Dec 8, 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim..

RM1212?? Banyak wooo.. kena la dengan aku yang spesis kaki shopping online ni.. perghhh, kalau dapat.. masyukkkk... tak faham?? kurang jelas??

Blogger-Contest

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

ok..dah faham?? korang hengat senang ke nak dapat offer macam tu.. mehla aku kabor wishlist aku kalau dapat RM1212 tu.. yang penting, untuk anak dan husband..wuwuwu.. 

Before RM 550.00 , You save 55%

Benda pertama aku nak beli, harusla untuk anak.. hah, nampak apa tu..harga asal RM550, dapat diskaun, harga jadi RM249.. aku memang pasang angan² nak buat satu playroom untuk Danish dan bakal adik² dia.. haaaa, tinggi betul cita² mommy ni.. well, kalau dah ada play house ni, tugas aku cuma beli mainan lain je.. macam ball, puzzle, lego etc..etc.. haaaa, senang.. aku buat keje, anak² main.. 

Before RM 439.00 , You save 14%

Ok..ni barang kedua aku nak beli kalau dapat RM1212.. PC Monitor khas untuk encik Suami.. sebabnya, monitor kat rumah tu kecik, katanya tak syok bila main game.. game dah best, monitor kecik.. so, bila dapat monitor ni, maka puasla beliau main game.. tak ada la nak kecik besarkan mata tu..hahaha..


Before RM 689.00 , You save 22%

Barang terakhir yang aku nak beli dengan baki daripada RM1212 tadi, aku nak beli mesin jahit ni.. haaaa, ni la hobi aku duluuuu.. so, nak kembalikan minat, kena la ada toys dia kannn.. mana tau boleh asah semula skill lama.. rugi kalau terus biar berkarat.. ni memang aku teringin dari dulu lagi.. harga pun not bad lepas tolak diskaun.. 

So, meh kite grand totalkan kesemua barang ni.. 
RM249 + RM379 + RM539 = RM1167
sipi² je nak dekat RM1212 tapi aku boleh dapat 3 barang untuk anak, suami dan diri aku sendiri yang mana boleh beri kepuasan untuk kami anak beranak.. yay!!! *wave*...

korang nak join tak?? meh klik SINI.. GOOD LUCK AND ALL THE BEST!!.. 


*berangan tu percuma beb*..  =)

7 comments:

  1. Alaa..tak berani nak beli melalui LAZADA. kawan akak 2 kali kena, byran burn mcmtu saja. Rasanya haritu awal ashaari pun kena, kan?

    Tina, tak keluarkan komen akak ni pun tak mengapa.. ;)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan.sy br jumpa & baca blog ni.sy br nk bljr menulis.jemput ke blog sy http://ibudansicomel.blogspot.com Ada entry baru cara menangani anak2 sewaktu bercuti

    ReplyDelete
  3. Gud luck..byk tuh amount tuh..mcm2 boleh shopping kat lazada ngan byk tuh..;)

    ReplyDelete
  4. good luck..suka la danish kalau dpt tu :-)

    ReplyDelete
  5. Wah cukup lengkap barangan dgn harga RM1212. Moga berjaya dgn entri Shopping RM1212 di Lazada Malaysia (contest).

    Jom terjah entri berkaitan:
    Shopping RM1212 Di Lazada Malaysia (contest)

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com