Feb 28, 2013

Please say "PLEASE"

Assalamualaikum wbt..

finally ada gak entry kedua setelah aku agak pening langau... boley??


sikap orang Malaysia ni berat mulut.. aku tak kata orang kite iaituorang Melayu.. aku cakap orang MALAYSIA ye.. susah nak cakap please.. tolong... susah benar.. berat mulut..

mintak tolong kat orang lain, tapi tak ada keluar perkataan yang menunjukkan kau sedang mintak pertolongan.. dah macam arahan pulak.. yang dengar ni jadi sakit hati.. mintak tolong kan?? so, boleh tak letak perkataan "tolong" tu... Jelita lagi bijak sebut fliss.. eh, termasuk lak kesah dak Jelita si monster tu.. promot sikit

senarnya sakit hati dengan manusia kat opis ni.. nak suh aku tolong amikkan pen untuk dia.. tapi cara dia tu, campak pen yang dah habis dakwat depan aku, then cakap, "tina, amik pen untuk i".. aku rasa macam nak bagi makan kaki je.. biadap tahu..biadap.. aku memang kuli kat sini, tapi bukan kuli batak ko!!

hah ingat, nak mintak tolong tu biar ada gaya mintak tolong.. jangan biadap.. nanti sampai ke sudah orang tak hirau.. nanti silap haribulan mati sendiri.. ehhh, teremo pulak.. dah pulak teringat kisah si penipu.. bila dah berkali² menipu orang kampung, langsung orang tak percaya sampai la dia ada mintak tolong pun orang tak hirau.. ada kaitan ke?? ibaratnya macam tu la.. mulut tu jaga sikit.. kita kan orang timur, ada adab.. 


dah panjang pulak aku bebel.. okbai



notakecik : hari ni nak masak..yay!!! eksaited sebab jarang masak...masak pun makan sendirian berhad jugak.. tak habis, buang.. membazir..
Read More

Salah Makan

Assalamualaikum wbt

Pagi² lagi dah hujan..hujan rahmat.. Alhamdulillah...

semalam langsung aku diam dari berblog..bw pun idak ye.. semalam gagahkan diri pegi keje.. tak sampai kul doblas aku dah tak larat.. pastu muntah.. ya rabbi, terus rasa lembik badan ni.. tak fikir panjang, terus amik halfday.. balik umah, ngam² sampai dan naik bilik, muntah lagi.. kali ni lagi teruk.. segala mala makanan kuar.. badan totally out, lembik macam sotong.. 

sah food poisoning.. lepas kuar segala macam tu, badan jadi sakit²..kepala berpusing.. tengkuk sakit.. hidung sakit.. makan pun tak lalu.. sabar..sabar..

nak kata jarang makan kat luar, selalu gak.. padahal malam tu encik beliau makan gak apa aku makan.. maybe perut dia kebal.. so skang ni,aku masih berjaga².. even tadi pun beli roti je.. tapi makan gak nasi goreng yang opismet bagi.. dasar tembolok buaya..

mahap la ye... nanti aku BW lelaju.. buat entry ni semata² nak mengadu.. hahahaha.. tak la, saje je tulis.. Alhamdulillah pagi ni dah ok sikit.. makan ubat dan rehat je la.. dah sikit trauma pulak nak makan kat luar ni..


perut makin sensitif pulak..



notakecik : bertabah untuk hari ini..ku mohon
Read More

Feb 26, 2013

Kemalangan

Assalamualaikum wbt..

OTW ke opis tadi..aku ternampak ada motor seketul duk atas divider sebelah lampu isyarat.. masa masuk simpang, sah la memang ada eksiden tadi.. atau maybe malam tadi...

dengan helmet bersepah.. pastu ntah ada apa kat tepi jalan tu.. serpihan motor tu kot.. teruk gak.. tapi mangsa tak ada dah..

aku terfikir, maybe langgar lampu merah.. bukan langgar tiang lampu.. gini la ye, penunggang motor ni aku kira spesis berani mati.. lampu dah bertukar merah pun masih nak redah..

semalam pun ada nampak macam tu.. mujur tak kena langgar sebab motor lain elak dia.. kadang² bila kita ni dah cukup berhati², orang lain lak buat naya.. lampu brek tak menyala.. tak bagi isyarat... meredah macam lembu menyondol.. gelojoh.. ni la sikap orang malaysia..

aku paling bengang dengan bas kilang.. kalau lalu selekoh tu, sehabis mungkin nak laju.. biadap.. aku yang nek motor ni seram.. macam kena kejar dengan hanjeng je..

aku bukan nak kutuk orang yang nek motor ni.. aku sendiri nek motor woi... siap dapat gelaran minah rempit.. motip?? 

sedar²la..hilang nyawa tak ada ganti tau..  


okbai


notakecik : nak gurau pun serba salah kalau ada spesis sentap 24/7
Read More

Perihal kanta lekap

Assalamualaikum wbt


Pagi semalam..
"Tina, tu mata betul u ke?"
"Tak la..kenapa?"
"Nampak besar sangat.."
"Erkkkk... @_@"


2 hari sebelum
"Encik beliau, next week kite g the mines ye"
"Nape?"
"Nak beli contact lens..dah nak expired dah ni.. lagipun ni besar sangat.."
"ok..."


mata dah dibiasakan bercontact lens.. bila pakai spec aku rasa sesuatu.. macam tak berpijak di bumi yang nyata.. bila pakai contact lens, macam² lak cerita aku dengar dan baca..

mata buta la..contact melekat la.. serammm..

melekat?? aku pernah kena.. terlupa buka contact lens.. then mandi air panas.. masa nak buka, dah melekat suam² kuku.. cuak.. biarkan dua menet, baru leh cabut.. tapi masih tak serik.. ingatkan pastu tak pakai contact lens dah.. ngeng..

............................................................................................

hey, perang nota dicermin hadapan kereta makin melarat.. pagi tadi nampak ada nota kat kereta jiran.. tak sure dari sape.. tapi aku tau kakak ni memang parking merata.. ikut terhagak muncung dia.. nah, nota bertulisan besar dan bold lagik.. balik keje skang tak boleh merayap.. balik terus menuju rumah.. sesi berebut parking!! benci...


okbai



notakecik : satu dua tiga empat lima.......sembilan hari lagi..
Read More

Feb 25, 2013

Cuma ada jasad

Assalamualaikum wbt..

penat aku tenung blog ni.. jenuh fikir nak kuarkan idea.. banyak je nak cerita, tapi tiap kali nak mula, terus hilang.. kejamnya....

eh, malam tadi kedarah secret recipe kat Presint 4, Putrajaya tu.. pestime makan kat situ.. sebelum ni lalu lalang je.. ok la sebab tak ramai orang.. makan pun mengadap jalan sesambil usha kereta sebab park tepi jalan je.. 

hey, ada promotion tau.. untuk weekend je dan hanya di outlet SECRET RECIPE, PRESINT 4 PUTRAJAYA.. ada faham?? ada 4menu, LASAGNE, SPAGHETTI MEETBALLS, SECRET RECIPE FRIED RICE WITH SATAY dan PAN-GRILLED DORY WITH LOBSTER SAUCE dengan 2jenis air je, ICE LEMON TEA n WATERMELON JUICE.. semua berharga RM16.00.. promotion ni tak tau la sampai bila... jelas?? 


semalam ke The Mines, kemain ramai duk kat Kids Paradise tu, rupenya time menebus kupon... nak ke Just K, pun penuh sebab pakat tebus kupon jugak.. maka semalam aku klasifikasikan sebagai hari penebusan kupon sedunia.. boley?? 


dan sebenarnya, aku tak ada mood sesangat ni.. rasa macam jasad je duk kat opis ni hah.. hati ntah ke mana.. tambah lak ngenangkan next week nak g oliday.. lagi la mak tak sabar.. wakakaka.. nampak sangat tajuk tu tak kena dengan entry.. sudahhhh, janji ada tajuk dan isi.. suka ati korang nak pahamkan ke tak...

kacak je nengok muka nate ni.. LOL


serasa nak makan kek eskem..


notakecik : update whatsapp, tetibe aku punye expiration date dah bertukar.. dari tahun 2110 menjadi LIFETIME SERVICE.. kau hado?? erkkkk
Read More

Feb 22, 2013

dunia...dunya...donya...

Assalamualaikum wbt...

Seharian tadi aku cuba buat keje...atau lebih dikenali buat2 ada keje.. keje datang dari semalam, kul 3 baru terkial2 nak buat... berkobar2 nak jengah blog kawan jadi terbantut dek super kelembapan internet.. 

Nak guna enpon gabak ni, takut disalah ertikan...

Salah erti yang aku maksudkan, manusia2 besar kat opis pandang sinis.. cakap2 belakang yang katanya aku leka berfacebook.. dunia..dunia... penuh manusia busuk hati...

Dari semalam menunggu jiran yang bagi nota ketidakpuasan hati pasal parking, tapi tak muncul2... biasanya balik mesti sama waktu dengan aku.. pagi tadi aku pandang gak dia, berharap dia pandang aku, tapi kalih sikit pun tak... satu lagi spesis manusia yang berani cakap besar kat belakang kita.. dunia...dunia...

Semalam ada beli karipap kat kantin... kantin?? Dah macam sekolah lak.. ok abaikan.. seketul kuih rege dia patposen... kata lebih skema, empat puluh sen.. tea break niat nak makan karipap tu.. tetibe kawan pelawa karipap yang dia beli kat luar.. sama harga gak.. tapinyaaaaaa...saiz sangat jauh beza.. kalau pun nak kaya sampai akhirat, berhagak la..

Puas aku nak upload gambar dalam entry ni.. lembap kemain... hai la internet..internet..



Notakecik : ngah buat persiapan mental untuk hadapi hari itu... mohon empangan mata  tak pecah... mohon...mohon...mohon... *nyanyi lagu shiela majid, ku mohon*

Read More

Bagaimana mengesan suami curang

Assalamualaikum wbt...


tajuk tu memang rasa nak gelak sakan.. hahahahaha...

btw, ni dari keywords yang tersangkut kat blog aku.. ada pulak kan.. ada pulak aku buat entry gini.. bila masa tah.. tersangkut tang mana pun tak tau... hey, mak bujang lagi la...

senarnya,aku tak tau pun macam mana nak kesan.. apa kata pasang GPS kat laki ko.. alerrr, macam cite Kahwin 5 tu.. *pengaruh citer kuat ni*... 

entahlaaaaaa....

kalau kau syak wasangka, maksudnya tak percayakan pasangan kan..

macam ni la.. dalam hubungan, kena saling mempercayai..jujur.. ewahhh, pandai pulak aku bagi nasihat.. tak boleh nak kata apa la.. senang kata, aku pun tak berani nak kata apa..






tapi ada pesen yang suka buat spotcheck.. yela, nak tau apa pasangan dia buat.. tengok enpon, intip ke mana pasangan pegi.. upah spy.. see, pengaruh drama melayu sangat.. 





aku tak sure apa masalah internet opis.. nak melawat pakcik gugel kemain payah.. patbelas taun tunggu, sudahnya, problem loading page.. ciskek betul...


repekan murni di pagi jemahat ni senarnya nak kasi warm up je..

okbai



notakecik : @_@
Read More

Feb 21, 2013

Cari Rezeki | Jiran "jual ikan"

Assalamualaikum wbt...

Fuhhh...Fuhhhh..tarik napas dalam² kendian hembus pelan².. nak cari ketenangan dulu ni.. tenang la sangat!!

semalam masa otw balik keje, ternampak seorang hamba Allah yang aku pasti bukan orang malaysia.. lelaki.. menjunjung kotak² yang dah diikat.. kat tangan kanan ada plastik besar kaler putih yang isinya penuh botol kosong.. berlari² melintas jalan.. niat nak amik gambar terbantut.. sebab hati dah rasa kesian.. punya la bersusah payah dia nak tambah rezeki.. tak larat, dia bertukar tangan lak.. aku tau, berat bebanan yang dia bawak tu.. arghhhh, aku tak boley tengok orang gitu la.. rasa simpati...

..............................................................................

pagi tadi..aku tak pasankan pape pun kat cermin kete.. nak masuk parking kat opis, ternampak sesuatu.. nota!! nota dari jiran.. ayat sangat sarkastik..  katanya aku ada blok kete dia.. bila masa?? semalam aku tidur umah kawan aku, malam tadi parking kat porch sendiri.. porch sendiri?? so maknanya, dia ceroboh masuk dalam pagar umah dan letakkan nota bodoh tu kat kereta aku.. biadap!! sesuka hati je kan.. aku rasa aku tau sape.. jiran aku yang naik kereta wira itam sport rim kunen.. aku tak kisah la dia nak bagi nota tu.. maaf klu aku salah.. selama ni aku tak pernah kesah kalau jiran lain duk mencanak parking depan umah aku.. yang buat aku marah, MEMANDAI MASUK KAWASAN PAGAR UMAH AKU SEMATA² NAK LETAK NOTA TU.. CEROBOH KAN?? kalau rasa berani sangat, cakap la depan².. hangen pulak.. tulis salam dalam nota pandai.. masuk kawasan umah orang tak bagi salam pulak.. dasar!!

............................................................................................

makin bosan dengan keje.. macam² "rules" baru.. konon nak cut cost, tapi pembaziran arah lain kemain banyak.. manusia gila kuasa melambak kat sini.. apatah lagi manusia kaki kipas..


bila sekali mood aku dispoilkan..akan berlanjutan sehingga berhari².. lepas satu, datang lagi satu.. ujian tina..ujian.. susah nak sabarkan diri, tapi kena buat jugak.. tak rugi pun kalau bersabar...

okbai



notakecik : kecik besar kecik besar aku tengok orang depan aku ni.. apa² yang dia cakap, dah menyampah nak dengar..
Read More

Feb 20, 2013

Begitu Begini

Assalamualaikum wbt..

aku cuma mampu berhiatus tak sampai 24jam..apakah?? ikutkan nak lelama sikit.. kakakaka...

aku ni pemandu baru di jalan raya.. aku rasa selalu kena "buli" dengan pemandu yang kononnya pro tapi bangang abadi..

semalam, helok aku Q kat traffic light, datang seketul alza kaler kelabu bernombor BLX498# terus potong Q.. aku boleh sabar lagi walaupun dia dah membujur lalu melintang patah kat tetengah simpang... kendian, masuk pulak estima bernombor BLR###.. duk cantas aku.. sabar lagi tina.. masuk traffic light kedua, masuk honda city kaler itam bernombor WSH##4 yang dipandu PEREMPUAN BANGANG meredah memotong Q.. siyesli aku dah menyumpah.. memandu dalam keadaan marah sangat bahaya.. dan aku la tu.. orang kat malaysia ni makin mahal kereta, makin banyak harta, makin bodoh!! maaf la kasar pepagi ni..

pagi ni pegi keje, follow kereta yang maha lembap yang sesikit nak tekan brek padahal depan dia cuma ada semut melintas.. stupido kuasa dua..

dengar kat radio gosip hangat yang katanya Fizz Fairuz putus tunang.. nak cakap apa?? takziah la..malas nak tulis lelebih, kang salah pulak.. cuma satu je, selidik dulu latar belakang bakal suami/isteri ye..

pengaruh...orang malaysia kuat sangat terpengaruh.. dulu style menari kuda.. skang pesen menari yang aku tengok dah serupa ulat.. maaf ye.. tak kisah pun korang nak ikut ke hape.. tapi bila benda lagha macam ni, ramai yang suka... siap ada kawan aku kat FB yang post status, "tak sabar nak tunggu harlem shake ni merebak kat malaysia".. eh, tersebut pulak..


last sekali, buat pemandu² kereta yang aku sumpah semalam, moga korang insaf la.. baca balik buku undang².. jangan jadi dungu dan biadap!!


okbai


notakecik : pepagi dapat seketul pisang.. mekaseh wani!!
Read More

Feb 19, 2013

Berhiatus

Assalamualaikum wbt

lepas aku deactivated akaun burung biru, rasa syiok.. banyak sangat laman sosial aku nak layan.. FB, blog, IG.. setakat ni 3 tu je la.. blog pun senarnya ada banyak, tapi dah delete seketul demi seketul..yang tinggal seketul ni je la..

aku bercita-cita besar sejak semalam.. nak berhiatus sebentar.. kalau tupai ada tempoh untuk berhibernasi, aku pun nak jugak.. tapi idokla hibernasi.. kang kalau betul² aku buat macam tupai, orang salah paham pulak..


padahal niat nak berhiatus ni tak perlu dibagitau seluruh alam semesta.. tapi, suka ati aku la.. kang ada yang tanya mana aku menghilang.. eh, ada ke yang kesah?? kakaka..perasan jap..


apa maksud hiatus?? carila sendiri kat tenet.. aci tak?? ni pengaruh di ruang sosial burung biru la ni.. haihhhh..
nah, klik HIATUS ni..


motip entry ni adalah sesaje..


okbai
Read More

Payung | Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum wbt...

Lama aku perati..hurmm, tukar².. sejak dulu aku kaji selidik *kata kauuuu* pasal mende ni.. even kadang² jadi kat diri aku sendiri.. dan pasti mesti jadi kat diri korang gak kannn..

mudah je.. perempuan bila makan ramai², mesti bayar sorang²... faham tak?? makan satu meja.. bergembira.. bergossip.. kepohci... tiba masa nak bayar, memasing kuar duit bayar apa yang depa makan.. contoh lain.. aktiviti berkarok sampai lebam anak tekak.. sejam RM30, nak melalak berlima.. so, duit tu bahagi la dengan 5orang... paham kan.. pempuan bukan kedekut ye.. tapi berkira.. kakakaka...

tapi lelaki pesennya, makan ramai², yang bayar sorang je.. istilahnya, sorang je yang payung.. ni contoh.. tau dak, bila dah sorang ni terlalu baik hati duk payung tiap kali lepaking, memang dah jadi tabiat la.. lelama, si polan tu jadi tukang spedo.. hape, ko hengat beliau tu cop duit??

tak tau la kot kawan² korang semua hati suci tak pesen gini.. elok la..

jangan sesekali nak amik kesempatan.. beringat la.. kawan tu pun bukan senang memedang.. tolak ansur sikit..

ada gak kes yang berebut nak bayar.. ni kira macam mana ni?? baik hati berjiwa tulus mulus bak memakai sabun lux kaler pink atau pun nak tunjuk duit dia banyak?? acane tu?? so, fikir la positif.. kawan tu memang baik hati.. kadang² leh jadi gaduh besar wooooo.. gaduh sebab suh amik duit dia.. jadi depan mata aku.. senarnya jadi kat aku..vunguk



btw, ni entry berkulat dalam draft... aku menyampah dah nak update entry baru..


kebosanan makin ketara tatkala jari mula mengukir ayat.. sebaris ayat cube diluah, tapi tak dapat diterjemah di ruang putih kosong.. mencuba lagi, masih gagal.. memberi otak peluang dan ruang berehat..




okbai



notakecik : kadang² tak tau apa yang ngah difikirkan.. tetibe leh jadi beban..
Read More

Feb 18, 2013

Jiran | Terbakar

Assalamualaikum wbt...

Semalam memecahkan rekod duduk rumah seharian.. hebat tak?? tapi makan je la kejenya.. gituuuu.. ternak lemak memedang.. bosan tahuk.. siram pokok kaktus, tukar air bunga, cabut rumput, cuci kain baju, kemas umah pastu dah siap semua, blurr tak tau  nak buat apa.. grrrrr..

tajuk tu bukan pasal jiran aku terbakar.. tapi pasal jiran aku yang SANGAT PRIHATIN DAN BAIK HATI!!! rasa nak peluk² beliau je..

dikisahkan..Jumaat lepas ada mat bangla..pakistan..entah la warganegara mana duk potong rumput kat belakang umah aku.. tu pun sebab rumput dah meninggi, lebih tinggi dari aku.. duit umah yang dipertanggungjawabkan kat salah sorang osmet dia buat tak tau je.. patutnya dia selaku ketua umah, kena la jaga semua.. kau yang rela hati kan..

ok..sambung.. berdesing gak la telinga aku balik keje tu.. nak rehat pun tak senang.. yang paling bengangnya, rumput tu dia tak kutip pun.. tak de nak masukkan dalam beg plastik.. upah yang dibagi tu kan include semua.. rumput kering dia longgokkan je kat lorong belakang umah..

dan semalam..aku dengar orang duk bising².. rupenya rumput tu dah kering dan terbakar..dibakar.. aku pun tak pasti.. terbau asap kepul² camput hangit..aku dah cuak.. terbakar ke rumah aku ni?? jengah tingkap, brader/pakcik/abang umah belakang tu ngah kirai²kan rumput pastu siram dengan air.. aku ralit je tengok dari bilik.. *sepak laju²*.. 

yela, takkan aku nak turun bawah pastu tolong.. dia lelaki, aku pempuan..*alasan!!!*..  bila api dah padam, turun  ke dapur, rupenya api memang dah masuk kawasan belakang umah kami.. mujur tak terbakar tahuk.. kang mati keras aku dalam umah..

apa pun..terima kasih banyak² jiran..

dan malam tadi, api tetibe menyala lagi.. cecepat aku turun dan simbah air.. dah jadi macam bomba pulak.. *puihh*.. wakakaka.. 

duduk area taman perumahan ni, kena la prihatin sesama kite.. even tak pernah bertegur sapa, jangan sombong.. jiran sebelah umah aku ni sejak tukar dak baru, cam tak berapa ramah la.. 


okbai..




notakecik : tak pernah suarakan rasa hati..namun jauh disudut hati aku tau apa rasa kamu.. mata tak bisa menipu.. riak wajah bisa ditafsir..
Read More

Feb 17, 2013

Online

Assalamualaikum wbt...

Puas mereka tanya nape jarang nampak aku

Bukan tak mahu muncul

Cuma tak nak kelihatan oleh mata mereka

Sekali dua bisa tahan lagi

Bila berkali2, jawabnya hati boleh remuk...otak boleh pecah..

Permulaan dengan mukadimah indah

Tanya khabar bermadah

Masuk perenggan dua, muncul kenyataan macam asid menyimbah

Pedih tapi ku tahan

Tak kisah nak tanya itu ini

Tapi bila keluar kenyataan menyakitkan hati, maki dalam hati

Tolong kutip balik kata riak tu

Teraniaya dengan kata2

Terkutuk dengan ejek tersirat

Hentikan megah kalau tak mahu tuhan tarik nikmat

Kurniaan akal untuk diguna berfikir

Jangan rendahkan takhta akal di kepala lutut

Cuba masuk di dalam kasut aku

Rasakan....








Notakecik : terngiang2... nak benci pun tak ada guna..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read More

Feb 16, 2013

Kosong

Assalamualaikum wbt...


Kadang otak dah tak bisa berfikir..

membiarkan jari mengetuk tanpa hala tuju..

Sudahnya menjadi satu bahan tanpa ilmu..

Akhirnya laman kosong seperti tidak terusik..

Penat...bercampur dengan amarah yang singgah sesaat...

Kutuk diri sendiri.. maki hati..

Mengeluh...tapi cepat2 tarik nafas..

Mak pesan, mengeluh ibaratnya orang berputus asa..

Maka jangan..

Malas paksa...

Berhenti..

Pejam mata..

Lalu......








Tidur lebih baik.....

Ingat, jangan berdengkur!!


Selamat malam...


Bismika Allah humma ahyaa wa'amut...






Notakecik : sesungguhnya aku rindu nak bermadah.. kalau dulunya idea mencurah2 ke ladang gandum... tapi sekarang bila otak berkarat, nak asah pun tiada daya..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read More

Feb 15, 2013

Lelaki tegur | Malu

Assalamualaikum wbt

Lokasi : Alamanda
Waktu : Petang kot

berjalan sepasang kekasih.. gadis memakai skirt kembang warne kunen.. bertudung ayu.. tapi melangkah dari pintu besar bersebalahan super bowl.. nahhhh, aku nampak tiang!!

aku pandang je.. 
dia : "nape ni?"
aku : "tuu..tengok tu.."
dia : "serupa tak yah pakai kain..."

dia memang bukan tegur aku.. tapi tegur kaum aku..malu gak.. pakai skirt.. jelas nampak batang kaki.. even alasannya cover pakai legging, ia tetap melekap kat kaki.. paham tak?? haishhhh.. ye, aku pun bukan perfect sangat.. tapi berhagak la sikit nak memakai tu..
 
sumber : Google
motif?? okla..tak nak cakap banyak.. kang kena tembak sedas.. fikir²kan la..



okbai




notakecik : maaf ye..
Read More

Feb 14, 2013

Kenyataan | Handbag dan Wifi

Assalamualaikum wbt..

kunun nak share cerita pasal kenduri potong jambul si Labu yang tak berapa ada jambul tu.. tapi tak jadi la.. gambar tak boleh dikongsi.. mahap..

aku ada 2 gambar nak tunjuk.. eleyhh, mesti ramai dah tengok kan.. btw, gambar ni ada kaitan gak la dengan aku.. dan maybe ada kaitan dengan ramai orang..

miahahaha.. korang paham tak.. bila gini, aku teringat lak isi enbeg dak Jna tu.. banyak kemain.. tapi kite sama.. siyes, beg pempuan memang macam² isinya.. bedak, lipstik, kunci, usb cable, tisu..bla..bla..bla.. 

pernah satu hari aku suh adik aku cari barang dalam beg aku.. dia mengeluh sebab tak jumpa.. dia kata, "ni apa dalam beg ko kak.. dinasour ada, gajah ada, kambing..lembu..ayam.. makanan kucing..semua ko sumbat dalam beg..".. makanan kucen dik!!! bela kucen pun tak.. see, banyak kann.. itu belum jadi mak orang lagi.. botol susu, pampers, baju baby, tuala kecik..




korang nampak tak? kecik sangat tulisan..
dulu, aku memang pindah randah duduk.. orang nomad.. pernah duduk umah flat yang ramai bangla.. hari² nanges.. then pindah, umah flat jugak.. selesa sikit sebab ramai Melayu.. masa kat sini la banyak betul wifi aku dapat.. ada lak jiran baik hati tak letak password.. aku senang hari mentenet..lelama dia pasan kot.. terus bubuh, "Not FREE anymore".. tu diaaa.. besar dia letak.. kakakaka.. marah lettew...

skang tak ada dah.. pakai tenet sendiri je.. dan serasa nak beli Yes 4G pulak.. 

okbai

whatsapp ada masalah ke?? mesej yang entah tahun bila baru sampai.. ni lagi la buatkan aku makin malas nak reply wassap ni..



notakecik : mak aku pesan, jangan sesuka hati nak share hal peribadi dalam facebook atau pape je.. khususnya gambar.. kena hadkan segala mala gambar pasni..
Read More

Kerana Terpaksa | Sesak

Assalamualaikum wbt..

gigih menaip untuk entry kedua.. padahal mata mengantuk.. mengantuk gila babas punya.. sejuk.. ni kalau bagi bantal, memang aku lelap dah..

hari tu balik kampung.. umum, kampung aku kat Batu Pahat, Johor.. tapi balik sini (KL) aku lalu Temerloh.. kalau yang serkap jarang akan kata, "ada jalan senang g gatal lalu jauh tu nape".. ko tu gatal gak belum pape dah menyampuk.. kan dah kena sound dengan aku tadik..

aku pegi kenduri potong jambul Si Labu tu.. akak aku kan dah pindah Pahang, umah mertua dia.. nuuuu, kat Triang.. gila jauh wooo... sampai skang badan aku sakit².. aku tak pernah tempuh jem yang maha dasyat kat laluan LPT.. setakat jem kat PLUS je.. PLUS 3lorong, gagah lagi.. kat sana 2lorong je.. 

sebelum tol Karak tu, aku nampak ada satu kereta benti tepi jalan.. ingatkan rosak.. dan masa tu memang macet beneran sih.. nek beskal lagi laju.. aku ni pesen suka duk tepi tingkap belah kiri.. sedang asek nengok tu, rupenya orang kereta yang benti tu duk membuang rupenya.. mujur yang kecik je.. kalau yang besar, pahtu mencangkung..meneran.. wekkkkkk

tapi aku rasa macam tak patut.. kalau dah tak tahan sangat, selindung la sikit.. ni bebetul tepi jalan.. kat tepi pokok.. hey, aku rasa nak lempar batu je kat anu dia tu.. dah la ngah jem.. hagak² la kalau terdesak sangat.. cover sikit.. ni main belasah pancut je.. kuajo!!! 

kalau ye pun nak poo poo ke.. pee pee ke.. dan dah tak tahan sangat.. cari tempat sembunyi sikit.. ni dah rupe bogel depan orang ramai.. tade wotak punya worang..

aku kejakunan sikit bila lalu LPT.. macam seram gitu jalannya.. wuuuuuuu.. pastu ada tol di tengah highway.. yesss, jakun!!!

ni pas tol Bentong.. perut aku dah rasa tak sedap.. nak muntah.. ya rabbi..seksa betul.. dengan hujan lagi.. stress gak.. gerak kul 4.30petang..sampai lebih kurang kul 9malam..

sampai kawasan rehat gombak, konon nak benti membuang.. boleh lak RELA tak bagi masuk sebab penuh.. tak patut.. dibuatnya memang ada kecemasan, acane?? tah pape la.... malas nak gaduh dengan RELA, teruskan je la perjalanan...


penat tahuk buat entry ni.. semua aku masukkan dalam satu entry.. senang!!!


okbai..



notakecik : berborak tak habis².. haishh
Read More

Merojak | Meroyan

Assalamualaikum wbt...


14 Februari...hepi valentine!!! *lempang laju²*.. wakakaka.. aku pun lupa hari ni hari mende alah tu.. nengok fb baru la pasan.. tah pape la.. siap ada invite aku untuk beli teddy bear bagai.. ko hengat aku sambut ke?? 

hari ni 1st day keje setelah berhari² coti CNY.. konon semalam nak update blog, tapi tak leh sebab tenet macam harem.. sampaikan aku duk wassap dengan Cik Mot pun berkurun baru sampai mesej tu.. siyes givap.. terus off tenet.. maaf kak!!!

aku baru terbaca entry orang tu yang katanya beliau eksiden.. takziah ye.. semoga cepat sembuh.. 

hari ni opis seakan sunyi.. atau aku memang khayal pun tak tau la.. 

buka je dashboard, fuhhh..banyaknya komen nak kena publish.. nak kena reply.. nak kena jejak balik.. nanti aku bw sesatu ye.. bagi masa.. banyak woooo... kang kata aku sombong lak.. LOL

semalam hampir melanggar bontot myvi yang dipandu kakak gelabah.. aku hape lagi, tekan hon sekuat hati.. yang bengangnya, dia terus statik kat tetengah jalan.. ke tepi la hoi, aku nak lalu.. dah la main undur je tak tengok keliling.. sakit pulak hati kita ni..

balik kampung serupa tak balik.. berjalan je kejenya.. sakit badan...

eh, ada cerita lagi beserta gambar.. nanti aku sambung.. ni kira warm up je dulu.. miahahaha..


okbai



notakecik : jejari aku bengkak semacam ni pesal??
Read More

Feb 8, 2013

Butterfly

Assalamualaikum wbt..

mahap, ini bukan cerita pasal rama² mahupun kupu².. bukan juga lagu Butterfly.. sedap jugak lagu tu kan.. jap, nak nyanyi dalam hati.. *lempang*


ok la, nak kabor pasal fon butterfly.. apa, hengat Nokia je ada Nokia Butterfly?? tapi gila la, dulu sape pakai fon tu, kira kaya.. pastu koya...ehhhh.. yela, tecik je..mahal lak tu.. tapi itu dulu... skang ni, HTC BUTTERFLY..

Hari tu si adik Siti Kektus duk tanya aku fon HTC tu ok ke tak.. oleh kerana aku dulu pengguna tegar HTC, opkos aku menyetujui.. htc memang best super gaban lintah bulan..

dan yang latest skang ni, HTC Butterfly telah membuatkan aku bernafsu buaya nak dapatkannya.. oleh kerana Siti Kektus mintak pendapat, aku pun sajes la fon ni..

semalam Cik Mot lak tanya.. antara htc dan sony ericson.. aku kan setia hujung nyawa pada htc..aku jawab jugak htc.. kakakakaka..

eh, bukan nak review pasal HTC Butterfly la ni.. saje je menggedik kat blog sendiri... kalau nak tengok spec, pegi GSMArena.. yang penting, aku mahukan ini..


sumber gambar : Google


owhhh..aku tergoda..aku tergoda terkecewa.. kakakaka...giler.. btw, jeles sebab dia dah beli dulu.. 

sekian..okbai



notakecik : takde pekdah buat entry merepek gini..tapi cara ini la paling berkesan nak ilangkan tekanan..
Read More

Blurrrrrr

Assalamualaikum wbt


mood kurang baik sangat..

betul la..kalau dah dasar jahat orang akan cop kite ni jahat sampai mati..

buat baik pun dikatanya lakonan semata

buat apa je pun orang butakan mata, pekakkan telinga

bagus

fikir la macam tu..

aku buat lain, ko fikir lain.. 

ada susahkan ko? mintak duit ko? mintak makan minum dari ko?

tak ada kan??

so, just shut up ur mouth n mind ur own business
Read More

Satu Persatu Kematian

Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat sekalian alam..


Dalam minggu ini sahaja, banyak berita kematian aku dengar.. yang cukup familiar dah tentunya pemergian Datuk Yahya Sulong.. seniman vateran.. 


Disusuli pemergian pakar IT, Azli Paat.. rupenya allahyarham orang Peserai, Batu Pahat.. dekat dengan kampung aku.. baru semalam aku baca kat FB Kukubesi Manipulasi tentang Allahyarham.. banyak benda yang arwah tau..hebat.. 


semalam pulak, Adik Adam Syukri menghembuskan nafasnya yang terakhir.. sedih.. bila tengok gambar² perjalanan terakhir adik Adam Syukri, meruntun hati..syurga lah tempatmu.. ibunya tampak tenang.. dalam hati, tak ada sape tau..


Alfatihah untuk semua..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...


dan salam takziah untuk Kak Huda sekeluarga atas pemergian nenda tercintanya malam tadi..


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)




notakecik : ramai dah start cuti hari ni..
Read More

Feb 7, 2013

Artis pun artis la

Assalamualaikum wbt


2 situasi berbeza..pertanyaan sama.. pfftttt...

bosan nak ulang banyak kali..apatah lagi nak menjawab..


situasi 1
aku : Ello, saya nak buat reservation...bla..bla..bla..
gadis : ok..bla..bla..bla..
bla..bla..bla...
gadis : boleh bagi nama penuh?
aku : mistina.. bla..bla..
gadis : eh, artis ke ni? 
aku : @$%&$% (ni ejek aku ke apa?? *dalam hati je la*) bukan, tu nama betul saya.. *terpaksa eja seketul²*
gadis : nama sama dengan artis la.. *gelak²*


situasi 2 
aku : ello, saya nak buat appointment..bla..bla..bla..
gadis : ok..bla..bla..bla..
bla..bla..bla...bla..bla...
gadis : nama apa ye?
aku : mistina bla..bla..bla..
gadis : mizznina?? artis ke ni?
aku : bukan², tu nama betul saya, bukan Nina.. *eja seketul²*..


2 situasi ni berlaku dalam minggu ni.. tak kira lagi kes sebelum² ni.. aku paling menyampah nak eja nama sendiri.. belum ada lagi yang ulang kali nama betul sebab fikir MIS kat depan tu macam CIK macam tu la.. wakakaka.. retis pun boleyyyy...


baca balik, entry ni macam entry perasan lak..miahahaha... suka ati aku la.. sejak aku deactivate twitter, agak² ada lagi tak yang mengata aku ye.. yela, ada yang tak senang dengan entry aku.. memang betul la, laman sosial ni memang menjahanamkan!!!


okbai



notakecik : mengantuk menjadi².. syaitan ni hebat betul hasut aku.. mujur tak terlelap je ni
Read More

Moh Amik Lesen

Assalamualaikum wbt..


Semua sebok citer pasal BR1M kan.. Ahamdulillah, ramai yang dapat.. ok la tu.. hari tu bantuan untuk murid sekolah.. boleh la dari tak ada kan...

pastu skang ni pasal bantuan lesen.. tak ramai lak yang share.. aku puas la cari kat tenet.. finally, dapat gak.. baru pas daftarkan adik aku dan kawan dia.. tak tau la lulus atau tak permohonan ni.. sebok sangat nak amik lesen.. layankan je.. bayar sendiri.. wakakakaka

boleh daftar online semua.. tapi, ni untuk Pemohon yang BELUM memiliki sebarang jenis lesen memandu sahaja yang layak menyertai program BL1M.. kalau dah ada lesen kete dan baru nak apply untuk amik lesen B2, lupakan je niat tu.. 

sesape yang nak daftar, g je kat BL1M.. kalau tak silap, kosnya hanya RM199.. ok la tu, murah.. tapi ni untuk lesen B2 sahaja ye..


mak aku ada gak amik lesen yang aku pernah cerita dulu.. RM150 sahaja dan belajar sampai lulus.. tu untuk warga emas.. 

ada pulak lagu BL1M kool.. kekeke.. kelakar gak baca lirik dia.. 

sila la daftar ye..

okbai



notakecik : untung orang skang, banyak bantuan..
Read More

Feb 6, 2013

Perogol Bersiri

Assalamualaikum wbt

mesti ramai yang dah baca paper kan.. pasal Rambo Bentong tu..

biadap..kuajo..keji..jijik..semua la..

hambek ko!! ko rogol budak bawah tahun.. 17,16,8.. ya rabbi.. belum pulak kes meliwat.. dah tu siap guna pisau rambo ye.. woii, yang ko rogol tu budak.. sah² tak terdaya nak lawan, lagi kau guna pisau..


hambek, kena penjara 115 tahun.. belum masuk tang sebat lagi.. leper la pungkoq hang.. tu pun kalau panjang umur.. dibuatnya mamtik dalam penjara?? lagi bagus.. ohhh, emo pulak..

nafsu buaya ke sampai budak kecik pun nak dirogol tu..
Read More

Produk Kecantikan

Assalamualaikum wbt..

tadi kabor collagen tu, ada yang tanya collagen tu tak elok ke.. macam kak Net cakap, tak semua collagen sesuai dengan kite.. sesape yang ada alregic makanan laut macam aku, collagen yang 100% marine yang rumpai laut tu tak boleh makan ye.. better cari lain.. 


skang ni pun dah macam² produk untuk cantikkan muka pemes kat pasaran.. 

ok, skang ngah pemes mende ni.. INGAT, SIAPA ADA ALERGIK MAKANAN LAUT, JANGAN MAKAN!! 


Ni pun rumpai laut.. aku tak sure penggunaan macam mana.. ada yang makan, ada yang tepek kat muka.. sama gak, kalau suh makan dan kamu ada alergik makanan laut, jangan makan.. naya nanti..


VCO atau Virgin Coconut Oil.. dulu aku makan yang belah kiri tu.. makan jap je sebab aku malas, habis sebotol terus stop dan skang aku makan yang belah kanan tu, VCOA.. manis lak rasanya.. wuwuwuwu..


ni aku tak tau nama betul dia.. macam yang tertera kat label tu la.. katanya ni sesuai untuk sesiapa yang alergik makanan laut.. produk ni baru nak naik kot sebab belum banyak kat tenet.. aku nampak pun kat FB..


sabun susu beras.. pun aku pakai baru seketul.. habis seketul, terus stop.. wakaka.. gilak malas budak ni.. sedap tau bau dia.. mangi² gitewww..


okey, ni produk mahal ni.. SNE  Beutskin Essence.. mak pun tak mampu nak beli.. katanya retis ramai makan.. siap masuk melodi tu isu ni.. jadi duta ke hape cenggitu la...



yang ini lak, SF Beauty.. ni kena apply kat muka.. aku kurang sikit nak pakai yang apply² bagai.. lebih suka yang telan² sebab untuk dalaman sekali...

ikutkan,banyak lagi produk² macam ni.. kalau kata krim muka la..hape la..mahap, mak kurang berminat.. kalau nak promo collagen..vitamin c.. apa semua tu kat aku, silakan.. kekeke


ilang idea terus dah ni..adesss..okbai



notakecik : cantik luar..cantik dalam..cantik sana sini
Read More

Tahu Punca | Membebel

Assalamualaikum wbt


Tak tau apa masalah BB ni.. simbol BB yang sepatutnya muncul, hilang macam tu je sejak semalam.. kalau tak ada sign tu, maknanye tenet tak ada la kan..nak kata BIS dah habis, lama lagi kot.. bengang betei.. nak whatsapp pun tak xleh.. kena gak gunakan enpon gabak tu.. pasrah..
tengok, tak ada kan sign tu?? sape pakai BB mesti tau.. atau ini masalah maxis?? sebab ramai gak kata tenet maxis ada problem.. heyyyy, mak sakit jiwa tahuk!!! bazir RM20 sebulan renew bis kalau tenet dah masuk 2hari tak boleh guna..


Hari tu kan aku ada buat entry kabor aku ada resdung.. aku lama fikir apa punca aku duk bersin² tetiap pagi.. sakit² kepala bagai.. sebab aku makan collagen.. bijak tak?? bijak tak?? 

aku ni pun, dah tau ada alergic, g miang gatal telan gak marine collagen tu ngape.. vunguk vetul la....
aku dah telan Felinna ni sepapan lebih.. lebih kurang berbelas bijik.. patutla semacam je idung aku..  dan skang, aku dah tukar..aku makan VCO pulak.. sekali lagi, mak pasrah.... salah diri sendiri kannnnn

okbai




notakecik : siyesli minggu ni rasa malas hamat nak keje!!!
Read More

Feb 5, 2013

Dia bukan anak aku

Assalamualaikum wbt..


masa aku buat entry pasal restoran ayam kampung semalam tu, aku ada selit la gambar Si Labu ni..

ada lak yang komen, tanya baby berapa bulan.. maybe fikir tu anak aku.. hikhik.. pun boleyyy

anak sedara je.. tapi semua anak sedara aku dah anggap macam anak aku.. anak orang lain pun macam anak aku.. boley??


sekali lagi tepek gambar Labu
Muhamad Adam Hafizuddin

umur baru nak masuk 2bulan.. duk kat Pahang.. CNY ni terjah Felda Triang, ada kenduri akikah dak Labu ni... Labu punya pasal, jauh pun Uda pegi.. 


okbai


notakecik : nak timang anak sendiri...wuwuwuwu
Read More

Tahu atau tidak

Assalamualaikum wbt..


Kalau tak tau, tanya..


Bila tak tau tapi buat² tau, orang sedia tau ni gelak..


Gelak sebab dia lebih tau dari orang yang pura² tau..

 

tau???

ingat ye semua..kalau tak tau tu, jangan malu nak bertanya.. bila kau gebang cerita macam kau tau pahtu yang mendengar tu tau, maalu weyyyyyy... bodoh sombong tau??

okbai


notakecik : hari ni banyak bersenang lenang goyang kaki..miahahaha
Read More

Tak Patut Sangat | Hal rumahtangga

Assalamualaikum wbt..



Aku skang makin jarang sangat la nak online kat FB nuuu.. sampaikan kawan aku duk tanya apsal lama tak nampak aku online.. aku malas.. siyesli.. apatah lagi nak chat kat FB.. lagi mak malas tahuk.. aku reply chat orang tertentu je.. kalau ada yang mulakan chat, "hai Tina, bila nak kawen.." memang aku terus pangkah..  mujur aku tak block je..  *marah dah ni*

pastu aku pelik dengan mereka yang taksub dengan FB ni.. semua benda nak cerita.. ello, tak semua perkara kite boleh share kat public.. engko ni tak ada privasi ke??

uols...hal rumahtangga jangan share kat FB, twitter dan segala macam bentuk social network.. orang boleh amik kesempatan.. yang jadi mami jarum pun nanti bersepah duk sekeliling kita..

gaduh laki bini pun nak kabor kat FB.. tak puas hati dengan laki ko sebok nak cerita kat seluruh donya.. kununnya minta nasihat.. salah tu.. carila penasihat.. penasihat yang boleh dipercayai.. tapi ada lagi ke skang?? kalau gaduh kecik², selesaikan la berdua..

pastu, tak puas hati dengan mertua pun nak heboh.. apa perasaan ipar duai, biras semua kalau baca status.. elok² ada hubungan baik, jadi berantakan.. kan dah dewasa, nape tak fikir cara orang dewasa yang matang.. bila duk cerita kat FB, lagi menjahanamkan hubungan ada la..


kalau yang baca tu musuh ko, memang dia suka tau tak.. lagi la dia doakan rumahtangga ko berantakan.. tolongla..aku cukup rimas dengan situasi macam ni.. hal peribadi, simpan diam².. selesaikan senyap².. kawan baik pun boley jadi lawan tau..


aku cerita ni bukan nak kata aku pandai ke hape.. tapi menyampah dengan orang macam ni.. nak tulis status pape, fikir dulu..


okbai..


notakecik : baru hari Selasa ke.. malasnya nak keje.. makin dekat dengan cuti, makin menyampah nak masuk opis.. muahahahaha

Read More

Feb 4, 2013

Makan | Ayam Kampung

Assalamualaikum wbt..

Ke Nilai hari tu, bingung mau makan di mana.. puas² pusing, tersesat masuk area Tesco dan Giant Nilai nu.. mujur tak sesat pegi Batam.. wakakaka.. kalau sampai Siam, mau aku jual sensorang tu.. masyukkk

ok, perabihkan melalut tu Tina.. kembali ke pangkal jalan.. memula nak makan Ayam Penyet AP kat Giant tu.. pahtu nampak SAS Restoran Ayam Kampung, terus ke sana..

kiranya aku dah 2kali ke sana.. yang 1st tu, aku lupa makan apa, dan lupa sedap ke tak..

kalau dah tajuk pun ayam kampung, memang ayam kampung la subjek utama.. menu dia mostly by set.. aku amik set asam pedas ikan kembung.. ohoiiiii, mebeles.. siap hirup lagik kuahnya... tapi xleh habiskan, minyak hokey!!! mahap, tiada gambar makanan mahupun menu.. udah lapar, tak sempat nak snap².. tapi ada gambar lainnnnnn
gegadis comel bergaya di depan restoran.. 


gegadis comel pening mikio apsal balance banyak sangat padahal kalau ikutkan balance tak sampai doploh hengget.. tapi tuan kedai bagi doploh hengget.. jenuh tolak tambah darab bahagi.. rupenya tuan kedai tak kira satu set makan.. 

bila masuk balik restoran tu, dia macam bengang kot.. yela, biasanya pelanggan masuk balik sebab balance tak cukup.. yang ni lebih pulak.. hoi, makanan tu.. kena jujur.. kalau dia tak halalkan, acane..

gegadis gembira dengan baki yang sebenar.. *yang pegang duit tu giler!!!*


keseluruhannya, ok je.. sebabkan pekerja cuma sorang, so servis sangat lambat.. dan maybe dia stress, letak segala pinggan dan gelas pun macam menghempas.. wakakaka.. suka ati ko la dik.. sakit jiwa akak² ni..


oh, lupa lak.. Labu aku sedang membesar dengan jayanya.. sila lihat beliau..
 
miahaha..aku tak tau mana leher dia ni..10/02/2013 ni baru genap 2bulan.. berat dah lebih 5kg.. aku rasa nak lempang je budak ni.. haishhhh



dan, ini la hasil aku ke Nilai.. beli jam dinding je pun..
cantik tak?? baik korang cakap cantik, aku tumbok kang.. hahahaha... harga asal RM49.9, tapi 50% diskaun.. RM25 je.. rasa nak beli yang lain lak, tapi sales hari Sabtu dan Ahad lepas je.. dangggg

ok, banyak betul aku sumbat dalam entry ni.. sekian!!



notakecik : report dah siap..yay!!!
Read More

Mak Ayam

Assalamualaikum wbt..


siyesli aku tak dapat dah reply komen korang.. malas.. hahaha..*keji perangai*..


aku rasa bertuah sungguh la sebab aku sesiap setting comment moderation kat ruang komen aku.. sebabnya, tiap kali aku nak publish komen engkorang, mesti ada je komen pelik bin ajaib.. 


kali ni, komen yang erkkkk...
  kau hengat aku mak ayam... ehh, ke ko yang mak ayam.. bohsia?? cikaro?? so, waniey ke wana ni?? hahahaha.. dah la no sama, nama lain lak.. tu pasal aku setting comment moderation..tapis mana komen yang boleh dipublish..

ada jugak pesen cenggini kan.. nak buat laka² pun, berhagak ye dik nonnn... kang aku tepon betul² pahtu bacakan yasin baru hang tau.. nak lagi sedap, aku talkinkan je..

tah pape la maknusia skang.. *kemain ejaan*



notakecik : mengantuknyaaaaaa
Read More

Feb 3, 2013

Salah tempat

Assalamualaikum wbt...

Util now aku tak boleh tidur.. kepala berdenyut sakan.. penangan berjalan tak hengat donya hari ni..

Pastu lagi gila bila aku teguk neskepe memalam buta ni..bagus sangat tina!!!!

Tadi aku pegi Nilai..kunun nak hapdet setegrem place tu..

Tangkap gambo...kuar lak tempat lain..

Berkali refresh, sama gak.. Nilai bertukar jadi Labu gitu...

Labu pun Labu la... asalkan dalam malaysia lagik... hahaha..

Ok, nunite...



Notakecik : kang aku hantuk kepala ni ke dinding, sia2 je tau.. arghhhhhhhh

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read More

Feb 1, 2013

Terjun pun boleyyyyy

Assalamualaikum wbt..


segala mala komen korang haku tak dapat reply... sedey!!!



nih aku nak share satu gambar.. dak opis aku la duk tag aku kat facebook..


 kredit to opismet aku, si Rahman...



LOKASI : SEKSYEN 8,BANDAR BARU BANGI

aku biasa dengar HARGA RUNTUH je.. kali ni lain dari yang lain.. HARGA TERJUN pulak.. pasni mesti ada HARGA TERJUNAM.. 

aku ingat air je terjun.. wakakaka.. so apa lagi, wagra bangi sila la shopping kat sana.. 

sekian..


notakecik : penat..penat..penat..otak!!
Read More

Makan | Ikan Bakar

Assalamualaikum wbt

wawawa..bz gilos... hari jemahat, inventory pulakkk.. pinjam tangan sumorang!!!
pahtu, kemain encik halimunan mengomen entry² aku.. secara pukal maybe.. berderet nama dia saje..
banyak kan... hehehe..mekaseh..

malam tadik aku makan di luar.. maklum la, anak dara malas masak.. wakaka... area Putrajaya sudahhhh.. penat aku fikir.. tak kan la asek nak makan kat Laman Perdana je.. ngajak la encik Beliau ke Padi House, dia kabor tak sedap.. 

maka dengan kuasa veto mak lampir yang ada, aku ajak pegi Ikan Bakar Seri Empangan, Putrajaya.. alerrrr, kat depan PICC nuuuu.. nak rasa gak suasana kat sana acane sebab tepi tasik kan.. tapi memang tak order ikan bakar pun..

ni je yang aku sempat snap.. dan hakikatnya, aku segan nak tangkap gegambar bagai..

datang je, perkara pertama memang aku akan minta menu.. yela, pestime datang kan.. duduk je kat kusi..
"dik, menu ada?"
"ada.....akak nak goreng ke?"

aku terdiam jap.. pandang encik Beliau..senyum².. terus aku betulkan dia.. bukan mihun dik, tapi menu..

untuk pengetahuan korang, memang TAK ADA BUKU MENU bagai tu ye.. so, korang kena tanya seketul² makanan yang korang nak makan.. jenuh la kot... 

keseluruhannya, so so je.. makanan boleh tahan la.. even aku habiskan sepinggan dan yang tinggal hanya cebisan cili sebab aku kelaparan tahap beruang.. encik Beliau tak bisa habiskan nasi goreng pattayanya.. harga tak terlalu mahal.. pun ok je..
senarnya aku makan nasi goreng cili padi.. apple asam boi suam pun rm3.50.. blerghhhh..


sekian..sila la datang ke sana kalau nak cube makan ikan bakar.. aku pantang skang ni.. hahahaha...



notakecik : taip entry sikit..holdnya lama.. taip lagi patbaris, hold namblas menet
Read More

Jalan Kaki

Assalamualaikum wbt...

selamat hari Jumaat.. SELAMAT HARI WILAYAH.. wahhh, ucapan kemain...

hari ni akan kebizian menguruskan badan inventory.. tsk..tsk..



begini...

yang berjalan kaki..nak melintas jalan tu..kalau orang dah bagi laluan janganla berlenggang macam itik pulang petang.. siap buat catwalk kat tetengah jalan.. kalau betul jadi itik, aku tangkap, semelih pastu panggang..

aku tak hadap la nak tengok lenggok ko tu..

sebelum aku langgar, baik kau pecut..

ni dah menyusahkan orang lain..paling tak paham, dah la jalan mengalahkan siput baru beranak.. kite dah sedia bengang ni mesti la senang hati kalau korang angkat tangan tanda mekaseh.. ni tidak, aku buat muka bengang, lagi kau menjeling.. 

hayyyy..ringan mulut aku nak carut tau tak.. aku tumbok muka kau bah!!!

sabar tina..sabar tina...



notakecik : (^_^)
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com