Nov 24, 2014

Terlebih sayang

Assalamualaikum wbt..

Too protecting..yess,aku akui tu sifat sikap aku as a mom.. sesejak jadi emak, aku cepat emosi.. mudah menangis.. lembut hati.. hah, nampak sangat sebelum ni aku baran..

okla, sejak adanya dak Danish, kadang² aku rasa aku ni paranoid yang bukan terhadap aku, tapi anak aku.. paranoid tu macam melampau sangat lak.. terlalu melindungi je la ye.. 

contohnya, anak aku sihat, tetiba datang anak orang lain yang selesema..duk cium anak aku.. aku akan rasa macam nak halang anak aku dari dicium atau bawa lari je anak aku atau marah budak tu atau apa² je asalkan anak aku terhindar dari budak yang nak gomol.. 

ada jenis parents yang TAK BOLEH ANAK DIA KENA MARAH.. aku insyaAllah boleh je.. marah untuk kebaikan tak apa.. aku cuma terlalu melindungi anak aku dari sebarang penyakit.. kadang² even orang cubit pipi anak aku pun aku rasa macam, Grrrrrrr.. boleh je cubit, tapi boleh tak cubit manja² je.. jangan ko tengah geram, datang kat anak aku pastu cubit macam nak tercabut pipi dia..hah, ni aku geram gak la..tapi mampu tengok, nak tegur kang masam muka.. ehhh..

aku terlebih manjakan anak? anak baru 7bulan kot.. dia buat hal ke, mengamuk ke, mengada sangat ke, aku marah...tapi marah² sayang.. even kadang² kesabaran aku dah melampaui batas, aku ketap gigi je la.. hah, hambik, kena kancing gigi engko nanti tina.. aku cepuk gak dak Danish tu, tapi cepuk kat pampers dia je.. weyhhh, kecik gini la nak manja².. dah besar nanti, masa tu dia dah pandai kata "TAK NAK", masa tu la ko akan rasa, "menyesal lak dulu kurang bermanja dengan anak".. 

aku berharap agar aku tak manjakan anak² aku kelak..tapi biarla aku terlebih sayangkan diorg.. 


masa Danish umur 2bulan..aku yang buat ni..adik aku tukang amik gambar.. hahaha














depan mata mak, pipi anak kena cubit sampai anak menangis, tak mampu kata apa la.. marah dalam hati je la.. huhuhu.. 

8 comments:

  1. Naluri keibuan mmg gitu...semua ibu sygkan ank dan nk pertahankan anak dr benda/perkara yg x elok kan...

    ReplyDelete
  2. Itu fitrah manusia ...
    Cuma fitrah kita ni, perlu di kawal dengan akal...Supaya kita tak melangkaui batas.

    ReplyDelete
  3. SAma macam I masa jelita dulu, tersangat over protective sampai taknak balik kampung hahahaha nak berkurung dengan anak semata di rumah sendiri sahaja sebab tak nak orang kacau....saiko giler. tapi dengan tipah ni dah banyak bertenang hahaha. tapi kalau cubit gomol ibu mana tak geram, jelita pun I cepuk kalau dia gomol adik dia sampai nangis.

    ReplyDelete
  4. seorang ibu memang nak anak dia sihat selalu :)

    ReplyDelete
  5. sementara anak sorang ni tumpukanlah segala kasih sayang kepadanya...nnt kot2 ada rezeki dapat anak kedua kan dah terbahagi dua kasih sayang tu nnt..hehehe

    ReplyDelete
  6. Biasalah tina.. Naluri keibuan mmg camtu. Akak pun sama. Nak2 klu ank bawah setahun mmg ngeri org sakit peluk cium ank kita

    ReplyDelete
  7. naluri ibu kan... saya nnt xtahu mcm mana lak....

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com