Aug 29, 2014

Jadila lelaki sejati

Assalamualaikum wbt..



Situasi masa tunggu lif.. 
Aku berdua je dengan Danish.. Danish macam biasala duk dalam stroller gabak+berat dia tu.. hemak duk tunggu lif.. Tinggg (tipu sangat sebab tak ada bunyi tu pun), lif dah sampai.. ada 4orang lelaki dalam tu, semua kuar dulu sebab ikut rules macam tu kan dan aku tunggu untuk masuk..

dah kosong..giliran aku masuk.. baru tolak stroller, pintu dah tutup, terus kena stroller.. terkejut anak aku, nasib baik sipiiii je.. aku cecepat undur dan tekan butang TURUN.. sambil tekan, sambil mulut aku bunyi..

"SORANG PUN TAK NAK TOLONG TAHAN PINTU, NAMA JE LELAKI...BONGOK!!" 

hambek ko sedas aku bagi..sambil jeling kat empat² ekor tu.. diorang cuma mampu sengih kerang busuk kat aku.. tak tau tanda diorg minta maaf atau malu.. dah tau pintu lif spesis gelojoh nak tutup, mohon tolong la tahankan pintu.. dah jelas hemak orang ni menyorong stroller nak masuk, bagila PERTOLONGAN sikit.. kalau ada orang yang nak masuk tak apala, terang² hemak orang dengan anak dia ni je.. 



memangla kalau lif tu kita dahulukan yang nak kuar..aku buat dah.. tapi yang kuar tu tolongla tahankan pintu.. takkan keje aku gak nak tahan pintu.. mana nak tolak stroller, mana nak tekan button.. lenkali aku malas nak baik ati, aku sondol je diorg pakai stroller.. lantak!!



notakecik : masa bos aku ada tak nak tanya..bos aku cuti sebok nak tanya.. grrrrrr
Read More

Aug 28, 2014

Makin besar

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya, habis jua GST training haku yang aku rasa langsung tak ada kaitan dengan skop keje aku.. wahhhh.. hari ni pulak macam semalam, tak cukup tidur.. Danish la ni.. ok, tak baik salahkan anak..

Anak dah 4bulan setengah dah..akalnya makin banyak.. makin bertambah sayang kat anak teruna aku tu.. dalam tempoh dari umur 3bulan nak menuju ke 4bulan ni, banyak perkembangan Danish yang aku nampak.. 3 bulan dah pandai meniarap dengan jayanya.. dah pandai pegang botol susu sendiri.. dah pandai minta dukung.. dah pandai gelak mengekek.. dah pandai buat muka poyo.. dah kenal mommy dan ayah.. dah pandai nanges kalau hantar ke taska.. dah pandai jerit kuat² tanda protes.. dah pandai makan guna sudu dan garfu (yang ni mommy dia pepandai bubuh, sila jangan percaya).. ok, pandai macam².. *entry penuh gambar, mohon jangan muntah ijau*

menggomol bantal polok sendirik.. kuat menggeget budak ni..


pening memikirkan masaelah negara kekdahnya.. dahla spesis kuku tajam, sekali menggaru, penuh calar kat kepala.. sero nok ikat tange tu..


see..see..konon macam dah besar.. pegang botol susu sendiri.. kalau time merajuk tak nak menyusu, ditepis²nya botol susu tu.. bagus sangat perangai anak bertuah ni ye..


hahhh, nengok ni..galok tehh ngekek dengan ayah.. kalau mommy agah, dia pandang sebelah mata je.. foine.. mommy klasifikasikan yang awak tak berminat dengan mommy..


gambar dari pengasuh.. niarap² pastu buat muka pelik bila ada kamera depan mata.. mata tu..mata tuuuu, tak payah nak besarkan sangat ye Danish.. sila abaikan kening berbedak tu, kalau kat taska memang mekap Danish tebal..wakakaka...


silang kaki adalah trademark beliau.. santai gitu.. dah macam kasanova mommy tengok kamu ni Danish.. 


mentido dengan mata tak rapat.. cer try senyum time Danish tido cenggini, kompom dia senyum semula.. dah macam acah² tido je mommy tengok sebab masih bagi respon kalau kite senyum.. hahaha.. kebijaksanaan dan kesusilaan..



muak tak?? muak tak?? dahhhh, aku tak tau nak cerita pasal apa..pasal anak je la mampu.. dulu pasal kucing, skang kucing tade, anak la jadi bahan.. satu lagi, tidur musti polok Danish.. lepas je tangan, menggagau Danish cari.. mujur la sorang, kalau kembar tak tau la acane.. moga jadi anak soleh ye Danish.. nanti mommy dengan ayah dah tua, dah tak larat nak jalan, dah rabun, dah ketar kaki tangan, dah nyanyuk, mohon Danish setia jaga mommy dan ayah.. jangan dilempar kami ke rumah orang tua ye.. 



notakecik : ada jamuan hari raya kat opis hari ni walaupun dah masuk 2 ZulQaidah.. reramai pakat pakai aidijuma.. ada pulak yang sentap.. ko dah kenapa?? hashtag akuyangpakaikoyang panas.. hashtag takpayahnaksentap.. hashtag macammacampulakbunyik.. hashtag naklempangboley??
Read More

Aug 26, 2014

Tingkatan dua

Assalamualaikum wbt..

Selesai kenduri tahlil arwah Atuk Sabtu lepas, keluar la kami adik beradik nak kemas ruang tamu.. mak dengan senang hatinya perkenalkan anak² pempuan dia kat seorang mak sedara jauh yang jaaaarang jumpa..
"ni anak sulong, dah ada 2 anak.. yang ni anak no.2, dua anak gak.. yang ni no.3, anak baru sorang......." tak sempat habis ayat mak aku dah kena potong..

"Dah ada anak?? ingatkan baru tingkatan dua" 

Mak aku gelak dan aku pun terus cakap.. "acik, saya dah nak masuk umur 30 dah" sengih kerang..

kesian Danish dapat mak tak cukup inci gini..nurun ke dia, sudahnya Danish pun ikut comel macam hemak apak.. tabah la ye anak.. dewasa nanti mesti orang akan kata awak remaja lagi walaupun dah beranak pinak.. macam apak awak yang dikatakan masih budak masa raya tu hari.. 

wakakaka.. *gelak jahat*


jangan ada kata Danish tu anak angkat aku sudah..tampor



okbai..stembai GST training hoi!!! *nyampah doploh kali*



notakecik : sedap sikit badan ni pas berurut malam tadi.. 
Read More

Aug 25, 2014

Berkabung

Assalamualaikum wbt...

#Malaysiaberkabung #22Ogos2014

Ok, mungkin cerita dah basi kot..Jumaat lepas memang nak update, tapi sempat satu entry je sebab kena SEGERA balik kampung..

Jumaat datang opis pakai baju kurung kaler kelabu sebab tak ada baju kaler hitam.. "Tina, berkabung jugak ke pasal MH17?"
Aku rasa soalan tu macam erkkk.. berkabung atau tak, terpulang pada hak masing², tak ada sape paksa.. kalau tak nak berkabung, duk dendiam sedekahkan alFatihah..pastu jangan duk membebel dan pertikaikan kenapa perlu begitu sekali Malaysia "iktiraf" kematian diorg pastu tambah lagi diorg bukan pergi berjuang or whatever, dahla pegi suka², dapat lak penghormatan khas.. 

Gini la ye, memandangkan yang bercakap tu orang tua, aku berani komplen kat blog aku je... hak masing² nak berkabung atau tak, tapi boleh tak jangan ko nak perlekehkan cara kematian seseorang.. duk dendiam dan sedekah alfatihah kalau hati kau keras kata diorg tak layak dapat "pengiktirafan" hari berkabung..


Dannnnn, betul la Jumaat lepas aku berkabung..baru update entry yang pertama di pagi Jumaat, dapat perkhabaran yang datuk (bapa kepada Arwah Abah) meninggal pada hari Jumaat jam 8.45pagi.. terkilan sedikit sebab tak dapat tengok buat kali terakhir.. tak dapat balik awal sebab husband ada tugas pengkebumian jenazah mangsa MH17 kat Presint 20, Putrajaya.. tak apa la, semua pun dah selesai.. semoga roh Arwah Atuk tenang dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.. Al-Fatihah..




notakecik : makin meningkat usia, makin banyak cakap.. payah bila bercakap dengan diorg kecuali kita DIAM, maka sudahnya DIAM la dia..
Read More

Aug 22, 2014

"Welcome Home"

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat.. 22 Ogos 2014.. 26 Syawal 1435H.. #MalaysiaBerkabung #prayforMH17








Hari ni seluruh Malaysia akan berkabung sempena kembalinya mangsa yang terlibat dalan nahas MH17.. semoga segala urusan dipermudahkan.. Alfatihah dan salam takziah buat semua ahli keluarga dan kenalan mangsa.. walau tiada kaitan, sedikit sebanyak terasa kesedihannya..




notakecik : Alfatihah..
Read More

Aug 20, 2014

WW | Awan Langit

Assalamualaikum wbt..

(kejadian pagi tadi otw ke tempat keje)



(kejadian minggu lepas otw balik rumah)





notakecik : ♫♫♫Subhanallah..maha suci Allah... Alhamdulillah segala puji bagi Allah.. Allahuakbar Allah yang maha besar...♫♪♪
Read More

Aug 19, 2014

Wilayah semakin mengecil

Assalamualaikum wbt..

Sekarang Danish tidur makin buas.. baru 4bulan kot.. malam dah tentunya tak mo tidur dalam buai.. dulu, biasanya tidurkan kat buai.. dah lena baru angkat dia.. skang kalau masukkan dalam buai, dia punye protes tu kemahennn.. mula nak mengiring, meniarap, pastu buat muka seposen.. tak pun, mengiring, tangan gentel kain buai tu.. feeling merajuk tahap sailormoon..

gini la lebih kurang rupa budak protes tak nak tidur..hemak pasrah..


skang tidur dengan kami.. tapi memang dari dulu pun tidur dengan kami.. aku tak senang hati kalau anak tak ada kat sebelah.. suka yang hamat kalau dia duk bawah ketiak aku.. tapi bila tidur dengan hemak apak, kemahen danish nak menguasai.. mommy is sad hokey.. space mommy makin kecikkkk sangat..


rasanya Danish tidur gaya no.1..bezanya ke bawah sikit..kaki tak la menendang apaknya.. space apaknya makin luas, space hemaknya makin tecittt..kendian, mengiring.. gaya no.3 tu, aku suka tengok sebab dulu aku suka buat macam ni atas katil.. wakaka..

ni dah macam hape dah.. suka menyelit ke hemak beliau..


satu lagi..akan mengiring ke hemakkkkk je.. ke apak tak mo pulak.. kalau setakat mengiring, mommy tak kisah, ni makin lama makin minta mommy tepi sikit...tepi sikit..tepi sikit...

satu lagi, mommy kena tidur mengadap dia je..peluk dia je.. mengiring arah lain, mula la mengamuk.. va..va..va.. pandai ye kamu skang.. 

ehh, hari Danish ada kawan baru kat taska..kalau sebelum ni dia sorang je baby, hari ni datang lagi sorang.. bagusla, tak ada la manja sangat.. maklumla, semua tumpukan perhatian kat dia.. datang bersambut.. balik lak bergilir² yang cium peluk dia.. untunglaaa ramai yang sayang..



notakecik : mengharap keajaiban.. ^_^
Read More

Aug 18, 2014

Berhenti jadi "minah kepoh"

Assalamualaikum wbt..

Menjadi betul dia punya mengantuk hari ni.. rasa nak sembam² muka ke PC je.. opismet lak ajak borak.. aku maleh nak layan.. kalau isu best tak apa gak, isu tak best..

engkorang ada tak kawan yang minah / mat kepoh?? ada?? aku ada.. pantang nampak mende pelik bin ajaib, sebok nak korek.. pastu sebok jugak tanya kat orang yang malas amik port a.k.a malas layan..

kadang² isu yang dia kepohkan tu langsung tak ada kaitan dengan dia.. politik misalnya.. boleh nak follow, tapi tak payah sampai nak pertikaikan itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak adil, ini tak adil.. okla, malas panjang².. kang menjadi parah pulak umpatan ni..


notakecik : menaip nak kasi ilang mengantuk je punnn
Read More

Buah hutan/ Ngeke/Tampoi/Mok ke'

Assalamualaikum wbt..


Kejadian Sabtu lepas.. ada la orang jejual buah kat tepi jalan depan kilang tu.. aku tak beli pun walau teringin sangat nak tengok dan beli.. tetiba masa duk makan bekpes kat pantry, opismet kuarkan something dari dalam beg.. maka, kuarla buah ni.. aku yang jakun pada waktu itu, terus tanya buah apakah ittewww..


buah hutan..buah ngeke..buah tampoi.. buah mok ke'

inilah ghope buah tu.. semua tu nama beliau.. yang mok ke' tu aku tak pasti nak eja macam mana.. bedal je la janji aku tau bunyi dia macam mana.. aku tiru kawan aku eja cenggitu.. rupa macam manggis, isi lak macam buah rambai.. oleh kerana aku tak berapa pandai makan buah ni, makanya macam tak menikmati sangat bila makan.. pasal buah ni gak la aku berdebat dengan husband.. dia kabor buah hutan, aku lak degil kabor buah setor.. dah lebih kurang je aku nengok..oh, sebelum terlupa.. mekaseh kak Azizah sebab bagi buah ni sikit..

spesis buah ni kabornya banyak kat kawasan negeri pantai timur.. aku bertambah yakin sebab sepanjang aku berada di negeri kelahiran aku, aku tak pernah jumpa.. kalau buah sawit dan biji getah tu bersepah la.. ok, tak lawak..mahap..

sekian laporan mengenai buah-buahan tempatan dari saya..majulah sukan untuk negara..di sini lahirnya sebuah cinta..


notakecik : puas weyhh duk tadah telinga hari².. sat g aku story..
Read More

Aug 16, 2014

Meriahnya Dataran Putra

Assalamualaikum wbt..

Salam Sabtuday semua.. malam tadi bawa anak² jenjalan.. tak ada tempat lain yang terdekat dengan rumah selain Dataran Putra.. lebih kurang pas isya ke sana la kami.. yang aku tak pahamnya, si Danish petang tak tidur, dalam kete tak tidur..lagak macam orang besar nak "saturday night fever".. cerah molek biji mata..

sesungguhnya, dah berkurun aku tak lepak Dataran Putra waktu malam.. dedulu ada la neman husband keje kat sewa beskal, itupun siang hari.. rasa ajaib sungguh bila sampai tu.. dulu depa takat jual mende apa tah yang lastik ada lelampu.. skang siap ada sewa kereta menan, roller blade, skate board, skuter, beskal comel, men bubble, juai rojak buah, juai air..meriah uols.. dah rasa macam Eliz in Wonderland gittew..

jadi, bila dah terlalu banyak khidmat sewa tu, bersepah la bebudak main.. no safety yang penting.. berdesup² laju men benda alah tu semua.. maka, ramai la yang tersembam, terlanggar, tersondol, tertiarap, terjatuh segala..aku yang berjalan sambil menolak stroller anak pun ngeri seram je rasa.. takut kena langgar..

jalan² keliling dataran sambil tengok setiap "kedai".. ada satu tu jual mickey mouse nek beskal, duk pusing² je.. comel pulak aku tengok.. 





hah..nampak tak rakan² sekalian.. meriahnya.. aku gerammmm je nengok kete menan tu.. nak suh Danish naik, tecit lagi.. tunggula dah besar nanti.. grrrrrrrrr...


 "driver" Danish.. budak Danish akhirnya tewas jua.. tidur dalam dukungan pak long dia.. terus buh dalam stroller.. phewww.. 


feeling² pelancong amik gambar berlatarbelakangkan masjid.. padahal nak anta kat omak den.. saje kasi ilang rindu kat anak dan cucu dia.. Danish ni pulak tidur jap je.. nak balik tu mangun pulakkk.. macam tau je ayah datang amik n lepak mamak.. ayoooo


ok..sejujurnya pada aku tak la best mana sebab jadi sesak yang hamat.. dengan mat motornya yang bawa motor macam NATES.. kau tau tak tu masjid.. pastu dengan budak² yang main tanpa kawalan..berlanggar sana sini.. sedikit bahaya kalau ko nak bawa anak² kecik jalan kecuali ko bawa stroller macam aku.. sedikit selamat.. ehhh, pastu ada pulak sewa kereta kuda.. tak sempat amik gambar.. tak sure harga brape.. untuk engkorang yang sukakan suasana bingit, datang la lepak.. 


notakecik : semalam ramai sangat share gambar baby kena buang dalam longkang tu.. aku nanges tau tak.. dah la, jangan share lagi.. kesian la kat baby tu.. plsss
Read More

Aug 13, 2014

Tahniah Adik

Assalamualaikum wbt...

Semalam kan dah keluar keputusan UPU.. dan Alhamdulillah adik bongsu aku berjaya menempatkan diri ke IPTA.. sebagai akak, for sure aku bangga.. 

Sebelum ni dia amik matrik kat Melaka..aku la yang uruskan pendaftaran dia.. taklimat ibu bapa pun aku dengan mak aku yang join.. apa² dia lebih refer kat aku.. even jauh, sikit² aku akan tolong.. tapi kali ni aku tak dapat anta.. kekangan masa plus husband aku keje, takkan nak balik naik bas..tak apa la, banyak masa lagi kann


Alhamdulillah..tak sesia usaha dia.. memang kos itu yang dia nak.. dan Alhamdulillah sebab dekat sangat dengan rumah.. tak ada la mak aku risau dan tak ada la jauh dari mak aku.. balik tiap hari pun tak apa.. tapi macam melampau lak hari² balik.. seminggu sekali dah la.. aku masa kat UPM dulu 2minggu sekali balik,wakaka..


ni la budak yang nak sambung degree dia tu.. yang sikit² kak tina..kak tina...kak tina.. yang kuat merajuk.. yang anak emak.. yang suka blurr².. yang bongsu tapi tak suka dipanggil ucu.. yang kuat gaduh dengan anak buah.. 

mujur ada makcik yang keje kat UTHM, boleh la perati sikit budak ni.. kalau nakal je, kasi cubit sikit.. moga berjaya adik, jangan malas study dan jangan kuat stido macam akak dulu.. miahahaha..



notakecik : moga arwah Abah happy dengan kejayaan anak kesayangan dia ni.. :'(
Read More

Aug 12, 2014

Rasa hati hemak

Assalamualaikum wbt..

Entah kali keberapa juta aku duk menaip padam menaip padam buh dalam draft, tak best aku delete.. susah hati gak nak up entry ni, tapi mentabah je la.. kononnya macam luahan perasaan la gitu..

Aku ni baru je jadi mommy.. anak baru nak masuk 4bulan.. masa memula bersalin, siyesli aku nekad nak fully BF anak.. target harusla sampai 2tahun.. tapi entah napa, banyak betul anasir yang ganggu, dah tercampur susu FM dah anak aku tu.. tak ingat masa umur berapa.. aku cuba sedaya upaya nak fully BF semula.. sampai TERnanges bila tengok muka anak sebab aku rasa aku hemak yang kejam.. sebelum masuk keje, aku dah train anak minum susu thru botol, memula ok, lagi 2minggu masuk keje, dia start refuse.. nak tak nak, aku paksa gak Danish minum susu botol..

setiap sekali dalam sebulan, ada checkup anak, nurse akan tanya, "susu badan ke campur?".. dengan rasa bersalah, aku jawab la campur.. memang nurse tak marah, tapi tau tak betapa "syurga"nya susu ibu tu..

dan skang, masa keje aku pam.. at least 3kali even hasilnya kadang² cuma 5oz untuk ketiga² kali sesi tu.. aku masih tak give up, demi anak aku sanggup.. ko tau je la, bos aku bukan bangsa Melayu, tak pernah mengandung dan tak ada anak.. aku tak pasti dia faham atau tak sebab aku asek "hilang".. aku buat selaju mungkin, kadang² tak sampai setengah jam.. apa la sangat hasil yang tak sampai setengah jam tu.. tak apa, janji ada bekalan untuk anak kat taska.. malam dah tentu fully bf, yela, duk mengempeng je..

itu satu hal, ada pulak bunyi, "masih BF ke? tu la kan, mesti leceh asek kena pam je".. ni nak kasi aku down ke hape ni? itu belum part yang tanya anak dah makan ke belum.. waahhh, cepuemasperakgangsa betul soklan tu.. aku kata, belum makan..masih menyusu lagi.. "baby tak lapar ke?".. lapar kalu, haku kasi susu la kawannnn..

"ko bancuh je susu tu campur nestum, buat cair².." ayat ni aku macam susah hati sikit.. even Danish dah boleh makan masa umur 6bulan, nestum tu aku seboleh mungkin tak nak bagi, langsung tak ada dalam senarai pemakanan Danish nanti.. cair ke, pejal ke, big NO to nestum.. sebabnya, nestum ni ibarat makanan segera.. kalau anak dah disajikan dengan makanan segera, sampai ke besar la jadi tabiat.. aku dah mula study menu puree..dan aku masih study tentang EBF.. and yes, aku akui sampai skang Danish campur susu badan dan susu formula.. aku masih berusaha nak fully BF semula.. 

Menangis? pernah je aku nanges masa tengok hasil susu yang aku pam cuma sikitttt.. menanges masa EBF Danish.. punyala rasa bersalah aku kat anak sendiri.. paling aku sakit hati, ada ayat makcik ni, "yela, badan maknya kecik, susu pun sikit la".. ko rasa? aku sengih je la.. apa tah kaitannya saiz badan dengan kuantiti susu..pelik!!

masa raya hari tu, ada dah yang menyumbat Danish dengan nestum yang pejal.. menjerit aku.. rasa nak naik tangan pun ada.. "ehh, Danish makan la..cuba tengok tu".. Anak aku belum paham, ko sua kayu pun dia nganga.. aku nanges dalam hati.. aku ni walau baru jadi hemak, aku dah study sikit² pasal ni semua.. pasal susu ibu, pasal pemakanan anak, apa yang boleh apa yang tidak.. kalau aku salah, harap betulkan ye.. 

yesss, Danish kecik je..tapi jangan pengaruhi aku suh campurkan nestum kat susu bagi besar la, bagi tidur dia nyenyak la, bagi dia kenyang la.. hanya susu until 6month.. usus baby ni belum matang lagi.. aku tak nak kes usus pecah ke, usus tersumbat ke atau apa² kes berat jadi kat anak aku.. aku SAYANGKAN anak aku.. 

banyak pulak hemak orang ni membebel kan.. saje je uolsss.. asah skil menaip pepagi buta kayu ni.. hemak boring sebenornya.. pastu rasa menyesal pulek beli stroller SCR besar gabak berat nak mampuihh ibarat kata ewanthology.. skang naik pulak stroller yuyu baby ke baby yuyu ke yang ringan, senang lipat, harga mahal sikit tapi berbaloi..jenama ni adalah lebih kurang dengan babyzen yoyo yang mahal giler.. okla, bye..


gambar tak ada kaitan dengan entry..saje tepek sekeping gambar anak santai² nonton tibi citer upin ipin..



notakecik : tak sampai hati betul tadi kejutkan Danish untuk ke taska sebab tengok dia lena sangat tidur.. pastu bosan gila bila dak sebelah dah benti keje.. i is sad..
Read More

Aug 8, 2014

Review stroller | Combi vs SCR

Assalamualaikum wbt..


tadi singgah blog cik puan Cujen,beliau ngah survey stroller..terfikir nak buat review sikit.. boleh?? untuk panduan kan..sebelum ni aku pun mencari, bila dah dapat, share la sikit..

Combi..aku ada..ni pun beli preloved punye.. nak beli hok baru?? setakat ni aku tak nampak kat mana² mall yang ada stroller brand Combi ni..


SUPER LIGHT WEIGHT COMBI WELL FLAT trifold strollerSUPER LIGHT WEIGHT COMBI WELL FLAT trifold stroller
sumber : bazariaonline

tuan punye badan, pinjam gambo ye.. ok, ni la rupe stroller aku..siyes ringan.. senang lipat.. cer nengok, senang kan.. nak buka pun senang.. boleh berdiri sendiri sebab ada stand dia.. okla, puas hati sebab ringan sangat..rasanya 4kg je kot.. cumanya, bila budak Danish dah makin melasak, besar, sebok nak mengiring, aku macam rasa stroller tak berapa muat.. 
ni masa Danish umur 2bulan lebih..masih ok lagi, belum melasak.. skang, nah kaki atas penghadang tu.. pastu sebok nak bergolek dalam stroller.. grrr.. pastu kurang best sebab aku tak leh facing dia.. cuma intai thru tingkap je.. tak puas kot sebab tak boleh tengok Danish buat apa.. eh lupa lak..boleh baringkan ye, so tak ada masalah kalau baby tidur..


pastu laki bini duk terasa nak beli yang besar sikit..yang nampak gagah giteww..SCR je la yang aku usha.. bajet beb..bajet.. wakaka.. yang hubby kenan SCR10, aku kenan SCR9.. tapi, aku yang menang.. sebabnya, terjebak dengan review dak Sheila.. wakaka.. gigihla ke aeon jusco tu.. 
sheila shahfiekry
psst Sheila, pinjam gambor, malas nk edit..kekeke..

waaaa..gembira hemak dapat belikan Danish kereta baru.. kelebihan SCR9 ni, boleh buat bucket.. anak golek² dalam tu.. aku macam tak sampai hati nak buckle up belt tu..kekeke.. siap boleh enjut² kengkonon macam buai, sedap lak Danish tidur dalam tu.. mahap tak ada gambo, tak sempat enterprame.. aku punye sebijik kat gambor tu la..tanya ada kaler lain ke tak, promoter kata tak ada.. habis ngape Sheila dapat kaler merah tu?? main² kerja hah!! oh ye, SCR9 boleh parents facing.. so, boleh agah² Danish..dia pun boleh la nengok hemak dan apak dia..

cume satu tu la..susah nak lipat, berat.. so skang ada dua stroller.. ringan ada, berat pun ada.. dedua best.. dedua ada kelebihan dan kekurangan.. bergantung pada korang la.. kalau banyak duit, beli la Quinny ke, Santa Barbara ke, Nuna Pepp ke, Cosatto ke, City Versa ke.. pape je la, korang survey la sendiri..

kesimpulannya, Combi ni sangat ringan dan flexible..kalau SCR lak, besar tapi berat.. sesuai untuk anak korang yang dah besar la..


happy survey and happy shopping uols..


notakecik : makan banyak...mata jadi kelayuan
Read More

Tart Nenas

Assalamualaikum wbt..

boleh tahan mengantuk gak hari ni... malam tadi tidur lewat, pagi tadi bantai nasi lemak yang kak Norma bagi.. fuhhh, bertambah² bilangan bantal yang aku nampak.. btw, tq kak..sedap tau nasi lemak tu..

Cakap pasal tart nenas (berdasarkan tajuk), aku bukanla penggemar tart nenas.. entah nape kalau makan macam penuh kat mulut.. tapi raya hari tu, terjatuh cinta pulak.. tapi bukan yang tart nenas gulung yang biasa tu.. yang ni gulung gak, gulung guling² rasanya..

gini ghopenya.. korang tau tak mana ada jual? atau sape ada jual? sedap pulak aku makan tu ari..


oh mannnn..odapnya tart nenas ni.. pastu ni dah kenapa lambat sangat masa berjalan.. lelama aku nengok gambar tart nenas ni boleh jadi lapar 3kali ganda.. baiklah aku tutup entry ni.. okbai




notakecik : ada lagi manusia perangai cenggitu.. vervulu telinga iols

Read More

Aug 7, 2014

Tolong tepi sikit..

Assalamualaikum wbt..



Dia  : "Tinaaaa..sihat? baby macam mana, sihat? Hari tu bersalin baby berapa kilo?"

Aku : "Ye kak..alhamdulillah sihat, baby pun sihat.. berat baby 2.77kg"

Dia  : "Keciknyaaa..anak akak semua 3kilo ke atas"

Aku : *mampu senyum je la*

Motip??!!!!
_________________________________________________________________

apa ko rasa?? perlu ke bandingkan macam tu? tu baru satu.. banyak kes lain aku dengar.. bukan anak aku la.. situasi orang lain.. duk tanya anak dah pandai apa, bila kita jawab, dia sebok nak banding beza dengan anak dia.. phuiiii.. eh jap, kalau bersalin baby berat 3kilo ke atas tu dapat pingat ye? heyy, sakit pulak hati kiteww ni.. sabar je la tina oiiii


Tajuk langsung tak ada kaitan dengan entry..mendeeee tah

pasni kalau ada orang tanya anak aku dah pandai apa, aku nak kabor dah masuk sekolah menengah padahal umur baru 4bulan.. voley??


notakecik : rezeki yang Allah swt kat setiap hambanya tu lain².. jangan riak takbur, takut nanti Allah tarik nikmat rezeki tu.. nauzubillah
Read More

Aug 6, 2014

Cuti-cuti Syawal | Selesa Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum wbt..

Alkisah kami anak beranak..terasa sangat nak menginap kat hotel di bulan² raya ni kan.. yela, ada yang dah keje.. kami masih bercuti, so manfaatkan cuti yang ada ni bertiga..

buat keputusan nak bercuti pun masa raya, tapi masih kabur² lagi.. keputusan muktamad masa dah nak sampai susur masuk tol Seremban / Port Dickson.. memula nak stay Melaka, tapi rasa macam tak best.. lain la Danish dah besar, leh bawa jenjalan pegi zoo, mengenal haiwan.. maka, ke Port Dickson la kiteee..

sampai sana dah kul 7.. sempat ke nak survey hotel bagai?? sudahnya, tawaf la sepanjang Teluk Kemang tu.. feeling nak stay hotel mahal, tapi fikir macam tak berbaloi.. dah confirm la check in lewat, rugi je..

finally, masuk la kami ke Selesa Beach Resort, Port Dickson.. takut gak kalau² xseselesa namanya.. so, bilik yang tinggal adalah 2katil single.. tak apa la, lagipun dah tak ada masa nak cari tempat lain.. plus, kesian kat Danish.. yang penting, amik seaview.. mahal la sikit.. ok, dari duk bebel, moh lerrr jamu mata sikittt..


pandangan dari depan hotel.. tak brape omey sebab snap pun dari dalam kete masa nak balik.. i is segan nak snap beria hokey..


pandangan kat kawasan belakang hotel..kiranya ni sebelah dengan pantai.. ada pool.. aku mampu nengok je la.. yela, nak campak Danish kat mana lak kan.. sudahnya, berendam la kami dalam tub mandi je..wakaka..


view dari balkoni bilik.. dapat bilik kat tingkat 2.. siyes lawa.. walaupun balkoni kecik, sesuai la untuk anak beranak yang kecik ni bertenggek bertiga kat balkoni..


kat dalam bilik.. bersepah dah sebab tunggu nak checkout je ni.. dapat baby cot, tak minta pun, diorg yang offer.. tapi buat perhiasan je la.. Danish mana reti tidur asing dengan ketiak mommy dia.. pfftttt.. time ni ayah ngah train anak untuk meniarap dengan lebih baik.. ehehehe

masa lepaking kat balkoni.. feeling keluarga bahagia gitewww.. ehh, memang bahagia pun.. masa ni Danish begitu gembira.. macam faham je apa itu erti holiday.. 



dapat bekpes free.. tapi makanan tak meriah.. kami fikir positif je la.. maybe tukang masak masih cuti raya.. voley gitu?? ni makan megi goreng dan nasi himpit+kuah kacang.. punyala mengharap nasi lemak ke hape, tade.. dah siap makan, baru datang nasi goreng.. ko rasa??


ok, ni view pas ko masuk je kat pintu tu.. nampak klasik..ni aku amik kat web Selesa Beach Resort, PD.. gigih pulak aku nak snap gambar gini khenn..


family potrait.. boley?? hahaha.. tak berapa nak cun sebab tetibe ada orang lalu.. segan pulop.. Danish lebih teruja tengok muka sendiri kat screen enpon.. ok, foine...


kesimpulannya, Selesa Beach Resort ni sangatla highly recommended untuk korang yang nak bercuti.. selesa, menarik, view cantik, harga berbaloi..cuma makan je tak berapa best.. xoxo



notakecik : tunggu Danish besar sikit, mau ajak ke pulau pulak.. waaaa, tinggi cita² hemak engko ni Danish..
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com