Oct 30, 2012

Random Rojak

Assalamualaikum wbt...

Pertama kali, aku benci dashboard baru sebab nak masuk seminggu aku tak boleh bukak.. even encik KAMIHIDUP dah bgtau nape xboleh buka, aku pun dah ikut apa dia bgtau tu, still macam tu jugak..  still kuar mende ni.. "You are not currently following any blogs. Use the "Add" button to enter blogs you'd like to follow in your Reading List. Learn more" => stress betei!!



Kedua, tahniah buat rakan seopis (WANI) sebab selamat melahirkan baby Girl..semalam ke awal pagi ni macam tu la.. 3.6kg uolss.. mesti comel..

 
Ketiga..ramai yang tegur gambaq aku kat whatsapp.. termasuk CikMot.. ahahaha.. ala akak, bukan selalu nak enterprem.. kak, comel apa gambar tu.. LOL

 
Keempat, nape macam aku ni dah start nak aktif berblog balik ni.. adessss..  
 
 
Kelima, aku ada dapat interview untuk post PA.. memula nak pegi sebab terasa nak sahut la cabaran ni... nape aku kata cabaran?? sebab aku amik kos mass comm dan tetibe dapat interview untuk jadi PA.. tgk diskripsi tugas, kemainnnn.. tapi, better aku tak pegi sebab sah² aku kena rejek.. mesti ramai kata "belum cuba belum tau".. ye, tapi faham tak kadang² diorg panggil interview sekadar nak cukupkan kuota.. gud luck untuk 6lagi calon yang dipanggil.. 


Keenam, meniti hari² bahagia bersama dia buatkan aku selalu sengih sorang even kadang² dalam hati kecil ada je perangai cemburu buta aku ni timbul.. doa aku, moga kekal macam ni.. tengok, taip cenggini pun dah sendu.. ayaq mata ni woiii..
 
 
akhir sekali, marah tak kalau aku semakkan bloglist korang 3kali sehari???
 
 
 
notakecik :  terasa nak bercuti lagi laaaa
Read More

Oct 29, 2012

Tak sempat buat peace

Assalamualaikum wbt..

Kembali bertugas setelah cuti 4hari..cuti raya.. tapi siyesli raya aku biasa je.. bukan xbest, tapi sangat biasa.. maklum la, Johor tu mana la meriah aidiladhanya.. klu aidilfitri kemain meriah.. selagi syawal tak habis, selagi tu beraya..

even cuti dari khamis, aku balik kampung hari Jumaat.. orang sebok pegi masjid sembahyang raya, aku sebok sesakkan highway.. oleh kerana berjumpa encik Awak sebelum gerak balik kampung, maka aku kuar tol Serdang.. 

sedang elok aku drive, macam ada kilat menyambar.. ok foine, ia adalah "paparazzi" berbayar.. hampagas betul.. tengok meter, 110km/j je aku bawa.. tengok depan sikit, rupenya kawasan tu kena bawa 90km/j!!! hello, kat lebuhraya yang ada 3lane bawa 90km/j je?? so, bila aku nak sampai batu pahat?? 

hurmm, tak sempat buat simbol peace tau.. bagila aku senyum manis dulu kalau nak amik gambar punnnn..
mesti ms snap tu aku ngah drive macho cenggini *enterprem kejap ye encik Awak.. sy cecurik amik gmbr..kehkehkeh*

balik dari johor semalam, tu diaaaaaa..walaupun gerak dari kampung kul 9pagi, sampai Seremban jammed bak hangg.. gerak awal jammed, gerak lewat pun jammed... kena order helikopter satu la macam ni..
 
beginila keadaannya kat depan R&R Seremban kul 11pagi.. senak perut aku tau.. 

Dan, masa nak dekat tol Kajang tu..aku nampak lagi satu signboard yang cenggini
v
v
v
v
hah, ginila rupe signboard tu *ehsan Google*

so, aku cume bawa 80km/j je.. tetibe kat lorong kanan berdesup nissan tu lalu.. nah, amekau "paparazzi" dah snap pict.. juling kejap la mata aku kena flash tu.. 

tu kalau malam tu, sah berpinar bijik mata.. mau langgar divider jalan kalau gitu.. hadoila..

so skang ni, dah kena sediakan RM300 untuk bayar saman.. Syabas tina.. *tepuk tangan sumorang*

 
notakecik : pasni kene menten bawa 90km/j je kat highway.. elok 3jam perjalanan, jadi 6jam.. ciskek
Read More

Oct 23, 2012

Durian Crepe sekitar Batu Pahat

Assalamualaikum wbt...

Pagi² buta dah sebok cakap pasal durian.. Durian crepe.. semalam cik mot cakap pasal mende ni.. Hari ni Kak Huda pulak.. meleleh air liur tengok.. tak apa..tak apa..mak pasghah..

Dan semalam dengan kegigihan yang ada, aku selongkar fb dalam pada fb kena blocked kat opis ni.. buka la thru enpon.. cari punya cari, nah..aku dapat durian crepe yang dijual kat area Batu Pahat..

Nape Batu Pahat dan bukan Bangi?? Yela, dah raya ni aku balik kampung, alang² beli la.. tambah lak yang 6ketul RM10.. murah tak..murah tak?? ahahaha...semangat aku nak makan duyan ni woiii.. siap cari resepi nak buat, tapi macam leceh pulak.. nak buat crepe dia tu kemain la kena tekun.. nak lipat pulak kena betul² nampak gebu geban..fuhhhh..

ok..ok..berbalik pada jualan durian crepe SEKITAR BATU PAHAT.. aku rasa ramai yang tau kot.. Buka la blog ni, CUPPACAKE B'LICIOUS.. tapi better korang buka page fb diorg la, lagi senang..

aku gila weyhh tengok kemain gebu lagik durian crepe ni.. eh, diorg pun ada jual mango crepe bagi sesapa yang tak makan durian ni.. orang BATU PAHAT dan sekitar JOHOR, try la order.. mihmihmih..

atau sesape yang rajin tu, apa kata korang buat sendiri.. puas hati kot sebab mesti dapat banyak.. nah, amik RESEPI DURIAN CREPE ni.. aku amik dari blog kak Azlita (Masam Manis)..

notakecik : mekaseh Nuffnang untuk satu lagi BE.. 

notabengang : KENAPA DARI SEMALAM AKU LANGSUNG TAK BOLEH BUKA DASHBOARD?? RS NAK HEMPUK JE PC NI LA!!
Read More

Oct 22, 2012

Pakcik yang salah

Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi celik je mata, rasa nak hempas bantal je sebab dah masuk Isnin.. aku cuti sehari je tau, semalam.. Pagi ni dah kena kerja.. tapi aku pujuk la hati sebab keje sampai hari Rabu je.. Khamis dah start cuti.. yay!!!! Selamat Hari Raya Aidiladha sumorang...

Semalam aku saja la ikut akak aku dan kak zizah g bawa anak² diorg mandi kat P9 nuu.. 2kali aku pusing semata² cari parking.. parking kat situ memang hazab sangat.. dengan ada kenduri kawennya kat situ, pastu tetiap minggu ada kursus kawen, memang  penuh la semua petak parking..

Dalam pada aku duk pusing cari parking, kat area mamak tu, aku duk follow satu kete merc ni.. dan aku pasan ada seketul alza yang nak kuar dari parking tanpa nak pandang kanan kiri.. sudahnya Alza berdentum dengan Merc ni.. harusla alza tu kemek habis.. 

pakcik alza tu kemain marah² dengan pempuan yang bawa merc ni.. siap tunjuk mata bagai.. mesti nak kata, "kau tak nampak ke aku nak kuar?".. amboih, kemain dialog rekaan aku.. aku saksi ni memang bengang dengan pakcik tu..

korang rasa sape salah? hurmmmm... ye betul, pakcik yang salah sebab dia main kuar je dari parking.. kalaupun dia nak rasa merc tu patut bagi dia jalan dulu, y not dia angkat tangan minta izin jalan dulu atau pape je la untuk dak pempuan ni bagi laluan..

aku memang perhati dari sebelum berlanggar sampaila depa blah.. duk bertekak tetengah jalan dekat 10minit, dah bazirkan masa aku tengok sketsa diorg.. ikutkan rasa hati ni, nak je kuar dari kete dan sepak muka pakcik tu sebab memaki dak pempuan tu.. sendiri salah pastu nak memarah tak tentu pasal.. 

ni la sikap orang kita, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.. salah sendiri, tapi tak nak mengaku.. aku siap cakap dalam hati, mesti nak duit ganti rugi lettew sebab pempuan tu bawa merc dan rasa pempuan tu banyak duit.. 

agaknya memang org pempuan ni selalu dijadikan mangsa.. bawa kete lambat kena maki, bawa kete laju kena maki.. sikit², "mesti pempuan yang drive tu.." hurmmm, yela...


notakecik : musim hujan kan skang..
Read More

Oct 20, 2012

Apa aku rasa sekarang

Assalamualaikum wbt...


Nak tau apa aku rasa skang? bukan rasa la senarnya, tapi lebih kepada alami.. 

sebelum tu, aku rasa happy gilos keje hari ni bikos aku duk sensorang je kat dept ni.. so heaven u noe.. 

tapi, apa yang aku rasa skang ni adalah..hurmmm

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

bosan pulak.. dangggg


notakecik : mohon tekak kembali pulih..
Read More

Oct 19, 2012

Tolong alert pada kenderaan sendiri

Assalamualaikum wbt..


Sedang aku menaip entry baru ni, hujan turun mencurah².. lebat bak hanggg.. macam mana la hati aku tak berbelah bahagi nak tidur ke buat keje.. kehkehkeh..

ikutkan hati, memang tak nak update..tapi update gak la..

ni aku cuma nak bagi peringatan, untuk diri aku jugak.. kalau drive, make sure kete dalam keadaan baik.. lampu depan boleh menyala, lampu brek.. ye, lampu brek sangat penting.. sebabnya, semalam aku hampir langgar kete depan sebab lampu brek dia seketul pun tak berfungsi.. ya rabbi, terus aku mengucap.. dah la brek mengejut, kot la kete belakang lak hentam aku acane..

pastu, signal tu diharapkan jugak la berfungsi.. pesen orang skang kalau nak masuk simpang KIRI memang main masuk je.. signal dia rosak atau memang kedekut nak pasang signal.. maybe efek kat bateri dia kot.. kite lak yang kena alert dia nak masuk simpang ke tak..

lampu depan lak, tolongla nyalakan kalau waktu hujan lebat cenggini.. pastu bila nak senja.. aku mengaku aku pernah lupa pasang lampu.. terus ketuk kepala sendiri..mujur tak jadi pape..

jadi, tolongla periksa kenderaan masing².. baik motor, kereta, van, lori, bas, teksi etc.. aku tak pasti sama ada memang rosak atau apa.. 
 
so touching bila ada yang kata suke baca entry aku.. agagaga.. *kembang idong*

notakecik : lebat sungguh hujan.. mari kita tidur..
Read More

Hangat tahi ayam..katanyaaaa

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat.. Mesti ramai xpasan yang aku dah buka semula blog ni.. yela, duk ramai tau aku dah private blog.. memang kalau ikutkan hati aku, biar je private sampai korang dah lupa aku.. siyesli aku malas nak taip entry, nak BW..nk perah kepala otak cari idea bagai.. penat tahuk!!

Masa aku dah private tu, iklan aku dah delete.. pastu segala benda ada la aku dah delete.. yang tinggal follower dan bloglist je.. 

ramai duk mengadu apsal aku tak invite depa.. masalahnya, aku memang tak invite sampai aku betul² terbuka hati nk invite sebab aku rasa buat masa tu biarla aku sendiri je yang boleh buka blog aku.. aku duk pandang je.. blurrr giler..

Dan semalam, acane tah aku tergerak hati nak tengok nuffnang aku.. dan² la tina oi mengada nak tengok income.. padahal memang tahap tu je.. tapi, unsangkarable bila aku satu BE ngah running.. hadoila, time aku dah malas nak berblog ni la duk datang BE menari² anggun dalam blog.. saje nak suh aku buka blog khennn..

so, aku terpasrah dengan BE..maka aku on jap sementara ia merunning dalam ni.. nanti dah stop,aku tutup balik.. aci tak?? nampak tak permainan di situ.. ni la namanya hangat² tahi ayam walaupun aku tak tau hangat ke tidak tahi ayam tu.. pegang tak pernah, tapi terpijak tu pernah la.. kahkahkah

sesungguhnya, aku dah ketandusan idea dan aku memang dah terlalu malas nak berlog ni.. kalau la ada sape boleh take over blog ni...hurmm.. amikla blog ni..edit la apa yang patut, mak dah malas..

notakecik : aku tau ramai yang akan fikir blog ni tak boleh buka.. hahahaha
Read More

Oct 8, 2012

I am your BOSS

Assalamualaikum WBT



Yes, aku tau kau bos
serta merta aku kena hormat walau dalam paksa
aku pun tetibe kena cakap dengan penuh polite
tunduk sesikit bila bercakap
angguk bila disuruh
tak berani melawan sebab kau akan kata, "i'm ur boss" walau dalam hati

Yes, aku tau kau bos
tapi adakah patut seorang bos sesuke hati jatuhkan air muka pekerja
kau canang kalau aku buat silap
macam aku ni kaki bangku, kayu, buta huruf
hormat aku pun kian pudar gitu

Yes, aku tau kau bos
tapi, ada tak kau rasa aku ni adalah pekerja bawahan kau
yang aku nampak kau ibaratkan aku ni KULI BATAK
yela.."i'm ur boss"

Yes, aku tau kau bos
tapi ada tak tatacara yang betul kau pernah gunakan
layan pekerja bawahan ibarat kawan
tapi kau dah bina tembok besar
aku kena sujud kat kaki kau
berulang kau cakap, "i'm ur boss" walau dalam kias

Penat aku, sakit hati aku, bengang aku..aku diam je
kena marah, dimalukan..
aku tetap pekakkan telinga, tebalkan kulit muka

Paling aku tak boleh, kau suruh aku pusing cerita kat pihak atasan
konon kau perfectionist
minta aku back up kau
aku dapat apa?

Diam aku..senyap aku..angguk aku..
aku juga ada hak memberontak
tapi tak pernah sampai aku kurang ajar
kau tu je tak paham

aku mohon, kau rendahkan la ego kau tu
tak luak pun sen yang masuk akaun kau
tak bertukar pun amaun yang tertera dalam slip gaji
aku pekerja, bukan hamba abdi
jadi, jangan sesuka hati pijak kepala orang bawahan


ye, aku sedang sakit hati dengan layanan super terrible dari orang atas aku.. selagi boleh pijak, dia akan pijak kita, downgred kite serendah mungkin. mujur aku punya SABAR di sisi aku.. sumber aku mencari rezeki.. sesungguhnya, Allah swt bersama dengan mereka yang sabar..

notakecik : istighfar banyak².. ni je la cara aku redakan hati..
Read More

True Friend

Assalamualaikum...
 
 
 
Aku bila baca blog si jna marcello tu, aku selalu terfikir, mana bff aku?? aku bukan jeles, tapi suke dengan ketaksuban dia n yna dalam bersahabat.. sweet gitu..

aku dulu punya bff.. kawan sepermainan..seperjuangan..sepertimu.. ahaha.. tapi bila macam² kes berlaku kat aku, kena tikam segala bagai.. sorry to say, tiada istilah BFF dalam hidup aku.. yang ada cuma sorang.. ye, dia je la.. 

macam² cerita aku baca masalah dalam bersahabat.. setahu aku, sahabat yang baik adalah yang tak pernah tinggalkan kite sama ada kite susah mahupun senang..

senang, ramai yang mengendeng.. masa tu la ramai mengaku kawan.. kawan dari sekolah tadika la.. sekolah rendah la..hape la.. cuba kalau susah, ewahhh..ewahhh..bebuat lupa pulak.. *nah siku*


  tetibe aku dah hilang idea buat entry ni.. adessss

notakecik : sakit jiwa bila nak cari sesuatu dan sesuatu tu mana tah hilang.. bila tak cari, ada je semak depan mata aku..
Read More

Terasa

 
 
Lama aku nak mulakan entry ni.. fikir jap, mula menaip..stop, fikir lagi.. mukadimah pun payah nak diteruskan..
 
Terasa atau orang skang lebih suke kata "sentap", "butthurt".. payahnya orang skang ni.. pada aku, cakap dah berlapik mungkin, masih nak terasa.. penat la nak layan karenah super duper hati tisu ni.. typical malay.. bila cakap berkias, pun dikata kite perli dia.. aku rasa baru hari tu aku buat entry pasal perli.. perli tu kira citer lain la..
 
aku pun hati tisu gak.. sentap² aku pun, sekejap je.. buat apa nak dilayan sangat perasaan tu.. lagi dilayan, lagi kau sakit.. 
 
zaman skang ni zaman cakap lepas.. dan zaman sentap menyentap.. tapi jangan la dibawa perasaan "terasa" tu sampai terlalu serius.. sudahnya, bergaduh!!
 
perli nak terasa.. cakap direct pun nak terasa..cakap berlapik punnnn nak TERASA.. susahnya nak jaga hati manusia ni kann..
 
bawa la perasaan cepat terasa tu sampai bebila..bawa la ke mana².. orang naik menyampah..

senang je la prinsip aku, lebih baik diam..orang tanya sepatah, aku jawab sepatah.. tanya pendapat, kita jawabla sekadarnya.. kang jujur sangat, SENTAP!!

Kiah : kau tengok aku dengan dia gemuk sape?
Jenab : kau nak aku jawab jujur ke tak?
Kiah : jujur je, tak apa, aku tak kisah.
Jenab : Kau agak berisi sikit.. maybe sebab kau rendah sikit dari dia, so lil bit chubby
Kiah : Kau bukannya nak jaga hati kawan, kutuk aku ada la!!
Jenab : @%#^@$@*&@# (tadi dia gak suh jujur)

Serba salah jadinya.. chubby tu comel!!

notakecik : dunia..dunia..cakap jujur dengan kucing lagi elok dari bercakap dengan manusia mudah terasa ni
Read More

Oct 6, 2012

Jahat | Dendam

 
 
 
Selamat berhujung minggu sumorang.. makk keje seperti biasa.. tiada halfday ye.. fullday.. pasrah.. lagipun hari ni buat 5S.. gitu la, keje dengan Jepun ni aku baru tau istilah 5S tu apa.. bertimbun report kat belakang tu yang kena humban dalam store.. perghhh, nak tercabut pinggang aku ni hah duk angkat kotak.. 

btw, tu bukan cerita aku.. ni pasal jahat dan dendam.. aku tak tau la nape dari kecik sampai dah ke tua bangka, ramai betul suke buat jahat kat aku ni.. kena fitnah, maki, hina, kena langgar pun hade.. tak pahammmm

aku tak ada niat nak berdendam, tapi dalam masa sama, aku tak boleh lupa apa yang diorang buat aku.. tu kira dendam jugak ke acane??

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..makanya sebab tu manusia skang buat jahat BANYAK KALI.. kehkehkeh.. sowila, bukan nak perlekehkan peribahasa.. 

apa rasa ye bila buat jahat.. khususnya fitnah.. seronok ye?? jaja cerita buruk kat satu kampung..yang orang kampung percaya bulat², petak², kotak² bagai.. pastu pandang serong kat si mangsa.. superb.. syabas betey!!!

apa pun, terima kasih la kepada semua yang buat jahat kat aku selama ni.. aku tak kisah pun la.. aku maafkan, tapi tetap tak boleh lupa.. bukan berdendam.. haip, tak baekkk ye anak²..

aku tak lupakan bukan sebab apa, sebab nanti bila dia terkena balik, aku suke relatedkan dengan apa yang pernah jadi kat aku.. at dat time aku bersyukur sebabnya Allah dah bagi balasan.. bukan karma atau apa.. tapi maybe termakbulnya doa dari orang yang teraniaya.. 

ouchhh, pinggang siyesli sakit berganda².. 
 
alarm kereta boleh pulak buat hal... kena g hantar ke pusat servis, macam tau² je next week kena anta servis... fuhhhh

notakecik : jom makan..laparina
Read More

Oct 5, 2012

Mengorat Awek

 
 
Salam Jumaat semua.. mendung.. nak hujan agaknya.. hujan rahmat.. pepagi dah berhangen bila berborak pasal cuti ganti.. cuti tak berganti dan finally aku dengar kena tolak AL satu hari.. ni la sikap manusia yang pentingkan diri sendiri..
 
pasal mengorat awek ni, aku bukan nak bagi tips dan panduan.. tapi kejadian depan mata.. aku ni, asal pegi balik keje, macam² perangai manusia aku nampak.. masyarakattttt...
 
seketul viva di lane kanan..seketul saga di lane kiri.. seketul skuter di tengah² (itu aku).. aku baru berkira² nak memotong dua² ketul kete ni sebab lambat.. bukan la lambat mana, tapi sebab aku nek motor kan, boleh la mencelah..
 
tetiba dalam niat nak potong tu, aku nampak kepala tetibe tersembul dari tingkap sebelah penumpang viva tadi.. korang tau dia buat apa?? dia usha a.k.a mengorat gadis yang naik saga kat sebelah kiri tu.. siap lelambai tangan.. so, cara nak kurangkan kegatalan jantans tu, aku pecut kat tetengah antara kete tu.. terus dia masukkan kepala dalam kete.. hah, takut!!!
 
lelaki, tu bukan cara mengorat gadis yang betul ye.. kena kat aku, memang aku sekeh kepala.. kau ingat dah cukup gentle ke usha macam tu?? 
 
selama aku merempit pegi dan balik keje, banyak dah ayat² cinta aku dengar bila berhenti kat traffic light..
"hai, baru balik keje ke"
"Cik kak, cantik baju kurung"
"Naik motor ke?" => dah terang lagi bersuluh tu motor kan, lagi mau tanya.. dangggg
"Umah kat mana?"

nampak tak..nampak tak.. tu belum kes duk kenyit mata bagai.. aku tak pernah la menjawab sebab takut dia aim muka aku ni, pastu balas dendam ke hape.. aku cuma diam, palingkan muka ke tempat lain..

tolong la lelaki sekalian.. pempuan tak suke ye.. tapi tak tau la kalau ada yang suke.. ke, aku je yang tak suke?? lantak la.. tapi better cari cara lain je jejaka sekalian alam.. okbai

notakecik : esok keje dan buat 5S.. jyeah!! *malas hoi!!*
Read More

Oct 4, 2012

Kamus Bergerak

 
 
Semalam kecoh pasal nuffnang bagi BE banyak.. aku pun check la acct nuff aku, siyesli aku ada 50BE.. paling kelakar, aku dapat BE dari tahun 2008.. ahahaha.. aku start buat blog pun tahun lepas.. pelik.. rupenya memang ada masalah dan hari ni dah kembali normal.. bagus!!
 
pasal kamus bergerak ni..aku bukan maksudkan pasal kamus online ke hape.. eh, tapi aku dulu start bawa kamus pegi sekolah since darjah 2.. bangga seyh!!! ahahaha.. paling bangga bila dapat jawab soklan cikgu dengan betul even refer kamus.. "cendawan dalam bahasa inggeris apa?".. aku la yang jawab..muehehe *riak sikit*
 
ok, tu part kamus yang boleh selak² tu.. ni kamus "manusia".. manusia serba serbi tahu.. kadang² sangat la berguna.. boleh jadi kaunter pertanyaan.. (teringat lak masa praktikal kat PPj dan bertugas kat Icentre) tapi lama kelamaan aku jadi menyampah.. sebab apa?? sebab asek dia je la tau segala benda dalam dunia ni..
 
nak tanya bab jalan, dia tau.. bab gajet, dia tau.. bab masak, dia tau.. bab kete, dia tau.. senang kata, semuanya.. aku ni akan kagum bila dia tau bukan cakap² kosong je, tapi tunjukkan sekali.. macam bukti la.. ni just cakap kosong, bila suruh buat, angkat tangan.. nampak sangat la bukan 100% dia tau segala..
 
kadang² aku rasa "kamus bergerak" ni ada lil bit perasaan riak.. idung tinggi bila bercakap.. whoaaa.. mujur tak jadi macam idung pinocchio.. 
 
bila bercakap, jangan ada perasaan riak..dan jangan ada perasaan terlalu merendah diri.. orang yang dengar ni bukan sekadar tak suke, bahkan meluat.. rasa nak..haiyak..haiyak...pijak tengkuk boley???
 
eh, pasal jiran aku semalam tu kan, pagi ni aku tengok pandai pulak dia parking kat tempat lain, elok je.. macam tu la bagus..


notakecik : Apply cuti 3 hari, terus bos kecoh kata aku nak tunang.. haihhh, mengalahkan mulut murai.. tu pun xtau jadi ke tak cuti tu..
Read More

Adik nak tunjuk hebat

 
 
Selamat pagi.. dah bekpes? dah sarapan? ehh,sama je kan.. ke ada yang puasa sunat hari ni?? Alhamdulillah.. 
 
Dah 2 hari entry aku asek la entry sentap menyentap kalbu.. tah pape kan.. emoooooo memanjang... bosan.. pastu dah lama aku tengok entry aku macam siyes je.. heyhh, ni bukan tina la..
 
Ni aku nak citer pasal kejadian depan mata.. hari Isnin kan aku balik keje lambat, dekat nak maghrib gitu.. dengan satu traffic light ni, aku benti belakang sebijik motor yang ditunggang 2orang budak.. okla, kira pangkat adik la.. lelaki.. kemain dia pulas minyak, berkepul asap kuar.. aku dah la sakit tekak.. kena lak makan asap motor dia.. sabar je la..
 
agak² lampu nak tukar hijau tu, dia main minyak lagi.. pulas kaw².. tergelak aku tengok.. pastu sesambil dia pulas minyak, boleh lak dia masuk gear.. mati la motor tu adik oi!!! kahkahkah
 
dik, akak skuter je dik.. xpayah la ajak akak merempit..
 
rasa bersalah gak gelakkan budak tu.. tapi sebab diorg agak kerek, maka patut kot kena gelak.. kecik je lagi.. aku syak memang diorng xde lesen.. rasanya dalam umur 14-15 tahun macam tu la.. kesian ko dik kena tolak motor ke tepi..
 
btw, boleh lak mak ayah diorg izinkan diorg bawa motor..dengan lampu belakang tak menyala..lesen confirm tak ada.. okla, maybe parents diorg tak tau.. tapi tu la, budak zaman skang sangat berani.. 
 
aku bila teringat kes eksiden putus kaki la..putus tangan la.. kepala pecah la.. pastu baru² ni leher hampir putus ke dah putus ke aku lupa, sebab terseret divider.. phewww.. pakai helmet untuk lindungi kepala.. habis, acane nak lindungi leher??
 
adik² sekalian, kalau tak ada lesen sekalipun, biarla motor tu complete.. signal, lampu depan, lampu belakang, helmet, jaket.. haishh.. pastu biar molek masa tunggang motor tu.. jangan macam beruk!!
 
notakecik : Moga hari ni lebih baik dari hari sebelum² ini..
Read More

Oct 3, 2012

Kesannya

 
 
Tadi semua tanya pasal kereta calar tu kereta sape.. kete aku la, sape lagi.. kete "pinjam"..
 
aku tau tu salah aku.. tapi sebagai jiran, aku rasa jiran aku tak patut kot parking ikut sedap punggung dia.. aku ada lukeh gambaran parking pagi tadi yang buat aku menyumpah.. 
 
 ok, sangat la buruk lukisan ni.. sebenarnya berderet kereta kat kanan dan kiri jalan.. tapi malas lukis.. 

nampak tak kereta jiran yang parking melintang tu.. punggung kete aku dah sipi² dengan punggung kete dia.. aku terpaksa drive hari ni sebab kete depan aku nak kuar kul 3 nanti.. oleh kerana aku nak elak kete alza dan kete senget sebelah tu, aku terseret pagar umah.. gud!! 

aku tau, mesti ramai kata, "laaa, punye senang nak kuar pun xpandai".. aku bukan pro lagi.. satu lagi, kau pernah nampak ke situasi parking kat umah aku tu?? tak pernah kan.. ikut suka diorg parking celah mana!!!

osmet pernah sound jiran sebelah tu, jangan parking ikut suke.. kami pun kalau xde parking, nuu kat tepi jalan besar kami letak kereta.. dan menapak la balik umah.. so, apa yang susahnya nak parking jauh..

dah la elak kete dia aku langgar pagar, pastu terover tekan minyak, aku sondol kete dia lak.. ok, sama² calar.. memang salah aku, careless, clumsy..stupid.. tapi aku jadi gelabah bila dah berderet kereta ngah tunggu aku berjaya lepas..  aku masih bengang dengan jiran yang "bijak" tu..

ni la hasilnya.. nak meraung pun tak guna..

sekali lagi, MEMANG SALAH AKU..TAPI, MASING² KENALA BERTIMBANG RASA.. JANGAN PARKING KERETA IKUT SUKA KAU.. INGAT SIKIT KESUSAHAN ORANG LAIN.. jiran, kau ingat aku nak ketuk umah kau dan suh alih kete.. beragak sikit!!!

notakecik : ilang semangat nak buat keje..ilang selera makan..sakit kepala yang amat sangat.. ilang mood.. semua hilang..
Read More

Oct 2, 2012

Perli

 
 
Selamat pagi.. dah bekpes? aku dah.. tapi dasat giler aku bekpes pagi ni, 2bungkus nasik lemak RM1.. badan cekeding, tapi makan banyak.. tsk..tsk..
 
kali ni nak cakap pasal perli.. budaya orang melayu, orang kite..suke cakap berkias.. tapi perli ni bukan kias ye.. perli ni sindiran, ejekan..etc.. senang kata, perli ni lebih kepada mengejek.. faham tak??

dulu, kawan aku sorang ni suke betei perli aku.. kaw² dia perli.. pantang aku buat silap sikit, dia perli sampai hati aku bengkak.. bengkak giler².. sudahnya, aku TERPAKSA PULAUKAN dia untuk beberapa hari.. tujuan aku satu je, nak dia sedar bahawa dalam berkawan ni, kena la jaga hati sesama kita.. tu penting kalau kau nak ikatan persahabatan tu kekal lama..

aku akui, aku kadang² pun suke perli.. tapi perli aku cuma gurauan kosong.. mulut aku memang puaka sikit, mahap la kalau ada yang terasa, tapi aku tak ada la nak perli ejek sampai kawan bengang tahap gaban..

tapi, ada la aku terasa dengan orang kat sini duk perli aku.. time hujan, bila aku drive, dia katanya, "yela, skang orang tu tak basah dah.." tapi bila kebetulan aku bawa motor pastu hujan, diorang cakap gini lak, "Ada kete tak nak bawa, kan dah basah".. serba salah jadinya.. ikut suke aku la nak bawa apa pun.. haihhh.. bila macam ni, aku teringat kisah suami isteri dan seekor keldai..ingat x?? kalau tak ingat, gugel..

nape ye, orang suke abash kite.. setiap apa yang kite buat, serba tak kena.. kalau sound direct, aku rasa ok lagi even sentap gak la hati ni, tapi bila PERLI ni, untuk apa? saje nak bagi kite terasa sampai nak... hurmm, pape je la..

kau rasa dengan perli² boleh buat orang suke.. mungkin tujuan kau nak berkias.. tapi faham tak maksud kiasan dan perli?? dulu sekolah tak belajar ye?? 

ingat, kadang² terlebih perli ni boleh mengundang dendam.. bahaya..

notakecik : semua tanya menghitung hari apa.. bukan kawen la.. tapi nak bercuti.. ehek..ehek..

notalagikecik : keje 6hari minggu ni.. pffttt
Read More

Oct 1, 2012

Nak cantik

Assalamualaikum...


Salam maghrib semua.. usai solat maghrib,tetiba teringat kejadian balik keje tadi.. oh ya,aku baru balik keje.. awal bulan,biasala..


Hari ni merempit macam biasa.. dan seboleh mungkin aku nak balik awal,sebelum keadaan betul2 gelap.. tapi oleh kerana tadi mendung,mmg xdpt la terangnya..


Aku hampir berlanggar dengan kete.. satu je sebabnya,tuan kete tu nak cantikkan kete dia..


Nak cantikkan kete sampai bahayakan orang lain.. perlu ke signal tu kau tukar jadi kaler merah gak????


Hey,mujur la penglihatan aku masih elok.. kalau tak,mau aku hentam kete tu..


Korang jangan cakap kete tu memang signal dia kaler merah.. aku tau dia modified.. kalau niat nak cantikkan kete tanpa menyusahkan orang boleh x??


Sudahh,aku nak masak.. asek membebel je.. sape ada kete tu,jangan hover lak make up kesayangan anda sekalian..


Notakecik : menghitung hari.. yippy!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Read More

Orang Tua | Simpati

 
 
Morning monday.. Alhamdulillah, walau tak berapa nak sihat, tapi masih gigih pegi keje.. moga korang semua sihat.. 
 
Masih ada orang citer pasal bajet ke?? aku nak citer gak, tapi nanti.. ni nak citer tentang apa yang aku nampak.. Sabtu lepas, aku merayau² tanpa hala tuju.. merayau sekitar Bangi je.. aku pun tak tau cari apa.. tujuan aku cuma nak alter jeans dan cuci kereta, tapi yang tercapai cuma alter jeans je.. 
 
alter jeans kat area Warta, Bangi.. ada sape tau? aku berjalan dengan akak aku, dan masa nak ke pintu masuk utama, aku ternampak seorang orang tua yang aku kira berpangkat ATUK pada aku duduk kat tepi pokok bunga dan di sebelahnya ada tabung besar.. aku teringat seorang blogger cakap, dari kita bagi duit, baik kita bagi dia makan.. sebabnya, duit tu belum tentu dia yang dapat.. aku setuju.. aku tak pegi ke arah atuk tu sebab akak aku pun keje masa tu, so xleh lengahkan masa..
 
lepas anta akak aku semula ke opis, aku teringat atuk tadi.. tak tau nape aku nanges.. kesian sangat, so aku datang balik ke tempat tu.. kecewa bila atuk tu dah tak ada.. aku masih nanges.. ya rabbi, cengengnya aku.. yang buat aku rasa nak nanges sangat, aku tak bagi dia apa² even seringgit pun..
 
malam nak tidur, aku teringat atuk tu lagi dan nanges lagi.. apsal tah hati aku tetiba jadi hati kuntum sangat.. kau bayangkan kalau atuk korang yang duduk tepi jalan, berpanas sambil tunggu orang hulurkan sedekah tapi tak ada siapa yang nak bagi... bayangkan!!!
 
aku tak paham konsep kat sini, NAPE NAK GUNAKAN KUDRAT ORANG TUA yang sepatutnya duk berehat kat umah tapi dikerah untuk kutip derma atau sedekah???!! bayangkan umur seorang tua 80++ macam tu, tagih simpati orang ramai..  serta merta aku ingat atuk aku.. dan aku bayangkan kalau la Arwah abah aku masih hidup, macam mana dia bila tua nanti.. dah tentu aku suh dia duk umah je rehat.. layanla cucu ke apa..

aku memang macam ni, sensitif sangat².. paling tak boleh tengok bila orang tua duduk tepi jalan, minta sedekah.. pastu suh budak² .. yang suh buat tu ada akal ke tak ada?? haihh, geram pulak aku..

notakecik : batuk ooo batuk, tolong pegi dari tekak aku.. pfftttt
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com