Sep 22, 2014

Berkira-kira

Assalamualaikum wbt..

aku baru ada anak..baru bergelar mommy..dulu masa aku belum kawen, aku suka mencarut mengarut pasal life aku..kadang² pasal anak buah..pasal family..pasal boipren..pasal jiran..pasal orang sekeliling.. yela, benda apa sangat aku nak share kat blog.. tapi aku suka baca pasal kisah anak² korang.. dah pandai merangkak, bertatih, cakap sikit² sampaikan aku pernah cakap dalam hati, soon bila aku ada anak, aku nak cerita gak pasal anak aku..tak banyak, sikit pun jadi la..

lepas kawen, aku sesikit cerita pasal life aku pas kawen.. pasal husband.. tapi manusia kan..iri hati tu tetap ada.. komen la macam².. bukannya aku cerita hal dalam kelambu.. so, aku tak ada expose sangat.. pasal majlis kawen pun tak berapa sangat.. review gitu² je, tu pun ada yang atas permintaan.. aku banyak update kat IG atau FB... yela, kat situ privasi sikit..

bila ada anak, aku seronok cerita pasal anak aku..perkembangan anak aku.. keterujaan pertama kali jadi seorang mak ni lain macam.. kalau boleh cerita anak aku pandai korek idung pun aku nak share.. niat aku bukan nak menunjuk.. jauh sekali nak bangga sebab kawen setahun dah dapat anak.. aku nak bila anak aku besar, dan insyaAllah kalau blog ni ada lagi..dia baca..  

aku sikitpun tak ada niat nak riak dengan apa yang aku ada.. nak tunjuk yang aku happy dengan suami dan anak..TIDAK.. sebab tu kadang² aku BERKIRA-KIRA nak update entry.. Danish je la modal aku.. kalau aku cerita pasal orang, kata aku mengumpat.. cakap pasal diri sendiri, buka pekung kat dada.. cerita pasal suami dan anak, kata menunjuk.. *geleng kepala*

TAPI PEDULI APA AKU..wakakaka..(dasar kepala batu) tak nak baca sudahhh.. tapi tu la, AKU BUKAN NAK MENUNJUK..BUKAN NAK RIAK.. aku cuma suka bercerita.. 

pandangla dari sudut yang positif, bersih hati, lapang dada..insyaAllah perasaan iri, hasad, buruk sangka tu tak ada.. 

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim”)



notakecik : ???

15 comments:

  1. rilek je kak. Hihi. Daripada baca fakta manjang boring kot. Baik baca pasal kisah org. Inspired. kan? hihi.

    ReplyDelete
  2. BLog sndiri kan sis..ikut sukala nk citer psl ank 50 muka surat pun.org luar xmo baca sudoh..haha

    ReplyDelete
  3. chill! citer je apa mizztina nak citer.. abaikan org lain tu.. rasa mcm komen dorg tak best, delete kan je, jangan baca sampai buat hati sakit.. nnt kita plak yg jadi x best.

    ReplyDelete
  4. ishhh mmg betul la..sokong 110%..xpe2, just tulis what ever yg tina nak tulis..ade je org yg xkan anggap ape saje entry sebagai riak..

    ReplyDelete
  5. tak kisah la dik ko nk cite pe pun .. rasa aku mls baca aku tak baca .. tp tak penah lagi miss baca klu dah buka blog ko .. hahaha

    rileks .....

    ReplyDelete
  6. Dah anak2 ni kehidupan kita, of course la ini yang kita cerita (wahh defense sangat ni). Eh suka hati la kan... I ada nampak some comments yang tak sedap kat some blogs yang citer pasal anak2 mereka, lain orang lain pandangannya.

    ReplyDelete
  7. kalau nak puaskan hati org lain, memang sampai bila2 tak settle.... so tulis je apa yg kita nak tulis, yg penting kita puas hati.

    ReplyDelete
  8. let them be...mereka berkata yg buruk awak dpt pahala..alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  9. Kt suka baca entry tina dr dulu lg... Dr zaman tina bujang ... Tina jujur bila menulis ... Sempoi ... Jd x pernah pulak rasa cam awk riak ... Tulis je kat blog tina, klu org xmoo baca dia klik X nnt

    ReplyDelete
  10. assalam..

    salam perkenalan. jemputke blog saya. kisah saya nak kurus. :)

    thank yer

    ReplyDelete
  11. ada garisan yg sgt halus memisahkan semua tu..

    prinsip sy..
    apa yg nak share ni, biarlah tidak sampai memalukan sesiapa2.. kalau cerita hal ehwal suami jgn smpai mengaibkan dia, maruah dia.
    kalau cerita pasal anak, sungguh sebagai mak kita ni bangga sgt. myb ada org yg x suka bca.. tp dah dasar blog..x ada siapa pun paksa kena baca. bukan buku sekolah yg wajib dibaca. kalau x nak baca, jg buka blog aku..haha..

    prinsip berblog memng sharing..kalau blog popular lg ramai heaters..takat blog cabut mcm sy, xde siapa nk jeles apa pun..
    tp kalau blog kita dpt jdi blog yg manafaat, boleh buat org berfikir sikit..alangkan bagusnya..

    ReplyDelete
  12. Sharing is caring,kalau suka bac.Tak suka jangan baca. Lagipun kita sharing benda yang baik. Kalau rasa tak de kebaikan jadikan la sempadan

    ReplyDelete
  13. tak suka baca takyah baca..blog kita mesti la kita nak update pasal cerita kita kan tapi still ada batas2nya..ala pedulikan je la tina

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com