Apr 30, 2013

Politik punya hal

Assalamualaikum wbt...


puas dah aku tengok kat laman sosial skang, orang duk pum pang pasal politik.. aku tak kesah pun.. walau kadang² nyampah gak khususnya bila balik² orang yang sama duk share pasal politik.. rimas.. tapi nk buat macam mana, ngah hangat kannn.. 

itu satu hal.. hal lain yang timbul bila pasal politik, adik beradik...sedara mara.. ipar duai.. bergaduh tak ketahuan hala tuju².. puncanya, BEZA FAHAMAN POLITIK.. tak payah la emo sangat.. apa faedah yang kome dapat?? 

bukan itu saja, siap kabor kalau pangkah parti pinggan mangkuk ni, boleh jadi anak derhaka.. wahhh!!! tanjat gegirl tau.. paksaan suh pangkah parti hari jadi padahal nak pangkah parti pinggan mangkuk cap arkopel.. hati berbelah bahagi.. diluah mati mak, ditelan mati bapak.. sudahnya kemam je la sampai ngences².. 

politik pun politik la jugak.. tapi jangan emosi berlebih².. dapat apa?? berbeza fahaman politik sampai nak putus saudara?? kejam kan.. 

pastu pasal berbeza fahaman politik ni la duk laga²kan sesama negeri.. penat la tengok.. ada satu aku tengok kat internet, orang ni duk laga²kan orang johor dan kelantan.. nahh, terang² aku sebut.. aku elok je kawan dengan orang kelantan.. so jangan la cuba nak pecah belahkan.. duk mengutuk sesama sendiri.. yang tengok tu, tepuk tangan lompat bintang patbelas..

politik orang skang penuh emosi.. berkempen la cara aman.. jangan ikut emosi.. nak sokong pihak mana, sokong la.. nak pangkah mana pun, pangkah la.. jangan duk merepek yang bukan² sampai jatuhkan macam² hukuman kat orang lain.. 


dah..dah..tak nak cakap lebih².. kang tak pepasal kena sekeh.. sesia je..




notakecik : jap sejuk..jap panas.. pffttt

16 comments:

  1. Tu la padahnya bila nak berpolitik tapi tak professional.....tak payah kutuk sana sini...sampai waktu pergi la pangkah mana yang dipilih.

    ReplyDelete
  2. absulately correct...jgn sampai bgadoh, bmsm muka, yg kawen tuh sampai runtoh umahtangga...akak okeh jeee...walaupon sorg bulan, sorg dacing...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. politik ni tak salah sis..yang pengamalnya yang fanatik sangat..huhu..

    ReplyDelete
  4. entahlah. bergaduh sana sini. siap maki hamun lagi. facebook dah jadi medan pertempuran saraf. kita yakin dengan parti tu, kita sokong. yang penting, kita pergi mengundi. jangan duduk dalam rumah sambil kunci pintu.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. heee sebab tu sheila jarang on fb. hehe semua berkisar politik semata2.

    ReplyDelete
  6. ya Allah..setuju sangat la tina.. yg sakit hati org yang sama je post or share pasal politik ni.. wah kemain semangat lagi..dia apa dapat pun cikda tak tahu..

    tah2 yg dok bising2 dok laga2 kan org tu mengundi pun tak layak..grrrrr...

    ReplyDelete
  7. mmg rimas kan..on je FB bnda 1st mesti pasal politik..tu yg malas nk on9 kat FB sgt skrg ni..relax dulu..

    ReplyDelete
  8. setuju sangat..pasal politik pun nak gaduh entah apa2 kan..cepat la berakhir semua ni..

    ReplyDelete
  9. dekat FB tu ha. naik juling biji mata. eka elakkan utk baca....

    ReplyDelete
  10. rimas tgk wall FB dgn cerita politik, masing2 nak up parti pilihan masing2

    ReplyDelete
  11. Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad.

    Terima kasih.
    ~Hijab valley~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Lemas sebenarnya ngan situasi skrg.

    Baru ni, masa tgh drive, kat simpang lampu isyrt, ada penyokong sebuah parti pegang sepanduk. Kat sepanduk tu tulis, "tekan hon kalau anda sokong parti X"

    Pa lagi, berbunyi2 hon kat area lana lalu tu,hahaha, mcm2.

    ReplyDelete
  13. hehe betul jangan main cakap je sekarang kunk tak pasai2 masuk tv hehe

    ReplyDelete
  14. aih ada tu siap kuarkan perkataan bangang, bodoh bila kite tak sependapat..low mentality betul la..

    masing2 ada kegemaran parti masing2..tak perlu provok lebih2..kann

    lalui hidup spti biasa :)

    ReplyDelete
  15. nak tanya pasal kerepek pisang tanduk

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com