Dec 2, 2014

KECEWA | CS Aidijuma BP Mall

Assalamualaikum wbt..

Lama aku fikir sama ada nak buat entry ni atau tak.. tapi kalau diamkan je, takut orang lain rasa macam apa yang kakak aku rasa.. ye, bukan aku yang rasa, tapi kakak aku..



Sale untuk new design Black Label pada 29 dan 30 November 2014.. semua sekali ada 8 design (rujuk gambar atas).. kebiasaannya, kakak aku amik stok kat CS Seremban.. kali ni kat BP Mall sebab masa sale sebelum ni, staff CS Aidijuma BPMall kata BL kat sana tak berapa jalan.. so, dikesempatan tu, akak aku balik kampung dan plan nak amik stok kat CS sana..

sangat padat!!!
Kejadian hari Ahad (30 Nov), akak aku dah datang awal.. 8.45 pagi dah terpacak kat BP Mall.. tau je la kan, kalau shopping mall memang buka kul 10.. guard pun tak bagi masuk..okla, faham.. ada 2 entrance kat sana.. kakak aku kat entrance bawah which is dekat dengan parking basement.. masa menunggu tu, kakak aku nampak ada 3 orang perempuan dengan beg AJ datang ke guard dan macam sign something kat buku pastu guard bagi masuk... akak aku fikir positif, maybe staf AJ ataupun pekerja kedai² kat dalam mall tu.. 

so akak aku decide tunggu kat main entrance.. lagi dekat dengan CS Aidijuma.. buka je pintu, masuk la akak aku beratur.. akak aku fikir, maybe dia la orang terawal sebab 8.45 pagi dah terpacak kat BP Mall tu.. masuk je nak que, nahhhh, DAH PANJANG QUE kat depan CS dan budak perempuan yang 3orang tadi tu adalah orang paling depan beratur!!! Jadahnya!!! mana datang diorg yang ramai² tu?? masuk ikut mana?? priority apa yang diorg gunakan untuk membolehkan diorg masuk??? ada 3paku?? sebab ko kenal staf CS Aidijuma?? Kawan kepada staf? sedara mara kepada staf?? kalau macam tu, tak guna la ko buka main entrance kul 12 sekalipun kalau orang lain boleh susup masuk ikut jalan pintas.. so, mana adilnya??

Customer biadap!!
ni satu hal.. sepanjang² akak aku or even aku pegi mana² CS atau mobile store, tak pernah jumpa lagi customer biadap tahap sawan vavi macam tu.. sepupu aku dah betul la que kat situ, nak tukar yang reject.. datang pempuan dari planet mana tah duk tolak² sampai sepupu aku TERKELUAR DARI QUE, so bila nak masuk que semula, dia tuduh sepupu aku potong que.. part paling best, PEMPUAN TU MAKI HAMUN SEPUPU AKU SIAP DAH NAIK TANGAN NAK BAGI PELEMPANG KAT SEPUPU AKU.. heyy, tu pempuan ke bitch??!!! bahasa pempuan ni memang sangat kurang ajar yang mana kalau korang dengar pun korang akan rasa nak bagi kaki kat mulut celupar dia.. mulut dengan longkang lebih kurang sama.. rugi tak amik gambar pempuan tu..hishhhh

so, bila ada kejadian serupa tu, staf mana?? tolong la kawal keadaan.. yess aku akui bila ada sale macam tu kadang² keadaan jadi sangat² huru hara.. tapi sepatutnya ada staf yang kawal keadaan bila nak bertukar jadi amukan.. memula fikir pempuan or bitch tu adalah seller.. seller yang amik stok berkodi² sampai tak cukup tangan kaki nak bawa sebab siap bawa laki tak guna yang tolong pandang sinis bini buat dajal kat orang lain..rupenya dia cuma beli 6 HELAI je.. pftttt.. kakak aku fikirkan maruah je la dia tak menjawab.. kalau tak memang dah bergaduh dah.. suara dah rupe halilintar membelah bumi, menjerit macam kena rasuk..

selama akak aku jadi seller, tak pernah jumpa makhluk asing macam tu.. oh ya, pempuan tu bukan orang Batu Pahat sebab seller tegar Batu Pahat tak pernah nampak dia..rupanya datang dari JB.. fineee, tak kisah nak amik stok kat mana, tapi adab kena jaga..jangan biadap!!

dah lama jadi seller tudung AJ, ni adalah pengalaman terburuk.. kecewa sangat².. dengan stok cepat habis.. ada satu design tu sehelai pun tak dapat.. datang awal tetap beratur belakang sebab ada jalan tikus.. jumpa lak customer "peramah".. kecewa sangat².. better pegi CS Seremban 2 je la.. staf ok, customer yang datang semua sporting, ramah tamah siap boleh gurau senda even baru jumpa pertama kali.. aku bagi setengah bintang kat CS Aidijuma BP Mall.. sorry!!!

13 comments:

  1. Uits...akk hrp adala staff aj dr bp mall yg baca ni..akk bca pun pns je ni sis..kesian akk ngn sepupu sis..

    ReplyDelete
  2. servis buruk tapi orang still lagi ramai untuk beratur panjang. hehe. Permainan orang perempuan ni susah nak baca juga sebenarnya kan kak? hehe

    ReplyDelete
  3. sekarang dah banyak kes jadi macam ni.. sya sendiri peminat tegar AJ.. kadang2 je saya beli sendiri kalau balik kampung kat Ipoh. Saya jarang beli BL sebab harga la kan.. selalunya kalau WL jarang orang bergaduh2 gini. Kalau nak BL tu memang biasa saya order kat seller.

    Sekarang dah rasa tawar hati dengan AJ... =_=

    ReplyDelete
  4. bad service tapi ramai still beli. huhuh

    ReplyDelete
  5. waaa.
    ramainya..
    fenomena betul tudung sekarang.

    ReplyDelete
  6. psl tudung mmg xkisah bad service ke good service..huhu.
    btw bole join klo xde twitter..sbb sy tak tulis wajib pun. nnti join yer. sy jemput
    Jom Join Segmen Zaman Persekolahan

    ReplyDelete
  7. jenis cable2 ni tak boleh nak cakap apa la kan? even kita terpacak pukul 6 pagi pun.. kalau jenis pasang cable. tetap dia di dahulukan.. yang ahli sihir tak berapa magic tu maybe sel2 otak dia tersimpul kat memana tu yg gagal berfungsi sebagai seorang manusia.. Tu yg jadi macam kera kot terjerit2 kat orang padahal dia tau salah dia.. Apapun tahniah sebab sabar & tak ikut perasaan yang boleh memalukan diri sendiri

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mizz...skg dah ada kes pasal ni kecoh jadinya....kat jb pun kecoh minggu lepas...yg jadi masalah yg mama x suka ialah kaum suami pun menyibuk nak ambil tudung sampai kepala kita disengol2 jer...sakit hati betul rasanya...susah kalau mcm ni dah la amik byk org belakang x dpt...:)

    ReplyDelete
  9. pihak aidijuma elok buat sistem no giliran baru tak de kes kuang ajar macam tu...

    ReplyDelete
  10. huiii hebat betul penangan aidijuma. biasala kalau dah sale kaw akw orang akan jadi tak patut punya perangai. sabar je lah yek.

    ReplyDelete
  11. hebat betul penangan aidijuma ni kan. Eka ade dua lai je. Tu pun beli kat kawan. Geram juga tgok org beli cantik2 ni tapi kebiasaannya dorg jual semula dgn harga yg emmm emmm emmm pepaham jelah ya. Maka mampu tgok jela

    ReplyDelete
  12. haihhh kalau kite kat tempat kazen akak tu ntah2 dah buat drama dah. hahaha. koghajo sangat pompuan tu apehal kan. ish geram!

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com