Jan 6, 2013

Bahana Rumah Teres

Assalamualaikum wbt...

Selamat berhujung minggu semua...cewahhhhh

Aku bukan nak kabor pasal bahaya beli rumah teres ke hape.. tapi sejak aku berumah sewa kat kawasan perumahan macam ni, kesabaran aku memang teruji betul..

Setiap kali aku berpindah randah kat kawasan umah teres, ada je jiran tetangga yang renovate umah.. dulu masa memula duk sini, umah belakang.. pastu yang jiran umah belakang, la ni jiran sebelah kanan..

Semalam kununnya nak menenangkan kepala otak ke rumah akak aku kat Dengkil.. punnnn sama jugak, jiran sebelah umah akak aku renovate umah dia.. phewwww...

Jiran aku ni aku tak tau la pesen apa.. hari ni hari Ahad, menukang jugak.. nak tenteramkan kepala pun tak boleh.. paling aku bengang, masa lori simen datang..memercik simen tu kat kereta aku n sampai skang simen tu melekat.. nape tak minta aku alihkan kereta dulu????  Dan skang, di saat aku menaip entry ni, tung tang tung tang duk memecah dinding ke hape tah.. aku rasa macam yang kepala aku pun turut sama diketuk...

Malam bila tah, kul 10 malam masih mengetuk.. aku rasa nak memaki je.. beragak la sikit.. dulu masa aku duduk umah flat, tak ada la orang duk berketuk renovate umah.. yang ada pun berketuk lesung batu buat sambal belacan mungkin...

Okla fine, maybe dia nak siapkan dalam jangka masa yang tuan rumah bagi.. tapi pada aku bertukang pada hari ahad macam sangat tak masuk dek akal.. hari minggu adalah hari untuk orang ramai beristirehat kat umah..tapi bila macam ni, aku rasa nak kuar je.. fahamila perasaan jiran tetangga.. bagi la tukang buat rumah tu berehat juga..

Aku perhatikan kat area sini, semua berlumba2 renovate umah diorg.. aku tukang tengok dan hadap je la bunyi bising tu... macam jiran akak aku, dalam tempoh 5 tahun, 3@4 kali dia renovate umah dia.. tak pahammmm... tak apa la, duit dia kan.. nakkan kepuasan..

Chill..okbai

Notakecik : serasa nak kuar tahuk!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

11 comments:

  1. Hmm..kalau saya kompem stressed..huhu

    ReplyDelete
  2. aduhh dikk
    letih lah macam nie
    memang tensi .. kalau akk pun sama .. entahlah nielah hidup berjiran .. susah kalau jiran yg x memahami nie

    kang cakap ,silap hb dia lak marah kita huhu .. sabar jelah dikk
    selagi boleh ..
    kalau idokk kuar je .. lepak mana2 huuh tu je caranyaaa

    ReplyDelete
  3. sabr je lah cik kiah. amek kapas sumbat telinga. kehkeh

    ReplyDelete
  4. haha sy duk kat kolej ni pun stress kalau dengar org duk jerit2 semua inikan umah huhu

    ReplyDelete
  5. mila pun tak paham ari2 cuti buat kerja buatlah waktu bekerja kan ? orang nak rehat memg xsenang!

    ReplyDelete
  6. hehe..besa la tu..rumah teres mmg bising klo ade org nk renovate rumh..tp nk wat cm mne..nasib la

    ReplyDelete
  7. Memang tensi klo ada org renovate umah time weekend. Sabo jer lah.

    ReplyDelete
  8. MK. masa neber akk renovate umah hari cuti akak siap sound lg mamat2 indon tu supaya jgn buat keje hari cuti.baby nak tido pn xleh sbb bising diorg mengetuk dan drill dinding.

    lps tu ari cuti mmg diorg xde wat keje lg. huhh

    ReplyDelete
  9. baca pun dh stress..kalau jd kat diri sendri mmg dh kene dh owner umah..bkn sbb renovate ke hape tp simen kene kete mmg sgt2 boleh wat darah nie naik..habuk xpe lagi..simen nie ssh nak tanggal..

    ReplyDelete
  10. apa boleh buat sabar je lah huhu

    ReplyDelete
  11. hehe nak tergelak pn ada. tapi yela, sbb rumah teres dekat2. kalau duk rumah teres tengah2 lagi lah diapit oleh rumah yg lain. segala bunyi boleh dengar.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com