Dec 31, 2012

Entry terakhir | Pakcik dalam bas

Assalamualaikum wbt...

Tajuk nak gempak aje kannn...miahahaha

Entry terakhir sebelum tahun 2013 menjengah..

Aku baru balik dari kampung, so memang tak ada la kan entry aku 2 3 hari ni..

Sekian lama xnaik bas, tadi aku naik bas.. dalam bas cam biasa la penuh.. dan ada seorang pakcik ni bukan main emo dia cerita pasal isu semasa.. dah rupa kaki gosip..

Dalam banyak2 yang aku dengar, satu aku teringat sampai skang.. "bukan main jabatan agama tangkap orang tak puasa, main judi..tapi lelaki yang bertindik telinga, hidung dan segala tempat tak ada pulak diorg nak tangkap. Lelaki yang bertindik ni diharamkan untuk jadi wali, solat tak sah..bla..bla.."

Sebenarnya aku sendiri tak pasti tang xboleh jadi wali dan solat tak sah tu..aku cuma petik dari kata2 pakcik tadi.. dan kalau nak tau, pakcik ni bekas pelakon RTM cuma aku tak kenal siapa..

Cara dia cerita, dia kecewa dengan perangai dan tingkah laku anak2 zaman skang.. tapi betul gak, aku tengok ramai lelaki dengan megahnya tunjuk subang diorng.. tak kisahla sama ada kat telinga, hidung, lidah bagai tu.. tindik betul2 ye, bukan yang jenis tampal tu..

Kalau ikutkan, banyak lagi dia cerita.. pasal manusia yang terlalu mengejar kebendaan.. artis zaman skang.. politik.. senak gak la perut aku ni.. *apa kaitannya*

Okla, apa pun..semoga tahun baru ni sama2 la kita berubah ke arah yang lebih baik.. bukan tahun baru je, kalau boleh tiap2 hari ada azam dan semangat yang sama macam azam tahun baru... selamat datang 2013!!!

Sekian...

Notakecik : penat..letih..sakit kepala..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read More

Dec 28, 2012

Berlenggang kangkung

Assalamualaikum wbt...

Setelah kepenatan menguruskan inventory akhir tahun, maka ada jua entry untuk hari ni.. penat layan kerenah auditor yg banyak songeh, mencik!!!

Ada sape2 pernah tengok Lawak ke Der tak? Ingat lawak Harith Iskandar? Aku sangat suka lawak dia.. part yang aku nak kaitkan ni, "the power of hand" yg dia kabo tu..

Melintas jalan...pesen orang kita ni, angkat tangan untuk diberi laluan.. ok fine, elok la tu.. tak ada la kena langgar.. aku pun selalu gitu.. TAPI, boleh tak bila orang dah bagi jalan tu, ko cepat sikit melintas jalan???

Kita dah bagi laluan, siap berhenti lagi..bagi PENGHORMATAN, tapi boleh lagi kan ko LENGGANG KANGKUNG kat tetengah jalan tu... hangen pulak aku.. ikutkan rasa hati, nak je aku acah-acah nak langgar dia..

Tolongla prihatin sikit.. dah dibagi laluan tu, guna la seeloknya.. bukannya berjalan macam itik pulang petang dan siap buat "jalan kucing" lagi..

Tolak ansur la jugak ye.. dibuatnya kereta belakang tak tau yang kita duk bagi laluan kat pelintas jalan, mau kena maki sebab berhenti lama sangat..

Ni aku buat entry ni sebab tadi ada pakcik misai buat catwalk kat tengah jalan padahal masa tu lampu dah tukar hijau.. kau hengat lampu tu akan hijau selamanya ke??

Weyhhhh, esok aku balik kampung weyhhh..sonoknya!! Sape orang Batu Pahat, jom detim.. miahaha..

Notakecik : teringat eksiden kecil tadi..kesian dak pempuan tu sebab kaki tersepit..mujur boleh jalan lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read More

Dec 27, 2012

Muka bulat pakai tudung separa bulat

Assalamualaikum wbt..

aku malu gila sebenarnya nak buat entry ni.. tapi tak apa la, ada cara lain nak cover kan..

semalam aku duk update pasal shawl half moon kan.. ada la kakak² yang nak tengok aku pakai tudung tu.. berat betul aku nak buat.. memula kak Ameris.. pastu CikMot pulak.. akak²ku, saya malu tahuk.. 

maka malam tadi akibat tiada kerjaan, aku kerjakan diri sendiri.. membelit² shawl di malam hari.. tapi xde la belit sangat pun..macam pakai tudung bawal je.
 
 
 ni pandangan dekat.. renyuk ye sebab aku malas gosok.. manik² tu memang cantik terletak kat atas kepala




ni pandangan penuh.. see, menutup dada kan...labuh.. 



meh aku bagi tutorialnya ye..
sumber : testatelissia

aku pakai shawl ni ikut cara yang ada kat gambar tu.. tak payah belit² pun.. sebijik macam pakai tudung bawal.. senang kan.. dulu pakai shawl, kalau pas solat dah terabur balik dah shawl aku sebab pakai 1st je cantik *cantik ke??*..hehehe..

ok, dah boleh nampak macam mana pakai shawl half moon ni? boleh la korang beli.. jangan risau, depan dan belakang memang labuh.. 

sekian..
 
 

notakecik : aku nak dia buat permohonan maaf kat aku.. plsss berhenti cari pasal dengan aku
Read More

Dec 26, 2012

Tudung Bulan Separuh a.k.a Halfmoon

Assalamualaikum wbt...

sekali lagi, sape nak menderma, bersedekah, beramal jariah..sila rujuk entry INI ye.. 

Ok, oleh kerana Isnin lepas aku cuti..kampeni bagi coti sambung..maka aku tak sia²kan masa yang ada.. plan yang dirancang oleh Kak Zizah dan Zana untuk ke Sogo, aku pun menyebok nak join.. ajak lak Nani dan akak aku, Kak Mila.. complete la 5orang, muat satu kereta.. 

niat memasing memang nak ke Sogo, tapi aku pun ada hati gak nak ke Jalan TAR.. so, berjemaah ke sana.. dan atas bantuan Zana, kami ke kedai Muaz.. peghhhhhh, rambang bijik mata aku..

tudung..blouse..shawl..jubah.. semua ni diorg jual sangat murah.. bawal printed yang ada rambu ramba tu depa jual RM2.00.. hah, hambek kau.. memula aku macam tak brape berkenan.. nak cari bawal yang ekpress tu, tak ada yang berkenan di hati.. maybe dah ramai yang borong, so tak dapat la yang cantik..

beralih ke bahagian shawl halfmoon.. siyesli sangat murah.. yang penting kena pandai pilih kain.. ada yang nipis..ada yang kain keras.. ada yang lembut..  dalam banyak² tu, aku beli 2 je sebab sebelum² ni tak pernah pakai halfmoon..

bila balik dan cuba pakai, rasa menyesal amik 2 helai je.. comel pulak aku pakai halfmoon.. *muntah darah*
ok..ok..ni nak kabor harga pulak..

Sehelai shawl halfmoon ni RM24.80... kat setegrem aku tuleh RM24.90.. silap pulak.. so, RM50 dapat 2helai.. berbaloi² ok.. satu tu je la, kena pandai pilih..nama kedai ni MUAZ ye kawan²..

sekian..


notakecik : auditor dah berlegar² kat opis..
Read More

Jom buat amal jariah | Sumbangan untuk Anak Yatim

Assalamualaikum wbt...

terpanggil untuk memanjangkan entry dari kawan² blogger.. nak ajak korang semua buat amal jariah..

beberapa blogger akan mengadakan lawatan ke rumah anak yatim pada 24 FEBRUARI 2013.. dah ada pun para sukarelawan yang akan turut serta.. dalam pada itu, sumbangan dari korang juga diperlukan.. tak kisahla berapa pun nilainya, yang penting SEIKHLAS HATI.. 
 
ni rumah anak yatim yang bakal dikunjungi oleh para blogger.. RUMAH AMAL KASIH BESTARI


 comel² je diorg ni...





 dah tengok kan keadaan rumah tu? korang tak kesian ke? 

aku pernah ada pengalaman pegi rumah anak yatim macam ni.. bila pertama kali tengok keadaan diorg, jatuh rasa simpati..tapi diorg happy.. jadi, kite yang serba senang ni walau tak la senang mana, hulur la sikit.. RM 1 pun jadi la.. tapi tu la, tiada paksaan.. 

bagi yang nak menghulurkan sumbangan tu, boleh rujuk gambar di bawah.. 

Firman Allah SWT :
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ( Al-Hadid:18)


 notakecik : hilang satu nikmat hari ni.. :(
Read More

Taksub dengan Tangga Bergerak

Assalamualaikum wbt..

Terasa hari Isnin pulak.. yela, baru naik keje.. tapi malangnya, plan nak balik kampung last week terbatal sebab mak aku suh balik minggu ni lak.. yela..yela...

Isnin lepas, balik dari Sogo, akak aku mengajak pulak ke Alamanda.. aku ikutkan je la even kaki dah sakit.. pinggang rasa nak tercabut.. ku gagahkan jua..

aku ni suke perati pesen budak² yang over excited bila parents ajak berjalan.. yang PALING aku tak paham, KANAK² dan ESCALATOR adalah tidak dapat dipisahkan.. depa beria turun@naik dulu.. pastu duk menggatal usik pemegang escalator tu dan main²kan tangan diorg.. yang parents lak spesis si luncai.. "biarkannnnnn...biarkannnnnnn"..

boleh tak alert sikit kerenah anak² tu.. aku ni, kalau anak buah buat perangai macam tu, memang aku menjerit.. aku memang buat betul².. masa tu kat Alamanda, mak diorg duk cucuk duit, anak² buah aku men benda tu.. sorang satu.. hah, apa lagi..Uda dia yang garang ni menjerit la.. pedulik hape aku.. dari tersepit tangan budak tu, baik kite marah sebelum kena..

kes yang jadi depan mata.. kat Carrefour, parents ralit pilih barang, anak diorg main kat escalator.. aku baru je cakap dalam hati, "tersepit karang budak ni..".. terus jadi betul.. aku bukan doakan, tapi benda nak jadi.. masa tu baru parents nak menggelabah sampan.. kesian tengok budak tu terjerit² meraung..

kau tak payah nak cakap budak tu yang salah sebab degil tak dengar kata.. parents pun salah sebab tak alert dengan apa yang anak diorg buat.. aku memang tak ada anak, tapi aku selalu bawa anak buah aku berjalan, so aku tau..

jadi tolong la, jangan duk biarkan anak² tu main benda yang tak sepatutnya.. pastu jangan leka dan jadi si luncai.. kalau kau rasa sebab anak² sedang membesar dan sedang proses nak explore segala macam benda, bukan escalator tempatnya.. suh explore tempat lain!!!!! tak paham aku..
 
 
okbai..


notakecik : sakit gigi ni sangat mengganggu.. sampai mata aku pun sakit.. pakai contact lens pun rasa terseksa pulak.. mende ni.. tsk..tsk..
Read More

Dec 21, 2012

Mahu nampak Cantik

Assalamualaikum wbt...

Salam Jumaat semua..


sumber gambar : Google

nak nampak cantik, kena la jaga akhlak.. kalau muka cantik, tapi akhlak tak terpelihara..hilang kecantikan tu.. sama jugak kalau muka cantik, tapi bila bercakap keje nak menengking je.. langsung xde rasa hormat kat orang lain.. 

aku pun selalu ingatkan diri sendiri.. even kadang² terlepas gak laku ni..mulut pun kadang² terpuaka.. mahapkan saya ye..


notakecik : esok keje..ahad balik kampung.. coti sampai selasa.. Batu Pahat, here i come!!! wehuuuu
Read More

Dec 20, 2012

Biar berbatas

Assalamualaikum wbt...

Lelaki dan perempuan ni lain jantina..ramai tau kan

jadi, bila dah lain jantina..tak boleh la gurau senda macam sama jantina

nak bergurau boleh, tapi jangan la sampai nak bersentuhan.. tepuk tampar..laga²

kalau orang nampak.. tau tak apa pandangan orang??

"perempuan gatal".. "perempuan gedik".. "perempuan miang".. "bitch"

nampak tak, semua perempuan yang salah..
 hakikatnya.. => bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi

tak kisahla lelaki ke perempuan, kadang² nak bergurau ni biarla berbatas

memang pada diri sendiri tak kisah, tapi pada orang lain??


okbai


notakecik : aku tak suke la sesetengah lelaki kat sini nak bertepuk tampar masa bergurau.. nak je aku tampar!!!
Read More

Please....

Assalamualaikum wbt...

Terjumpa ini di internet
v
v
v
v
v
v
v
v
Tapi ramai je yang kaki "bash" aku perhatikan skang... maybe dia senang hati kot buat macam tu..
senang kabor, kaki bash ni budak tak matang.. *peringatan untuk diri sendiri juga*

okbai


notakecik : mendung + sejuk = mengundang kemengantukan even belum masuk waktu tengah hari..

notalagikecik : satu lagi BE menari² kat blog ni.. mekaseh banyak Nuffnang... tak sangka uols.. *kekening*
Read More

Antara tak suka dan benci

Assalamualaikum wbt...

Aku selalu fikir, aku ni ada musuh ke tak.. ada ke orang tak suka aku.. ada ke orang benci aku.. heyyy, ada la...kot... aku pun tak reti la..

tapi bila nampak ada orang ni yang tak pernah nak bertegur dengan aku..aku senyum pun dia buat tak tau je, aku klasifikasikan yang dia tak suke aku.. tapi bila dia paling muka sambil bagi jelingan maut siap ada bunyi macam menyampah, sure dia benci aku.. boley tak?

aku ni pun ada la gak kenkadang tak suka kat seseorang..TAK SUKA.. kalau nampak tu, otomatik mata aku macam kabur je.. hahahaha.. tapi aku tak benci dia.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiii


jangan buat aku benci ye..kehkehkeh.. takut tak?



notakecik : sangat annoying dengan spesis manusia yang perasan bagus
Read More

Dec 19, 2012

Memandu secara OVERCONFIDENT

Assalamualaikum wbt...

aku tak paham dengan kerenah SESETENGAH kaum wanita yang memandu secara overconfident ni.. senang kabor, melulu.. dulik hape aku..

yes, aku akui aku baru je boleh memandu.. orang kata bila baru² dapat pegang stereng ni, dia akan sakan nak drive memedang.. tapi aku ni ikut mood.. jangankan bawa kete, motor pun aku malas..

kes : semalam, tengah syok aku duk lane kiri..masa tu menghampiri jammed.. tetibe ada kereta dari lane kanan dengan lajunya dia bawa, terus cantas aku dan masuk lane kiri dengan tak bagi signal.. bukan lelaki, tapi perempuan!!! aku ni gelabah sampan tekan brek..

aku perhati ye, perempuan ni bila dah MAHIR SANGAT drive, dia punya lagak mengalahkan pelakon lagak ngeri.. bila laju, laju sangat.. selagi boleh tekan, dia tekan kasi rapat.. kenapa kena buat macam tu??? kalau rasa perkara tu tak membahayakan diri sendiri, kau sedar tak itu membahayakan orang lain?? seram ko tau tak...

aku sendiri perempuan, jadi aku bukan suka² nak kondem kaum sendiri..cuma hairan nape nak tunjuk hero kat jalan raya.. aku selalu je dengar orang lelaki cakap macam ni.. dan pernah dengat ayat dari seorang LELAKI, "aku cuak kalau tengok perempuan drive. bila laju, laju sangat. bila slow, slow sangat" ada betulnya apa yang orang lelaki tu cakap..
 
 
okbai..

notakecik : lately ni asek tidur awal je..
Read More

Dec 18, 2012

Gelaran Isteri Selepas Kahwin

Assalamualaikum wbt...


tengok ni dulu...


Kejam betei...pas kawen nanti, sure aku belek enpon hubby aku tiap hari.. hahahaha...


notakecik : makin dekat dengan inventory akhir tahun, main malas dibuatnya..sure banyak keje
Read More

Haters

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi...

Bila semalam aku baca fb, blogger Yana ada upload gambar yang dia capture dari fb dia.. yang mana orang tu mengutuk hubby dan anak perempuan Yana.. terkedu gak aku baca.. ni kira kategori haters atau peminat yang xnak mengaku dia minat Yana pun tak tau la.. kelakar lak cara orang tu..

dulu, memula aku buat blog, aku tak tau pun akan kewujudan haters...cik anon..peminat atau apa pun.. yela, masa tu student lagi, pesen buat blog lak masa tu tak pemes.. stop jap buat blog sampaila aku buat blog yang ini.. dan mula ektip..

sepanjang aku buat blog ni, sekali aku dapat entry khas mengutuk aku.. sentap gak la memula.. pastu malas amik kesah.. orang tu pun dah minta maaf melalui FB aku.. tapi aku bebuat tak faham.. dan bila aku belek semula blog dia, dia dah delete entry tu.. siapa dia, biarla aku je yang tau..

siyesli, aku tak nak ada haters pun.. tak nak cari musuh.. tapi manusia ni mana pernah senang tengok kita senang.. ada je yang dengki.. setakat ni tak ada la yang melampau.. just suam² kuku je.. aku pun tak paham nape nak kutuk aku kaw²..

adatla kan..dunia blog ni kalau tak ada yang negatif memang tak sah.. sebab tu blogger kena tahan maki.. 

bila kau dah berniat nak buat blog, kau kena tahan tu je la.. tahan maki.. kalau kau disenangi ramai, akan ada la yang cemburu dan iri hati.. itu la lumrah manusia.. 

 

okbai


notakecik : gomen dah gaji..dah bonus.. tahniah.. boleh la gunakan untuk persekolahan anak².. kami swasta menunggu gak ni.. hahahaha
Read More

Dec 17, 2012

Seluar ke Skirt

Assalamualaikum wbt..


Berikutan gambar kiut aku *sila muntah* kat entry yang INI.. ada yang tanya itu seluar atau skirt (kain).. itu seluar.. dan ada yang cakap seluar tu cantik.. mujur korang cakap seluar tu cantik.. kalau aku yang cantik, mau aku pitam pahtu berguling².. miahahaha...

ni je la kot gambar yang agak nampak seluar tu.. yang lain sangat tak nampak.. mahap ye, terpaksa tepek muka aku lagik.. hahahaha


Dah tengok?? sebelum ni aku nak pakai macam tak berapa yakin.. dan skang, sangat yakin sebab baru nampak tak kurus sangat² macam kerangka je.. plus, aku pun suke pakai maxi skirt.. nampak kewanitaan gitu.. LOL

aku beli kat butik EDZ eightDesign.. sape duk sekitar Bangi atau yang dekat², boleh walk in je.. butik ni kat Seri Bangi.. dekat area Butik Minaz gak.. material palazzo pants ni lain tau.. biasanya kite nampak material dari jenis denim, lycra, chiffon atau pape je la.. yang ini material dia adalah soft cotton... memang sangat lembut tapi agak sensitif.. mudah renyuk..

sebelum ni aku pernah cerita pasal butik EDZ ni..so tak yah la nk citer lagi ye.. cume nak bagitau mana aku beli palazzo tu.. kalau berkenan, buka la web dia.. 

selamat membeli uols!!!

notakecik : menunggu cik bon dengan penuh sabar... muahahaha
Read More

Makan Malam

Assalamualaikum wbt..

Lambat aku hapdet hari ni.. agak kebizian.. *kesah pulak korang kan*.. ahahaha...

Sabtu lepas, kampeni tempat aku keje ada buat makan² akhir tahun.. rasanya setiap kampeni memang ada buat kan.. Kalau tahun lepas buat kat PD, tahun ni buat kat Pullman Putrajaya je.. tak apa la, xyah jejauh.. senang nak ke sana..

ni menu makan².. aku pun tak sure apa aku makan malam tu.. hahahaha
 
 
sebahagian dak² meja aku.. yang lain tak sampai lagik

bersama kak Zizah (baju pepel) dan kak mila.. kak mila tu akak aku.. sama tak muka??

sebelum majlis bermula..aku mengsnap mana yang termampu je..

 yang baju ala rimau tu, may 3rd boss.. hah, banyak kan bos aku.. dari kiri : Fariza, Wani, Eliz, aku dan Nani

 ok..yang ni lak.. korang cam kan aku yang mana?? lelaki sebelah aku tu our MD, Mr. Nagayama.. kau tau tak betapa rapatnya kedudukan tu.. aku tersepit!!!

perkara memalukan sepanjang makan malam tu bila kena men game kat atas pentas.. hello, game tepuk² tangan kot.. mementang aku kecik macam dak skolah, game tu yang ko suh main.. foineeee...

dan macam biasa, every year memang ada lucky draw cuma kali ni tak semua dapat.. finally, no aku naik!! walaupun hadiah tecik je..
tu diaaa...5163 naik wooo.. dapat la DVD player yang aku pun tak sure bila masanya aku guna.. 

untuk pertama kalinya aku pakai palazzo pants, rasa macam kacak lak.. hahaha.. pastu bila pakai tudung bawal yang berbatu² penuh atas kepala, rasa pengantin pun ada.. ok, aku suke perasan!!!


notakecik : aku cukup pantang dengan manusia yang tak reti berterima kasih...pastu menumpang senang atas usaha orang lain.. berat sangat ke mulut tu??
Read More

Dec 16, 2012

Hutang


Assalamualaikum wbt...

Bila buat baik, orang pijak kepala.. bila tolak ansur, orang main kotor.. bila dah bagi masa, dia lengah2kan..
Serius, benci gila khinzir kat manusia spesis macam ni
Tengok tajuk pun dah tahu kan..
Ingat, kalau pandai pinjam duit orang tu, pandai2la bayar balik..
Tak kisah lambat ke cepat, janji bergerak amaun tu.. tak dapat bayar banyak, sikit pun jadi la..
Cuba bayangkan kalau tidak dihalalkan???
notakecik : manusia itu sangat bangang abadi!!!
Published with Blogger-droid v2.0.9
Read More

Dec 14, 2012

Memperkenalkan, anak baru saya

Assalamualaikum wbt..

Dengan rasa rendah hati, aku nak perkenalkan anak baru aku.. 

amacam, saspen tak? yela, aku kan belum kawen lagi..tetibe dah ada anak.. anak buah la.. 

Kakak aku yang no.2 tu selamat melahirkan baby boy hari isnin lepas.. tapi operation la, baby tersesat.. tak jumpa jalan kuar.. siannn.. 

ni diaaaaa... Muhamad Adam Hafizuddin.. *betul ke Uda eja ni??*
berat masa lahir 3.2kg++ kot.. tak hengat juga.. kemain dia berkerut dahi.. bibir tebal bak hangggg..

dan yang ini, bersama abang kesayangan beliau.. abang beliau sangat kedekut.. sesiapa tidak dibenarkan untuk memegang adiknya.. 

ok, cuti krismas ni Uda balik dan gomol² kamu ye.. 


notakecik : masih kabur dengan perancangan tahun depan.. hukhukhuk
Read More

Juri tak bertauliah

Assalamualaikum wbt

Pepagi dapat fren rekues kat facebook.. aku ni pesen memang malas nak approve.. tapi aku pernah terklik "confirm".. hampagas betul..

fren rekues ni aku tak ignore..dan aku tak confirm gak..kiranya masih pending.. malas la.. semak tau tak.. nanti bila dah approve, pastu tak tegur, meroyan tak tentu pasal kat wall.. 

5minit kendian, masuk kat pm inbox FB aku..
"Sombongnyer"
motif????
manusia ni senang je jadi juri kan.. bila ramah dikatanya GEDIK.. bila diam dikatanya SOMBONG..
aku..aku..aku...benci giler babas kat manusia cenggini..
jap lagi aku nak reply
 "ye, memang sombong tahap dewa dah pasni jangan gatal nak add bagai"
tapi macam kejam sangat..paling senang, abaikan je!!

kau yang add xde hak nak paksa aku approve..suka hati aku la.. kang aku approve duk mengata kata sombong sebab tak pernah tegur..aku lagi la pesen malas nak chat.. kang tak layan, terus remove aku.. hah, lagi senang keje aku..

notakecik :  tah pape la perangai manusia ni..
Read More

Dec 13, 2012

Cantik itu.....

Assalamualaikum wbt...

Semalam tengok status facebook cik mot.. dia kabor
"Cantik itu subjektif"

ye, aku setuju!!!! dan bukannya dari segi luaran semata²..


tengok..mekap mampan pun belum tentu cantik kalau hati tu "buruk"..

notakecik : aku tak tau la aku kategori cantik ke tak..hurmmm
Read More

Ibu-ibu sekalian...jom shopping

Assalamualaikum wbt..

Amboihhh, pepagi dah ajak orang shopping kannn.. ibu² je pulak tu... 

sesape yang baca blog Ben Ashaari, mesti ada nampak entry dia kan.. so, aku try la cari dalam tenet.. kebanyakannya yang dah lepas.. mende ni?? mende ni??

Mother, Baby & Kids Expo January 2013 - PWTC

What : Mother, Baby & Kids Expo
When : 18th January 2013 - 20th January 2013
Where : Hall 4, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
Admission : FREE

sumber : SINI 

 Sesapa rasa dah jadi ibu². bakal ibu..pegila..borong bebanyak, tapi beringat la sikit ye.. aku pun rasa nak pegi je.. yela, dah dapat anak buah baru hari Isnin lepas.. baby boy!!!! 

Eh jap, pastu ada MOTHERHOOD EXPO '13 lak.. pada 01 - 03 March 2013 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

 

notakecik : akak, xyah nak membebel la pepagi ni

Read More

Dec 12, 2012

Selalu terjadi

Assalamualaikum wbt...

belek tenet..*tenet boleh dibelek ke?*, dan nampak gambar ini..

selalu jadi kat aku.. buat mende ni sambil berbaringan.. 

terkena batang idung, memang sedakkkk.. dah la idung pesek, tambah la peseknya..


notakecik : heyyy, banyaknya ko hapdate entry hari ni tina!!!
Read More

Aku benci HARI TANPA BEG PLASTIK

Assalakualaikum wbt..

Mila, sorry ye..tak dapat tunjuk "kasut baru" tu.. hehehe..ada sebab tertentu..

pasal tajuk tu, hurmm.. malu sebenarnya.. semalam dengan langkah yang laju aku ke Guardian kat Alamanda tu.. cari la barang.. alerrr,pewangi kereta je pun.. mahal la.. kat Billion beli yang baru free refill tau tak.. hahaha..nampak sangat la kedekut..

ok, selesai pilih², aku ke kaunter.. buat muka ayu.. kat situ ada 3orang cashier.. 2pempuan, 1lelaki..sampai je kat kaunter....
aku : nak plastik ye.. (dengan yakinnya)
cashier 1 : ....... (sambil tengok aku dengan muka blur)
aku : ........ (pandang dia lagi)...kendiannnnn.. alamak, sowi..ingatkan hari ni Sabtu.. *sambil sengih kerang*
cashier 2 : (bantai gelak kat aku)
aku : yela..kan hari ni Selangor cuti..tu ingatkan hari ni Sabtu.. (kaber malu)
cashier 2 : untunglaaaaa cuti..sampai lupa hari
aku : @#$#$%$^@#!! (dalam hati je)



aku ni pun satu..bukan ke biasanya cashier tanya dulu kat kite.. dah aku g baik hati sangat rekues plastik, tak memasal kena gelak pree..

citer ni, xde sape tau..kecuali dak opis 2org ni, si nani n wani.. padahal semalam aku kuar dengan encik Awak, kemain kemas aku tutup mulut tak bagitau dia.. kompom kena gelak.. miahahaha...

arghhhh, malu..malu.. dan kerana terlalu malu, aku menjajau masuk parkson padahal aku nak ke boling.. adessss..

notakecik : subjek utama balik keje nanti, nak tidur..sebab malam tadi tidur lewat.. keji btl
Read More

Kemalangan

Assalamualaikum wbt..

ok ye, dah habis cerita lepaskan geram tadi.... kepada Sheila Salim, mekaseh ye nasihat tu..bukan nak panjangkan cerita atau nak balas, tapi nak luahkan rasa je...fullstop..

tadi, bila baca blog Najihah Fara pasal eksiden..seriau je rasa.. memang kat area situ bahaya.. dulu aku duk g praktikal, memang kena hati² nak melintas.. kereta² kemain laju..

tak semena² teringat 2kes kemalangan yang aku nampak hari sabtu lepas dan semalam.. 

Sabtu lepas, kat area antara Pinggiran Putra dan PICC, aku nampak Perdana putus dua.. masa tu aku otw g umah akak aku kat Dengkil.. fuhhh, mengancam punye putus tu.. dengarnya eksiden tu hari Jumaat.. tak pasti keadaan pemandu kereta tu.. 

Dan semalam, otw ke Dengkil gak.. eh, apsal aku kerap g sana ye.. tapi kali ni dari arah lain lak, arah Putrajaya.. kereta wira habis remuk menghentam divider jalan..  ni jalan dari arah KLIA ke Puchong..  pun aku tak sure keadaan mangsa.. masa tu ambulans baru je sampai..

tapi diingatkan ye.. jalan area Desa Pinggiran Putra dan PICC tu memang bahaya.. jalan tak rata.. dah besar² ada papan tanda JALAN TIDAK RATA, tapi diorg bantai laju.. kalau laju, sah² kereta melompat dah macam rally.. sebelum ni kes Estima terbalik.. kat situ gak.. 

kat highway KLIA-Puchong pun sama..jalan tak rata.. tolong la jangan bawa laju.. aku kalau lalu 2 jalan ni, memang 60km/j je aku bawa.. tengok, skema tak skemanya aku..

dan aku rasa, kamera AES tu patut dipasang kat kawasan berisiko tinggi kemalangan sebab bila ada AES, diorg bawa perlahan je..


notakecik : yay, my silver dah ada ada kasut baru..mekaseh encik Awak.. lebiu...
Read More

Tak tau nak buh tajuk apa..

Assalamualaikum wbt..

ni adalah entry luahan perasaan.. pedulik hape aku, ni blog aku..

berdasarkan entry aku yang INI, nampaknya ada maklumbalas ye.. tapi sayang, bukan di ruangan komen.. tapi ruang alam maya yang lain.. syabas!!! walaupun tak ada tulis nama aku, aku tau tu untuk aku..

pertamanya, kalau rasa nak menghanjeng, cakap depan².. macam orang tu sendiri cakap, nape mesti guna blog kan.. dah, yang dia sendiri terasa dengan entry aku nape?? dan aku pun dah tegur secara berdepan walau bukan berjumpa.. wassap dah cukup, xde kerja aku nak jumpa bagai..

paling tak boleh blah, "Tgh hangat dalam dunia blog. tunggu lagi beberapa tahun. bla..bla..bla.." ok, maybe nampak aku macam baru blogging.. whatever.. pastu dengan nada riaknya manusia tu cakap dia dah lama berblog, siap cakap dulu masa dia buat entry, komen 100+..  6-7 tahun lepas.. wahh, kagum!! attention seekers?? pape je la..

ayat "Blogger Tegar" pastu siap berhashtag KATANYA.. perli bukan?? tak terasa.. dan ye, AKU GUNA BLOG UNTUK MENGATA.. puas? sebab kat blog ni la aku boleh membebel mengkhinzir buta.. tak suka, tak payah baca!! satu lagi, AKU TAK GUNA PENGARUH BLOG pun..aku guna pengaruh kawan² je.. kahkahkah.. memang pun blog aku pemes.. cukup riak x??  *kena sambar petir*

aku tak panas punggung pun dengan ayat² ko, tapi segala post ko kat satu alam maya tu cukup sikit² nak kondem orang.. perfect enough?? kalau nak kata aku sentap ke hape ke, suka hati.. tak kesah..

ni blog aku, suka hati aku nak buat entry apa.. ada share ke?? tak ada kan.. jadi, kalau rasa menyampah sampah *ayat dia*, tak payah baca langsung.. 

dan bukan cara aku nak block² orang ni.. tu cara KANAK².. tak suka je unfriend, unfollow, block, delete no fon.. hoh, tak matang langsung... 

aku geram..bukan marah.. duk mengumpat tak hengat.. menghanjeng bagai.. 

so, tak payah nak jadi silent reader..nak komen, komen je.. kalau rasa tak nak guna nama sendiri, cik anon pun boley.. aku memang izinkan cik anon komen.. ye, aku buat entry ni untuk dapatkan pengaruh rakan blogger.. kan followers aku ramai, pembaca pun ramai.. pengkomen pun ramai.. *tangan di bahu, mata ke atas*..

eh, lupa nak tulis ayat ni.. "aku sebenarnya tak ada idea nak tulis entry hari ni..".. sabar..sabar..sat g ada lagi entry merepek merapik niyang rapik dari aku..

see, berguna jugak kan ada blog ni.. pasni kalau ada rasa nak benci aku, silakan..dialu²kan.. mulut aku memang puaka.. 

sekali lagi, hentikan dari bersikap mengkondem orang lain.. pertikaikan fizikal, kecantikan, kepandaian atau pape je kat seseorang tu.. ingat, dulu aku pun ada perangai macam tu.. suka kondem orang, pastu bila diri sendiri kena kondem, aku marah.. fikir balik,buat apa nak marah.. karma kan.. skang ni pun aku cuba elakkan dari perangai macam tu sebab aku fikir, tiada manusia sempurna...
ok, dah.. pasni tak ada urusan pape lagi ye.. 

notakecik : terasa macam hari ni hari isnin lak..yela, semalam kan cuti..
Read More

Dec 10, 2012

Aku tak suka spesis manusia macam ni

Assalamualaikum wbt..

nahhh, kat blog aku tulis.. tak main la kat twitter ye.. aku tak tujukan kat sesapa, cuma aku nak betulkan sikit bahasa² yang pada aku kurang enak..

"Cantik sangat ke dia tu?? Tengok biasa je"
=> bila aku balas.."tak perlu nak pertikai, istilah cantik tu meluas...bla..bla..".. lebih kurang gitula.. pastu terus cop aku butthurt.. motip?? aku tak menyokong mana² orang.. cuma aku tak sokong kata² yang kononnya macam diri tu sangat sempurna.. dan aku jawab macam tu bukan sebab aku peminat tegar.. BUKAN!!! aku tak minat mana² artis, blogger, pemain bola sepak atau sape je.. mahap la kalau ada yang terasa.. 


dan aku tak suke manusia yang tak paham bahasa sarcasm.. atau dalam bahasa mudahnya, bahasa terbalik.. sekolah kan dulu?? amik BM kan? takkan tak paham.. baca la dengan sungguh², dalami maksud tersirat..jangan la amik main point, pastu terus mengata padahal kau tak tau pape.. zero!!! 


satu lagi, aku bukannya butthurt..cuma tak suke kalau sikit² nak kondem org lain.. tak suke dah la, tak payah nak buat ayat sampai menjatuhkan orang lain.. pelisss la, berfikir secara dewasa..


notakecik : lambat betul nak habis keje..xde keje langsung..
Read More

Jenjalan | Paya Indah Wetland

Assalamualaikum wbt...

Hari ni kemain sikittttt yang datang keje.. opis je ada manusia, kat production xde sebab depa dah keje hari Sabtu, so hari ni depa cuti.. sebelum tu, tahniah untuk Harimau Malaya.. depa dah buat yang terbaik.. syabas!!! 

Kan dah kabor kan aktiviti hujung minggu aku hari tu.. aku dah jumpa Syazwana (blogger), tapi aku tak paham nape aku tak amik gambar pulak.. arghhhhhhhhhhhh!!! pastu kata nak jumpa Najihah Fara (blogger) tu terpaksa dikenselkan sebab beliau ada hal..

So, semalam membawak anak² buah jenjalan.. bertiga je.. aku jadi mak budak.. tak jauh pun bawa diorg jenjalan, Paya Indah Wetland, Dengkil..belakang umah diorg je..hahaha.. tu je yang Uda mampu.. masa daftar pelawat tu, orang kat kaunter kabor jap lagi ada sesi bagi buaya makan.. so mak n anak² buah teruja, maka berdesup terus ke kolam buaya.. ni la hasil menengok sang buaya makan..
Aku tak tau apa motip Sara buat muka macam tu.. Nina buat muka ayu..

 Dah ramai orang walaupun cuaca sangat la panas..



ok, untuk pengetahuan dan info ye.. pihak Paya Indah Wetland ni bagi makan kat buaya adalah pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.. dari jam 11.00 pagi - 11.30pagi.. 
soooo, selasa ni adalah cuti umum bagi negeri Selangor, so adalah elok korang bawa la family ke sana.. dapatla nengok boye makan.. depa panggil buaya ni guna  wisel tau..pastu buaya² elok beratur.. mejik betul.. ada 38ekor buaya dalam kolam ni..paling besar saiz buaya adalah 15kaki panjang.. sila bayangkan!! buaya ni dari spesis buaya tembaga..  *aku dah boleh jadi pemandu pelancong dah*

satu lagi aktiviti bagi haiwan makan adalah bagi badak makan.. yang ni dari jam 10.00pagi - 10.30pagi.. rasanya yang ni hari²..

Ada aktiviti berbasikal.. yang ni murah berbanding kat Putrajaya ye.. RM5.00 untuk 2jam.. murah kan.. murah kan..  larat tak larat je la nak pusing.. aku nek kereta je..hahaha.. ada berkayak, paddle boat, bagi ikan makan, dan macam² lagi.. *spesis orang malas menaip* berkayak dan paddle boat tu RM7.00 untuk setengah jam.. cukupla tu, larat ke ko nak lama² kan.. panas lagik.. yang bagi ikan makan tu, 1pelet makanan ikan RM3.00..

kat sini pun ada menara tinjau macam kat Taman Wetland, Putrajaya.. tapi kecik sikit la.. aku naik gak sebab anak² buah beria nak naik padahal Uda dia malas.. hahaha

 
 ni la rupe Menara Tinjau tu.. masuk percuma je...

 
 
yang depa ni, aku baru sampai atas, diorg dah ajak turun.. bengang betei!!

ok tak percutian kami?? hahaha.. oh ya, kat sini ada chalet.. RM120 untuk satu malam.. dan sebenarnya, baaaaanyak lagi aktiviti korang boleh buat cume aku tak terlarat nak menaip.. datang la sendiri.. kat Dengkil je pun, bukan kat US.. 

panjang betei entry aku ni.. hadoi.. 

happy reading uolsss..

notakecik : esok cuti..yay!!!
Read More

Dec 7, 2012

Jom Kreatif bersama | pakej riben dan ucapan

Assalamualaikum wbt..

gelak aku baca tajuk entry.. skema habis.. muehehe.. aku ni kan kaki tenet, so aku suke la merayap mencari DIY yang ada.. tapi buatnya nan hadooooo.. maklumla, malas..


ok, ni diy yang aku kira kreatif+jimat sebab pakej riben dan ucapan sekali.. contoh je tau ni, bukan aku yang buat.. kalau aku buat, mau hujan lebattttt..   
 
 
sumber : google

amacam, mejik tak?? mejik kann..

ok, nanti besday sesapa, wedding sesape..aku nak try buat gini.. rasanya kertas A4 kaler pink kat umah tu banyak lagi.. boleh la buat bebanyak..hehehehe..
 

notakecik : banyak benda nak kena fikir..pening!!
Read More

Saya suka Jumaat

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...jumaat sudahh.. Sabtu dan ahad cuti..isnin keje, selasa cuti lagi.. kalaula boleh sambung cuti.. hurmm..  aku suke Jumaat!!!

Bila difikirkan, banyak pulak plannya.. esok nak cuci kereta, motor..pastu insyaAllah ada date dengan Syazwana Jamal (blogger)..pastu nak pegi umah kakak aku kat Dengkil sebab anak² buah dah bising sebab Uda diorg ni dah lama tak datang sana..

Ahad plan nak jumpa Najihah Fara (blogger).. nak bawa beliau jenjalan.. lama dah xjumpa si comel tu.. rindu rasanya.. dah lama xdengar sok sek dia..hahaha..

Tu semua hanya perancangan.. moga² terlaksana la.. insyaAllah jika diizinkan..

Isnin keje..Selasa appoinment klinik..tapi buka ke klinik tu.. confuse.. jadi, izinkan saya bersuka ria dengan teman² ye... apa pun....

mende la entry aku ni kan....miahahaha
 

notakecik : sedang memujuk bos untuk buat inventory sebelum 29/12 sebab nak attend majlis kawen Namee!!!
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com