Jul 25, 2014

Tabiat buruk masa raya

Assalamualaikum wbt..

Sape dah cuti hari ni?? sape yang dah balik kampung hari ni?? dannn, sape masih keje hari ni?? aku masih keje.. last day keje sebelum cuti raya bermula esok sampai 3 Ogos.. meriahhh...

cakap pasal tabiat buruk masa raya, aku dah lama pendam gitewww.. kenkadang sakitttt hati nengok spesis manusia yang tak ada ati perut ni.. kat kampung aku, kami ada marhaban dari rumah ke rumah since 1st raya sampai la raya ke empat..eh..lima..ke raya ke enam macam tu la.. marhaban ni terbahagi 3 kategori, anak dara, anak bujang dan family..

aku ni suka je orang datang rumah beraya..makan²..minum²..mabuk²..sembang²..best tau.. sebabnya, masa ni la nak ramas ramah mesra dengan orang kampung sanak saudara jiran tetangga segala bagai.. tapi pesen yang aku tak kesukaan bila raya umah orang, ko sesedap oren sepahkan umah.. aku rasa macam, erkkkk,lempang sekali baru tau..

tiap kali aku kemas meja kuih tu, banyak betul "malapetaka" aku jumpa.. puntung rokok dalam gelas, sampah celah kusyen, tisu bawah meja, plastik gegula atas bekas kuih, dodol tak habis kat lantai, air tumpah kat karpet, penutup bekas kuih entah mana sepah, etc..etc.. pastu, kalau hamik bekas kuih tu, pulangkan la kat tempat asal.. ni tersorok bawah meja.. dah satu keje aku nak tunduk kutip.. 

korang..tolongla behave sikit kalau ziarah umah orang tu.. yang part puntung rokok dalam gelas tu, aku rasa nak cucuh je puntung tu dalam mulut dia.. apa ke bijaksana sangat buh dalam gelas.. yang ada anak kecik tu, mohon perhatikan anak anda.. ok paham..budak kecik ni ligat dia lain macam.. semua benda nak explore.. tapi kawal la sikit.. ni anak buat pape, ko tengokkkk je, sikitpun tak larang.. memang kite tak digalakkan untuk sentiasa "JANGAN" dengan anak, tapi kalau dah buas sangat, takkan nak diamkan je.. aku mohon la Danish tak buas.. serammm..

sooo, sampai di sini saja bebelan suci murni kak kiah di pagi Jumaat yang mulia ini..ingat, kat umah orang sila behave.. jaga², ada yang memerhati..

ginila rupe aku layan tetamu yang haru biru..nampak je senyum, tapi dalam hati, tuhan je la tau.. wakaka.. macam tak ikhlas je terima tetamu.. 



notakecik : petang ni balik kampung, tapi dengan bangganya dinyatakan bahawa satu benda pun tak kemas lagi.. syabas untuk diri sendiri.. *tepuk dahi*
Read More

Jul 24, 2014

Shopping last minute

Assalamualaikum wbt..


Salam 26 Ramadhan..

cepatnya masa berlalu..dah hampir bertemu penghujung Ramadhan.. aku akui, Ramadhan kali ni sangat mencabar..batuk nonstop..breastfeed..lapar doploh kali ganda rasanya..

malam tadi baru berpeluang nak shopping baju raya untuk hero² aku.. terpaksa hangkut je dak Danish tu.. ingat helok je la dia dah selalu bawa jenjalan.. duk dalam stroller tu memang dia akan feeling sampaila tertidur.. tapi malam tadi nape tah Danish cranky semacam je.. mommy monster ni sabar je la..

anak beranak terjah Aeon Jusco Equine.. jauh pulak rasanya.. padahal Alamanda ada.. sebab ramai kata baju baby murah.. Sogo?? idak la nak pegi, meraung nanti.. kat Aeon tu, dapat la baju untuk Danish 3 pasang, seluar jeans, diapers.. tu pun dah merengek² dak kecik tu.. aiyooo,nape anak? biasa awak suka je.. baju ayahnya dapat 2 pasang, pastu kami menyerah kalah.. ye, Danish menang..  hemaknya tak dapat pape.. kesimpulannya, jangan shopping last minute, banyak saiz dah habis.. ni aku tujukan untuk diri aku sendiri..

peringatan, jangan shopping last minute sebab kompom saiz, warna, pattern atau seumpamanya yang korang nak tu kompom dah habis.. tepuk dahi ye..

apakah entry ini?? entahla..serabut sebenarnya.. batuk tak elok²..kesian Danish, tidur dia dah hadam dengan batuk mommy dia ni... cakap pasal tidur, skang Danish tidur nak menempel bawah ketiak.. syurga sangat nak oi!! mommy suka angatttt..


erkkk, ni bukan gambar shopping malam tadi.. saje tepek.. cap tu aku beli kengkonon anak dah besar, rupenye gedobok.. ok, anak bujang iols halusss je.. 



notakecik : lemau betul nak buat keje bila duk mengira hari nak balik kampung.. wuwuwu
Read More

Jul 22, 2014

Double Happinessssss

Assalamualaikum wbt..

2 3 hari ni langsung tak ada mood nak menulis.. duk fikirkan MH17, Gaza.. kesian.. 

cerita pasal anak lagi.. yela, anak baru sorang kann.. dari minggu lepas dah nampak effort Danish nak meniarap.. tapi aku tak nak over excited.. just dendiam dan perhati Danish.. nak tengok sejauh mana usaha dia.. memula meniarap separuh badan je.. bahu tak lepas, sangkut maybe.. 

kendian boleh dah sikit²..sampaikan kat dalam buaian pun sebok nak mengiring meniarap.. nampak je macam tu, memang aku kuarkan je la.. tak nak amik risiko.. kalau dah buat perangai macam tu, memang tak nak tidur la jawabnya, ajak main.. ok fine, mommy menyerah kalah..

pagi tadi, punyala awal dia bangun.. kul 4pagi kooo..gigih layan dia menyengih, borak.. mommy kunci jam pun tade guna sebab jam comel mommy dah kejutkan.. masa solat, memang baringkan dia depan tv.. dah siap, bagitau danish nak lipat telekung jap, kuar dari bilik, hamek kauuu.. dah meniarap.. baringkan semula, tinggal masuk bilik pakai tudung, meniarap lagi.. homak ekau dah jejerit tahuk sebab ekau sensorang yooo depan tv tu haaa.. kemas barang masuk dalam kete, meniarap lagi.. hemak ko ni dah pasrah.. suka ati la Danish, janji tak nanges.. 

tau tak betapa gumbiranya mommy.. bulan Julai ni adalah bulan rezeki kami anak beranak.. syukur Alhamdulillah.. yess, kami susah sangat dulu.. bergolok bergadai ibaratnya.. dan Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah bulan ni.. berkat bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba.. rasanya bukan double, tapi berdouble² happines.. Terima kasih Allah swt untuk rezeki dan kegembiraan yang tak ternilai ni..




ni la anak bujang beta.. baru 3bulan nak oiii, dah banyak akal ye.. macam superman dah mommy tengok gaya meniarap tu.. yang penting, "tangkal" tu tak tanggal ye.. wakakaka.. love u cayang..




notakecik : kemengantukan.. keje tade..bebuat je ada keje.. 
Read More

Jul 18, 2014

Ponteng Puasa

Assalamualaikum wbt..

terlebih dahulu, nak ucapkan salam takziah dan al-fatihah (untuk yang beragama Islam) kepada semua mangsa dan keluarga mangsa pesawat MH17.. sebak, sedih, tak terkata..terdiam bila dapat tau berita ni.. dah ramai blogger update pasal tragedi ni, so aku malas nak buat entry, takutnya ada tersalah info lak..
_________________________________________________________________________________

Alkisah...


Semalam, waktu rehat tengah hari aku kuar, nak setelkan urusan sikit.. otw nak ke parking tu, aku terperasankan 2 buah kete yang park tepi jalan dan ada orang dalam tu.. kete depan tu berdua..yang belakang tu sorang dan sedang tidur.. yang berdua tuuu..berdua tuu.. aku ingatkan sesaje je depa lepak tepi jalan nak feeling ekon kete, rupenya ngah makan.. 

dah la tak puasa, tunjuk pulak.. dah tau aku lalu, slumber ko buang kotak air kotak ke luar tingkap.. kot ye pun, tunggu la aku blahh.. bukan nak ngajar, tapi terang² ko tunjuk dungu ko tu.. tingkap lak terbuka.. bila aku lalu sebelah, boleh lak ada bunyi.."dia tak nampak la..dia tak nampak..".. wah, yakin je.. kalaupun aku tak nampak, tapi Allah swt nampak.. aku nampak tapi saje je bebuat tak nampak.. aku pulak yang malu.. helok pulak mulut ko mengunyah ye.. lenkali tinted kete tu gelap sikit.. 

nak kata uzur, mustahil la.. nak kata penat keje berat, aku tau dia keje mana based on uniform yang dia pakai.. nak kata sakit, sihat je aku tengok, suara pun lantang je.. sebab apa aku kata depa tu mustahil untuk uzur?? sebab lelaki..


aku bukan nak bashed diorg pun..aku tak kenal pun diorg sape.. tapi nape buat "jahat" macam tu sekali.. ye, aku bukan perfect sangat, tak layak nak menegur pun.. tapi..hurmm, susah nak cakap.. moga diberi hidayah.. ni peringatan untuk diri sendiri gak.. aku sentiasa cuba perbaiki kesilapan..



notakecik : esok keje..kau rasa??
Read More

Jul 17, 2014

Jom Bling-bling dengan jewellery dari ZALORA wahai gegadis dan wanita sekalian

Assalamualaikum wbt..

ok, habis part Kiki and her Peugeot..let it goooo...

hari ni dah Khamis, esok Jumaat dan lusa Sabtu..yay!! mesti ramai yang plan nak kuar dengan kengkawan kan.. paling best nak shopping raya.. pastu iftar la..tengok wayang la..dan terrrrpaling best, harusla selfie dengan monopod.. tapi ahkak tiada monopod.. kalau dah selfie, mesti korang share kat instagram, FB, twitter, blog..etc..etc kan.. tayang la sekali aksesori dan jewellery korang tu..

gegadis dan aksesori  atau jewellery berpisah tiada.. even yang bertudung pun mesti nak pakai jewellery, tak kira la gelang ke, cincin ke.. ahkak yang dah kawen ni pun ada napsu nak melawa bak anak dara uolsss.. cincin sebentuk pun dah okey.. kalau dedolu, mesti nak pakai gelang, rantai atau cincin yang fancy fancy bak princess giteww..

apa?? korang tak ada tu semua?? jangan merisaukan diri sendiri ye.. kat Zalora kemain banyak jewellery yang cantik..harga pun sangat berbaloi²..




Ladies, are you ready? hoyeah!!! *clap..clap..clap*





Rantai 
nahhh.. ni untuk korang yang sukakan gaya feminin.. see, berbaloi kan harga dia.. ni contoh je tau.. sebab banyak lagi design yang cecantik.. aku sendiri terpikat.. macam boleh je melaram raya ni khenn.. ok, kenyit mata kat husband nanti....



 kalau yang ni lak, untuk yang berani bergaya funky.. warna² dia sangat fancy kann.. comel je.. korang pakai, kompom double triple comel lote.. kenan sangat ni ohoiii.... ehhh, kalau korang pakai warna² yang ceria ni, melambangkan korang happy go lucky tau.. siyes, tak tipu.. satu lagi bentuk rantai² ni unik.. korang dah tak payah nak ke kedai, pilih satu²..pastu beli, nampak kedai lain, ada lagi cantik, menyesal!! tak perlu sedemikian rupa.. just terjah ZALORA je.. puas hati..




Gelang 
selain pakai rantai yang funky, apa kata korang padankan dengan gelang ni.. sure malatop..pop..pop.. hah gitewww..baru la nampak ranggi.. banyak lagi gelang funky yang cantik.. maila singgah ZALORA..

kalau rasa nak feminin menawan qolbu..cer beli yang macam ni lak.. sweet lak tengok yang pink tu lahaiii.. kalau korang kuar dengan boyfriend ke..husband ke..mesti diorg puji gak..




Anting-anting 
kalau beli yang ni sekarang..bukan je boleh pakai time korang hangout.. ni pakej sekali pakai masa raya.. sesuai sangat.. 

 
bertudung?? tak jadi masalah.. pakai la yang juntai² ni.. still boleh melaram.. tambah lak kat ZALORA ni banyak anting-anting yang ada rekabentuk unik..so, unikkan diri anda..



Cincin
Last but not least.. wanita mesti ada paling kurang sebentuk cincin kan.. kalau yang tak ada, meh beli kat sini.. kalau yang tambah pun dialu-alukan.. jangan la terhad dengan emas kuning je.. 
hah..hambik situ.. berderet² cincin cantik.. minggu ni pakai kaler biru, minggu depan kaler putih, minggu satu lagi silver.. 


yang ni pun sama..bukan je sesuai untuk hangout, boleh pakai raya jugakkk.. barula feeling mak jemah.. atau pun mami jarum.. 


So, masih tercari² mana nak beli barang kemas yang cantik, harga berbaloi dan pelbagai rekabentuk menarik??  moh terjah ZALORA.. korang tak akan menyesal.. 

macam mana nak ke ZALORA?? senang je.. cuma layari laman web ZALORA Malaysia.. 

kos penghantaran?? pun jangan risau, ia cuma RM0.00.. maksudnya, PERCUMA la tu.. hehehehe

senang kan?? jom pakat beli ye..

^_^
Read More

Maafkan je la

Assalamualaikum wbt..


Kembali bekerja..semalam coti, jaga anak uolss.. Danish sakit mata pulekk..sian anak ambe tu.. hari ni pun macam berat hati nak anta ke taska.. moga Danish baik² je ye..

hurmm, pasal video CDM25 tu kann, siyesli aku tak nengok pun.. entah, macam tak penting plus takut aku termaki si Kiki tu lak.. so, better tak perlu tengok sampai la tengok berita malam tadi.. bukan main laaaama slot kisah dia tu.. well said, bangga kan malukan orang.. siap buat troll, page, dah jadi viral.. aku malam tadi tergerak hati nak buka page kerja kahwin dia tu.. sooo kesian.. komen semua nak maki dan mostly melayu yang komen macam tu.. malu..semalu malunya aku yang baca..

memang dia salah.. tengah marah, memangla perangai buruk haramjaddu semua keluar.. tapi bila dah trending satu Malaysia or maybe satu donya, dua kali lima je yang tengok sambil maki hina dengan Kiki masa marah² uncle tu.. bezanya, korang jadi keyboard warrior.. yang jadi pak ustaz dan mak ustazah segera pun kemain ramai.. vavava..maleis sangat!!

since UNCLE TU DAH MAAFKAN KIKI, apa salahnya korang as a malaysian yang tonton video tu maafkan jugak.. sampai ke radio Era.fm lagi.. Era.fm yang jemput Kiki tu.. memula memang aku ada marah sebab tak hormat orang tua.. yesss, tu sangat biadap bila kau mengasari orang yang lebih tua.. tapi bila hidup Kiki dah DIHANTUI dengan makian, keji, hina, caci, kutuk etc..etc..kesian.. bukan terpalit kat dia sorang, malah SELURUH AHLI KELUARGA dia.. 

dah, tak payah nak bagi ceramah kat Kiki tu.. masalah antara Kiki dan uncle tu.. biar depa selesaikan.. aku dulu memang ada kena sondol dengan kete belakang, bulan puasa gak, kete baru gak.. *perlu ke mensen kete baru..tapi sebab kes ni sama*.. bezanya orang tu yang biadap sebab langsung tak minta maaf.. aku biarkan je la.. 

MOGA HATI KORANG TERBUKA UNTUK MAAFKAN KIKI DAN BERHENTI SEBARKAN VIDEO TU.. INGAT, SEKALI KO TUTUP AIB ORANG, INSYAALLAH ALLAH SWT AKAN TUTUP AIB KALIAN JUGA.




notakecik : orang Malaysia ni mudah melenting..mulut je suka bunyi..paling nampak, jadi ustaz n ustazah segera dan keyboard warrior..
Read More

Jul 15, 2014

Panas Hati

Assalamualaikum wbt..

Salam 17 Ramadhan..Salam Nuzul alQuran..selamat bercuti kepada yang bercuti..

tapi mahap, i is keje today..hamboih, broken sungguh.. berat hati nak ke opis tadi mengenangkan anak..suami.. ecehhh.. seb bek suami tak keje, maka beliau jaga Danish hari ni.. moga anak mommy baik² saje ye..

drive tadi memang hati gumbira tak terkata.. kata kauuu.. memang jalan lengang sangat².. kau ada?? mestila ada kan.. chillex je drive 60km/j, still leh sampai awal ke opis.. biasa 100km/j pun masih terkejar² lagi.. sejuk hati mak ni nakkk.. 

nahh, kemain lengang jalan kan.. blh lg aku snap gambar sambil drive..nasibla menuju ke jalan yang benar..



tapi kepanasan bila dah dekat sampai opis.. seketul motor dan SEEKOR orang ni berlaku kurang ajar.. perlu ke kalau ko dah tau LADY DRIVER yang belakang ko, pastu helok benar ko buat gaya sarkas depan aku.. kejap ke kiri, ke tengah, ke kanan, ke kiri..alaaaa, macam orang terhuyung hayang tuuu, tapi ni kategori penunggang motorsikal..ikutkan hati ni, nak je aku langgar..ok, keji sangat tu.. nak je aku tekan hon kuat².. tapi takut lak dia kejar aku.. dah la jalan lengang.. cuma orang tu dan sebijik lagi motor yang aku syak geng dia gak.. kalau dia tahan aku?? simbah asid macam wati kena?? oh no!!! pengaruh TV kuat sangat..

semalam petang pun panas hati.. monthly check up anak bujang aku.. dari kul 2pm tunggu, kul 3.30pm baru sampai turn..siap semua kul 4.30pm.. hapekah?? yang menyedihkan, berat anak bujang naik 100gm je.. ohhh, penangan tak minum thru botol susu since kat taska.. Danish, mommy is sad okey.. 

okla, puas membebel..marila bekerja dengan RELA HATI walaupun hakikatnya ♫patah sayap ku patah..♫♪.. 


notakecik : masih mencari² nursing dress dan baju kurung..huhuhu..susahnya!!!
Read More

Jul 14, 2014

Gilakan Arjuna...ehh, Aidijuma

Assalamualaikum wbt..

Salam 16 Ramadhan (cepatnya masa berlalu)

Sabtu lepas, bersamaan 11 Julai, ada jualan kat Aidijuma.. memikirkan ada anak kecik, berbelah bahagi nak pegi atau tak.. sudahnya minta husband jadi babysitter jap.. gigih ko dengan akak aku dan husband n anak² dia ke Seremban 2 tu.. bukannya dekat..

Sesampai je kat sana, nahhhh..manusia macam semut yang sedang menghurung gula.. hamboihh, macam Karam Singh Walia pulak.. kiranya kami lambat sejam.. haku tanpa berlengah, terus mencelah.. yang nyampahnya, enbeg aku asek sangkut je..

dalam pada menyelit, dapatla aku grab tudung AJ edisi Hello Kitty.. pastu grab lagi ke kaunter bekerjasama dengan akak aku, berpaut lengan tak nak bagi memasing jatuh.. nak ke kaunter tu pun makan masa ngkoooo.. yang mengecewakan, ada tudung yang dah habis stok.. kalau nak, kena tunggu pukul 3petang.. memang tak la...

sudahnya terpaksa "mengemis"  dengan diorg yang dah grab awal.. mengendeng dekat diorg yang ngah buat QC check.. diorg jual online, sebab tu ada cacat sikitttt je diorg reject.. kami ni beli untuk kawan yang mengirim.. moga terima la seadanya..

gini la keadaanya.. memasing ngah QC tudung memasing sebelum bayar.. hah, yang tunjuk² tu maybe dia ada tak dapat pattern yang dia nak, so tanya dengan orang lain.. begitula keadaan kat sana.. perkara biasa..


QC ni dalam proses terakhir check.. letey, peluh² ko.. mekap luntur.. ekon tak terasa.. tudung aku tercabut pin dia sebab terpijak tudung sendiri.. penangan!!!


dannnnn hasilnya.. bayar asing² sebab nakkan plastik AJ tu satu sorang.. sampai pening adik cashier tu.. kesiannnnn...

2orang pembantu..+ penyebok pun ada.. peninnnnnn


nahhh, ini la dia tudung Hello Kitty tu.. mencomel jugak.. menggunakan model hampagas..


ni baru model yang benerannn.. mencomel berkali ganda.. kaler yang ni cantik sikit..

puas rasa dapat memborong dan tolong belikan untuk kawan yang mengirim.. penat dan berbaloi even ada pattern yang depa tak kuarkan sebab permintaan tinggi, tapi stok tak ada.. kehampaan di situ..

Sabtu ni jualan Aidijuma untuk Black Label.. aku tak pegi la..keroje temannn..



notakecik : dah separuh perjalanan di bulan Ramadhan ni.. tak terasa pun..
Read More

Jul 10, 2014

Derma darah tali pusat

Assalamualaikum wbt..

macam ada tertinggal satu cerita pasal bersalin.. tapi bukan pengalaman bersalin ye... nak share something yang aku memang tak dapat buat seumur hidup and finally i did it, yeah!!! *kembang idung*

derma darah..seumur hidup memang tak pernah sebab berat badan bawah 45kg.. check up pregnant pun nurse tampal sticker hijau, kiranya berisiko sebab underweight.. teringin gak nak derma darah, tapi apakan daya..

tapi tanggal 16/04/2014, aku berjaya.. cuma bukan dari cucuk tangan tu.. derma melalui tali pusat.. tapi yang dapat nama, anak aku sebab sijil pun mention BO Mistina Binti Buiman.. tak apa la, merasa gak derma darah.. and TIDAK, aku bukan simpan darah tu tau.. banyak duit ko tina!! orang kaya boleh la.. maybe sebab aku darah O+, so depa amik darah tu..

dalam keadaan mamai² pas bertungkus lumus meneran, aku nampak diorg amik darah tu, sebelu tu diorg tanya aku dulu dan aku cuma angguk je tanda setuju... penuh gak la.. doc siap puji.. hins...hins...hins.. kembang idung lagi.. kuar LR terus dapat sijil.. bagi sijil pun salam².. wuuuu..macam dapat anugerah gitewww...tapi penerima baring kat katil la..muahaha..

yang aku musykil dan hairan, diorg tak ada lak bagi aku borang untuk diisi sebab aku baca info kat web PUSAT DARAH NEGARA, kena isi borang, pastu bagi penerangan la.. even kawan aku yang nurse kat situ pun pelik.. memang WAJIB isi borang.. dah husband pun terpinga² sebab kuar LR je dapat sijil.. aku ni kira macam mana ye?? tak apa la, dah lepas pun.. dah dapat sijil punnn.. tahniah untuk diri sendiri.. yeay!!!

anak no.2 macam nak derma gak, tapi kat hospital tertentu je.. waaaa, tinggi cita².. Danish baru nak masuk 3bulan dah fikir anak no.2.. mampu??

so, sesapa yang terasa nak menderma tu, masuk web PUSAT DARAH NEGARA dan check hospital mana yang buat mende ni..


ni dia, ni dia, ni diaaaa... "yang telah bermurah hati" kooo... at least, ada gak..boleh bantu orang yang memerlukan.. insyaAllah..



notakecik : keje..tapi tak keje nak buat.. acane tu? 
Read More

Jul 9, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum wbt...







notakecik : ramai taksub dengan FIFA...tapi lupa tentang ini.. 
Read More

Paling laku menjelang raya

Assalamualaikum wbt..


bukan biskut semperit, bukan almond london, bukan biskut dahlia yang paling laku..tapi kerepek.. hahahaha.. (motip gelak??)

since minggu lepas terperasan yang entry aku pasal kerepek sangat digilai ramai.. tau la nak raya ni kann.. memasing nak cari kerepek yang sedap dan murah.. siap ada yang bagi no fon kat entry nak tanya pasal kerepek.. hadek², AHKAK BUKAN PENJUAL KEREPEK, AKAK CUMA BAGITAU JE TEMPAT MANA YANG JUAL KEREPEK MURAH..

so, warga BATU PAHAT, JOHOR...moh terjah entry KEREPEK aku ni kalau nak beli kerepek.. sekali lagi hakak nak tegaskan, akak bukan penjual ye.. 


dan kalau baik hati, belikan la hakak kerepek keladi selatah.. odapnyaaaaa lahai..



notakecik : baru wassap dengan pengasuh Danish..rupenya Danish ramai peminat.. patutla asal nak balik je bergilir² depa cium.. hahaha.. awas Danish, jangan jadi playboy!!!
Read More

Jul 7, 2014

Danish Milestone

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah my anak bujang dah pun 2bulan 3minggu.. sikiiiiiiit je lagi nak masuk 3bulan.. perkembangan Danish makin memberangsangkan... kuat ajak borak, suke menyengihhhh tanpa hala tuju, suka masukkan dua² penumbuk beliau dalam mulut, suka hisap jari, suka mengiring... yesss, mengiring tanpa bantuan..

haku perasan hari Sabtu lepas tu la..sebelum ni mengiring gak, tapi Sabtu tu kemain galak beliau.. dalam buai pun nak mengiring.. buat hemak engko ni seram nakkk oi.. dan terpaling best, Danish jarang sangat buat perangai even aku tinggal keje.. cuma kenkadang maybe Danish rasa kurang perhatian dari aku dan husband, dia akan nangesssssss... 

pernah one day masa husband nak pegi keje, macam biasa la bagitau kat Danish.. ayah dia hilang je, terus nanges tanpa henti.. bagi susu takmo, tidurkan takmo, dodoikan takmo..sudahnya mommy call ayah suh patah balik tengok anak.. kemain suka lagi.. dah terpaksa ayah hangkut mommy dan Danish g keje.. sepanjang otw ke tempat keje, mulut duk bising je.. entah cerita apa dia duk pot pet.. well, anak ayah kann..

ni gambar semalam.. tepat kul 5 pagi mangun..menyengihhhh je.. tak apa la, ikut sahur sama ye anak.. 






dua gambar ni tak lama pas siap makan.. dari elok² kat bantal, dah jadi melintang..sebok nak mengiring.. aku saje biarkan (dengan pemerhatian) nak tengok sejauh mana Danish punya effort nak mengiring tu...gud job sayang.. mommy suka..





erkkk..ini muka siyes beliau.. masa kamera tak ada kemain noooo gelak.. aku tala camera, sikit pun tak nak sengih... mahal betul senyum awak, nyampah..


syukur dan happy sangat dengan perkembangan Danish.. biarla orang duk sebok banding²kan, mommy tetap sayangkan Danish.. tak sabar nak raya bawa "enbeg" baru ni.. hahahaha...


notakecik : apsal la ekon ni sejuk sangat..batuk aku makin teruk jadinya hadap ekon ni.. grrrrr...


Read More

Jiran oh Jiran

Assalamualaikum wbt..

i cannot brain this..

situasi:
seorang jiran aku (bukan bersebelahan rumah) mempunyai seketul motor scrambler yang mana ia boleh mengluarkan bunyi bingit yang bisa membuatkan hati anda panas..ok, malas nak skema sangat.. cakap terus je.. aku tak paham, kenapa dia suka pulas throttle tu berkali².. masuk gear, pulas banyak kali.. orang muda kata, men "bakar"..ala, susah la aku nak explain.. men pulas² minyak tu laaaaa.. dah la bingit.. kalau kena dengan waktunya tak apa.. ni time maghrib, senja, subuh, tengah malam buta, tengah hari.. semua tu time orang nak rehat.. senang kata time anak aku tidur.. engko kalau nak memekakkan telinga, pekak la sendiri.. geram betul la.. kalau engko tu muda lagi tak apa la, aku paham.. ni dah tua, dah bapak² orang pun.. bukan aku sorang je tau bengang, laki aku pun bengang.. kang aku buat aduan kata aku sorang je emo, orang lain ok je.. meluat!!!

nak je aku buat aduan.. seb bek fikir aku ni orang baru.. kang kata baru duduk situ dah besar kepala lak.. yelaaaa..



notakecik : teringat bubur durian jiran sebelah bagi..makan sikit, mendapat batuk haku ni haaa..
Read More

Jul 4, 2014

Bertabahla Mommy

Assalamualaikum wbt...

Dugaan dan cabaran betul puasa as a BreastFeed Mommy ni.. nengok makanan sesimple lempeng pun boleh terliur.. apakah???

terpaling mencabar hari pertama puasa.. Danish nak menempel je ke aku.. nak, hemak engko ni sahur air horlicks dengan kurma je nakkk oi.. i is tak sempat nak masak atau dalam erti kata lain, mangun lambat.. tak apa la, demi anak aku tak kesah pun.. sampaikan emak aku suh berbuka sebab kesian nengok.. aku tak mo sebab selagi boleh tahan, aku tahan la..

so, baru tau rasa macam mana berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusu badan ni.. mencabar.. kalau kat opis tu, lepas pam memang kelaparan, kehausan.. wuwuwu.. sabar tina, sabar.. untuk anak.. tapi sedih bila stok tak ada la meriah mana.. nak cari milkbooster gak ni..

ehhh, satu perkara lagi yang mencabar adalah nak cari baju.. yang mesra BF.. tak kira la baju kurung ke, dress ke, jubah ke, blouse ke..aku nak cari gak.. puas menggugel, susahnya nak jumpa.. korang yang tau tu, sila la share ye.. mekasehhh..


notakecik : Danish semakin bijak..kuat ajak borak.. kuat gelak bila diagah.. tapi kalau nak record je, terus buat muka siyes.. haihhhh..
Read More

Jul 3, 2014

Berpisah hampir 12jam dengan anak

Assalamualaikum wbt...


bukan cerita apa pun, cume nak cerita pasal tinggalkan anak kat pengasuh..

Hari pertama..aku nanges.. sehari sebelum anta tu dah nanges gila², padahal anak duk gelak², aku duk nanges.. propa sangat hemak engko ni Danish.. keluar je dari rumah pengasuh, nangessssss.. sampai sedu².. husband la yang kasi rileks.. siap cakap, "rileks la baby, bukan anta anak g mana punnn".. yela..

hari kedua sedikit bertabah..dan sampai skang, sangat bertabah even asek wassap pengasuh tanya Danish je.. mohon akak tu tak bosan.. paling best, pengasuh anta gambar anak untuk tak bagi kita risau..

sejujurnya, aku macam tak redha anta anak ke taska.. bukan sebab pengasuh tak jaga elok.. ELOK SANGAT!! serius, memang elok dan aku puas hati.. cuma aku rasa, masa aku dengan anak adalah sangat singkat.. aku balik keje 5.30pm.. sampai sana, dekat pukul 7.. masa ni memang masa tidur Danish..bangun dalam kul 8@9, agah² ckit..kejap je pastu tidur lagi.. bangun pagi, Danish masih tidur.. celik mata jap untuk minum susu, pastu sambung tidur.. kul 6.45am anta Danish ke taska.. sedih sangat.. kalau la kami ni berkemampuan, aku malas keje.. duk umah jaga anak dan uruskan rumahtangga.. kiranya 12jam gak la Danish dengan pengasuh yang mana waktu tu memang dia banyak main..gelak².. mohon Danish kenal siapa mommy dia.. tskk..tsk..tsk..

agaknya, ni la dilema yang korang semua alami kannn.. zaman skang kalau yang keje sorang memang payah.. macam² benda yang perlu gunakan DUIT.. haihh, bukan nak cakap pasal duit, tapi pasal ANAK.. napela company ni tak ada nursery macam gomen tu.. senang nak jenguk anak.. ni tidak, setiap kali nak tinggalkan anak, sayu je rasa.. dalam tempoh masa berpisah yang singkat tu, rindu ke anak bukan main lagi.. hurmmm.. "bertabah tina, bukan engko sorang yang rasa.."




notakecik : tak terkata..terdiam.. sebab aku mengantuk tahap otomen.. 
Read More

Jul 1, 2014

Bulan Puasa tahun ini

Assalamualaikum wbt..

Salam 3 Ramadhan.. 

aku baru keje hari ni.. since Khamis lepas aku tak keje.. MC khamis dan Jumaat.. demam kekdahnya.. lembik bik bik badan sampaikan mandikan anak pun tak larat.. mujur mak aku ada.. kesian Danish.. huhuhu.. 

Alhamdulillah hari ni dah ok, boleh keje, boleh drive, boleh masak, boleh buat keje rumah.. letih gak badan ni, uruskan anak, uruskan umah.. baru nak buat keje sikit, Danish dah "ekkkk".. berlari² mommy monster engko ni Danish oiii... nengok macam dah kurus, tapi kat penimbang angka tuuu jugak.. apehal??!!

pagi tadi mujur sangat Danish mangun, sedar² dah kul 5.. mana nasik goreng yang aku janjikan nak masak untuk hubby?? tiada..wakakaka.. keji betul gelak gini.. kul 5 tu la nak susukan Danish, pujuk beliau..makan masa wooo.. buat ayor je la mampu ye papa.. hehehehe..

puasa tahun ni lain, tak macam tahun lepas.. berdua je.. tahun ni dah bertambah ahli.. jadinya, raya pun meriah la.. yay!! so, iolss hanya target kutipan duit raya je, voley?? panggg sekali.. 

hari ni bermulanya kelam kelibut.. punyela nak cepat, sampaikan barang mekap Danish aku tak bawa pegi taska.. nasib la susu bawa.. kunci rumah pun aku tak bawa.. dulu enbeg satu, skang berbondong².. 

macam biasa, bila ada gangguan masa menaip entry, jadinya entry pun tunggang langgang.. pffttt..


ok, lanje gambar Danish sekeping.. dah pandai isap jejari runcing beliau.. alahaiii, cepatnya dia belajar something, bermakna cepatnya la dia membesar.. 



notakecik : mula cari resepi berbuka puasa yang simple.. ada masa sejam je untuk masak berbuka..
Read More

Boleh Jadi

Assalamualaikum wbt..


Salam Ramadhan..


Boleh jadi, orang yang dulunya kita musuhi, orang itu la yang akan tolong kita kemudian hari
Boleh jadi, orang yang dulunya kita buruk²kan, orang itu la yang akan tolong kita kemudian hari
Boleh jadi, orang yang dulunya kita hina maki, orang itu la yang akan tolong kita kemudian hari
Boleh jadi, orang yang dulunya kita canang aibnya, orang itu la yang akan tolong kita kemudian hari


Terima kasih Allah swt sebab bagi kesedaran...semoga kesedaran beliau itu ikhlas..



notakecik : lemaunya nak buat kerja ni weyhhh..
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com