Oct 15, 2013

Tak tergamak

Assalamualaikum wbt...


Salam Aidiladha semua.. 

3hari lepas aku ada makan tengah hari kat satu foodcourt ni,ternampak seorang tua menatang pinggan duk melilau cari tempat duduk.. kebetulan meja sebelah aku kosong.. rasa nak pelawa duk sebelah,tapi aku lambat.. dia dah nampak meja lain.. kat dalam pinggan dia,nasi dan lauk telur masak lemak je.. Allah,aku sungguh tak boleh tengok.. akan rasa sayu.. nak je belikan lauk lain.. 

Datang seorang budak bagi air,mungkin cucunya.. tapi,kenapa tak makan sama? Kenapa biarkan orang tua tu makan sendirian.. rasanya itu anak menantu dia.. bersungguh orang tua tu makan,habis nasi kat pinggan.. tak membazir..


Tujuan aku cerita ni bukan apa.. kalau aku kat tempat anak orang tua,takkan seinci aku tinggal dia sendirian.. tak tergamak.. bila macam ni,sungguh aku ingat mak kat kampung.. aku ingat arwah abah.. dari kecik arwah abah dah terapkan "kebersamaan" sesama kami.. 


Pernah abah timbulkan isu, "nanti abah dah tua mesti kau campak abah kat rumah orang tua".. ya Rabbi,nape abah fikir macam tu.. jadi bila nampak situasi tadi,tak mustahil ramai orang tua bakal "dibuang".. sanggup kan korang..???


Dulu aku dapat esaimen untuk buat amal kat umah kebajikan sama ada umah orang tua atau umah anak yatim.. aku pilih anak yatim.. tak sanggup nak jengah orang tua.. 



Enrty ni tak tau untuk apa cuma sungguh aku rindukan arwah abah.. rindu.. Alfatihah..





Notakecik : malasnya nak keje esok.. hiyarggghhh..

13 comments:

  1. Ya Allah memang tak tergamak, I tak faham la dengan orang yg sanggup buat macam tu kat orang tua. Yer la orang tua kan mmg cerewet kadang2, biasa la tu. Kau masa kecik2 dulu pun ngengada jugak kan, takder mak pak kau biar kau makan sorang2. eh teremo pulak di pagi raya. Selamat Hari Raya dear. I pun sedih ni baru lepas call my mom huhuhu.

    ReplyDelete
  2. tak boleh nak baca kisah org tua ni..terus sebak. mcm tgk iklan pasangan tua husband n wife yg nak pergi haji tula.. rasa mcm sayu sgt..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah. .. marila kita sama2 ambil iktibar.. takut2 kita trlupa nanti...

    ReplyDelete
  4. Al fatihah utk arwah ayah tina ye..

    ReplyDelete
  5. maybe budak tu pelayan kedai kat fudcourt tu?

    ReplyDelete
  6. @downgila : setahu akak kat fudcourt xde pelayan.. dan oleh kerana akak kerap mkn kt sn, memang tau itu bukan pelayan.. :)

    ReplyDelete
  7. @Nastyna : tula, nape la diorg tak terfikir semua tu.. :(

    ReplyDelete
  8. Al fatihah buat arwah ayah kamu :)
    Sedihnya lahai.. sebak je baca entry ni.. dapat bayangkan bagaimana keadaan orang tu.. lagi-lagi bila tahu lauk apa yang dia ambil.. :(

    ReplyDelete
  9. kalau lah mak akak masih ada........rindu

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah :)

    Salam aidiladha kak.

    kite pon takley gak tengok camtu. alangkan kalau nampak pengemis pon nak menitik air mata. huuuuu

    ReplyDelete
  11. rasa macam nak nangis baca ni. :'(

    ReplyDelete
  12. sedihnya :( emm nameedah baca dah ni sebelum ni kat blog akak tp x sempat komen. sedihnya. :/

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com