Nov 29, 2013

Bila Lelaki....Nombor misteri

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah..kenyang makan ayam goreng..  *perlu ke mensen??*


semalam my hubby amik lambat.. so, tak dapat la masak.. *alasan*.. makan saje di kedai makan berhampiran rumah.. gitula, dasar pemalas... plus aku kesian kat hubby sebab tengah hari dia tak makan.. kang nak tunggu aku siap masak, kebulur dah beliau.. 


sesambil ngap kat kedai makan tu, ada la tayang cerita Playboy itu suami aku.. sebelah meja kami ada sekelompok orang lelaki sambil makan sambil tengok tv.. part paling laka², ada satu dialog yang aku dengar...
"Muka macam ni jadi watak playboy??? baik bagi....(sebut nama sape tah, kawan dia kot).."
wakakaka..see, lelaki pun ada taste tau.. cane boleh ramai yang tergoda nengok citer tu?? aku ni lak spesis memilih.. hero dan heroin tak kena dengan mata, sumpah aku tak tengok.. 



pasal no misteri tu lak, 3hari lepas ada satu nombor ni duk call aku banyakkkkk kali..5kali je pun, tapi sebab aku ngah solat, kira banyakkkk kali la.. gangguan siot!! masalahnya, tu kira macam no opis, time call lak lepas opis hour.. lepas kul 5petang.. logik tak?? aku pun gatal try call semula, operator yang jawab dengan cakap yang sangat laju sepatah haram aku tak paham tanpa sebut nama company.. hurmm, ragu².. so, cari kat internet.. ramai kata dari CIMB insurance.. 

semalam pas maghrib no tu call lagi.. 3kali!!!! aku angkat la gak.. kemain dia sapa aku, "hello, assalamualaikum..maaf ganggu"
tampar nak tak?? sampai 3kali ko call memang ganggu pun.. dah la call kul 7.30mlm.. apa hal?? rupenya company insurance.. dah agak dah.. katanya wakil dari pihak celcom, no aku terpilih untuk dapat insurance yang rm300 setahun cover satu family..bla..bla..klinik..hospital..eksiden.. 

"maaf, saya tak minat.." senang je aku jawab..

well said..kalau ko betul² dari syarikat insurans, ko takkan kuajo ganggu orang selepas waktu pejabat.. pastu call bertalu² macam along mintak utang.. pelik...pelik...dah la tak sebut nama company.. nak tipu aku lettew..


terbaca lak entry mazidul akmal sidek semalam pasal isu ni.. panassssssssss je aku rasa.. haihhh la.. 



pastu kannnn
ni jari sape keji sangat ni?? 








notakecik : yay, esok cuti boleh golek² kat umah memanje dengan encik abam.. tak lupa juga kucen.. hahahaha.. *macam engko sorang je ada laki kan tina*
Read More

Nov 27, 2013

Terlalu banyak komplen dan komen

Assalamualaikum wbt..


Aku tak tau ngape hari ni siyesli aku sangat tak ada mood nak buat keje.. banyak benda aku fikir.. padahal menyusahkan kepala otak aku je kalau fikir.. langsung tak ada faedah..


komplen dan komen tu dua perkataan yang berbeza kan.. entahla.. pada aku dedua macam sama je sebab mostly ayat yang keluar tu harusla menyakitkan hati dan telinga yang mendengar... jarang la dapat komen yang baik.. aku tak kata aku atau orang sekeliling aku tau.. kang ada yang fikir bukan² lak.. 


aku cukup alergik dengan manusia yang suke bagi komen dan komplen kat kite tapi dalam masa sama niat dia nak kondem.. engko paham x? yela, pada diorg semua yang kite buat ibaratnya tak betul pada pandangan mata dia dan mula la tujukan kritikan pedas yang langsung tak membina.. 


nak kritik boleh, tapi boleh tak lepas tu ko selitkan dengan sedikit nasihat, panduan atau pape je yang positif.. 
sebagai contoh, kritik => ko ni pakai baju macam ni dah macam orang tua la, padahal muda lagi ko ni 
kritik + nasihat etc..etc.. => .............................. *tambah ayat kat belakang* y not ko tukar kaler baju ko ni dan cari fesyen yang up to date.. 
ada beza x?? aku just bagi contoh.. tak semestinya contoh aku ni betul tau..


satu lagi komplen dan komen bosan bila dia anggap diri dia betul sentiasa.. maksudnya, ko memula komen atau komplen, pastu nak banding beza dengan diri ko sendiri yang kononnya perfect.. hey, choiiiii....



haihhh..duk mengacau aku buat keje kan dah tinggi tune suara aku yang merdu bak buluh perindu ni.. pepagi ni banyak keje tau tak.. tak payah nak tanya benda yang dah terang lagi bersuluh boley?? 







notakecik : sesejak ni aku sensitif semacam ni ngape? stress la..
Read More

Nov 26, 2013

Membebel

Assalamualaikum wbt...


pepetang gini, aku cepat benor rasa lapar.. tak pahammm.. klu makan banyak, kemain penuh lak perut.. jadi bagi mengelakkan rasa laparina ini, nak membebel sikit..


skang kecoh isu 13juta.. wow!!! teruja aku dengar.. apsal wedding aku dulu tak ada sesape nak taja?? cincin belah rotan pun jadi la.. xpun sabun basuh pinggan ke.. dah rezeki beliau kann.. 


pastu semalam husband aku tetibe kabo, "sape tak bayar cukai adalah dikira pengkhianat negara".. maka aku pun tanya balik...tetttttttttttttttt... *tetibe kena sensor sebab bahaya punya soklan*.. maka, pasrah je la bayar cukai walau secara tak langsung memang dah bayar pun.. cukai jalan..gst.. cukai perkhidmatan.. ehh, yeke?? 


sejak minggu lepas ada la 2 3 orang duk tegur aku.. "tina, makin gemok ko ye..", "tina, nampak berisi skang".. *krik..krik..krik..* sememangnya segala teguran berbentuk mengatakan badan aku dah berisi atau senang kata gemok.. LOL.. mana ada orang mengandung badan menten kurus wahai anda sekalian.. kecik ati baby aku dalam perut ni.. my hubby suke panggey aku mak bunting.. aku suka betulkan balik, "papa, bukan mak bunting, tapi mak buyong".. dan aku sambung dalam hati, mak buyong yang comel..terpaksa puji diri sendiri.. voley???


apakah aku ni duk bebel.. motip sebenar pun tak diketahui.. aku tensen sebenarnya ni.. arggggggg, seteressss!!!





notakecik : keje aku ni makan..makan dan makan.. penat jugak la asek mengunyah je.. n bila baby dah start kicking, aku kenkadang tergelak sensorang.. gini rupenya kan.. 
Read More

Nov 21, 2013

Alfatihah | Ahmad Ammar Ahmad Azzam

Assalamualaikum wbt...


Dalam sebok orang kat Malaysia ni kecohkan budak hilang kat villa nabila, tak ada lak yang nak share cerita seorang anak muda yang meninggal di usia muda.. ramai yang tak tau.. yela, maybe hairan, setakat meninggal di usia muda, apa nak diherankan.. baca dulu kisah Allahyarham, nescaya ramai yang kagum..terpegun..

aku sendiri susah nak rungkaikan kisah perjuangan anak muda ni.. takut aku tersalah.. aku baca, aku faham.. tapi kalau nak tau jugak, nanti aku sertakan beberapa link untuk tatapan korang..


sebelum tu, aku "tampalkan" sedikit mengenai Allahyarham...
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. sumber : melvister

termalu dengan apa yang Allahyarham sumbangkan sedangkan aku masa seumur dia, tak terfikir nak buat sebagaimana yang dia buat.. Ya Allah...


ammar

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7
semoga kau tenang di sana...


Ahmad Ammar - Digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”


lebih lanjut, sila baca link yang aku sertakan ni..walau tak banyak, boleh jelaskan mana yang korang kurang jelas.. mohon doakan kesejahteraan roh Allahyarham.. sedekahkan Alfatihah..


kalau rajin lagi, carila link lain.. ada jugak video untuk tatapan semua.. 
Link Video : Ahmad Ammar



sesambil tu, boleh tak hulurkan sikit sumbangan seikhlas hati korang..






notakecik : kenapa berita serupa ini hanya ibarat "dicelah gigi".. patut la ramai yang tak tau.. tak cukup hebat ke???
Read More

Nov 19, 2013

Jantina Baby

Assalamualaikum wbt...


Kemain kecoh kan pasal Villa Nabila tu.. aku tak paham ngape budak² tu sebok mengacau "benda" yang duk kat sana.. aku cuma kesian kat parents bebudak tu je.. yang pasti, ramai la yang sebok share kann.. entah sahih entah tidak, ramai yang sebok gak buat andaian.. ok, fullstop!


semalam actually aku pegi check up untuk kali ketiga.. sebelum g klinik, usap perut nak bagitau kat baby, "jap lagi kite jumpa ehhhh", pastu kemain dia shuffle dalam perut ni.. suka ko eh nak.. sebab appoinment semalam jumpa doc untuk scan.. nak tengok perkembangan baby.. jantung, kepala, peha..tettttttt dia.. ehhh..ehhh...dah nampak tetttt dia ke?? hahahaha... 


masa doc bagitau jantina baby aku, sengih lebar la.. tapi orang tua kata, jangan caye sangat.. kenkadang doc kata lain, kuar lain lak.. acane tu? btw, aku tak kisah pun boy ke girl, janji baby sihat.. masa nurse check jantung baby, boleh lak dia kata, "sihat ye baby..macam ibu dia yang tak ada alahan ape²".. kembang idung jap.. tapi masa timbang berat tu, aku kena gelak.. 43kg je kot.. wahahaha.. nak buat cane cik misi, makan banyak pun naik segitu jugak.. 


skang ni dah start rasa pergerakan baby.. nurse pun dah nasihatkan jangan pakai ketat² sebab baby dah mula gerak.. paling best soklan nurse tu, "dah beli baju mengandung?".. opkos belum.. voley??


tak apa la, apa pun harap baby dan aku sihat.. tak kisah boy or girl.. dan bila ditanya sama ada aku takut atau tak nak bersalin nanti, sejujurnya aku belum ada rasa pape.. bukan tak excited, tapi aku tak nak kepala otak aku dimomokkan dengan perkara negatif.. nanti tak pasal² aku tak nak bersalin lak.. 





notakecik : tak tau nak jawab apa bila ramai duk kata perut aku kecik.. tengok la badan aku ni hah, nurse dan doc pun tak ada komen pape.. stress betei.. bila stress, aku akan sumbat apa² makanan ke mulut dengan harapan perut aku membesar.. so plssss, tolong jangan bebankan otak aku dan baby dalam perut aku..
Read More

Nov 13, 2013

Ragam

Assalamualaikum wbt...


Wahhhhh, kemain ramai tertanya aku duk mana kannnn.. sebabnya jalan yang aku lalu tu macam jalan pedalaman kampung.. aku duk sebelah Putrajaya.. tak leh la bagi detail ye, bahaya.. nanti korang serbu rumah aku.. voleyyy x alasan ni??


**************************

wanita mengandung ni memang banyak ragamnya.. jadi tak payahla korang nak kata diorang ni mengada ke hape.. 

contohnya macam, kuat mentido.. even kat surau pun (waktu keje) mesti nak lelapkan mata.. dah, ko tak perlu la nak mengata atau pun tegur cara tak sopan.. maksud aku, teguran cenggini.. "aku dulu ngandung tak ada la kuat tidur macam tu".. contoh jeeee.. 

tak perlu kata macam tu.. pastu ada lak kata orang preggy ni mengada.. tak boleh itu..tak boleh ini.. tak boleh nengok itu..tak boleh nengok ini.. tak buat itu.. tak boleh buat ini.. susahla kalau tak paham.. aku ni sampai skang nurse warning tak bagi aku angkat benda berat.. siap tuleh kat buku lagi sebab masalah aku masa awal preggy.. habis nak kata aku mengada ke???

kalau yang tegur tu kaum lelaki tak apa la sebab depa tak paham.. ni yang tegur sama spesis.. siap mention dia dulu preggy tak macam tu.. jangan..kang kena batang idung sendiri, naya je tahuk!!!


Alhamdulillah aku preggy ni tak banyak ragamnya.. anak yang baik dalam perut ni.. gud job baby..






notakecik : masih confuse kedudukan aku kat ofis ni..siapa bos aku?? aku ni dept mana?? kadang² terasa hati..dicampak sesuka hati.. pape je la.. ngah gigih nak cari keje kat johor.. moga ada rezeki kat sana nanti..
Read More

Nov 12, 2013

Cabaran ke tempat keje | Sabar

Assalamualaikum wbt..


setelah membaca komen korang mengatakan aku cantik kat entry semalam, terkembang pulak idong yang sedia kembang ni.. hahahaha... mekasehhh ye.. dan kerana excited bebenor, aku terdelete komen mama JJ.. sowi dear, nk tekan publish tertekan delete.. adesss...


sesejak ni kan aku anta dan amik diri sendiri ke tempat keje.. tak leh dah nak memanja dengan suami.. miahaha.. yela, kami bukan sehala pun..kesian lak dia.. aku ni lak perjalanan ke tempat keje banyak betul mende yang aku tempuh.. eksiden.. binatang melintas.. traffic light tak fungsi sepanjang masa.. kanak² melintas.. lori tanah.. lori simen.. lori pasir.. phewww..pasrah tau..


semalam berdepan dengan eksiden.. pehal tah tetibe jammed, rupenya eksiden 3biji kereta yang menyondol sesama sendiri..padahal ada bonggol kemain banyak, leh lak gitu jadinya.. spesis emergency brek, atau lampu brek tak menyala ataupun gelojoh..


last week lak, tengah syok² drive sambil karok..ada sekor kerbau melintas..terus duk tetengah jalan.. aku pandang kerbau, kerbau pandang kete aku.. berpeluh gak la.. kerbauuuuu ko!!! tu belum kes anjing lintas sesuke hati lagi.. pastu ular lagik.. vavi pun pernah.. hahahaha.. aku dah la ngah macam ni, seremmm gak.. lagi seremmm kalau ada monyet melintas.. nauzubillah, jauhkan la...


part paling best bila nak kuar traffic light yang berbukit plus lampu kunen untuk semua sudut.. terbaekkk...
konsepnya adalah pandang kanan..kiri n kanan sebelum melintas.. bukannya tunggu lampu tukar kaler.. kalau ko tunggu, sampai taun depan belum tentu dapat melintas.. ni kalau kete manual, confirm aku tak lepas.. 


bonggol dari rumah ke tempat keje adalah lebih dari sepuluh ketul.. tensen betei... @_@.. kalau aku ikut highway, elok² dari 30-45minit mau jadi sejam lebih.. so, pasrah la..kerbau pun kerbau la..


maka sebab itu aku berhati kering waktu pergi dan balik keje.. tiada istilah timbang rasa walau kenkadang rasa bersalah.. part binatang² tu, tak boleh nak elak.. kerbau oh kerbau, mana la tuan ko???





notakecik : diam tak diam, dah 6bulan berumahtangga rupanya.. baru lagi..mohon berkekalan hingga syurga.. saya sayang suami saya!!!! *tetibe*
Read More

Nov 11, 2013

MUA terbaekkkk... TAHNIAH uolsss

Assalamualaikum wbt...


MUA is stand for make up artist untuk sape yang tak tau.. kerek x?? hahaha.. 

entry ni just untuk tumpang bangga dengan hasil sentuhan exMUA aku masa aku kahwin bulan Mei lepas.. hamboih, siap mention bulan bila kannn.. plus, entry ni pun bertujuan nak ucapkan JUTAAN TAHNIAH kat team ARMZ Collection Butik Andaman untuk kejayaan besar korang.. superb..gojes..vogue.. 


last 2 weeks kalau tak silap aku, kat Dataran Batu Pahat ada event Karnival Raja Sehari di Fiesta Budaya dan mostly pertandingan yang team ARMZ Collection Butik Andaman join tu, diorang menang so melayakkan diorg menang sebagai Juara Keseluruhan... dan the best part is, team ARMZ Collection Butik Andaman menang kategori mekap.. 


i is bangga sebab Arm ni la yang mekapkan aku masa aku majlis bersanding aku.. ramai kata lawa.. bukan aku yang lawa, tapi hasil tangan dia tu.. so, aku pun jadi lawa la.. hehehe.. terima kasih banyak ARMZ Collection Butik Andaman sebab buatkan aku jadi secantik itu.. *kembang jap*..


ok..ni adalah hasil touch up dari Arm.. 
siyesli sangat puas hati.. memenuhi kehendak aku yang tak nak mekap terlalu tebal.. dan nampak natural..




dan ini lak hasil sentuhan Arm yang berjaya menobatkan team ARMZ Collection Butik Andaman sebagai juara keseluruhan..
sumber gambar : SINI

look stunning n gojes kann.. aku memang suka.. biasa orang tengok pengantin ni 1st thing yang ditengok ofcos mekap.. sangat menjadi magis Arm ni.. 


so..nak promo secara tak langsung ni.. sesiapa yang berkenan..yang teringin nak kena dengan sentuhan Arm and de team ni, sila ke butik diorg..

ARMZ Collection Butik Andaman
No.3-3A, Jalan Purnama 1,
Taman Cahaya Purnama,
Simpang Lima,
83000 Batu Pahat, Johor 
(Sebelah SMK. Dato' Onn)

atau ke web page FB 


atau nak lagi syiok, korang try add big bos butik ni...


tahniah sekali lagi untuk team Armz Collection Butik Andaman.. gud job Arm and Jasmine!!!!
lagi satu aku suka team ni sebab, depa layan je kerenah customer..tapi janganla kerenah yang melampau ye... =)



notakecik : dot..dot..dot...rasa nak dimekapkan sekali lagi lak.. wakakaka.. mak buyong tak sedaq diri..
Read More

Nov 7, 2013

Macam best jewww... macam best jeww... KEK MURAH!!

Assalamualaikum wbt..


rasa nak tampor diri sendiri dengan tajuk entry macam tu.. pfftttt...

ala, nak share mende ni je.. ternampak kat satu web ni, aku pun terasa macam best jeww..macam best jew.. macam nak makan kek jewww.. 




nampak tak?? nampak tak??

aku lebih teruja dengan promo kek dia.. betul ke agak² ni.. ni kalau sesape besday beliau on 16 Nov, sangat la huntungnya pun aduiii... sehari je woiii



ni agak² kalau ajak inchik boss, dia mau ke idak ni?? 
Read More

Sembunyi di sebalik semak

Assalamualaikum wbt..


Persoalan aku selama ni akhirnya terjawab.. punya la aku beria duk mikio apa yang depa duk buat dalam semak, semalam baru ketahuan.. yela, mana tak musykil, parking kemain nyuruk²..pastu kuar dari kete, duk lak dalam semak tepi jalan.. boleh kata tetiap petang lak tu..

sape yang duduk area Sepang, Dengkil, Putrajaya ataupun pernah lalu highway menghala ke Sepang/KLIA tu, mesti pernah lalu traffic light yang maha panjang sesaknya pada waktu puncak.. 

dan aku la salah sorangnya.. tetiap petang hari bekerja dan kalau cuaca elok, mesti ada sekurang²nya 2orang polis trafik yang kawal lalulintas.. so, tak perlu tunggu lampu tukar² kaler.. sorang duk pritttt...prittt... sorang lagi duk perati depa yang kuajaqqqqq.... sebabnya ramai yang suke potong Q.. mesti la hangen kannn..
hah, beliau perati cenggini la.. sape potong Q je, hambek ko kena ceramah..kottt


so, 3minggu lepas aku terperasan la kete JPJ.. ehh, kete ke tu?? pape la.. tetibe benti tepi jalan.. aku dah cuak la sebab cermin kete gelap.. wat lek wat kullll je la kann.. yang herannya, depa reramai pegi semak nuuuu sambil pegang sesuatu.. macam kamera.. macam la..


dan ye, mereka pegang kamera sambil semunyik balik semak dan snap mana² kenderaan yang potong Q.. syabas betei..syabas!!! aku suke kooo.. at least yang degil ni beringat.. tak tau ala tindakan JPJ kan.. saman ke, amaran ke..tak pasti la tu.. cuma bila macam ni, ramai la akan kengkunun bagus.. bila yang beruniform tak ada, dajal.. haishh, sakit pulak hati kite ni..
mahap..kualiti gambar sangat tak memuaskan sebab tetibe turn untuk gerak..so ala kadar je.. wakaka.. janji aku suke dengan tindakan pihak berwajib ni.. yang aku bulatkan tu la encik pakcik JPJ.. 


so, ada yang berani potong Q?? silakannnn.. nanti ada la gambar korang.. jangan lupa buat peace ye.. 





notakecik : moga dipermudahkan segala urusan.. rezeki anak...
Read More

Nov 6, 2013

Kereta untuk dijual

Assalamualaikum wbt...


Salam Maal Hijrah...

tetibe sejak sekian lama aku tak update entry, hari ni ku update jua.. padahal banyak je benda nak cerita, sebutir pun tak terkeluar.. 


okeh, tak mo cerita panjang.. nih, ada seketul wira evo untuk dilepaskan/dijual...
details seperti tertera di bawah..
Engine evo striker 2.2 
Piston wesco 
Cam tomei 280 
Valve spring tomei 
Turbo ar 50 (Bearing) 
Injekter evo 7 
Brek depan 4port 
Haltech sp 500 
Boost control 
Meter apex 3 biji 
Body kit evo 3 
Body dah 4wd 
Rim 16"
cermin evo cromax n blkg ada wiper 
dan banyak lagi...



gegambar kereta..







kete ni jarang bawa.. 

cukup detail tak gambar tu?? tapi kalau nak tau detail harga atau tak paham mana² yang aku tuleh ni, boleh call@sms@wassap0122952509

satu lagi, no worries eh, enjin dh endos 2.0 dan ada surat.. *padahal aku bukan tau sgt endos tu apa*




notakecik : terpaksa lepaskas sesuatu yang kita sayang untuk sesuatu yang lebih penting adalah tak salah.. cewahhhhh
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com