! Seb bek umah ada stok mihun.. Cehhh, dah la mahal.. Hampeh betul la... Len kali amik order betul2.. Dan MK pun salah gak sebab tak check baik2.. 
notakecik : letih!!!

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Assalamualaikum...
Malas cakap banyak..terus ke tujuan sebenar...


Berminat nak join gak, kalik gambar santai kat atas untuk maklumat lanjut... wink...wink..


Coti sekolah dah nak mula...

Assalamualaikum...
Salam Isnin semua.. Macam mana mood keje?? MK ok je sebab selagi internet tak kena block, MK kental pegi kerja.. *nampak sangat niat tak ikhlas kan...*
MK sedang manghitung hari skang ni...Biasala, anak yang tak boleh pisah lama2 dari ketiak mak.. haha.. Jumaat ni mau balik kampung, siap dah apply cuti 3minggu awal lagik.. gelojoh!!! Nak2 balik kampung ni coti sekolah, lagi la MK suke sebab boleh main gadoh2 dengan adik pempuan MK..boleh buli adik MK.. boleh buli Adam..hahaha... Cerita pasal coti sekolah, musti teringat perkara WAJIB yang MK, kakak MK dan sepupu sepapat pempuan MK buat... Nak tau x?? Kalau nak tau, baca sampai habes, kalau tak nak tau, ce tekan pangkah terus yer...Tak pakse punnn...hehe
Begini, hari terakhir sekolah iaitu hari Jumaat, balik je sekolah pagi, kami akan bergegas mulakan aktiviti wajib ni...kira mulakan mukadimah... Pastu teruskn sekolah sesi petang..Habis sesi petang, siap2 mandi dan segala2nya..berkumpul umah nenek MK yang terletak sebelah rumah... Dannnn, ketuk ketak...ketuk ketak...ketuk ketak... Eh, tak cukup bahan ni... Curik gambir nenek..hahaha..
Okeh, siap..potong plastik ngam2 saiz je.. Bubuh molek2 pastu bungkus...sok pagi tengok hasil sangat memberangsangkan...!!! Biasanya buat ni time coti sekolah hujung tahu, baru syiok...Sebenarnya, kami buat ni...
v
v
v
v
v
v
v
ehsan dari Google..
Siyes, ni memang feberet MK sampai sekarang, tapi sekarang pakai kat kuku je even pakai dua jari dah memadai...haha.. Dulu lain, kena petik daun inai, tumbuk lagi..siap bubuh bahan2 yang dah macam nak masak.. Bubuh nasik la, arang la, limau kasturi la, sirap la, gambir la...hahaha, mcm sengal je.. Skang siap dah dalam tube, tinggal letak kat kuku molek2 lagik... Nanti nak pakai la.. =>Gedix!!


notakecik : Kan best kalau jadi dak kecik je tak yah besar2...syiok la..xyah fikir masalah..

Saturday, May 21, 2011

Macam tak sama, tapi nak samakan jugak!!!

Assalamualaikum semua...
Riang la hati korang semua sebab bersenang lenang di rumah sambil makan kopok ikan dan menonton citer hindustan kan... MK kureng riang hari ni bekos MK keje... Ni ngah berperang dengan perasaan kebosanan yang amat dasat!!! muahahaha.. Tapi sangat syiok kije hari ni sebab bos ngakk ada... Meriah kerana MK melayari internet dari kul 8 tadi sampai balik nanti... => apa aku merapu ni???!!!
Hari ni MK kekeringan idea tak tau nak buat entry hape.. So, hari berBW sampai haus tapak kaki ku yang bersaiz 3 ni... Follow blog orang... baca blog orang.. komen blog orang... Beginila rutin Sabtu MK.. Dan sejak MK buat entry INI, MK sentiasa berkobar2 ditambah teruja untuk tengok penambahan bilangan setiap hari iaitu JUMLAH HARI MK BERBLOG dengan BILANGAN FOLLOWER MK... Dan tak sangka sangat hari ni menjadi kenyataan... Ntahla, orang lain fikir mende ni langsung xde kaitan, tapi MK sangat mengaitkan antara kedua-duanya...Meh tengok...
Ni adalah jumlah follower MK untuk hari ni...Seramai 407 orang dah follow blog MK... Terima Kaseh uols... Pastu, meh tengok gambar ni lak...
MK dah berblog selama 4bulan 1minggu... 1minggu = 7hari.. Kira ada kaitan la tu kan.. 407orang = 4Bulan 7Hari... Hahahah, buleh terima x?? Boleh la kan... Tapi xtau la kalau pasni ada yang unfollow macam kejadian sebelum ni... MK tak kesah pun.. Lagipun MK tak paksa untuk follow, keikhlasan hati korang.. Dan, nak kenalkan follower MK yang ke 407 iaitu Dik Wanie... moh le ramai-ramai terjah blog si adik manis ni yer.. Peace yawww...


notakecik : Ntah bila la nak sampai riban2 lak...

Giveaway Belog Nemomimosh

Assalamualaikum...
Hurmm...hari ni langsung xde idea nak buat entry best..so, join la GA...hahaha.. Moh le ramai2 meriahkan GA adik manis ni... Sebelum tu, nak tampal banner tuan tanah GA..
Sape yang nak join, klik banner atas ni yer...
Untuk pengtahuan tuan tanah GA, MK dah add facebook penganjur iaitu Zeera Boutiquee... Korang, adiah GA ni memang syiok..Meh tengok gambar bawah ni yer..
Tuan tanah kata, pilih satu... Ermm, MK nak...ni kalau menang tau, MK nak yang no.1 tu..hikhik.. musti comel kalau MK pakai..(bluekk, muntah pink)

okeh, siap...nak tag Eka..Yaya...kami dan mereka.. =>jangan marah uols... MK ngah busan ni..

oryte, mau anta lak esemen ni..hehe..

Yeah, dah muncul kembali...

Assalamualaikum...
Ingat tak masa blog ngeng hari tu?? Bengang kan sebab tak buleh update blog dengan jayanya... Jari lak kena puasa dari mengetuk keyboard..huhuhu, sedey la gak masa tu... Then, bila blog dah ok, ia masih goblok (bahasa Jawa) sebab komen pada entry yang dipost pada hari sebelum blog ngeng dah hilang... Masa tu gerammmmm yang amat... Ibarat kata Nabil Raja Lawak, geram cenggini..Grrrrrrrrrrrrrr... OMG, sakit jiwa sangat masa tu, dan MK pun malas pikir, terus pujuk diri sendiri kata WHATEVERRRR....
Dan hari ni, tetibe dapat 1 new comment, ingatkan yang mana, rupa-rupanya komen 12/05/2011 baru kuar hari bersamaan dengan 20/05/2011... Giler dasat... Lama benar nak sampai sini... Ce tengok ni eh... 
Sebelum ni kosong cenggini...
nampak, kosong kannn....

Dan hari ni, secara tetibe dah ada lak... Magik tul la...hehehe
ni komen yang hilang ghaib dan muncul kembali...

ni lak komen yang baru muncul hari ni...ingatkan tarikh hari ni, tapi lama punya daaaa....

Haish, nak main2 lak blog ni kan...

notakecik : macam-macam hal la....

Friday, May 20, 2011

Gua tau lu tokey, tapi molot jangan bersamaan dengan longkang...

Assalamualaikum....
Hye semua..sedang buat apa?? MK sambil menonton Maharaja Lawak ni dan jari menyambil mengetuk keyboard sebentar... 
Begini, tadi bermakan malam di luar, area jalan Reko, Kajang... Makan la kat satu restotan ni.. Tapi MK xbuleh la nak bagitau apa nama kedai makan tu, bahaya..kang kena saman lak..Okeh, sedang MK membedal nasik goreng ayam kunyit, tetibe ada la terdengar suara sumbang sumbing kat meja sebelah... Rupanye tokey kedai ngah marah pekerja dia...
"Meja ni belum ambik order!"
"Meja ni belum ambik order!!"
"Meja ni belum ambik order!!!"
"Mana pergi korang ni?? Yang makan tu nape sampai 2 orang?? Semua nak makan!!!

Sila baca dialog di atas dengan volume 8 => 9 => 10.... Kuat amat... Padahal pelanggan meja sebelah tu baru je sampai... Dan pelanggan dia bukan ramai mana pun...apa ke bangang sangat sampai nak tengking pekerja dia depan pelanggan...mujur pelanggan tu xlari.. Adeh la, jatuh la air muka pekerja tu... Kalau MK la yang keje kat sana, memang MK benti serta merta... Memang dia bos, tapi apa hak dia nak menengking pekerja depan customer??? Hilang rasa hormat kat bos tau x???
Pesanan MK la yer, kalau nak orang lain hormat kite, kite kenala tunjukkan hormat kite kat orang lain... Mana la budaya hormat menghormati dalam masyarakat kite skang...



notakecik : Baru pagi tadi MK marah bos akak MK...padan muka dia...hahaha

Menternak lemak ber 13 orang...ramainya!!

Assalamualaikum...
Akhirnya, pecah rekod sebab tak buat entry sejak pagi... Dah masuk Sabtu baru sebok nak ketuk keyboard... Ni pun sebab mau share sumthin kat semua.. hehehe... 
Oleh kerana hari ni hari Jumaat yang mulia..maka ada la insan yang baik hati telah membelanja MK and de geng makan Pizza Hut... Alhamdulillah, murah rezeki... Akak ni dulu satu kerja dengan MK, tapi memandangkan dah dapat offer keje lebih baik, maka dia berhenti la.. Rezeki dia... =)  Okla, malas cerita banyak, marila nikmati gambar2 "indah" kami mencekik...Sebelum tu, nak ucapkan berbanyak terima kaseh kepada kak Zaimah sebab sudi belanja kami makan walaupun akak dah xkeje dengan kami... hehe..
Ni la dia tukang belanja kami... => Kak Zaimah... mekaseh kak..

Kami ber 13... ngeeeeeeee

Sebelah kanan tu kakak MK..sama x??

Setat makan dah...

Dan makan lagi.....

Tukang belanja pegang bill...fuhhh... dia ni Orang Kaya Baru okeh!!! hahah

Tu dia....ratus-ratus lak regenya...kelahap sangat rasanya kami makan...hahaha

Budak kecik yang agak gilos!!!
Geng RYOKA => Kak Nisha, Wani, Kak Ina, Kak Zai, Kak Ina (Sales), Kak Norma, Erin, Kak Sad (dia td xde), Kak Suraya, Kak Mila (ni akak MK), Kak Iza, Sham, Fiza n Tina... =)

notakecik : Murah rezeki akak...

Thursday, May 19, 2011

Bila la nak hilang PELAT tu...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kenyang setelah membedal RM2 nasi impit dan kuah kacang... Walaupun badan cekeding, molot ni tak henti mengunyah...senang kata, kuat makan la...hahaha..
Ni cerita anak buah MK...yela, xde anak, cite pasal anak orang... hahaha.. Tumpang kaseh je la yang mampu.. Hari ahad lepas (amboi, citer dah basi dah), MK ikut kakak MK mandi sungai.. Alkisahnya, bertekak gak la sama ada Sungai Congkak atau Tekala.. Akhirnya, persetujuan dicapai dan kami pegi Sungai Congkak... Pergi beramai-ramai dengan family kawan seopis...
Oleh kerana nak mandi sungai, maka bersiap2 la terus berpakaian yang sesuai untuk mandi... Sebelum tu nak mintak maaf..untuk apa?? Nanti akan tau gak...
Otw ke sungai, si kecik Sara bertanya..."Nape Ude tak pakai cekudung??" =>sila baca dengan pantas sepantas kelajuan cahaya.. Hahaha..gelak sakan kami...Si Sara ni until now xbuleh sebut nama dia sendiri dengan betul... Umur dia dah masuk 4 tahun, tp still pelat...tang pelat tu la buat dia comel...hahaha...Ni contoh perkataan yang dia salah sebut..
Cekudung = Tudung
Coklat = Cokat / Cokolat
Sara = Shara






*Adek, kamu comel la...Bila nak pandai cakap dengan elok??

Selekeh gilos!!!

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua-semua...*teruk betul bahasa*... Dah bekpes??? Ke puasa sunat hari ni?? Elok sangat la tu yer...
Nak cerita bab selekeh ni...kalau orang Jawa cakap selekeh ni KEMPROH!! Kelakar tak?? Hahaha... Elokla masa MK ngah berjalan2 sambil menikmati keindahan alam semesta, MK terlihat sesuatu yang menjijikkan... Yarkkkk...Euwww.... Rasa nak muntah pink je bila terrrrrrrnampak mende vodo tu... Hadoi, agak-agak la kalau nak membuang tu...jangan la sepah2...
Bukan buang ek..ek.. tu, tapi buang kahak... Grrrrr.... Hey, kalau orang terpijak macam mana?? Najis okeh... Selalu sangat MK nampak orang yang nek motor ni buang... Kadang2 benti kat traffic light pun jadi je.. Jijik sangat... Dah la, loya tekak nak sambung ketuk keyboard buat entry ni... Menari-nari dah anak tekak ni... Dermmm....


notakecik : Tak reti lak nak buang macam mana...

Wednesday, May 18, 2011

Amaran keras kepada semua PEMANDU

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua..dah bekpes belum?? Sepatutnya entry ni MK buat semalam...tp agak malang sebab semalam dalam keadaan yang amat marah, so MK biarkan hati ni reda..takut bahasa yang MK gunakan agak kasar lak.. Tak elok la macam tu kan... Kang terrrrmencarut susah lak... Muka yang comel sgt tak sesuai membuat carutan.. Ok, begini yer..MK nak bagi amaran..ermm, ekceli bukan la amaran pun, cuma nak kasi nasihat sikit kepada semua pemandu khusunya pemandu KERETA!!! Sesape yang terasa tu, maap sangat..
1) Potong Q
=> Orang lain elok berbaris sementara menunggu lampu isyarat bertukar kaler hijau.. Menunggu dengan penuh sabar...Bagus, MK suka... Tapi MK amat BENCI dengan orang yang memotong barisan ni... Even nak cepat sekalipun, orang akan beri laluan KALAU BAGI SIGNAL... Jangan main keluar sesuka hati.. MK pernah hampir langgar kereta yang suka2 keluar dari Q pastu suka2 masuk Q depan tanpa bagi signal..memang KURANG AJAR!!! Mujur cuma nek motor, kalau nek trelar, memang MK langgar jer...
2) Gelojoh
=> Ni bukan gelojoh makan atau apa..tapi gelojoh bila nak keluar dari simpang...Macam semalam, MK pun hampir dilanggar dengan keta sebab depa gelojoh.. Sah2 MK nak masuk kiri, dah bagi signal pun, yang ko gelojoh nak mam*** tu tak menyabar nak kuar gak dari simpang sebelum persimpangan yang sepatutnya MK masuk memang dapat maki free la dari molot jahat ni... Apa salahnya tunggu dulu orang lain masuk baru ko kuar.. Dulu belajar undang2 kan ada sebut, beri laluan kepada kenderaan sebelah kanan dulu.. macam tu gak kalau kat bulatan.. Apa ke stupid sangat... Sebab MK nek motor jadi suka2 ko la nak kuar terjojol macam tu???
3) Lembap!!
=> Elok je lampu isyarat tukar hijau, ko pun elok la lembap mengalahkan siput baru beranak... Siap2 la masuk gear dan sedia untuk bergerak... Ni tidak, dahla masuk gear pun belum, bila dh gerak macam makan angin lak...Ibaratnya ko meronda2 sambil menikmati keindahan alam semesta.. Kalau persimpangan kecik xpela gak..Dibuatnya lebar dan luas macam kat Putarajaya tu, berbakul2 la maki hamun ko dapat.. Peliss la..alert sikit, bukan ko sorang yang memandu dalam dunia ni...
4) Bertenggek tepi tingkap
=> Ni satu lagi hangen...kejadian semalam gak, aisey, semalam mmg mencabar tul.. Sedang elok MK mencelah di laluan yang sesak menuju ke rumah...Biasala, kalau tak sesak bukan Bangi namanya... Dari jauh ternampak macam bende bergerak kat tepi tingkap kete..Dah la MK ni mempunyai penglihatan yang "jelas", maka MK perlahankan la skuter MK, rupanya baby lingkungan umur 1tahun lebih dengan slumber badak je mak dia tenggekkan tepi tingkap sebelah penumpang dan dibiarkan tangannya keluar melambai2 gaya comel.. "Wei, ko tak sayang anak ker?? Kalau aku tersagat anak ko tadi, sah2 ko saman aku!!!" Seb bek MK bawa motor slow je, kalau mat rempit yang kemain laju bawak tu, maunya ilang tangan dak comel tu... Ni sape yang salah??

Peringatan ye semua, MK tau semua anggap yang nek motor ni mat rempit, tapi silap..tak semua mat rempit.. Yang MK heran, korang seolah-olah tak merasai kewujudan motorsikal kat Malaysia ni..Drive men bedal je, janji ko selamat.. Lebih2 lagi waktu hujan, korang tak basah pun, buat apa nak laju2.. Len la yang nek motor ni.. MK memang tak mampu nak beli kereta apatah lagi nak naik kereta untuk pergi dan balik keje, skuter adalah kenderaan utama.. So, be alert dengan motor2 kecik ni..Jangan jadi biadap atas jalan raya..


notakecik : MK selalu sakit hati bila dalam perjalanan balik keje.. Molot ni tak henti2 memaki...Astaghfirullah...

Asal yang buruk je MINAH KILANG...tak ada minah lain ker??

Assalamualaikum...
Lama dah nak cite pasal ni, tapi asek lupa ni.. Skang dh ingat balik...hahaha...Okeh, stret tu de point sekali lagi...
Begini, hari tu ada la baca kat pesbuk sorang budak lelaki ni, masa tu Hari Jururawat.. Dia menyampaikan sesuatu kepada adiknya...dalam perbincangan adik beradik tu, sang adik bertanya bila si abang mau bawakan calon menantu dan kakak ipar kepada adik dan mak mereka.. Duk2 berborak, si abang kata mau cari calon yang Jururawat gak, biar sama dengan mak depa yg juga seorang nurse...
Tapi pastu yang buat MK tercengang, si abang ada kata.. "Susah2 kang abang cari minah kilang je la.." MK dulu amik sastera...jadi apa yang MK faham maksud tersirat di sebalik ayat tu menunjukkan yang minah kilang ni sangat bersepah dan ada di mana2..Keji gila ayat dia tu.. Apsal tak sebut minah rempit je...???!!
Persoalannya, keji sangat ke keje as minah kilang?? Nape mesti labelkan kerja kilang sebagai profession yang langsung tak dipandang??? MK memang keje kilang.. Asal balik kampung dan orang tanya keje apa..MK jawab keje kilang,depa terus mencebik... At least MK bekerja...bukannya duk umah goyang kaki tunggu parents suap makanan kt molot... Tak de la nak beli spender pun mintak belah kat parents sebab xdak duit...
Hairan dengan mentaliti masyarakat skang...yang bekerja kilang selalu dipandang sebagai level paling bawah... 



notakecik : Jangan nak memilih sangat dalam bab cari kerja ni....rezeki masing2..

Jom join BLOGLIST Cik Cempaka

Assalamualaikum...
MK baru je nak join ni...adehla, lems betul kan...hahaha.. seb bek tarikh tutup lama lagik...30/05/2011
Sesiapa nk join, klik je gambar comel kt atas ni yer...
Cik Cempaka mintak buat entry simple...komen dan kritik blog beliau.. MK xde la nak kritik dan komen.. Lagipun MK suke baca entry dia ni sbb sangat simple... beliau xde nak menaip panjang2... dari lukisan dodol pun beliau buleh buat cerita.. so comel lah!!! Okeh, tu je.. yang pasti setiap enty Cik Cempaka memang comel... Dulu beliau bubuh gambar bunga kaler biru, skang berubah jadik dodol chomel...
MK nak tag semua follower MK....
okeh, siap...


notakecik : tah bila MK nak pandai buat katun2 comel ni...

Asyik hilang jer...adeh..

Assalamualaikum uols sekalian..*ada lak bahasa cenggini*
Okeh, stret tu de point la yer..xmo mukadimah2 ni..letey.. Pepagi ni kunun nak follow balik kepada sesap2 yg follow MK semalam... yela, kt umah sangat "laju", mmg agak payah nak follow back... MK memang akan follow balik asalkan xde ayat2 pemaksaan yg ditinggalkan kat kotak jerit tu...hahaha.. keji x??
Dan keran eksaited sangat nak memfollow balik, kotak pengikut tu kosong je.. Mengapakah?? MK punye la nk jejak balik mereka yang baik hati tu, tapi xleh lak... adehla... sakit otak!!! Ce tengok gambar ni..
Kosong je kan...ni bukan edit ok, xde masa nk edit2.. ni memang sedia kosong je.. Memula ingat kat blog je kosong, kat dashboard pun kosong gak...

Kepada pengikut MK, harap bersabar..nnt MK terjah balik yer....Ntah nape ngeng ni.... Ada je la prob blog ni... Sabaq na...


notakecik : Busan dehh....

Tuesday, May 17, 2011

McD bukan tempat untuk makan lagi...

Assalamualaikum...
Bersiaran lagi untuk kali kedua...hehehe... Otak agak lemau memikirkan idea untuk buat entry baru... Sangat lambat... aiseymen....
oh ya, tadi MK terserempak dengan Ujang dan wife dia yang comel sape lagi kalau bukan Yana... Harusla MK yang tegur dia dulu sebab sah2 depa xkenal MK... MK pun agak lambat nak cam, tpi bila nampak inai merah dijari, sahih la itu pasangan pengantin baru... Seb bek tak salah orang...kalau tak, malu derrr....Boleh lak molot ni nak sebut Kak Yana, sah2 Yana lebih muda dari MK...apa daaaa...
Gini, tadi makan di mekdi, itu pasal jumpa Ujang, dia kan DUTA MEKDI.... MK lak makan mekdi sebab mau habiskn voucher yang ada... Agak ramai la tadik sampai parking pun agak jauh, nun di sebelah gelanggang futsal... Baru teringat, waktu tu adalah McValue Lunch...Tu pasal ramai umat....
Pas dapat beger2 kami, makan dengan rakusnya, depan meja kami adala dua orang dak pempuan duduk bersila.. MK tak hirau bab tu, tapi yang MK hirau, depa bukannya makan, tapi study kat mekdi.. Ello, xyah tunjuk ko punya rajin kat sana la.. bukan study pun, duk usha guy sebelah meja je.. Macam la MK tak perati.. Ada sorang akak tu lak leka mengait... Adehla... nak buat mende2 ni,sila la balik umah.. ramai lagi customer yang nak duduk... concern la sikit dengan orang lain... Bukan ke sekolah atau kampus dah sediakan perpustakaan... Perpustakaan awam pun ada.. Kalau alasan hari ni Public Holiday dan library tutup, ada lagi tmpat lain leh study.. dahla borak gebang subjek kimia.. Macam ko sorang je amik KIMIA!!! Boleh lak kan study tempat crowded macam tu??? Pelisss la..xyah tunjuk rajin korang tu... Propa je MK tengok...



notakecik : berbulu dengan perangai dak2 skarang yang mengalahkan orang dewasa...

Doktor sendiri tak yakin, macam mana nak percaya dia???

Assalamualaikum...
Hai semua, hari MK agak lewat bersiaran... Mood baru menjengah untuk hapdate entry... kalau tak keje macam ni la jadinya...Bosan memanjang...keje pun bosan...hahaha...
Semalam kan MK ada bagitau yang MK sakit mata... so, semalam balik kije terus g klinik...yela, takut la melarat... pegila klinik panel opis... setelah reg dan duduk menunggu giliran, xlama pastu MK pun masuk la bilik rawatan.. bila doc tanye sakit apa, MK jawab la sakit mata.. Dia pun tengok la mata ni, tapi yang herannya, sangat la sepantas kilat bersamaan kelajuan cahaya... tak sampai 2saat okeh... pastu check tekanan darah... doc senyap lagi...pastu dia cakap, "mungkin mata awak ni masuk bende dan awak gosok2".. Dermmm... itula ayat yg MK bagitau kat dia dan dia buat kemungkinan semula... wadehel!!!! Pas habis cakap, dia suh MK keluar dan tunggu amik ubat...

ce tengok anak mata tu...merah kan... tu macam tompokan darah, gambar ni amik masa 1st day kena...hari ni dh 3rd day dan tompokan tu semakin membesar... doktor tu sikit pun xcakap merah tu bahaya ke tak, mudarat ke tak... dah bertitis2 ubat letak,tapi sama jer... sangat tak selesa ok.... Patut la dulu Naib Canselor UPM ada cakap,kadang2 doktor ni pun tak betul... Sape2 yang amik medic, jangan jadi macam doktor ni yer...



notakecik : masih merawat mata...

Monday, May 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Assalamualaikum...
Dah agak lama rasanya tak melibatkan diri dalam segmen oleh Mr.Ben.. Jadi, oleh kerana hari ni agak kerajinan tahap dewa dewi...So, mengetuk la keyboard burok ni... Okeh, mari kita mulakan!!!!!!!
Nak join, kelik gambar atas ni yer...
Okeh, Mr.Ben suh bagi pendapat mengenai DUNIA PERCHENTAAN dan mintak kongsikan pengalaman... MK nak cite ni, korang jangan muntah pink lak yer.. Feeling2 gedix sikit..
Memang indah kot bila bercinta ni.. Dulu 1st time ada BF masa habisnya sekolah... sebelum ada BF, agak jelesla dengan kawan2 yang asek cite pasal pakwe je.. So ati meronta2 nak ada bf gak..gatal!! Owh, sgt merimaskan lak sebab dia ni nak kita macam belangkas.. Euww...not my taste la.. And now, barula rasa nikmat bercinta yang sebenar (gedixnya!!!) sebab ada orang amik berat pasal diri kita...Ada tempat untuk share cerita sebab dia je la tempat MK lepas geram, sedih dan happy.. dia lak spesis tak kesah...ngeh..ngeh.. lebih best bila sekepala... Semua pun mesti pernah bercinta dan sedang bercinta even dak2 skolah lagi smpi panggilan pun dah mama..papa..hubby..honey.. lebah..madu dan tah pap2 lagi..
Bila perempuan ada BF, betul2 rasa dilindungi.. Siyes..MK tak tipu.. Mana ada lelaki nak biarkan kekasih hati dia kena kacau atau yang sewaktu dengannya, betul x?? Kalau lelaki ada GF lak, mestila rasa disayangi..kalau sebelum ni terlajak je bgn tdr, maybe skang dh ada jam loceng sendiri...betul x?? Dunia percintaan indah kalau kita betul2 pandai jaga...tapi kalau sebaliknya, susah la..better kawen je.. Faham2 je la apa maksud MK ni yer.. Tepuk dada, tanya hati...


notakecik : ♫♪♪Indahnya percintaan bersamamu, Terlena dibuai kasih sucimu, Rindu yang ku alami Dari hati tak ku sangsi...lalala♫♪♫♪

Apakah yang WANGI itew????

Assalamualaikum....
Korang dah makan?? MK sudah...tapi slera agak kurang hari ni, nasi+telur dadar+kentang je... Kepala sakit amat...mungkin gara2 mata ni kot.. Sejak semalam mata ni tak sihat, ada tompokan darah kat bijik mata ni, amat tak selesa... Tapi bengong pulak rasa sbb baru nak g klinik petang ni... Okeh, ttp cerita...
Ni pasal bau-bauan yang amat wangi tumpang lalu di hidung pesek MK.. Masa tu hampir kul 12 malam, MK dalam perjalanan balik umah, dan seperti biasa menunggang motor sendirian berhad... Lalu la kat satu kawasan ni, aiseymen wanginya... Baru nak bukak molot tegur, terus kensel... Takut makkk...kang xpasal2 "dia" tompang nek skuter lak.. Berat seyh!!!
Maka, selaju mungkin MK pulas minyak...Fuhh, selamat..sampai gak ke rumah... Tapi bila fikir2kan balik, bau mende apa la yang wangi sangat tu yer... Orang suka kata tu musti ada "momok"... Eh, yeke?? Masih boleh percaya lagi ker?? Memang infiniti tu ada kan....
Esoknya lalu la situ lagi...cehh, kunun nk jadik macam seekers la, pemburu antu.. Dah tu, MK sangat2 rasa diri ni ngeng sangat sebab memang harus la berbau wangi sebab sepanjang jalan tu ada pokok bunga cempaka... Dermmm...tipah tertipu nyah...
Bengong betul la budak kecik ni...hahaha...cuak derrr....Dulu masa kat kampung memang bunga ni la jadi pewangi beg sekolah MK sebab memang ada tanam... Bila buka je beg, wangi jer... Tak payah beli pewangi mahal2.. hehehe


notakecik : Bila la dapat bercucuk tanam macam dulu balik..adeh!!

Terima Kaseh semua!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...
Hye uols...Tadik masa feeling2 masuk blog sendiri...MK baru terperasan yang MK ada bubuh daisypath kunun pembilangan hari dari belog burok ni dilahirkan.. Sebelum ni bukak blog langsung tak hirau perhitungan hari ni kat kanan sidebar... Hari ni tertengok lak.. hahaha..
Dannn..Alhamdulillah, hari ni genap 4bulan 2hari... Yer, masih baru lagi... Tapi MK bekerja keras untuk sentiasa mengupdate entry baru walaupun kadang2 cumala entry sampah... Tapi, ada aku kesah... kalau tak suke, jangan la baca...
Bersyukur sebab MK masih tak jemu2 nak menaip entry walapun kadang2 seharian tak berupdate kerana kekeringan idea... Dan selama ni juga la pengikut MK bertambah dari sehari ke sehari... Bersyukur sebab ada gak yang sudi follow blog huduh ni... 
Terima kaseh kepada kesemua 384 follower MK... Kepada pengikut setia MK, MK pun mengucapkan jutaan terima kaseh tanda penghargaan kepada semua sebab menyokong MK dari zero kepada....belum hero lagi, tapi dah berisi sikit...Impian untuk dapatkan follower beribu2 mungkin jauh atau mungkin mustahil...Tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang...



notakecik : Tak sangka sangat...

Hari Guru punya cerita

Assalamualaikum semua...
Dh bekpes belum? Atau ada yang puasa sunat hari ni...Elok la tu yer.. hehehe.. Hari ni 16 Mei bersamaan dengan Hari Guru.. Kalau kat sekolah dulu, MK paling suke sbb masa ni kite dapat tengok cikgu2 nyanyi la..menari la...bersukaneka la..macam2 lagi.. Yang pasti, murid-murid akan amik alih tempat cikgu..hahaha.. Bukan apa, masa ni guru-guru cuma menunggu arahan dari anak2 murid untuk lakukan aktiviti yang dah diatur..hehe...
Tapi masa sekolah rendah xde la sbb kalau budak2 yang plan, ntah hape jadinya.. MK lak dulu suka beli adiah walaupun xde duit untuk beli adiah mahal2... Dulu MK ni gatal..asal ada cikgu praktikal yang cantek dan ensem je, mesti ngendeng2 macam kuceng... hahaha...masa tu bajet comel la... Ada lak sorang cekgu ni, nama dia Cikgu Rabani, kalau tak silap asal dari Sarawak.. Masa tu MK darjah 3.. beliau ngajar BM, dan smabil ngajar, beliau suka bercerita...siap berepisod lagik...cite hantu.. Hei, budak2 mmg la suka kan... Dahla beliau comel, kecik je..haha.. Oleh kerana suka dengan dia, MK belikan adiah sempena hari guru.. Ganaz punye adiah...Hahaha... macam bunguk je bila ingat balik.. Nak tau apa MK bagi?? MK bagi SEKOTAK TISU..sebab masa tu mende tu paling senang nak bungkus...hahaha... Xpe, janji ikhlas..
Sebenarnya, cikgu2 xla mengharap sangat kite bagi adiah kat mereka..cume kalau anak2 didik beliau semua berjaya, itula sebenarnya HADIAH TERBESAR untuk semua cikgu sebab hasil didikan beliau semua menjadi... Dulu MK memang bercita2 nak jadi cikgu... mintak program pengajian kat Universiti 5pilihan teratas program pendidikan.. Tapi kuciwa sbb yang sangkut MassComm lak..huhuhu...redha je la.. Hbs degree, kunun nk minta DPLI @ KPLI, tapi semua tak sangkut.. Maknanya, MK memang tak layak la jadi cikgu kan... 
Apa pun, kerjaya guru ni orang paling sanjung...Orang kata mudah sebab kerja setengah hari... Tapi fikir tak macam mana mereka semua nak kawal beratus anak murid yang ada pelbagai ragam??? Lu pikir la sendiri...hehehe


notakecik : Nape xde HARI PENSYARAH??