Aug 6, 2014

Cuti-cuti Syawal | Selesa Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum wbt..

Alkisah kami anak beranak..terasa sangat nak menginap kat hotel di bulan² raya ni kan.. yela, ada yang dah keje.. kami masih bercuti, so manfaatkan cuti yang ada ni bertiga..

buat keputusan nak bercuti pun masa raya, tapi masih kabur² lagi.. keputusan muktamad masa dah nak sampai susur masuk tol Seremban / Port Dickson.. memula nak stay Melaka, tapi rasa macam tak best.. lain la Danish dah besar, leh bawa jenjalan pegi zoo, mengenal haiwan.. maka, ke Port Dickson la kiteee..

sampai sana dah kul 7.. sempat ke nak survey hotel bagai?? sudahnya, tawaf la sepanjang Teluk Kemang tu.. feeling nak stay hotel mahal, tapi fikir macam tak berbaloi.. dah confirm la check in lewat, rugi je..

finally, masuk la kami ke Selesa Beach Resort, Port Dickson.. takut gak kalau² xseselesa namanya.. so, bilik yang tinggal adalah 2katil single.. tak apa la, lagipun dah tak ada masa nak cari tempat lain.. plus, kesian kat Danish.. yang penting, amik seaview.. mahal la sikit.. ok, dari duk bebel, moh lerrr jamu mata sikittt..


pandangan dari depan hotel.. tak brape omey sebab snap pun dari dalam kete masa nak balik.. i is segan nak snap beria hokey..


pandangan kat kawasan belakang hotel..kiranya ni sebelah dengan pantai.. ada pool.. aku mampu nengok je la.. yela, nak campak Danish kat mana lak kan.. sudahnya, berendam la kami dalam tub mandi je..wakaka..


view dari balkoni bilik.. dapat bilik kat tingkat 2.. siyes lawa.. walaupun balkoni kecik, sesuai la untuk anak beranak yang kecik ni bertenggek bertiga kat balkoni..


kat dalam bilik.. bersepah dah sebab tunggu nak checkout je ni.. dapat baby cot, tak minta pun, diorg yang offer.. tapi buat perhiasan je la.. Danish mana reti tidur asing dengan ketiak mommy dia.. pfftttt.. time ni ayah ngah train anak untuk meniarap dengan lebih baik.. ehehehe

masa lepaking kat balkoni.. feeling keluarga bahagia gitewww.. ehh, memang bahagia pun.. masa ni Danish begitu gembira.. macam faham je apa itu erti holiday.. 



dapat bekpes free.. tapi makanan tak meriah.. kami fikir positif je la.. maybe tukang masak masih cuti raya.. voley gitu?? ni makan megi goreng dan nasi himpit+kuah kacang.. punyala mengharap nasi lemak ke hape, tade.. dah siap makan, baru datang nasi goreng.. ko rasa??


ok, ni view pas ko masuk je kat pintu tu.. nampak klasik..ni aku amik kat web Selesa Beach Resort, PD.. gigih pulak aku nak snap gambar gini khenn..


family potrait.. boley?? hahaha.. tak berapa nak cun sebab tetibe ada orang lalu.. segan pulop.. Danish lebih teruja tengok muka sendiri kat screen enpon.. ok, foine...


kesimpulannya, Selesa Beach Resort ni sangatla highly recommended untuk korang yang nak bercuti.. selesa, menarik, view cantik, harga berbaloi..cuma makan je tak berapa best.. xoxo



notakecik : tunggu Danish besar sikit, mau ajak ke pulau pulak.. waaaa, tinggi cita² hemak engko ni Danish..

30 comments:

  1. Assalamualaikum tina. waahhhhh bestnya holiday. sheila ni sekarang sibuk je setiap hari usung Adam g rumah kawan, beraya. wakakakaaaaa. muka Danish macam faham je erti holiday. hahahhaha pasni boleh practice Danish masuk pool guna neck float.. hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sheila.. ni pun curi ms nk oliday sbb blh kata tiap minggu ayah danish keje.. hahaha..kann.. sengih lebor gitu..

      Delete
  2. BESTNYA DPAAT JUGAK BERCUTI2 TAU..
    SYIOKK

    ReplyDelete
  3. lamanya saya tak bercuti..best pulak tengok akak bercuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, apa lg..ajakla suami sementara msh berdua ni..hehe

      Delete
  4. syoknya danish dah pi bercuti-cuti..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni namanya pembelajaran dr awal..hahaha

      Delete
  5. fadh pown penah stay sini..nmpak oldskol kan tp sbnarnyer mmg best dan selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl²..memula mcm berbelah bahagi+ragu² gak..dpt satu malam, mmg syiok..

      Delete
  6. ok la selesa tu ..penah jg stay situ time kursus .....
    bila tgk view pool dr pantai tu .. teringat aku kursus bln 6 ari tu dok ulang alik lalu jln tu nk pi ke tmpt kursus

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt ok kan kak.. apa lg kak, repeat la dtg sn..

      Delete
  7. lepas ni baby Danish..sila mintak hotel yg ada mini waterpark gitu..boleh la dera ayah kat kolam pulak..:-)

    ReplyDelete
  8. Sy kalau g PD, berkelah tepi pantai jela.. petang tu balik.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah dkt, blh la.. akak pun dkt gak sbnrnya, tp nk amik mood bercuti gitu..

      Delete
  9. mmg kompom seselesa namanye yg selesa lanye..hehehe..bestkan bercuti ngan little family...danish comellll dh pandai niarap..clap3..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..btl tu, kena dgn nama.. hehe, lm dh pandai, tp malas..

      Delete
  10. Tempat macam cantik, boleh dipertimbangkan untuk pergi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cntik kak..berbaloi klu g sn..

      Delete
  11. seronok bercuti time raya kan... lapang jer.. heheh.. teringat dulu zaman2 tak kawen.. asal raya yer pakat adik badik gi bercuti.. sekarang..laki tak nak..ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, seronok sbb xramai org..hehehe.. akak pkse je la..

      Delete
  12. next time klu g PD boleh cuba avillion atau grand lexis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, mmg nk ke sn, tggu cuti lama ckit.. hri tu cuma 1mlm, xberbaloi duk otel mahal.. hehehe

      Delete
  13. bestnye la hai cuti2 malaysia ni kak. hehee last minit pon berbaloi jgk kan. :)

    ReplyDelete
  14. pasal 'jiran' tu nanti kite study balik & bagitau akak ok. kite pon lupa, hahaa

    ReplyDelete
  15. Plan nak ke pd..so bila blogwalking, ada idea skit.tengs :)
    jom jalan2

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com