Jun 5, 2013

Aku Dengar

Assalamualaikum wbt...


ada yang duk tanya apa IG aku.. nah amik ni, TINAKECHIK.. cepat follow.. nak tengok sangat gambar suami aku.. kekeke.. FB aku lak, Miss Tina.. cari la sampai dapat.. yang IG tu, kalau aku tak kenal mahap la, memang aku tak accept ye.. bajet ko tu artis popular tina oiii... 


tak habis lagi isu majlis kawin aku.. bila aku upload gambar, post entry..ramai kata aku tak jemput.. pheww... acane nak explain pun tak tau la.. apa pun, aku minta maaf sangat²..

then..sebelum majlis tu..sejurus kad diedar..banyak cakap² belakang yang aku dengar.. 

yes, aku memang tak bertunang... suami aku pun kata amik yang wajib.. yela, masa ko nak nikah, tok kadi bukannya tanya, "dah tunang ke belum ni? kalau belum tunang, tak boleh nikah tau.." tak ada kan.. syarat wajib nikah pun, tunang tak ada dalam senarai..


"hey tina..senyap² je pastu dapat kad jemputan..ada apa² ke ni? dah ada isi ye?" agak kuajo jugak la soklan tu.. well, isi apa, itu aku faham sangat.. hurmmm, maleis sangat kalau ada pemikiran cenggitu.. perut aku penuh cacing kot.. kakakaka..

"tak tunang tu, mesti tak ada duit hantaran".. phewww... takkan aku nak hebahkan satu donya berapa hantaran aku.. dendiam dah la.. aku bagitau hantaran aku kat tok kadi je, tu pun sebab dia tanya masa nak mintak "otograf" aku.. motipnya pun aku tak pasti..

"tinaaaa...senyap² je ko kan..tetibe jeeeee.." tetibe mende weyhhh, aku plan kemain lama.. siap ada checklist lagik.. nak tengok?? siyes, masa plan tu, kepala aku sakit gila².. doorgift la..kad la..kek la.. MUA la..OP la.. rasa nak cakar dinding tau tak masa tu.. miahaha.. tetibe sebab tetibe aku bagi kad eh?? alerrrr, belum ada kad tak leh la nak cerita, kang tak jadi.. kad pun aku edar 2minggu sebelum majlis.. orang suh sebulan sebelum majlis, tapi aku buat tak reti je... kakaka


dannn..ada la beberapa lagi cakap belakang yang aku terdengar, tapi aku dah lupa.. kakaka.. kesimpulannya, pedulik apa aku.. aku tak mintak duit diorg pun.. dan Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya tanpa aku hiraukan cakap orang pun.. aku anggap je diorang iri hati.. boley??

pada aku, hak masing².. tak perlu nak busy body sangat.. orang jemput datang kenduri, datang la.. orang hidang makan, makan la.. ni tidak, datang majlis, makan sambil anyam ketupat.. kerlassss kau maria.. yang penting, majlis dah lepas.. 

even ada la rasa sakit gak jiwa aku..senak kepala otak.. tapi aku malas fikir.. dari sebelum kawin, sampaila dah lepas kawin..ramai betul yang suke menyakitkan hati aku.. aku redha je.. suami aku pesan, "B, biarkan je la diorang nak kata apa..kita tak kacau dia..".


apa pun skang ni..aku dah happy.. weeeeee.. tak sabar nak balik kampung minggu ni.. balik kampung sebagai suami isteri gitu.. *gatal*


notakecik : bila orang terlebih perhatian kat life kite..just anggap yang hidup kite lebih menarik dari hidup dia.. hahahaha.. kesiann

19 comments:

  1. tina, abaikan mulut2 busuk tu.
    enjoy with hubby ok.

    ReplyDelete
  2. aku suka nota kecik tu....
    kerana itulah pun yang aku nak cakapkan tadi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. heee sayakah yang bertanya itu? hehehe saya dah add awak. yeayyy. takpe, gatal dengan suami.. dapat pahala tau tina. hehehheeee. semoga awak menjaga hubungan suami isteri dan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. Sis..hidup ni klu nk dgr org ckp hal kita..jenuh!!yg pntg kita happy..dan beranak byk2..eh..tetiba..

    ReplyDelete
  5. setuju sangat2, hahaha sebab I myself pun buat majlis untuk anak beranak semata, mmg dari zaman muda remaja lagi I tak pernah ada impian nak buat majlis kenduri gempak gempita pun. And of course la cakap2 belakang tu banyak, ramai yang lebih menyibuk kalahkan my mom, jenis yg membebel adat tradisi bagai tu la. yang penting for me buat yg wajib.

    ReplyDelete
  6. Rasa macam soalan yg bertanya sudah berisi tu dah melampau kot..
    Apa2 pun smoga sis berbahagia & kekal hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  7. mulut orang lain siapa boleh jaga., dah nikah pun mengata, kalau belum confirm lagi hebat.. :)

    ReplyDelete
  8. Pedulikkan cakap org Tina ... lantaklah. Kita bukan buat benda salah ko nak kecoh beria sangat. Apa salahnye kalau mendoakan kebaikan dri ko nak ckp bebukan. Bukan dapat pahala pun memberatkan dosa lagi adalah.


    Mulut org nie lagi tak mati dia takkan diam. Kita explainlah camne pun dorang tetap buat andaian sendiri. Pastu anggap andaian dorang betul. Lebih baik kita dok diam....xyah la nak beria nak explain bagai kat orang yg tak faham nie. Buang masa adalah....


    By the way....Tahniah ye. Selamat pengantin baru .... 2-3 hari lepas akk nampak ko nye encik somi kat area akknye apartment. Pindah situ ke??

    ReplyDelete
  9. alamak. mcm aku je tanya knp x jemput..aku ke yang ckp blkg2 tu..mcm x je..aku x pernah buat kerja2 terkutuk tu..hihi..

    bydaway, baru tau kau tak bertunang..hebat2.. buat yang wajib je kan..nnt blk kmpg mmg nak tunjuk kebolehan masak la ni..

    ReplyDelete
  10. Akak. Pedulikan .Ada je yg melekehkan kita.

    'Laa apesal tunang, kawen terus laaaaaaaaa..'

    masalah skang sape yg tunang. hadui..Mulut orang. Klu over exposed kate nunjuk, klu sembunyikan kata misti de pepe tuuuu...

    tak faham sungguh.

    pedulikan. Kami tunang ni pun ramai tanya bila, bila. Senang cite, bulan 12 ! hah diam.

    ReplyDelete
  11. bestkan kawin akak ku hihihi...kita dah add IG akak. betulah mila baru perasan cakap akak tu bila orang terlebih perhatian kat life kite..just anggap yang hidup kite lebih menarik dari hidup dia.. hahahaha.. kesiann

    ReplyDelete
  12. saya pun terus kawen, takde bertunang... membazir duit je buat majlis bertunang.

    ReplyDelete
  13. apa kak tina dah kawin??? nampak sgt xon9 saya ni.. aishhh

    ReplyDelete
  14. saya pun terus kawen xtunang pun
    jimat tau
    pedulikan apa orang nak cakap
    jemput meriahkan blog saya ye
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Sometimes society kite ni terlalu busy body nk tau hntrn la segala jadah.. Tumbok perot mereka..

    ReplyDelete
  16. mulut org kita xleh nk tutup...kita xsalah, abaikn jek.pekak kn telinga.. :)

    ReplyDelete
  17. huh mood honey moon lagi ni ...manyak syoooookkkkkkk o0o

    ReplyDelete
  18. macam2 orang. namee pun tak tunang, terus kahwin je sbb rasa macam buat apa tunang kalau hati dah sama suka. ecewah. amboi sape kata tu kalau tak tunang, nikah terus ada isi dalam perut tu ?? pandai sgt ye..

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com