Aug 25, 2014

Berkabung

Assalamualaikum wbt...

#Malaysiaberkabung #22Ogos2014

Ok, mungkin cerita dah basi kot..Jumaat lepas memang nak update, tapi sempat satu entry je sebab kena SEGERA balik kampung..

Jumaat datang opis pakai baju kurung kaler kelabu sebab tak ada baju kaler hitam.. "Tina, berkabung jugak ke pasal MH17?"
Aku rasa soalan tu macam erkkk.. berkabung atau tak, terpulang pada hak masing², tak ada sape paksa.. kalau tak nak berkabung, duk dendiam sedekahkan alFatihah..pastu jangan duk membebel dan pertikaikan kenapa perlu begitu sekali Malaysia "iktiraf" kematian diorg pastu tambah lagi diorg bukan pergi berjuang or whatever, dahla pegi suka², dapat lak penghormatan khas.. 

Gini la ye, memandangkan yang bercakap tu orang tua, aku berani komplen kat blog aku je... hak masing² nak berkabung atau tak, tapi boleh tak jangan ko nak perlekehkan cara kematian seseorang.. duk dendiam dan sedekah alfatihah kalau hati kau keras kata diorg tak layak dapat "pengiktirafan" hari berkabung..


Dannnnn, betul la Jumaat lepas aku berkabung..baru update entry yang pertama di pagi Jumaat, dapat perkhabaran yang datuk (bapa kepada Arwah Abah) meninggal pada hari Jumaat jam 8.45pagi.. terkilan sedikit sebab tak dapat tengok buat kali terakhir.. tak dapat balik awal sebab husband ada tugas pengkebumian jenazah mangsa MH17 kat Presint 20, Putrajaya.. tak apa la, semua pun dah selesai.. semoga roh Arwah Atuk tenang dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.. Al-Fatihah..




notakecik : makin meningkat usia, makin banyak cakap.. payah bila bercakap dengan diorg kecuali kita DIAM, maka sudahnya DIAM la dia..

5 comments:

  1. setuju dengan nota kecik bawah tu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tina. salam takziah. takleh tutup mulut manusia, sudahnya biarkan jelah. tak kuasa nak melayan. nanti penat pandailah diam hihi

    ReplyDelete
  3. hahaha...pendek kata diam aje lah

    ReplyDelete
  4. BETUI .. AKU PUN DGR MCM2 .. BUAT TATAHU JE ...
    KLU KAT FB LAGI LA MEMCM ....

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang orang yang terlampau pandai terlalu ramai. makanya kita senyum je

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com