Nov 12, 2014

Ikan Keli

Assalamualaikum wbt...

Laju² aku update entry.. aku ada training.. masuk ni dah 2hari.. mengantuk yang maha dahsyat.. normal la kan.. mana ada training yang best..

Ok..ok..berbalik pada tajuk.. aku jujur cakap ye, bukan peminat ikan sungai..ikan air tawar..ikan darat.. kecuali ikan talapia.. keli, patin, lampam, puyu, sepat, haruan, belut etc..etc..aku tak makan.. ikan keli tu pernah la makan sikit..sedap gak.. tapi bila mula terbayangkan ikan tu sebelum digoreng, meremang bulu roma.. hah, macam seram pulak..

Kebetulan, husband pengasuh Danish ada bela ikan keli dan jual.. aku semalam gatal la duk wassap akak pengasuh.. pastu akak tu offer la.. aku kabor la nak beli dalam 4ekor.. aku berani beli sebab dia dah siap siang.. pheww, lega uols.. sampai je taska, anak pengasuh tu hulur depan² ikan keli.. hah, tanjat gegirl la haku.. pegang plastik pun di hujung jari je.. hadoi laaaa..

siyes, masa bersihkan tu, aku bungkus tangan pakai plastik.. pastu macam leceh.. beranikan diri PEGANG ikan keli tu dan cuci.. ok, pass!!! 

dan buat pertama kalinya, semalam aku masak ikan keli.. goreng je punnn sebab husband suka goreng garing.. nasi sikit je, meratah ikan je lebih.. aku makan sekor setengah je la..yang lain husband yang habiskan.. sedap pulak bila ada sambal tumis dan sayur kobis+lobak merah+brokoli.. wahhhhhh... 

gambar tak ada.. kalau nak rasa kena bahan dengan husband, try la amik gambar makanan.. pedih ulu hati nanti.. wakakaka.. 

gambar sekadar hiasan..culik dari Google.. 

secara keseluruhannya, syabas sebab aku berjaya "uruskan" ikan keli dengan jayanya walau bulu tengkuk dah tegak berdiri..miahaha

16 comments:

  1. cuci ngan cuka @ tepung gandum
    bagi hilang hanyir dan lendir tu
    anak akak suka ikan keli goreng garing
    dan pastinya masa siang, akak dah potong terus kepalanya

    ReplyDelete
  2. Tina geli ke? Sue pun kurang mkn ikan sg. Lg2 ank no 3 ni ekzema mmg sue pantang mkn. Hanya ikan x gatal je boleh makan. Biasa mkn ikan merah, selar.

    ReplyDelete
  3. ikan keli memang sedap, tapi part nak bersihkan tu lahaiiiii......seram-seram sejuk rasa, apapun tahniah!

    ReplyDelete
  4. belum pernah uruskan ikan keli sendirian lagi. biasanya mesti kene dapatkan bantuan mak. wkakaka. seriau makkk

    ReplyDelete
  5. aku pun tak penah uruskan ikan keli .. hahah geli wei ...an aku tak mkn yg aku msk sendrik ..dan dulu penah mkn ... 8-9 kali pastu tetiba selara aku mati terhadap ikan keli ni ..dan skrg mmg aku tak sentuh dah ikan keli tatau nape ....

    dan keluarga aku mmg tak mkn darat ni ..baik belsh mentua atau keluarga sendiri kecuali ayah dan ayah mentua aku je mkn .....

    ReplyDelete
  6. Xpenah lg sejak kawen masak ikan keli..lg sadis..tp kalau ikan keli kite suke garing2..kalau xgaring rase mcm kembang tekak..

    ReplyDelete
  7. Mcm belut la... sebelum masak nampak mcm geli je... bila dah dibuat sup, fuh mmg power rasanya :-)

    ReplyDelete
  8. Haha belut akk x mkn tp keli mmg fav akk. Tp malas giler nk goreng kalau meletup2. Malas nk bersihkan dapur. Ekeke

    Sbb lama sgt x masak keli beli gak la . Alhamdulillah elok pula x meletop masak semalam.mmg sedap goreng garing2. Akk suka tang ekor dia.

    ReplyDelete
  9. Wah, bersihkan ikan keli sendiri. Cayalah....saya kalau beli pun suruh kedai yang siang :)

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  10. tak reti nak siang ikan keli jgk huhuhuhu .. reti makan jer... kalau nak masak pun yg dah bersiang hihihihi ... suka masak lemak ikan keli letak kencur ishh.. ishh.. sedappnya .. lg² rampaikan daun kencur tu ... kecur air liyr dibuatnya.

    ReplyDelete
  11. erk ikan keli. sampai skg aku sy tak boleh makan ikan keli. tak tahu kenapa. hohoho

    ReplyDelete
  12. syabas betei.. I am so spoud of u, eh proud. giler ah I pun takut tengok ikan ni...misai dia tu...misai. hahahah tapi pati ikan polleney i boleh pulak minum... nak seribu daya...yer tak?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum tina. fav sheila ni.. keli goreng berlado adalah terbaik. makan dengan nasi panas, kangkung goreng dengan telur asin. perghhh terliur pula hahahahahahaa

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi beli ikan keli. Beli dah siap masak jer lah...hehehe...

    ReplyDelete
  15. hai kak. kalau nak basuh keli ni guna air asam jawa. rendam dia bagi hilang lendirannya. eka makan keli tapi eka tak penah basuh keli muahaha.

    ReplyDelete
  16. kegelian sungguh melihat ikan itu..hehe

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com