Feb 11, 2014

Kegawatan Air

Assalamualaikum wbt...


Tak ada elektrik ok lagi.. tapi bila tak ada air, merengse jadinya.. tu la yang jadi kat aku.. ok, bukan aku je.. tapi ramai orang.. penduduk area Dengkil ke Banting nuuuuu.. gila kau.. memang gawat sangat dah.. dah masuk seminggu air tak ada..

semalam kebetulan pulak cuti sebab ada check up, maka aku amik kesempatan cuti penuh satu hari even memula tu nak halfday.. husband pun ikut cuti gak.. dah macam darurat lak..darurat air.. wakaka..

Hari Ahad, dapat perkhabaran akan datang lori untuk supply air ke seluruh taman.. tunggu punya tunggu, tak ada sampai.. siap beli tong air yang regenya 46hengget seketul.. tamak, beli la dua.. sudahnya, guna air mineral untuk mandi sebab lori tak datang².. ya Allah, dugaan betul.. kami laki bini tunggu sampai ke malam, hampa beb..hampa!!! last² datang la lori air kul 4pagi..hambek ko, rakus isi air penuhkan segala mala tong yang ada.. pagi tadi datang kul 5.30pagi.. hari² kena bangun awal ke apa ni?

balik dari klinik lak, sambung angkut air.. air kat tong besar yang Syabas sediakan, nuuuu, kat taman permainan.. tapi okla, tak jauh dari rumah.. memula bengang gak bila dari sehari ke sehari air tak kuar.. tak notis beb.. tetibe air tak ada, harusla rasa nak marah.. dah la dalam keadaan aku macam ni, panassss je memanjang.. hausssss memedang.. persoalan sudah terjawab...

STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT EKORAN PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR CHERAS BATU 11 DAN LOJI RAWATAN AIR BUKIT TAMPOI (makluman 6)

Kuala Lumpur – Penutupan LRA Bukit Tampoi oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga) memasuki hari yang ke sebelas sejak 28 Januari 2014 disebabkan pencemaran ammonia Sungai Langat di muka sauk loji air rawatan tersebut masih di paras yang tinggi iaitu iaitu 4.3ppm (bahagian per juta) berbanding dengan dengan paras dibenarkan pada 1.50ppm. Sementara itu, operasi LRA Cheras Batu 11 telah mula dioperasikan semula sejak jam 12:15 tengah hari ini (7 Februari 2014) apabila kandungan ammonia Sungai Langat di muka sauk air mentah loji rawatan air berkenaan telah menurun ke paras 0.90ppm.

Sehubungan itu dan dengan LRA Cheras Batu 11 dioperasikan semula, bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat yang mengalamai gangguan bekalan air disebabkan penutupan loji rawatan air tersebut akan mula pulih secara berperingkat. Walaubagaimanapun, beberapa kawasan di Wilayah Kuala Langat yang menerima bekalan air dari LRA Bukit Tampoi akan terus mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan rendah.

Pihak SYABAS juga akan terus membantu pengguna-pengguna terlibat dengan menyediakan lori-lori tangki air ke kawasan yang mengalami gangguan di Wilayah Kuala Langat dan membuat pemantauan berterusan situasi ini. Pihak SYABAS turut akan memaklumkan perkembangan situasi gangguan bekalan air tidak berjadual dari masa ke semasa, khususnya maklumbalas daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) selaku pihak berkuasa Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah di negeri ini bahawa bilakah masalah pencemaran sungai dapat diselesaikan. Sehubungan itu, pihak SYABAS berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti LUAS akan segera menyelesaikan masalah pencemaran ini.

Selain dari itu, pihak SYABAS menyarankan para pengguna di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan bekalan air ini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya agar terus menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran kerana penjimatan penggunaan air tersebut boleh disalurkan kepada kawasan yang terlibat dengan gangguan.

-tamat- sumber

ni aku copy paste dari web Syabas.. ok, dah paham dah.. so, korang yang duk berdekatan dengan kawasan Dengkil, jimat² sikit air tu ye.. kang takut merebak ke kawasan korang..


ehhhh...pagi tadi g keje leh lak nampak wartawan.. ni kalau kuar kat berita, mau kena bahan dengan mak aku nih.. hahahaha...

mohon sama² doakan agar Allah swt turunkan hujan.. kesian kat family yang ada anak² kecik.. selagi hujan tak turun, selagi tu la kami harapkan Syabas supply air..



notakecik : makin sarat..makin tak boleh tahan rasa panas dan rimas..rengse beb..rengse!!!

15 comments:

  1. nk mandi leh mai ruamh ai dik.. alahai kesian die.....tak de plak kakak opis aku dok tmn arked tu ckp pepe plak.. nanti ai tanya die

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tina, perghh gawat ni.. sabar banyak ye yangg.

    *takda geng masak2, kita ajar je hero memasak. hihi (",)

    ReplyDelete
  3. betulla. sy pun sokong; takde letrik ok lagi, kalau takde air, mmg haru sgt. pernah tinggal dlm kwsn banjir. lepas tu air ditutup sbb pencemaran kolam tadahan. mmg sakit takde air, terutama time period.. T_T

    ReplyDelete
  4. Siannya tina. Lama tu sminggu tak der air. Sian kat org yg ada anak2 kecik.

    ReplyDelete
  5. kesiannyaaa...P18 slalu gak naik notis bekalan air kena stop...tp x penah pon...notis je naik, air tetap ade...alhamdulillah..cuma skang nie memg panas terok...satu hari akak minum dkt 6 liter ayq masak..dahaga giler!...mandi jgn cita laa...klu koi 11 mlm x tido lg, memg ulang alik mandi laa...

    ReplyDelete
  6. susah kan takde air..dengar berita pasal empangan kurang air pon dah takot huhu..

    ReplyDelete
  7. kena stendby beratur bawak baldi bila lori tangki bawa air sampai.

    ReplyDelete
  8. alahaiii dugaan for u, dah la tengah sarat, tengah panas, bertabah la yer.

    ReplyDelete
  9. Ooo kesiannya. Dah lama tak hujan, rasanya mcm dah sebulan x hujan lebat

    ReplyDelete
  10. takde air mmg dugaan besar... nak solat pun susah..

    ReplyDelete
  11. Apa2pun air & api same2 penting..dua2 tu perlu utk kehidupan kita seharian..hehe

    ReplyDelete
  12. sehari takde air pun dah pening, apatah lagi berhari-hari. Kesian pada mereka yang ada anak2 kecil.. Moga cepatlah selesai masalah tu.

    ReplyDelete
  13. bertabah ye akak dan penduduk2 disekitarnya. huhuu harap2 pihak yang terlibat ambil tindakan segera. :D

    ReplyDelete
  14. salam mizz..same la kita.
    kt tmpt lin pn x de air..dh nk msok smiggu pn..stiap ari call syabas..bila nk ade air..lori syabas dtg pn time waktu pagi2 buta....begang sgt2 .elektrik x de x pe lg..
    kalu x de air memang sakit la..(tmn desa cheras).

    ReplyDelete
  15. Elektrik tak dak bleh tahan kira.klu air tak de nak basuh kemaluan pkai apa.sekali dua leh lah.klu berbulan2 mau melecet woiiiii

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com