Nov 21, 2013

Alfatihah | Ahmad Ammar Ahmad Azzam

Assalamualaikum wbt...


Dalam sebok orang kat Malaysia ni kecohkan budak hilang kat villa nabila, tak ada lak yang nak share cerita seorang anak muda yang meninggal di usia muda.. ramai yang tak tau.. yela, maybe hairan, setakat meninggal di usia muda, apa nak diherankan.. baca dulu kisah Allahyarham, nescaya ramai yang kagum..terpegun..

aku sendiri susah nak rungkaikan kisah perjuangan anak muda ni.. takut aku tersalah.. aku baca, aku faham.. tapi kalau nak tau jugak, nanti aku sertakan beberapa link untuk tatapan korang..


sebelum tu, aku "tampalkan" sedikit mengenai Allahyarham...
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. sumber : melvister

termalu dengan apa yang Allahyarham sumbangkan sedangkan aku masa seumur dia, tak terfikir nak buat sebagaimana yang dia buat.. Ya Allah...


ammar

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7
semoga kau tenang di sana...


Ahmad Ammar - Digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”


lebih lanjut, sila baca link yang aku sertakan ni..walau tak banyak, boleh jelaskan mana yang korang kurang jelas.. mohon doakan kesejahteraan roh Allahyarham.. sedekahkan Alfatihah..


kalau rajin lagi, carila link lain.. ada jugak video untuk tatapan semua.. 
Link Video : Ahmad Ammar



sesambil tu, boleh tak hulurkan sikit sumbangan seikhlas hati korang..






notakecik : kenapa berita serupa ini hanya ibarat "dicelah gigi".. patut la ramai yang tak tau.. tak cukup hebat ke???

16 comments:

  1. alfatihah utknya
    tq fr sharing
    kes mcm ni x buat paper sold out sbb tu orang tak tulis.sedih kan?
    kes villa nabila tu rasa mcm satu negara diperbdoohkan

    ReplyDelete
  2. alfatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..

    ReplyDelete
  3. aku ramai yg tak paham sape ammar ni ...
    aku pun tak brape paham sbb FB aku tak de sape pun share kisah ni ... mungkin sbb aku sorg tak aktif ngan fb so aku mmg ketinggalan ....

    ReplyDelete
  4. I read about this young guy yesterday, may Allah bless his soul. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  5. alfatihah utk arwah.
    akk tau pun melalui fb je dik.

    ReplyDelete
  6. al-fatihah utk arwah...takziah buat keluarga arwah...

    akak dah baca & tgk video tuhh...sayu, hiba, tanpa sedar airmata mengalir di pipi...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang² yg beriman...amin..

    ReplyDelete
  7. sedih.tak sangka ammar ni adik kepada kawan namee masa study degree dulu.T_T mudahan family dia tabah.Ammar menanti di syurga. amin.al-fatihah.:/

    ReplyDelete
  8. al-fatihah.. org yg baik² ni selalu allah jemput awal..

    ReplyDelete
  9. yelah kak kite pon baru tau pagi tadi masa orang dok share2. kalau tak manjang pasal villa nabila tu.

    p/s: akak doakan adik akram. die kene strok. baye kite. :(

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah..tersentuh sgt bile tgk video arwah..

    ReplyDelete
  11. Tgk video arwah tadi. Sebaknya rasa.
    Al-fatihah untuk ammar.

    ReplyDelete
  12. Alfatihah untuk arwah, bila terbaca kisah dia rasa sangat kagum. Allah ambil dia awal sebab Allah sayang dia kan. Sayang dia dari terkandas kelekaan dunia. Subhanallah. Semoga kita boleh jejak langkah dia. thanks sharing this entry awak

    ReplyDelete
  13. kita tahu nama dia sebab keyword naik nama dia tapi cerita sebenar xtau pun kak. ni baru nak baca.

    ReplyDelete
  14. sedih. sebak. bila baca kisah arwah.
    bila fikir diri sendiri. hmmm bila lah nak berbakti mcm dia tu. -_-

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com