Oct 2, 2014

Alkisah petrol naik 20 sen

Assalamualaikum wbt..

Salam 20 sen semua..

aku nak up jugak entry pasal pengurangan subsidi minyak ni..bukan kenaikan harga minyak tau.. heyy, minyak tak naik harga, cuma subsidi dikurangkan jewwww *sambil juih² bibir*

bila ramai orang marah, nanti ramai yang bijaksana bijaksini yang bagi hujah.. KONGSI KERETA.. NAIK PUBLIC TRANSPORT.. NAIK BASIKAL.. NAIK MOTOR..

kalau dari sudut pandangan dan situasi aku la kan, boleh belaka semua tu..tade hal la.. small matter orang putih kabor..

KONGSI KERETA - boleh sangat..kebetulan aku duduk satu taman dengan akak aku, keje pun satu tempat.. boleh share kereta pegi dan balik..tapi pegi gelap balik pun gelap la..bila gitu, amik anak pun lambat maka taska akan cas OT.. gitu kekdahnya.. sebabnya akak aku selalu keje lebih masa, aku lak melangut tunggu.. macam tak guna gak kaedah ni.. kurangkan kos minyak, tambah kos taskaaaaa

PUBLIC TRANSPORT - pun boleyyyy.. dari rumah nak ke jalan besar tu jalan kaki... tunggu bas dari Banting ke Putrajaya.. Pastu dari Putrajaya Sentral ke Presint Diplomatik..sampai situ naik teksi.. maka kena kuar dari rumah kul 4 pagi.. tambang teksi pulak mahalllll.. 

MOTOR - pun boleyyyy.. tiap hari dari rumah ke tempat keje ulang alik jarak perjalanan 60km.. mau patah pinggang..  bukan alasan.. tapi agak bahaya untuk wanita naik motor sejauh itu.. dengan lori pasir, lori siput, lori tanah merata..pastu nanti makin kerap kena servis motor.. sekali servis mau seratus lebih..  akan dipertimbangkan...

BASIKAL - yang ni pun kena kuar rumah kul 4 pagi.. naik turun bukit ni boleh menyebabkan aku hilang upaya nak mengayuh gamaknya..

tau tak bila harga minyak naik, secara AUTOMATIK SEMUA HARGA BARANG PUN IKUT NAIK.. moh lerr balik kampung berkebun.. tumpang rumah mak.. nanti sikit masa lagi tol pulak naik.. syabas la gitu aku ucapkan.. sekian hujah saya.. terima kasihhhhh...

6 comments:

  1. Akk masih tak faham. Minyak naik ker turun sebenarnya nih.

    Klo naik memang bagi impak besar lah sebab suma barang akan naik harga. Tapi gaji naik ciput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak naik 20sen sbb kerajaan dah turunkan subsidi.

      Delete
  2. hmm..sebelum ni minyak akk rm50 tahan seminggu
    lepas naik sebelum2 ni dh tak cukup rm50
    skang akk isi penuh trs rm80
    ni naik plak rm0.20...
    minyak aje sebulan dah berapa..tepuk dahi

    ReplyDelete
  3. ehhhh, sukenya aku.....dalam tv aku terdengar orang cakap "redooo jelah" Orang kerajaan masih beruntung, gaji naik bonos dapat...Orang swasta cungaplah...Bank pun tak mau pandang...dia orang mau gomen jugak

    ReplyDelete
  4. Duk kat kpg pun barang2 lg mahal....logistik brg runcit dah naik.... Huhu

    ReplyDelete
  5. ishhh betul la..kat fb ramai yg duk kate naik beskal la jalan kaki la boleh exercise la..walaupun menyampah minyak naik, lg menyampah pulop baca status gitu..

    org yg naikkan semua nie xpe la, xde effect mereka2 pun sbb mereka2 jie xduduk kat golongon marhein mcm kite2..dh duduk baru tau terduduk nnt..

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com