Jun 21, 2012

Kenapa panggil tudung BAWAL

 
 
Lambat lambat je aku nak mulakan entry ni.. Hujan lak kemain lebat.. Sia-sia aku cuci motor.. Bila tak cuci, kemain fanas lahh.. Lemau jugak nak keje..
 
Okla, pasal tudung BAWAL ni aku dapat dari artikel kat yahoo.. yela, mostly mana tau punca sebut ia TUDUNG BAWAL.. siap ada jenama bawal yang ada gambar ikan bawal.. 
 
Bagi mereka yang tidak tahu mengenai sejarah wujudnya nama 'tudung bawal', ianya berasal dari perkataan inggeris iaitu Voile. Selepas tudung itu dibawa masuk ke pasaran Kelantan, mereka menyebut nama Voile kepada "Bak Woll satu" yang bermaksud tudung voile satu, sehingga tudung tersebut dipanggil menjadi tudung bawal untuk memudahkan peniaga dan pembeli. 
SUMBER
 
 Sebahagian koleksi tudung bawal aku..

Ok, baru la aku tau asal usul nape sebut tudung bawal.. dulu terfikir gak, langsung tak ada bentuk ikan bawal.. acane boleh panggil tudung bawal.. 
Pastu siap ada bawal batu la..bawal sulam la..bawal plain la..bawal bercorak la.. ikan bawal mana ada batu, mana ada corak rimau ke hape.. kehkehkeh.. Aku lak memang peminat setia tudung bawal.. Datang la fareeda ke, ariani ke, memang tak minat.. dulu pakai la kejap, siap ada koleksi..tahan jap je, pastu nan hadoo.. aku bagi mak aku..
Shawl lak aku pakai sebab nak ikut trend.. gitula, suke terpengaruh..haha.. Pastu terkubur gak.. kadang² je sarung shawl.. bila nak rasa comel..hahahaha..
Ok, tu je info untuk pagi Khamis yang dingin..sekian

notakecik : rasa nak nyanyi lagu Hujan lak..
Read More

Jun 20, 2012

Aurat Wanita Islam

 
 
Kemain pepagi aku dah up entry aurat ye.. Ekceli, ni susulan entry aku BERBAJU TAPI BOGEL.. dalam entry tu memang aku tak banyak komen apa pun.. Dan satu lagi, entry ni dah lama.. Pagi ni aku check comment, ada satu komen dari manusia bernama tapi tak ada link.. 
 
 Baca dulu komen ni.. betul la komen beliau ni even aku sendiri kadang² lalai.. mekaseh ye saudara sebab beri komen yang pedas dan bernas..  
"Saudara, apa salahnya saudara tinggalkan link saudara. kalau tak ada blog, tinggalkan la emel ke hape. Senang saya nak jejak semula.. Eratkan silaturrahim" => pesanan untuk beliau ☺
Ok, aku nak share bab aurat wanita dalam Islam ni.. Tapi aku COPY PASTE dari laman web JAIS.. Terus terang je ni, aku amik dari sana sebab aku bukan golongan bijak pandai yang mahir bab ni..
 
PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.....SETERUSNYA..

Pastu, korang baca sini lak..aku bagi link.



Dah la, aku siyesli tak berani nak cakap banyak bab ni sebab aku sendiri bukannya sempurna dalam menutup aurat.. ni je la yang aku mampu kongsi.. Wallahu'alam..sekian

notakecik : boleh tak komen ni molek² tanpa nak mengata???
Read More

Jun 18, 2012

Tutorial HTC Screen Capture

 
 
Hari tu Cik Eka ada buat tutor pasal sekerin kepcer untuk Samsung kann.. enpong aku lak bukan Samsung,tak dapat la nak ikut tutor beliau tu.. 
Ekceli, dah 2 3 kali aku tercapture sekerin ni, pahtu aku tak tau acane nak buat.. agak sengal gak la..
Sudahnya, aku gugel sendirik.. then, aku share.. alerrr, aku tau ramai yang dah tau.. aku nak kasi tau untuk orang yang tak tau macam aku yang baru tau ni..
 
 
Ekceli, cara dia sama je dengan Samsung.. Tapi pesen HTC ni home button dia pesen tasekerin gak lebih kurang.. 
Tekan button ON/OFF 2-3 saat then tekan Home button.. *serentak!!*
(bulatan tu button home, petak tu button ON/OFF)
Akan ada Shutter Sound.. *tapi kalau offkan sound tu xde la*
Automatically, gambar yang disnap akan disimpan dalam folder Camera Shots
SIAP!!!

Ni la dia Screen Capture enpong HTC aku.. 
*opss, bebear lak yang jadi model*

untuk enpon lain..sile gugel sendiri.. mekaseh

notakecik : bosan wooo
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com