Oct 2, 2012

Perli

 
 
Selamat pagi.. dah bekpes? aku dah.. tapi dasat giler aku bekpes pagi ni, 2bungkus nasik lemak RM1.. badan cekeding, tapi makan banyak.. tsk..tsk..
 
kali ni nak cakap pasal perli.. budaya orang melayu, orang kite..suke cakap berkias.. tapi perli ni bukan kias ye.. perli ni sindiran, ejekan..etc.. senang kata, perli ni lebih kepada mengejek.. faham tak??

dulu, kawan aku sorang ni suke betei perli aku.. kaw² dia perli.. pantang aku buat silap sikit, dia perli sampai hati aku bengkak.. bengkak giler².. sudahnya, aku TERPAKSA PULAUKAN dia untuk beberapa hari.. tujuan aku satu je, nak dia sedar bahawa dalam berkawan ni, kena la jaga hati sesama kita.. tu penting kalau kau nak ikatan persahabatan tu kekal lama..

aku akui, aku kadang² pun suke perli.. tapi perli aku cuma gurauan kosong.. mulut aku memang puaka sikit, mahap la kalau ada yang terasa, tapi aku tak ada la nak perli ejek sampai kawan bengang tahap gaban..

tapi, ada la aku terasa dengan orang kat sini duk perli aku.. time hujan, bila aku drive, dia katanya, "yela, skang orang tu tak basah dah.." tapi bila kebetulan aku bawa motor pastu hujan, diorang cakap gini lak, "Ada kete tak nak bawa, kan dah basah".. serba salah jadinya.. ikut suke aku la nak bawa apa pun.. haihhh.. bila macam ni, aku teringat kisah suami isteri dan seekor keldai..ingat x?? kalau tak ingat, gugel..

nape ye, orang suke abash kite.. setiap apa yang kite buat, serba tak kena.. kalau sound direct, aku rasa ok lagi even sentap gak la hati ni, tapi bila PERLI ni, untuk apa? saje nak bagi kite terasa sampai nak... hurmm, pape je la..

kau rasa dengan perli² boleh buat orang suke.. mungkin tujuan kau nak berkias.. tapi faham tak maksud kiasan dan perli?? dulu sekolah tak belajar ye?? 

ingat, kadang² terlebih perli ni boleh mengundang dendam.. bahaya..

notakecik : semua tanya menghitung hari apa.. bukan kawen la.. tapi nak bercuti.. ehek..ehek..

notalagikecik : keje 6hari minggu ni.. pffttt

23 comments:

  1. Kalau perli tue sy suka buat smbil gelak2..so org yg dgr tue x sakit hati..:-)

    ReplyDelete
  2. yelah orang tu...lalala...eh tetiba...

    ReplyDelete
  3. eh, saya gurau je tadi pasal kahwin tue tau..jgn marah hehehehee

    nak cuti? beshnye..nak ikot?

    perli nie sgt luas interpretation dia..pada yang memperli & diperli...kalau niat yg memperli tu baik, baguslah tapi kalau yang diperli tue tak boleh terima gurauan..haaa susah jugak tue

    tapi kalau perli dgn maksud yang tersirat, tu yg x besh tue uhuhuuu

    ReplyDelete
  4. lempang laju2 org yg suke perli2 tu. haha

    ReplyDelete
  5. memg kak. kadang2 kalau mila xsuka dengan mulut org yang laser ni kita boo layan jerk t dia diam sendiri.

    ReplyDelete
  6. perli boleh...tapi kalau lebih2, sentap hati mak nak :)

    ReplyDelete
  7. kene bynk bersabar dlm berkawan ni kan...

    ReplyDelete
  8. aku selalu kena perli "jaga badan ke sampai tak makan" atau " diet ke"....ye aku diet jaga badan..y..bila aku selalu tak joint makan diperlinya aku kera sumbang sampai ada yg masam² muke le...lantok le...

    ReplyDelete
  9. Emm.. kadang orang perli nak menegur.. sebab bila berterus terang tak faham... biasanya orang kitalah ..
    sebab kalu tengok mat salleh tu.. direct to the point jer.. kena batang idung sendiri..
    Apa2 pun .. baik2lah menggunakan lidah bila berbahasa.. takut menjerat diri sendiri... :D

    Ingatkan diri sendiri gak nie.. (ehhh akak tak perlikan...).. jangan mareeee..

    ReplyDelete
  10. HAI :)
    SPESIS MULUT LONGKANG NI MANA2 PUN ADA.YG PELIK KALAU KENA KAT DIA TAHU LAK KECIK ATI TP BAB SOUND ORG TAK SEDAR PULAK.

    ELOK PULAUKAN JE SEKEJAP BARU DIA SEDAR.TAK PUN HANTAR DIA KAT PULAU
    HEHE

    ReplyDelete
  11. Perli ni pon sesuai dgn orang yg tak faham bahasa. Kekadang kita ckp direct tak faham, kena perli bley plak dia faham.

    ReplyDelete
  12. saya suka perli musuh saya hehe.. tapi bila diperli oleh sesape buat hati kering je haha

    ReplyDelete
  13. best nya akk.
    makan banyakkk tak gmok

    psl perli ni kan

    hehehe
    mmg mkn dlm habis

    bab mlt puaka ni, lya pn sama.hehe
    tp lya mlt puaka kalau malaun ni kacau hdp . kalau xkacau hdp. xpyh kite nk bg ayat ayat pedas kan

    ReplyDelete
  14. memang kekadang makan hati jugakla dengan org2 disekeliling yg suka perli2 ni kdg2 mgkin dorg xsengaja terlepas cakap ayat yg menyakitkan hati kita.. pdhal dorg xnotice pun benda tu.. heee

    ReplyDelete
  15. ekekek akak sama macam gieyana tuu
    kalau akk perli , akak suke gelak2 .. ada masa2 mereka paham dan ada tuu buat dono ekekkee ;)

    ReplyDelete
  16. kat opis akk manjang kena perli....tapi pedulikkan le mulut puaka dan celaka cam dorang, biarlah dorang jadi penghuni neraka ... malas nak layan. lantak depa la....hati sakit tapi tak rugi pape kot kalau tak layan dorang nie....

    ReplyDelete
  17. kadang2 bila org dah perli sampai tak tahan balas lah jugak.. tgk siapa lagi mulat puaka.. ekeke

    ReplyDelete
  18. Igt juga cerita keldai tu.. mulut org ni kan susah nk tutup.. suka bebeno jaga tepi kain org.. kalau kita buat silap nak tegur, tegurlah cara betul bukan dgn perli ^^
    Islam tak ajar kita begitu, budaya mngkin..

    ReplyDelete
  19. a ah teringat cerita psl keldai tu. semua tak kena pada mata org. atauuuu... mungkinkah org tu bergurau tapi tak kena pada tempatnya...lantas org di sini terasa...hehe

    ReplyDelete
  20. tak tau lah orang macam ni nak apa sebenarnya. semua tak kena.

    ReplyDelete
  21. perli sikit dah la. jangan mebih sampai malukan orang tu depan orang ramai. perli membawa padah. hehe

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com