Nov 19, 2014

Tekanan

Assalamualaikum wbt..

Weyhh, puas aku fikir nak cakap pasal apa kat blog.. adakah aku dah macam budak Bundle , boring berblogging?? haihhh, jangan..jangan..aku sayang kot dengan blog aku..

pasal entry aku yang semalam cakap pasal terlajak tu, ramai pulak yang view.. hahaha.. terlajak apa?? terlajak laris?? terlajak perahu boleh diundur?? sampaikan ada sorang kakak ni ingat aku tekanan.. 

tekanan dia kata aku?? kehkehkeh

haha..kalau ikutkan, aku memang tekanan gak la.. sebabnya, aku tak boleh cuti hari ni.. Danish tetibe demam pulak.. adui..dui..dui.. nak cuti, bos aku pulak tak ada.. kang aku cuti gak, bisingggggggg.. 

Dan skang ni, aku tekanan gak la..tekanan sebab hilang mood jap nak update blog.. miahaha.. tu pun nak kabor, ye dakk..

dalam pada tekanan tu, sempat la aku masak bubur untuk dak Danish malam tadi.. buat stok untuk seminggu.. demam² pun selera besar dak botak tu.. haaaa, itu mommy suka.. aku memang happy gila babas kalau apa yang aku masak, husband dan anak makan habis.. pernah gak la masak memang langsung tak sedap, husband aku makannnn jugak.. bila aku kata, "Pa, tak sedap kann".. dia kata, "tak la..ok je..".. rasa nak joget je.. 

dahla..dahla..merepek pulak.. aku suka merepek dulu, nanti datangla idea nak tulis apa.. trick licik.. LOL

12 comments:

  1. kikiki tina tekanan kita sama .. hilang mood nak update blog, cerita ada .. mood kelaut .. nak mengarang ayat... cpuv pulak bnyk menari² tgh² mood kelaut ni.. ntah lantak situ .. bw blog kawan² dengan besarrrrrrrnya harapan dapat idea... tolonggg tolongggg ...

    ReplyDelete
  2. tetibe rase mcm tertekan sbb byk sgt ayat tekanan..ahahaha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tina. hahhaa mommyy nape banyak tekanan sangat ni? penuh perkataan tekanan dalam entri. ahhahaha mari kita hilangkan tekanan hujung bulan ni. yehaaaaaa ;p

    ReplyDelete
  4. Ada masa memang tekanan tu tak boleh dielak so sabar je la banyak-banyak just chill je ok.

    ReplyDelete
  5. cool ...cool.. tina.
    biasa laa bila dh jd mak mmg stres kalu anak x sihat.
    jaga kesihatan jugak ok.

    ReplyDelete
  6. Kadang2 memang langsung takde idea nak menaip, tapi alih2 bila pegang papan kekunci, mengalir pulaklah idea datang... :)

    ReplyDelete
  7. dah mmg cara penulisan ko skrg ni more kpd stress .... hahaha
    mana ai tak ckp gitu...dik lain kali back line la blog ai tu ... br la mashuk sikit uv tu .. har har

    ReplyDelete
  8. Danish demam nk membesar tu kot.mg cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mizz...betul tu kekadang tekanan tu boleh dielakkn...:)

    ReplyDelete
  10. hahha that reminds me ada satu hari tu I cuba resepi baru... pumpkin soup kalau tak silap. I paksa JElita makan, time tu bapak dia baru sampai umah. JElita terus jerit2 dengan excited cakap "papa soup!!!" pastu geleng2 kepala "tak sedap..." huhuhu

    ReplyDelete
  11. mana mana blogger, mesti ada masa " malas" nya...
    cuma jgn di biarkan malas tu lama sangat..
    nanti mmg berisiko tak ber update berbulan bulan...hahaha

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com