Feb 8, 2013

Satu Persatu Kematian

Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat sekalian alam..


Dalam minggu ini sahaja, banyak berita kematian aku dengar.. yang cukup familiar dah tentunya pemergian Datuk Yahya Sulong.. seniman vateran.. 


Disusuli pemergian pakar IT, Azli Paat.. rupenya allahyarham orang Peserai, Batu Pahat.. dekat dengan kampung aku.. baru semalam aku baca kat FB Kukubesi Manipulasi tentang Allahyarham.. banyak benda yang arwah tau..hebat.. 


semalam pulak, Adik Adam Syukri menghembuskan nafasnya yang terakhir.. sedih.. bila tengok gambar² perjalanan terakhir adik Adam Syukri, meruntun hati..syurga lah tempatmu.. ibunya tampak tenang.. dalam hati, tak ada sape tau..


Alfatihah untuk semua..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...


dan salam takziah untuk Kak Huda sekeluarga atas pemergian nenda tercintanya malam tadi..


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)




notakecik : ramai dah start cuti hari ni..

14 comments:

  1. sama la kite dik...sedih betul bile dgr arwah adam dh meninggal..

    Al-Fatihah buat mereka semua..semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin3..

    ReplyDelete
  2. MATI ITU PASTI...
    dan mati paling dekat ngan kita...
    alfatihah buat semua...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah buat semuaaaa :'(
    HUjan rahmat barangkali hari niiiii

    ReplyDelete
  4. semoga arah ditempatkan dikalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  5. al-fatihah.. moga roh mereka semua dicucuri rahmat.. dan ditempatkan dikalangan org yg beriman...

    ReplyDelete
  6. Innalillah.. takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete
  7. al-fatihah. sedara namee pun bru meninggal. mengejut. umur 29 .:/

    ReplyDelete
  8. al-fatihah jugak.. mati semakin hampir kan

    ReplyDelete
  9. akak takut akan kehilangan yang satu nih....

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com