Aug 16, 2012

Bersyukur

 
 
Hujan turun membasahi bumi.. *ecehh, bahasa aku kemain kan..* ngam² sampai ofis, terus lebat.. selamat dah sampai opis ko.. bersyukur, akhirnya hujan gak.. berbeza Ramadhan tahun lepas, lebih banyak panas berbanding hujan.... ermm, nape tetibe citer pasal hujan n panas ni??
 
sebenarnya nk citer pasal bersyukur aku ada kampung.. tetibe nak cakap macam ni sebab ada kawan² aku yang tak ada kampung.. kawan blogger pun ada.. ehh, tadi pegi keje sayu je.. macam aku sorang je yang lalu.. yang lain mana woi??
 
even kampung aku tu biasa² je, at least bila ditanya, "balik kampung tak?", maka dengan bangganya aku jawab, "mestila".. ello, sangat bahagia bila dapat balik kampung.. kampung yang betul² kampung.. kampung yang masih ada parit, ayam itik, lembu, kambing, kebun, dusun.. bukan KAMPUNG BARU, KAMPUNG PANDAN tu semua..
 
dan kerana ada kampung la aku bersyukur sangat².. bersyukur jadi budak kampung.. kadang² rasa simpati dengan kawan² yang tak ada kampung.. kalau suasana raya pun, pada aku sambutannya agak janggal bagi aku.. pernah kawan aku nak sangat beraya kat kampung, tiba masanya, pengsan sebab tak larat marhaban..
 
jadinya, sesiapa yang memang asal kampung tu, bersyukur dan bangga la ye.. orang yang tak ada kampung nak merasa kampung, yang memang asal kampung,nak berlagak bandar.. huh!!!
 
ehh, esok aku balik kampung.. ada sesapa nak merasa beraya kat kampung, maila batu pahat, johor ye..
 
notakecik : heaven sangat hujan pepagi ni..mata layu je..

16 comments:

  1. sri medan tu memg meriah giler kalau raya lagipun suasana kt situ rasa sayup jerk. sebab ada parit kan.

    ReplyDelete
  2. ehhe syok la kalo ada kampung kan.. suasana nya lain.. hati2 balik kampung ye tina.. selamat hari raya maaf zahir batin ya

    ReplyDelete
  3. akak kononnya balik kg iyer la sbb balik kelantan tp suasana kg tu xde sbb umah kt bandar kota bharu. tp tetap nk balik gak sbb keluarga kt sana. windu... sabtu balik. harap jln dh clear sbb semua balik ari ni, esok. hikhikhik..

    ReplyDelete
  4. memang aku ini anak orang kampung...hehehe...eh bukan kampung la...tapi felda...ihikss

    ReplyDelete
  5. berhati2 dijalan raya ea.. selamat hari raya tina..

    ReplyDelete
  6. selamat pulang ke kampung ye !..

    ReplyDelete
  7. kampung tak kampung,raya tetap raya~~he~~selamat hari raya tina..

    ReplyDelete
  8. kampung pandan tu kampung dya blah..nasib baik blah ayah ada kg kt tampin..haha

    ReplyDelete
  9. kampung tok nenek sy kat kedah.. mmg best setiap kali raya dpt blk kg! hehe..

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mizz...seronoknya dpt balik kg kan...mai la dtg beraya di umah mama nanti...:)

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya kak :)

    kat johor raya meriah. ada baraan :)

    ReplyDelete
  12. eerrr..kampung akak kat shah alam..rase2 ley rase tak kampung nyer tu...*sadis

    ReplyDelete
  13. cik tina, saya takde kampung. sangat sedih. sesiapa yg ada kampung tu hargai lah betul2 sebelum kampung anda tiada. hehe

    ReplyDelete
  14. jauhnya nak beraya sakan katmjohor nun.. sy dpt banyangkan macam mana

    ReplyDelete
  15. kite bangga jadi anak kampung. :D

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com