Nov 14, 2014

Sabar seorang cik Misi

Assalamualaikum wbt..

wahh, tajuk macam nak buat cerpen.. hahaha.. semalam aku halfday sebab check up dak Danish tu.. sesambil tunggu nama di panggil, macam² ragam aku jumpa.. memang patutla aku tak ditakdirkan jadi nurse sebab aku tak penyabar dan garang..rawrrrr

situasi 1:
Datang pasangan warga asing (Nepal mungkin) ke kaunter.. si suami tanya apa tah kat kaunter pendaftaran tu.. nurse tanya la datang untuk apa, cek kuning ke..check up ke.. dah orang tu tak paham.. tengok kat buku rekod, sekali pun belum pernah datang klinik.. bila di tanya anak berapa bulan, anak dah 4bulan.. nurse tu terus urut dada.. hahaha.. geram² pun, layannnn jugak.. sikitpun tak tinggi suara.. baik sangat².. tanya lagi duduk mana, orang tu kabor rumah tumpang.. pastu apa tah merepek.. nurse tu sekali lagi urut dada.. bila tanya alamat, dia jawab lain.. dia explain jalan nak ke rumah, dah macam nak buat peta.. finally, setelah agak lama, setel gak masalah diorg.. punyala sabar cik misi tu layan.. macam ayam dengan itik dah perbualan tu..

situasi 2:
dalam bilik nurse, aku sebilik dengan ibu mengandung (kali pertama) yang spesel kes..ibu tu bisu dan maybe kurang pendengaran gak.. gigih la cik misi tulis satu² soalan dalam buku.. bila si ibu tu kurang faham, sambil tanya, sambil guna bahasa isyarat (bukan bahasa isyarat yang betul).. ko bayangkan la, tanya soalan menulis.. si ibu jawab pun tulis.. pastu rekod dalam buku rawatan tulis lagi (sistem manual).. tabah tak? 

sebab tu aku kabor aku rindu masa check up mengandung dulu.. sebab nurse dan doktor yang sangat² lembut.. walaupun ada banyak kes aku dengar nurse ibu mengandung ni garang, alhamdulillah aku jumpa semuanya baik belaka.. yang garang tu biasanya yang duduk kat kaunter dan bukan nurse.. tanya macam nak telan orang.. 
"Danish, nak adik tak?" => husband aku selalu tanya soalan ni kat Danish.. T_T

8 comments:

  1. Jaga khidmat pelanggan ni memang kena banyak sabar.

    ReplyDelete
  2. OK LA DIORG TAHU KHIDMAT PELANGGAN YANG BETUI ...

    ReplyDelete
  3. kena ucap syabas kat nurse tu
    tp ada je nurse yang kerek...pffftttt

    ReplyDelete
  4. nak tahuuuuuuu...

    daku ni teruss respect gegileeee pada nurse selepas melalui sendiri pengalaman duduk di hospital selama seminggu selepas melahirkan safiyyaa....

    bayangkan kita ni selepas czer, dorang yang settlekan hal kita termasuk membersihkan yang di bawah...

    bayangkan la heyyy...

    tinggi betul pengorbanan mereka...

    ReplyDelete
  5. akk pun jenis tak sabar. mmg xleh jd misi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dpt nurse2 yg baik sebegitu rupa. X dinafikan tugas mereka byk cabaran. Besar sungguh pahala mereka kan...

    ReplyDelete
  7. hehehe bayangkan juga la nurse kat sini melayan I yang tak reti bahasa dorang ni.. sama la macam ibu special case tu, banyak tunjuk bahasa isyarat. memang sangat berterima kasih kat dorang melayan I dengan baik sekali.
    dulu my dad pernah cakap yang I takkan dapat jadi nurse, or better dont sebab kang mati orang yang ada sakit jantung. huhuhuh

    ReplyDelete
  8. hehehe ayah Danish dah bagi hint la kak. hahaha. Ape lagiii..

    Kite pon alhamdulillah dapat nurse yang baik2 jugak. Sabo je melayan kite. Docto plak kekadang dapat yg ok, ok details dia bagi. Dapat yang jenis kelam, layan kita pon kelam.

    Tapi eka nyirap dgn staff lab. Boleh dia sound eka sebab eka amik salah botol urine sebab nak repeat urine test for kencing kotor. Beria dia cakap, awak salah amik ni untuk org ngandung je. Eka cakapla, mane lah saya tahu, awak pun tak explain dekat saya. Saya pon ngandung juga, cuma nak buat repeat test je. Kalau saya salah, bagi jelah yang betulnya. Aduiii

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com