Nov 10, 2014

Jual Bakat

Assalamualaikum wbt..

Yay, kembali ke sarang.. hemak balik kampung uolsss.. kemain gembira sebab 2bulan lebih tak balik.. balik pun tumpang akak aku sebab husband kena KERJA.. haihhhh..

Balik hari tu, sempat la kami lepak kedai makan tempat mak aku keje.. mak aku keje kat kedai makan tu 3hari je, Jumaat Sabtu dan Ahad.. hilangkan bosan.. kebetulan kat kedai tu (kedai sate), anak tuan kedai ada buka booth kecik je untuk jualan tulisan khat dia.. kami dulu satu sekolah, beza umur 2tahun je, dia tua la dari aku.. anak² buah aku macam biasa la, tak boleh nampak benda pelik atau menarik..menebeng la kami kat booth dia..
ni la orangnya.. Abdul Rahman (kalau tak silap la) nama dia.. aku yakin Rahman je..

nampak tak belah kiri tu, TEMPAHAN KHAT NAMA 15 MINIT  (SIAP FRAME).. aku tak sure saiz dia macam mana,giler deras dia buat.. 

ni la budak² tu punye.. penanda buku dengan ada nama masing².. nak tau tak harga penanda buku ni? RM2 SAHAJA.. yess, murah..

kagum woiii tengok orang pandai menulis tulisan khat ni.. aku punye tulisan jawi huduh, macam cakar harimau.. rawrrrr..rawrrr..rawrrr..hah, gitu bunyiknya.. 

ehh, kalau korang tanya macam mana nak tempah, aku lupa sangat² nak amik no phone dia.. tapi kalau serius nak, nanti aku minta tolong kat mak aku amik no fon dia..

sebelum terlupa, ni kat kampung aku, Seri Medan, Batu Pahat, JOHOR.. peace..

4 comments:

  1. Cantiknya khat dia buat..murah la tu rm2 je.

    ReplyDelete
  2. canteknye tulisan khat die..berseni sungguh..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah cantiknya... I pun sama kagum sangat ngan orang yang pandai khat ni, I tulis jawi macam cacing kerawit jer ghoper. Tak pa la ambik order nnt boleh pos.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com