Oct 18, 2014

Pekena Laksa di tengah hari

Assalamualaikum wbt..

Hari ni kerja..tapi biasala, ramai yang amik leave.. aku je la gigih keje memandangkan minggu lepas dah banyak hari cuti..anak tak sihat.. 

tadi pun minta tolong sepupu dan kakak aku jaga dak Danish.. husband keje gak, ada karnival kompleks kejiranan kat P16.. masa nak bawa Danish ke umah kakak aku, kemain dia nanges.. alahaiii, luluh hati hemak ni tengok.. duk dalam baby car seat pun tak hendak.. so, drive sambil memangku Danish la.. perlahan mungkin aku drive, dan mujurla umah kami dekat sekangkang kera..

tengah hari tadi tukar selera..boring kooo makan kat kantin tu.. bukan kerek, tapi kalau dah hari² lauk dan sayur mayur yang sama, kembang anak tekak.. plan la dengan budak² opis nak makan laksa dan cendol.. uiiiii, nyamannya.. tak sedar diri ni batuk lagi..

laksa in the house yooo..

memang sedap..aku ni kalau ikutkan hati, nak je hirup kuah dia sampai licin.. tapi kensel niat, tekak masih tak sihat.. sabar je la.. nama kedai ni, Redup Rimba Corner kat Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.. nak tau lebih lanjut, terjah blog kawan opis aku ni... KAK NORMA.. 


ok..sekian.. 

6 comments:

  1. ha kan orang kata laksa ni "tajam".... buat batuk, yer ker?

    ReplyDelete
  2. bekas buh laksa tu mnggoda btl..presentation x nk kalah ni huhu..

    ReplyDelete
  3. tu dia.. laksa yg mengoda tekak ...

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com