Nov 27, 2013

Terlalu banyak komplen dan komen

Assalamualaikum wbt..


Aku tak tau ngape hari ni siyesli aku sangat tak ada mood nak buat keje.. banyak benda aku fikir.. padahal menyusahkan kepala otak aku je kalau fikir.. langsung tak ada faedah..


komplen dan komen tu dua perkataan yang berbeza kan.. entahla.. pada aku dedua macam sama je sebab mostly ayat yang keluar tu harusla menyakitkan hati dan telinga yang mendengar... jarang la dapat komen yang baik.. aku tak kata aku atau orang sekeliling aku tau.. kang ada yang fikir bukan² lak.. 


aku cukup alergik dengan manusia yang suke bagi komen dan komplen kat kite tapi dalam masa sama niat dia nak kondem.. engko paham x? yela, pada diorg semua yang kite buat ibaratnya tak betul pada pandangan mata dia dan mula la tujukan kritikan pedas yang langsung tak membina.. 


nak kritik boleh, tapi boleh tak lepas tu ko selitkan dengan sedikit nasihat, panduan atau pape je yang positif.. 
sebagai contoh, kritik => ko ni pakai baju macam ni dah macam orang tua la, padahal muda lagi ko ni 
kritik + nasihat etc..etc.. => .............................. *tambah ayat kat belakang* y not ko tukar kaler baju ko ni dan cari fesyen yang up to date.. 
ada beza x?? aku just bagi contoh.. tak semestinya contoh aku ni betul tau..


satu lagi komplen dan komen bosan bila dia anggap diri dia betul sentiasa.. maksudnya, ko memula komen atau komplen, pastu nak banding beza dengan diri ko sendiri yang kononnya perfect.. hey, choiiiii....



haihhh..duk mengacau aku buat keje kan dah tinggi tune suara aku yang merdu bak buluh perindu ni.. pepagi ni banyak keje tau tak.. tak payah nak tanya benda yang dah terang lagi bersuluh boley?? 







notakecik : sesejak ni aku sensitif semacam ni ngape? stress la..

12 comments:

  1. entri melepaskan perasaan keee mak buyong..hehehee..

    ReplyDelete
  2. boleh dh tu amik cuti:)
    kasi rest dulu kepala tu..

    ReplyDelete
  3. akakkkkk ! rindunye lah. hihii


    rileks kak rileks. kang baby pon ikut stress sama nnt. :)

    ReplyDelete
  4. itu bukan komplen... tu kondem.... saba je la...

    ReplyDelete
  5. yes... itu stle yg takkan pupus, komplen kritik hanya untuk menjatuhkan, pastu bila kita sentap, katanya teguran membina.. chaitt poodah. (eh i lak lelebih)

    ReplyDelete
  6. sensitif tu pembawakan budak kak huhu...

    ReplyDelete
  7. Sis..sabo2..ingat bb dlm perut tuh..hehe

    ReplyDelete
  8. hai, saya nak follo blog tina tapi tak jumpe kolum follower..

    Salam perkenalan dari akk penunggu ;-)

    ReplyDelete
  9. hai, saya nak follo blog tina tapi tak jumpe kolum follower..

    Salam perkenalan dari akk penunggu ;-)

    ReplyDelete
  10. sy pun alergik dengan manusia yang macam ni. haha

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum tina. sabar banyak ok... jangan fikir2 sgt hal macam ni. tak elok untuk kandungan tina :)

    ReplyDelete
  12. betul. kadang kadang rasa marah bila ada yang suka komen macam nak kondem kita.. walhal, dia pun lebih kurang, 2 X 5 je.. huhuhu

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com