Dec 3, 2014

Dah laju ke depan

Assalamualaikum wbt..

Kisah mengenai anakanda aku.. Danish dah start crawling².. hurmm, macam mana nak cakap ye, merangkak ke depan..tapi bukan merangkak la.. macam askar tu, tapi dia guna kaki kiri untuk tolak badan dia ke depan.. tangan lak guna dua² siku.. wahhh, hebat anakanda aku tu..

laju tah ke mana² peginya.. pastu kalau agak² terlajak laris ke depan, aku cecepat panggil.. aku tak amik terus sebab nak tengok kegigihan dia buat u turn.. wakakaka.. heyy, pandai pulak dak Danish tu pegi ke aku atau ayah dia kalau dipanggil.. tapi kena acah² nak tinggal dia la..

masuk 8 bulan dah, tak ada gaya nak merangkak lagi.. gigi pun tak ada bayang lagi.. tak apa sayang, slowly.. kang kalau semua datang dalam satu masa, pengsan hemak ni.. tak ada gigi ni pun suka menggigit, apatah lagi jikalau gigi sudah tumbuh nanti..

yang aku pasan, Danish lebih kepada kiri.. kaki kiri lebih aktif.. kaki kanan wat lek je aku tengok.. semalam macam biasa train dia merangkak.. kemain laju Danish ke depan.. mengejarkan walker dia..


acah² nak panjat dan masuk bawah walker tu.. tapi misi Danish gagal

oleh kerana gagal, Danish patah balik dan sambung pembaringan sebab penat kot.. tapi buat perangai lain..

cabut stokin dia yang sebelah tu, pastu entah main apa.. tu tangan kiri tu, laju je sampai tak tersnap.. ada stokin dia la tu.. 

biarla lambat merangkak nakkk, janji awak sihat dan aktif... mommy dan ayah dah cukup happy dah..

9 comments:

  1. slow slow. nanti terus laju je merangkak. haha

    ReplyDelete
  2. biar lambat asalkan selamat...ehhh

    ReplyDelete
  3. comel danish..pandai lak tuh duk cabut2 stokin..

    ReplyDelete
  4. itu bukan merangkak. itu berenang namanya. keh3..

    ReplyDelete
  5. Stay cool danish..x lami lg boleh la tu merangkak

    ReplyDelete
  6. jaga2 mommy. Danish makin aktif ni. Kang tak sedor dah sampai dapur hehehehee

    ReplyDelete
  7. xpe lambt pun asal die belajar sndiri dan aktif

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com