Sep 20, 2012

Gila Kuasa

 
 
Selamat Pagi Khamis.. mendung je nampaknya cuaca dan ini mengundang kemengantukan diawal pagi setelah pekena nasik lemak singgit serta neskepe panas.. tu diaaaa, panjang bak hang..

Bila aku taip "Gila Kuasa" kat ruang tajuk tu..rupanya ada 2tajuk entry aku ada perkataan gila gak.. gila la.. hahahaha.. tah pape je.. ni aku nak cakap pasal situasi kat tempat keje aku je.. 

gila kuasa kat opis aku ada di mana².. baru bagi pangkat SIKIT, dah rupa KADUK NAIK JUNJUNG.. nak lagi rare, serupa HITLER.. pemerintah kuku besi.. eh, yeke?? pape je la.. berpangkat dia tu kiranya dah boleh duduk atas dan ada orang bawahan yang boleh dijadikan balaci..bila dah ada balaci, kalau buat salah, halwa telinga dia adalah "BODOH".. ye, aku kerap dengar dia memaki downline dia macam tu.. kalau nak dikira, dia tu pada aku tak la cerdik mana kalau REPLY EMEL pun nan hadoooo pandainya!!!

manusia macam ni la kan, diberi kelebihan sikit meninggi diri dah sampai lupa yang kau masih jejak tanah lagi.. kadang² aku terfikir, maybe dia mati nanti *maaf kasar sebab sebut mati* ada tulis kat batu nisan tu.. yela, biasa tulis nama dan tarikh je kan.. nanti dia rekues tulis pangkat sekali.. hambek kau!!!

rasanya tak perlu nak gila kuasa sampai macam tu.. bila orang bawahan tegur silap, mula nak beza²kan pangkat.. "Lu sapa?!!".. hamboih, cantek bahasa.. nanti mati, duk bawah tanah jua.. pastu bila dihimpunkan kat padang mahsyar, panggil nama kita dan TIDAK BESERTA PANGKAT.. ingat tu..

kelebihan yang tuhan bagi tu cuma sementara.. kalau kau kufur nikmat, tuhan tarik balik.. masa tu baru kau tau erti penyesalan.. ibaratnya, DAH TERHANTUK BARU TERNGADAH.. hurmm, banyak pulak peribahasa yang aku guna..

hurmm, aku google gambar daun kaduk..serupa daun sirih.. dan jadi persoalannya, nape bukan sirih naik junjung?? sebab apa tau, sebab biasanya sirih je dibuat SIRIH JUNJUNG.. bukan kaduk junjung.. LOL
 

notakecik : until now, aku tak dapat cari lagu SAYANG-SHAE.. arghhhhh

14 comments:

  1. bak kata dr mahadey.. melayu mudah lupe... dah ada pangkat sket mula la eksen..mmg ramai spesis camni.. slalu jmpa.. huhu

    ReplyDelete
  2. agak terkilan bile ade org macam ni di opis ... nak bua kerja pun x semangat... asyik 'dibodoh'kan jer... tp allah maha berkuasakan... dunia sentiasa bulat .. yg dia tas dan berpangkat x semesti dia yg paling atas ...;p

    ReplyDelete
  3. sampai cakap bodoh kat org..? itu dah lebih dah tu... dia tu pandai sgt ker.... sakit jer hati ni... mendidih pulak dgr..kalau hari2 jumpa org mcm tu boleh kena darah tinggi tu... moga2 org tu cepat ler sedar...

    ReplyDelete
  4. hmmm biasa la tu manusia ... bila di atas semua lupa janji .. bila belum naik kemain berjanji mcm2...eh eh ni berunsur politik ke ni ...hahhahahhaha

    ReplyDelete
  5. takot dgr MK naik hangin pepagi nih...
    sabar yer, kt opis akak pn ada golongan camtu. buat bodo jer

    ReplyDelete
  6. Normal camni, kat uni am macamni, kat kerja nnti pun macamni jugak.

    BTW yang wet market tu haha, kalau pak jaga atau orang tempatan tanya senang je am jawab, ada assignment university padahal saja je keluar amek gambar.

    ReplyDelete
  7. Aish tu lah ego org kita kan?
    Sedangkan sahabat Nabi yg dijanjikan Syurga tu pun sanggup menerima nasihat dari org lain, apatah lagi kita ni yg hanya 'bos' di tempat kerja ^^

    ReplyDelete
  8. ishh, jom jom...bila nak jumpa ni...lalal

    ReplyDelete
  9. biasalah kak manusia ni selalu lupa diri. bila dah kat atas sampai lupa yang dulu dia penah kat bawah.

    ReplyDelete
  10. Tak suka ngan org gila kuasa nih.

    ReplyDelete
  11. kak, jangan lah emo2 selalu nanti cepat tua. hihi.
    cool ok syg

    ReplyDelete
  12. kalau boleh, tak nak jumpa orang gila kuasa ni...

    ReplyDelete
  13. kat tempat kerja memang selalu ada kes macam ni .salah satu politik kerja jugak ni..

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com