Sep 14, 2012

Jaga-Jaga

 
 
Benda ni sepatutnya aku citer kt entry hari Selasa.. tapi kelambatan pulak.. ni nasihat dan ingatan untuk semua orang khususnya WANITA.. 
 
sape sini yang selalu drive sensorang.. xkisahla balik keje ke, pegi keje ke..dating ke, kuar shopping ke hape.. aku nak kabor, TOLONG LOCK PINTU SIAP².. yang aku tau, kete Perodua memang ada autolock kalau tekan brek kan.. Proton ngak ada.. 
 
ok, kisahnya macam ni.. hari Ahad lepas, opismate aku, Wani tunggu kawan dia kat Petronas yang dekat Uniten Bangi tu.. Ada sape tau? Petronas tu kira besar la.. dia parking betul² sebelah Mesra.. lepas dia masuk kete, dia ada ternampak seorang lelaki ni baru je kuar dari kedai mesra dan dengan mesranya dia tersenyum.. kawan aku ingat dia senyum kat orang belakang dia.. so dia perhatikan je lelaki tu.. tapi, lelaki tu tetibe datang dekat kete dan terus cuba buka pintu sebelah penumpang...
 
yang bagusnya, kawan aku terus lock pintu dan lelaki tu tak dapat masuk.. kalau ikut logik, banyak kemungkinan bakal berlaku.. ok, lets say dia salah kete, mesti dia angkat tangan dan say sorry.. tapi dia keep trying to open the door.. dan aku cuma fikir andaian yang negatif.. orang zaman skang muka alim, tapi hati busuk ye..

andaian aku :-
1. tetibe lelaki tu masuk dan hunus senjata lalu ugut untuk minta duit atau barang berharga
2. hunus senjata dan suruh kawan aku bawa kete ikut arahan dia.. kira macam culik
3. suruh kawan aku kuar kete dan larikan kete kawan aku 
4. buat gangguan seksual kat kawan aku

empat kemungkinan yang aku buat kat atas memang tak mustahil akan berlaku kalau kawan aku xlock pintu kete dia.. ye, sangat bahaya.. nama je tempat awam, tapi jenayah ni kat mana² boleh berlaku..

sekali lagi nak ingatkan, lock pintu siap² sejurus masuk kete.. kalau rasa kereta tak ada autolock, pastu banyak duit, buatla autolock sendiri.. 

haishh, seram pulak aku.. even berhenti kat traffic light pun, kalau dah niat orang tu memang jahat, memang dia boleh buat apa je.. sebab tu aku rasa sangat tak selamat bila berhenti kat traffic light dan kat sebelah aku ada motor yang ditunggang seorang lelaki.. aku sangat berharap lampu merah cepat bertukar..

tapi sampai skang, aku tak tau apa niat dan tujuan lelaki tu cuba nak masuk kete kawan aku.. lelaki tu agak kelihatan PSIKO dan MENYERAMKAN.. yang bagusnya, taktik dia adalah pura² senyum dan peramah maybe nak orang keliling nampak yang dia adalah kawan kita.. kalau tak, kenapa dia tetibe senyum mesra kat kawan aku.. bijak kau jantan!!

sekali lagi, SENTIASA KUNCI PINTU KERETA.. 

notakecik : menghitung hari mau ke pulau

23 comments:

  1. Ishhhh...bahaya nya. Memang seram. Jenayah ada dimana2. Smoga kita sentiasa beringat.

    ReplyDelete
  2. BETUI !!
    tu yg kami amalkan .....
    risaunye....

    ReplyDelete
  3. bagus ni utk ingatan bersama. akak pun mmg lock siap2 wpun keta akak autolock bila tekan brek. mana tau kan. tetiba kita masuk keta tak sempat start keta org dah masuk keta kita...seramm. pastu letak pisau kat perut kita bukan org perasan pun kan. benda2 mcm ni biasanya byk berlaku kat tempat awam mcm ni... kena sentiasa waspada dan berjaga-jaga

    ReplyDelete
  4. takut...

    masa tunang eka kena samun kat petrol pump tu,memang kita berdua trauma kalau singgah petrol pump..

    eka yang takde kat tempat kejadian pun jadi takut..Tahan je nak buang air....

    ReplyDelete
  5. tiba-tiba je jadi takut. dahla mila selalu drive sensorang pegi dan balik keje. husband naek moto jerk. tq kak

    ReplyDelete
  6. seramnya...saya kalau kat traffic light pun memang berjaga-jaga je....kot-kot tetiba ada yang pecah cermin ke, naya jugak tu,...

    ReplyDelete
  7. hohoho, sangat seram yea..tq for the info, saling mengingatkan..

    ReplyDelete
  8. Takut kan..mcm2 leh berlaku..:-)

    ReplyDelete
  9. Takut kan..mcm2 leh berlaku..:-)

    ReplyDelete
  10. Skang ni byk citer menyeramkan macam ni kan? Akhlak org skang ni tatau la kenapa teruk sgt camtu.... Jgn lupa 3 kul... InsyaAllah....

    ReplyDelete
  11. elok buat andaian buruk..sgt bahaya di zaman skrg ni..

    ReplyDelete
  12. nampak je muka baik. kadang hati, eiii, mcm nak ketuk je kepala laki macam ni.

    kite mmg akan lock kalau drive. sebab pernah jugak cerita mcm ni. huhuuu

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mizz...betul tu kena berhati2 selalu....proton pun ada autolock juga...:)

    ReplyDelete
  14. Ibu aku dulu pernah cerita officemate dia naik motor nk pergi kerja
    ada lelaki lompat dari motor lain ke motor dia..
    lepas tu kena la ragut beg dia.. nasib baik tak diapa2kn
    nauzbillahimin zalik, manusia sekarang ni menakutkan betul..
    hati2 lah mke sure kena sentiasa kuncikan kereta

    ReplyDelete
  15. ya allah seramnye.. sipbaikla kwn tina dah lock pntu..
    skrg ni tu la psl.. jenayah kat mane2 je blh jadi..
    eeee takot la.

    ReplyDelete
  16. risau jugak eih camtu.. org sekarang mcm2 boleh boleh buat.. aisshh

    ReplyDelete
  17. ya allah seramnya dan ladies please jgn letak handbag kat seat penumpang.....

    ReplyDelete
  18. Hurmmm pernah terjadi kat kawan saya, die otw balik dari dating, nak hantar awek die balik kat shah alam, tiba2 kene tahan dengan kereta wira siap kuarkan parang lg . Masuk keter amik wallet, beg, hp, semua, dan awek die pun kene cabul depan mata die sendiri. But still lucky la tak dirogol ke bunuh ke kan?.

    Pck ejam kawan2 ejam sume cakap kat shah alam bahaya sikit penuh dgn kaki ragut dan pau. So hati2 la, x kisah la mana2, lg2 yang bwk motor, kalau nampak dia pusing2 kat kawasan tu tu banyak kali, sebab nak cari rumah ke apa, tu salah satu trick mcm mana perompak tu aim mangsa, sebab nampak sgt bukan orang situ.

    So hati2. Bukan saja perempuan, laki skalipun.


    Pergi pulau? Beshnye pulau mana? Layang2?



    Ps: ejam tak sure, samada akak dah semakin menjahi diri ejam, atau memang mahu ejam pergi tuk selamanya? Hurmmmm ntah la ejam rasa mcm akak dah benci sgt kat ejam . Kalu ejam ade salah cakap or buat ke apa ke. Ejam minta maaf la. Akak pun dah delete bbm ejam kan hurmmmm xpe la. :) apa2pun ejam doakan akak bahagia la. Hurmmmm bai kak. Maaf sebab penah menyusahkan hidup akak selama nI. Bye

    ReplyDelete
  19. seropusly zaman skang kena hati2. kalau boleh ajak teman. jangan pergi mana2 alone. standby dalam handbag spray lada tu. namee ada ! hehe. so laki2 jangn sibuk nak rompak, nanti kena spray ! hehe

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com