Sep 27, 2012

Identiti | Dasar

 
 
Susahnya aku nak mulakan walau sekerat entry untuk hari ni.. macam² benda aku fikir.. rasa nak tidur memanjang sebabnya tak ada la masalah.. tapi dalam tidur pun boleh mimpi masalah.. masalah betul la..
 
tadi baca dua entry dari LelakiSemalam.. pasal free hair dan rahsia.. aku suka sangat dengan entry dia.. tak perlu fikir, macam spontan je.. macam la, aku tak sure.. itu dari pemerhatian aku.. tertanya gak, siapa dia sebenarnya.. blogger lama diblog baru.. siapa??
 
bila dia cakap pasal rahsiakan identiti dia, aku dah terlajak jauh.. memula buat blog, eksaited join GA, join segmen.. pastu kena letak gambar bagai.. untuk apa?? menunjuk?? terlajak perahu boleh undur, terlajak perbuatan, tanggung sendiri.. 
 
pernah aku cuba nak sembunyikan identiti aku.. tapi kalau dah awal² entry ada gambar, sia² je la.. nak delete? tunggu la aku delete terus blog ni.. pastu semalam baca tweet Ben Ashaari.. jangan dedahkan semua perihal kite.. aku termenung jap.. ada tak aku buat macam tu? entahla, lama dah aku buat blog ni, jadi lupa apa aku tulis.. 
 
nahhh, skang besar gabak aku letak muka aku kat header.. comel? comot? cantik? buruk? aku tetap macam tu..  bersyukur atas kurniaan Ilahi.. Alhamdulillah.. dan skang penulisan aku memang tunjukkan siapa aku.. kasar..tak perlu aku pura² baik sedangkan nanti bila kenal, korang cakap, "Macam ni ke perangai tina sebenarnya?".. *maki kaw²*

blog aku, entry aku, tulisan aku..tu cara aku.. entry aku kena maki, kena hentam, aku redha.. orang yang hentam tu memang dasar kaki hentam.. dah tu, nak buat macam mana.. cuma, aku tak suke la guna identiti cik anon yang sembunyi balik tiang tu.. tak cool la!!

hurmm, apsal macam siyes pulak entry aku ni.. maybe sebab aku ngah JK.. ahahaha..gilos!!

btw, sekali lagi, i love mr.Lelaki Semalam entry's..

sekali lagi, aku sangat tak ada mood nak BW ke..nk komen ke hape.. tapi kalau ada entry korang yang aku komen tu, kira aku memang terlebih rajin la tu namanya..

notakecik : aku rasa sangat down.. sangat² down.. nak nanges boley?

15 comments:

  1. Menangislah kalau itu boleh meredakan tekanan. Tapi jangan menangis hingga menambahkan beban seperti sakit kepala yang kuat... :)

    ReplyDelete
  2. Oh ada betulnya juga.. aku pun terletak gmbr aku sekali,
    nnti aku terjah entry dia..

    ReplyDelete
  3. aku rasa cam ade je ... aku insan terpilih ...hmmmmm

    ckp ben tu ade betui nye tp idakla ku bubuh alamat rumah nomot tepon .... aku letak gambo anak2 je pun..material tak de sekadar langsir MIL buatkan ..pastu susu2 gemuk aku ... hehehe

    ReplyDelete
  4. Ai pow rasa menyesal plak boh all da pics
    Nk delete pong org dh kenai
    Just now keep low profile
    Malas nak follow new blog dah
    Cukup hat dah ader ni ngeeee
    Stalker ramai hukhuk

    ReplyDelete
  5. bg akk, kita letak pic tu utk kenang2an dan kita bercerita di sebalik pic tu. esok2 baru kita tau apa cerita sebalik pic tu dan akan buat kita senyum sorang2.

    ReplyDelete
  6. xyah la tunjuk semua pasal diri kite :)

    ReplyDelete
  7. owh, kak tina jgn down sgt2 ei..

    tulah nak rahsiakan identiti tp dah ketak link nama.. xda makna dah..

    ReplyDelete
  8. knapa nak nangis adik..meh nak pinjaman bahu..

    ada masalah ke?

    ReplyDelete
  9. "Dalam dunia Maya 20% betul 80% direka."

    bukan berbohong. tetapi tidak didedahkan, sebab itu kalu akak tgk nama ejam, tak pernah nak ade dalam mana2. nama penuh, alamat, ic, no phone. kalu stakat gambar tak pe kot.

    dan maksud 80% tu. kalau orang tanya dalam twitter or fb whatever. first time kenal, dah tanya "asl" no way kita nak bagi bulat2.

    so bagi la yang 80% tu. bukan tak boleh bagi, cuma kene beralas. tina/female/kl.

    takde la sampai satu tahap.
    nur siti kartina, saya perempuan, tinggal di, no 14 j, jalan kajang 7, setapak indah. KL. kan?

    dan itu lah yang berlaku di twitter.
    nama penuh sebagai nama twitter, 4square membantu plak tu nak bagi tahu dimana anda berada? buat apa? supaya senang nanti perogol bersiri follow? perlukah?

    ReplyDelete
  10. auw! u buat i malu u...!


    untuk blog org perempuan x per its ok...


    cuma perlu tahu kemana arah kita mahu pergi ...itu jer!

    ReplyDelete
  11. Hey, saya follow awak! tolong follow balik! :)

    ReplyDelete
  12. jap jap..nak renung renungkan untuk diri sendiri jap..

    ReplyDelete
  13. dah baca entry free hair tu. kite pon suka.

    identiti ? hmm. susahnya nak kata.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com