Feb 5, 2014

Kekeliruan nak bersalin

Assalamualaikum wbt..


Tengok tu..nak bersalin pun nak kena keliru kan.. bukan apa, aku jadi confuse bila dengar BANYAK rumors.. siyesli, aku jadi pening.. jap kata gitu..jap kata gini.. pening arrrr..

ok, 1stly, aku memang dah buat checkup kat klinik kesihatan Putrajaya.. dan bercadang nak bersalin kat Hospital Putrajaya memandangkan itu adalah hospital terdekat selain Hospital Serdang.. ni adalah anak pertama, jadinya memang tak ada pengalaman.. tanya akak aku pun, dia dah lama sangat..

rumors pertama, kena BOOKING dulu kalau rasa nak bersalin kat Hospital Putrajaya.. padahal aku tak amik Full Paying Patient (FPP).. if tak booking, ko akan kena tolak ke hospital lain yang berdekatan.. ok, aku terpaling confuse yang ini..

rumors kedua, bukan setakat booking..tapi ko kena buat checkup at least sekali kat Hospital Putrajaya untuk mendapatkan tempat bersalin kat sana... bukan ke leceh nak buat appointment, pastu nak buat checkup kat sana..nak tunggu giliran.. phewwww...

so, semalam aku try call HPJ..call baaaaaanyak kali tak berjawab.. sudahnya aku emel je.. aku tak mengharap pun dapat balasan cepat.. tapi bagus, memang cepat dia reply emel aku.. meh aku copy paste jawapan dari pihak HPJ ye..

Salam 1Malaysia.

Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman, Hospital Putrajaya tidak menyediakan perkhidmatan pemeriksaan biasa bagi ibu mengandung. Pemeriksaan tersebut hanya dibuat di mana-mana klinik kesihatan kerajaan mahupun swasta. Pemeriksaan di Hospital Putrajaya hanya akan dilakukan sekiranya Pegawai Perubatan di tempat puan membuat pemeriksaan mendapati terdapat sebarang komplikasi dengan kandungan puan dan mereka akan mengemukakan surat rujukan untuk dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan selanjutnya.

3. Sekiranya puan mendapatkan pemeriksaan di mana-mana klinik kesihatan kerajaan di dalam kawasan Putrajaya, puan tidak perlu membuat sebarang booking bersalinPuan hanya perlu datang ke Dewan Bedah Hospital Putrajaya bersama buku pemeriksaan merah jambu, jika terdapat tanda-tanda hendak bersalin. Sila hubungi talian 03-83124309 (Kaunter Klinik Obsetrik&Ginekologi) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KAMI SEDIA MEMBANTU"

Saya yang menurut perintah,

--
NORVANE BINTI BASRI
Pegawai Khidmat Pesakit
Unit Perhubungan Awam
Hospital Putrajaya

No. Tel: 03-83124371


ok, dah baca?? jelas tak?? pada aku dah jelas la..tapi kalau nak lebih crystal clear, better jap lagi aku call lagi.. yela, sebab ada kes opismet husband tu memang buat checkup kat klinik area Putrajaya, tiba nak bersalin, dia kena "tolak" sebab katanya tak booking.. confuse makkk..

ataupun sesapa ada pengalaman, mohon pencerahan ye.. terima kasih..



notakecik : banyak benda lagi nak kena prepare..wuwuwuwu

27 comments:

  1. hurrmm...akak paling x suka spital putrajaya nie..contoh terdekat: kak ipaq akak nak bersalinkan anak kelima dia...dah nak bersalin nie, bleh x staff nurse situ soh g blk dolu...x pon, g je spital len sbb spital putrajaya dah penoh?..WTH!!!!...pueh gak laa abg ipaq akak btengkak dgn SN tuh, baru dia bg masok...kes x booking gak laa...
    akak xkan berurusan dgn spital putrajaya sama sekali..klu nak beranak pon, rela lg g PPUM...sebarang medical check up pon akak wat kat sana..biaq la jauh pon, janji layanan memuaskan hati...

    ReplyDelete
  2. X da pengalaman bsalin kt spital kerajaan..tp selalunya mcm yg MT dpt email tu la..x yah booking apa2 n just pegi jer kt spital bkenaan sekiranya ada tnda2 nk bsalin..:)

    ReplyDelete
  3. setahu akak la kan, bukan sebab tak booking, maybe sebab full parking...cam akak dulu la...anak pertama kedua kat hospital putrajaya, kena anak ketiga tiada tempat di sana...tu kena tolak ke serdang...sib baik serdang...kalu ke kajang...nagnis mak tak berlagu...sekian,

    ReplyDelete
  4. Good info. Tak pernah besalin kat spital gomen lagi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tina. adoii confius pula kita membacanya. hmm better call. cepat sikit nak hilangkan kekonfiusan kita ni. muahahhaha. sheila tengah usha hospital kat Johor (",)

    ReplyDelete
  6. ai sebagai warga putrajaya dan telah bermastautin lebih kurang 10 tahun di sini ... nk kongsikan pengalaman dan pengetahuan pasal kes hang ni dik ....

    pertama :
    utk checkup di Klinik kesihata Putrajaya ..hang perlukan alamat putrajaya

    kedua :
    untuk bersalin di Hospital putrajaya pulak kena checkup kat klinik kesihatan putrajaya

    ketiga :
    jika berlaku kes ditolak selepas semua prosedur tersebut tu bkn sbb x booking tp dah penuh ... spital putrajaya ni sentiasa tak cukup katil ... ramai sgt warga putrajaya skrg ni berbanding 6 tahun dulu ...zaman fahim mudah dan byk kosong ..atau kebetulan tak de org branak time aku branak tak sure la ...

    keempat :
    keutamaan diberi pada pesakit beralamat putrajya dan checkup di klinik putrajaya klu ade katil kosong..klu tak de sama je warga putrajya ni ttp kena tolak ke spital lain berdekatan ... spital pertama kajang, HKL, banting, teluk intan dan yg berdekatan ... slalunye serdang ambulans tak anto ..not sure y ...

    so klu kate hang sakit nk branak nanti pi putrajaya dulu klu die tolak hang pi serdang sendrik tanya ade kosong ..klu xde minta je la ambulans hantar pi mana yg kosong ...


    ReplyDelete
  7. jgn salah anggap kat spital kerajaan ni .. slalu kes tolak ni sbb katil la .. ramai sgt yg branak kat putrajaya ni sampai buat wad bersalin berisiko rendah kat p.8 tu tau ....

    wlupun penah sekali branak kat kerajaan pastu penah jugak rasa swasta ... sama je sakit kite tu cuma beza nye comfort ....

    ReplyDelete
  8. Alamak makin confuse laa..Kalau boleh pastikan betul-betul ok nanti payah pulak..Take care!

    ReplyDelete
  9. spital putrajaya penuh sgt kot tu yg kena tolak g spital lain...

    ReplyDelete
  10. hospital putrajaya penuh sokmo..kalo bukaan bari 1-5 cm biasanya depa suh balik umah dulu..pengalaman dr kawan i..

    ReplyDelete
  11. apa2 pn doa minta permudahkan.

    ReplyDelete
  12. pada pandangan SB, hospital gomen ke swasta atau kat mana-mana, sakit nak melahirkan tu tetap sama. mogaa dipermudahkan urusan, ya Tina..

    ReplyDelete
  13. salam dear,
    if berminat dengan set bersalin Tropical Herbs (Amway), Nona Roguy, Tanamera or Shaklee boleh dapatkannya dgn harga promosi di FACEBOOK : charmsandcolors or 019 6555700. 100% original product :)

    http://kisahqaseh.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Semoga dipetmudahkan urusan sis ye..akk xd pengalaman nk citer sbb xpnh bersalin gov..

    ReplyDelete
  15. my sis baru bersalin ahad lepas.. kes dia pulak..mula2 dia pergi hospital serdang sebab hospital serdang kan murah sket.. tp my sis ni mmg buat checkup klinik putrajaya dan ic pun putrajaya.. so hospital serdang takmo terima sebab chekup putrajaya n ic putrajaya... dia suruh pergi hospital putrajaya dulu..

    then my sis terus gi hospital putrajaya.. ok je, putrajaya terima je... masa sampai putrajaya tu my sis dah 4cm.. so dia terus ke labour room.. actually kalau ikutkan masa tu ward dah penuh..tp my sbb my sis dah bukak 4cm dan tak perlu nak tunggu lagi...so dia terus je ke labour room..

    before this my sis takmo gi putrajaya sbb kena letak deposit 800...tp xde pun dia mintak.. sbb my sis ni bkn keje gomen..tu yg kena bayar sbb hospital putrajaya kan sume ward 1st class...

    cuma lepas beranak tu je la kena tunggu lama sket sbb ward penuh..

    btw, my sis pun xde checkup hosp pu..cuma checkup klinik putrajayaje..

    cuba tanya kawan awak tu, dia duduk mana n checkup mana.. sbb kalau checkup putrajaya n alamat ic putrajaya, dia takkan senang2 tolak hospital lain.. biasanya yg kena tolak tu org luar yg nak beranak kat hospital putrajaya... ataupun masa tu ward mmg betul2 penuh n u pulak dah bukak lebih 3cm...

    ReplyDelete
  16. btw, kadang2 mende camni pun tgk rezeki awak dan baby jugak..mcm my sis..dia langsung tak kisah beranak mana.. kalau boleh taknak putrajaya sbb bayo mahal sket kan.. tp rezeki dia dpt putrajaya gak..

    sama kes mcm my fren..sblm beranak, macam2 rumours dengar...tp dia relax je tak amek FPP atau booking apa2.. bila sakit je, terus gi hospital.. alhamdulilah selamat beranak kat hospital putrajaya..

    kalau ic dan checkup putrajaya, dun worry..insyaallah putrajaya takkan tolak kecuali kalau katil betul2 dah penuh.. putrajaya akan utamakan warga putraja dulu

    ReplyDelete
  17. Tinn..nak clear picture tanya je nurse atau doctor masa check up tu.. mana tahu kot dorang lebih arif

    ReplyDelete
  18. hehee. nak bersalin pon ada kekeliruan macam ni kan. harapnya masa akak nanti dipermudahkan segalanya ye. :)

    ReplyDelete
  19. haaa sneang gitu, terus tanya pihak yang berkenaan, kadang2 orang mengalami penglaman berlainan kan, tapi at least u dah tanya direct pada mereka, kalau kena ''tolak'' juga nnt, print jer email ni tonyoh kat muka depa hehehe.

    I myself dulu semua check up and beranak kat KPJ Damansara, so I tak tau la prosedur spital lain canner.

    ReplyDelete
  20. semoga dipermudahkan..dimana2pun bersalin sakitnya sama sahaja,bukan mudah nak lahirkan zuriat amanahNya..

    ReplyDelete
  21. alamak acik tak pengalaman , moga di permudahkan urusan ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  22. bunda takder pengalaman bersalin kat hospital swasta...

    ReplyDelete
  23. Hospital Putrajaya sekrang tak perlu booking, bila sakit serah diri tapi kalau katil penuh, baru doktor suggest ke hospital lain. Kes saya pulak, overdue 7 hari, pegi menyerah diri tapi katil penuh. So, nurse suruh tunggu call kalau ada katil kosong. Malam tu ada katil kosong. Duduk Hospital Putrajaya seminggu n Csar. Alhamdulillah, layanan sangat bagus.
    Pendapat saya.. walau kat manapun kita plan nak bersalin, my advice banyak2 berdoa agar dapat layanan baik dari Doktor, nurse dan staf lain. Insya Allah dipermudahkan. Good Luck Sis :-)

    ReplyDelete
  24. Salam,
    Sy Insyaallah next week scheduled for csect under FPP Hosp Putrajaya. Kenalah book FPP sbb bkn keja gomen n umah kat seri kembangan maunya xamik FPP ditolaknya kita ke serdang Hospital yg mana No No No! Lols.
    Setakat ni pengalaman dgn Hosp Putrajaya macam2 je. Kali ni pun akn jd kali ke 3 dgn hosp Putrajaya. Even FPP tp nurse nya bkn di bawah lindungan FPP ye. Kalau muka masam mencuka tu nursesnye jgn heran lah..
    yg good news nye kelengkapan Insyallah mencukupi far better than Private Hospitals yg pegang baby pun berbayar.

    ReplyDelete
  25. hospital putrajaya katil sikit. kena hantar hospital lain adalah perkara biasa bagi kami. even kami staff nak bersalin pun kena tendang keluar. skrg hospital putrajaya mendapat pesakit luar lebih ramai dari pesakit asalnya penduduk putrajaya. dari terengganu pun ada sanggup datang. jadi bersabar la jika anda terpaksa ke hospital lain.

    ReplyDelete
  26. A'kum, saya bersalin anak ketiga di Hospital Putrajaya, ada gak pengalaman kena sound ngan nurse, tp masa tue i malas nak layan, tp i kena tunggu lama nak dapat bilik bila dah bersalin, siap kaki i cramp sebab lama duduk dalam labour room n smpi diorg lupa bagi i minum lepas bersalin..cian gak ler...then dapat katil yg tak seberapa..rasanya katil tambahan mcm katil bujang...seksanya...i tak tggu lama...i msk sekejap...then minta balik, sekian.

    ReplyDelete
  27. Pengalaman saya, 3 anak di private, 2 anak di hosp putrajaya. My best exp ialah hospital putrajaya. Private pun kalah. Both anak (no 4 & 5) dpt layanan yg sgt best dari nurse n doc hosp putrajaya. Kene tolak menolak adalah perkara biasa di mana mana hosp kerajaaan. Bukan putrajaya sahaja. Ini bukan sbb booking @ tidak tapi kekurangan katil a.k.a wad kosong. Yelah, hosp kerajaan kan free @ murah so demand mmg tinggi. Tapi klu dah sakit sgt atau dah ade tanda tanda nk bersalin, hosp putrajaya takkan tolak mcm tu jer. Hosp gov takkan amik risiko kot patient ter beranak dlm kete. Diorg akan terima cuma klu takde wad kosong, apa lagi yg diorg boleh buat. Takkan nk letak katil kat kaki lima pulak kan. Hosp putrajaya demand mmg tinggi sebab semua wad adalah first class. Layanan bagus. Pakar mmg ready. Makanan pun sedap. Kebersihan tip top. Nurse n doc also good. Satu lagi ikut rezeki masing masing. Klu Allah dah takdirkan pengalaman bersalin kali tu tak seberapa best utk kita, masuk private bayar riban riban pun sama. Lagipun expectation setiap individu lain lain. Yg penting, masa nak bersalin tu, clearkan minda, mohon ampun dari suami dan ibu bapa, istighfar byk byk, In Syaa Allah, mudahlah urusan kita.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com