Sep 13, 2014

Danish tidur

Assalamualaikum wbt..

Hari cuti adalah hari yang ditunggu².. betul tak korang?? yela, masa ni la dapat luangkan masa dengan anak.. aku kalau hari keje, memang susah sangat nak main² dengan Danish.. amik Danish kat taska dah kul 6.30petang.. sampai umah niat nak ajak main terbantut sebab Danish dah mengantuk, pastu ngamuk nak tidur.. nasibla tidur menepek ke aku, masa tu la dapat manja² dengan anak..

eh, siyesli suka gila tengok anak masa tidur.. macam² memek muka dan gaya aku nampak.. sengih, cebik, muka siyes.. kelakar la ko nak!!! *mahap, penuh gambar Danish je ye..harap jangan muntah*

tidur menyongeh...

konon comel

mata tak katup rapat..

mengepak macam penat sangat gayanya..

kerut dahi memikirkan masalah sambil gentel kain..

tidur cebik muka

kerut dahi jua..muka siyes bebenor

tak tau ni gaya apa..asal boleyyy

ni pun sama.. 

phewww..aku memang suka snap gambar time Danish tidur.. masa tu la aku boleh simpan momen comel Danish.. nanti besor, aku nak tunjuk kat Danish.. skang habit Danish adalah pantang nampak mommy kat dapur.. sebok panggil kita suh bawa dia sama.. kenkadang ayah jadi patung cendana kat dapur sambil dukung Danish tengok mommy masak, cuci pinggan, bancuh susu..etc..etc.. nasibla rumah sekangkang kera, dari dapur pun ayah masih boleh tengok tv..wakakaka..


Dan skang, Danish makin tak ada nafsu tak tidur.. melasak bukan main.. paling lama pun tidur 3jam.. dan pernah pecah rekod tidur cuma 5minit.. kendian celik mata dan menyengihhhh tak kena tempat.. bertabah je la mommy awak ni Danish..tsk..tsk..



notakecik : kenkadang cuti minggu 2hari macam tak cukup..wakakaka

4 comments:

  1. tido mcm2 rupa, mcm tgh mimpi/ngigau pun ada hehe ;)
    tido mata tak katup rapat, onyang zakwan kata budaknya jenis bijak tu nnt :)

    ReplyDelete
  2. I pun suka tengok gamabr Danish.. sejuk jer mata, bersih jer muka kanak2 kan, suci.

    ReplyDelete
  3. Comel..nice moment ni,, geram tengok,,

    ReplyDelete
  4. danish omeyyy. tp rse mcm jao je anak kita besar kan ? mcm tiba2 sangat.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com