Jul 25, 2014

Tabiat buruk masa raya

Assalamualaikum wbt..

Sape dah cuti hari ni?? sape yang dah balik kampung hari ni?? dannn, sape masih keje hari ni?? aku masih keje.. last day keje sebelum cuti raya bermula esok sampai 3 Ogos.. meriahhh...

cakap pasal tabiat buruk masa raya, aku dah lama pendam gitewww.. kenkadang sakitttt hati nengok spesis manusia yang tak ada ati perut ni.. kat kampung aku, kami ada marhaban dari rumah ke rumah since 1st raya sampai la raya ke empat..eh..lima..ke raya ke enam macam tu la.. marhaban ni terbahagi 3 kategori, anak dara, anak bujang dan family..

aku ni suka je orang datang rumah beraya..makan²..minum²..mabuk²..sembang²..best tau.. sebabnya, masa ni la nak ramas ramah mesra dengan orang kampung sanak saudara jiran tetangga segala bagai.. tapi pesen yang aku tak kesukaan bila raya umah orang, ko sesedap oren sepahkan umah.. aku rasa macam, erkkkk,lempang sekali baru tau..

tiap kali aku kemas meja kuih tu, banyak betul "malapetaka" aku jumpa.. puntung rokok dalam gelas, sampah celah kusyen, tisu bawah meja, plastik gegula atas bekas kuih, dodol tak habis kat lantai, air tumpah kat karpet, penutup bekas kuih entah mana sepah, etc..etc.. pastu, kalau hamik bekas kuih tu, pulangkan la kat tempat asal.. ni tersorok bawah meja.. dah satu keje aku nak tunduk kutip.. 

korang..tolongla behave sikit kalau ziarah umah orang tu.. yang part puntung rokok dalam gelas tu, aku rasa nak cucuh je puntung tu dalam mulut dia.. apa ke bijaksana sangat buh dalam gelas.. yang ada anak kecik tu, mohon perhatikan anak anda.. ok paham..budak kecik ni ligat dia lain macam.. semua benda nak explore.. tapi kawal la sikit.. ni anak buat pape, ko tengokkkk je, sikitpun tak larang.. memang kite tak digalakkan untuk sentiasa "JANGAN" dengan anak, tapi kalau dah buas sangat, takkan nak diamkan je.. aku mohon la Danish tak buas.. serammm..

sooo, sampai di sini saja bebelan suci murni kak kiah di pagi Jumaat yang mulia ini..ingat, kat umah orang sila behave.. jaga², ada yang memerhati..

ginila rupe aku layan tetamu yang haru biru..nampak je senyum, tapi dalam hati, tuhan je la tau.. wakaka.. macam tak ikhlas je terima tetamu.. 



notakecik : petang ni balik kampung, tapi dengan bangganya dinyatakan bahawa satu benda pun tak kemas lagi.. syabas untuk diri sendiri.. *tepuk dahi*

11 comments:

  1. Assalamualaikum tina. ahhaha sama patern la kita. pantang tengok bersepah. rasa hangin semacam je.. yang puntung rokok masuk gelas tu, memang sengaja sangat rokok dalam rumah. kalau sheila, awal2 dah warning kat suami.. nak rokok sila pergi 500 meter daripada kawasan rumah. i dont like asap smoke. hahahaha bertabah la raya ni mommy ~~~

    ReplyDelete
  2. sinonimlah kat rumah kalau baraan pun mcm tu huhuhuhu ... geram, penat .. membebel jgn ckplah hihihihi .... selamat hari raya .. baik² balik kg...

    ReplyDelete
  3. mmg sentiasa kena sabar kan diri bila tang gini.. hihi.. btw, selamat hari raya sis :)

    ReplyDelete
  4. sama la perasaan kita ni tina.....
    sampaikan taktau nak kata apa..terima je la huhu..ye la, takkan nak sound direct plak kan..nanti sentap plak dipagi raya huhuhu...
    tp serius, xleh terima...

    selamat balik kg..kami balik esok malam

    selamat hari raya tina!
    danish, nak duit raya meh dtg umah acik nad okeh :)

    ReplyDelete
  5. ank kite yg 4 thn tu pndai sound org sepahkan umah dn buang sampah.
    bdk kecit sound xde sape terasa kan.
    heee..

    ReplyDelete
  6. panjangnya mat kiah membebel.. nak biskut raya sikit mak kiah..

    ReplyDelete
  7. mmg pengotor tahap maharaja cipan bg yg buh puntung rokok dlm gelas
    mohom sumbat gelas tu masuk mulut dia,, grrrrrrrrrrrrr

    mcm mana kita x suka org sepah umah kita, pls behave kat umah org

    ReplyDelete
  8. oh dulu I pernah larang my brother invite kawan dia datang umah sebab anak2 dia menakal tapi depa buat derk jer huhuhuh (I takut kena balik kat I jer ni) hahahaa.

    Tapi betul tau.. I rasa budaya orang kita la jenis tak senonoh macam ni. tolong la ubah.

    ReplyDelete
  9. Akk kalau gi umah org memang sopan gila..hhee... tak pahamkan org yg takleh behave ni... doakan jelah dorg ni...

    ReplyDelete
  10. mmg ramai yg mcm tu..kdg2 anak langsung tak dilrg..x kan la kita tuan rumah yg nak beria lrg..sepatutnya ibubapa kena la alert..at least say 'No'..bkn suh pkul bgai..melentur buluh biar dr rebungnya..:-)

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com