Sep 30, 2014

Aku mohon

Assalamualaikum wbt..


aku mohon semoga ada undang² jalan raya yang baru iaitu 

KENDERAAN YANG DIPANDU TERLALU PERLAHAN AKAN DISAMAN


nak bawa takat 40km/j pastu kongker kanan dan kiri lane, baik ko nek basikal!!!


stress uikkk
Read More

Sep 29, 2014

Nasi ayam hitam hangit

Assalamualaikum wbt..

Semalam tak berjalan ke mana² pun..cuma pegi pasar je la cari lauk sayur mayur.. tu pun sebab aku kabor dengan husband nak masak spesel katanyaaaa... yela, asek masak lauk biasa² je, boring jugak perut husband aku kang..

apa aku nak masak?? baca tajuk pun tau.. nasi ayam.. alahhh, macam special sangat nasi ayam tu kann.. boleh la, bukan selalu aku rajin.. gigih beli ayam, salad, timun, lada besar..haaa, apa lagi?? lupa dah..

oleh kerana aku letak Danish kat umah akak aku sebab tak bolehla hangkut pegi pasar, konon balik dari pasar nak amik, tidur pulak anak bujang tu.. masak dengan senang hati la sikit.. bersilat perang segala aku kat dapur tu.. kalut sikit la sebab last aku masak nasi ayam masa reunion sekolah tahun 2006 kot.. hahahaha.. jakun!!

menjadi la jugak..husband aku kata lepas la kalau nak niaga kat bazar Ramadhan.. faham tak maksudnya?? hampeh betul..tapi dia kata sedap.. mihmihmih.. jamu la jugak kakak aku dan anak² dia.. okla, pasni kena improve lagi.. masak sensorang engko, baru kacau² nasi, lupa yang sos ngah tenggek atas api.. phewwww..

taraaaa...ayam madu hangit hitam manis cik abang sayang cik adik sorang katanyaaaa.. hitam sebab buh madu..tu pasal gelap ye..
tu je yang sempat aku snap, tu pun balance pas sesi membedal..yang lain habissss.. ayam ni pun aku bedal pastu.. tak dan nak amik gambar walaupun dah buh dalam pinggan dan susun cantik².. laki bini rakus makan..wakaka.. resepi?? cari je la kat google.. paling best, husband request suh tapau bawa pegi keje.. wahhhh, hati mak berbunga² mekar mewangi bak perfume mahal beli kat Paris uolssss.. 

ok..habis dah entry..
Read More

Mengundur

Assalamualaikum wbt..


Hari Sabtu tu ari, mak kecewa.. ada offer Drypers kt Giant, kemahen mak terjah dengan hero² sekalian, nan hadoooo.. habis sudah.. pasghah.. rasanya awal dah tu kuar.. xde rejeki..

Heyy..nak kabor ni, sejak anak bujang pandai niarap..aku paksa beliau gerak ke depan.. maksudnya macam askar tu.. tapi hampa uolsss.. beliau angkat montot dan ke belakanggggggg pusing kekdahnya.. mengundurrrrr je tahuk.. makna kata,Danish cuma ada gear reverse.. tak apa la sayang,janji bergerak.. kang statik je ada orang kabor, "anak aku dah pandai lari-lari anak..nape anak ko belum pandai..kan beza sebulan je".. contohhhhh.. 


ni dah sampai celah tu dah..pastu suka duk main karpet bulu² tu.. 


seronok engko nak ye..mommy suh ke depan, lagi galak ke belakang..
dah buat muka blurr sebab dah jauh dari mommy..kendian nanges mintak tolong...

entahla..aku tak tau anak aku ni kategori cepat ke lambat.. Danish masih sebok meniarap..try angkat punggung sudahnya mengesot ke belakang.. belum ada tanda² nak merangkak walaupun kadang² dah berjaya buat aksi merangkak, tapi geraknya tidak.. tak apa sayang, mommy tak akan paksa awak..

rumah aku mostly berkarpet.. dan skang, makin kerap la aku vakum karpet tu.. jangan risau,sebelum ada yang tanya pasal tu, aku kabor dulu.. biasala, orang akan nampak yang negatif dulu.. ye dokk?? 
Read More

Sep 26, 2014

Dukung | Babywearing

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat..dan yay!!! ayah Danish dah selamat sampai malam tadi.. kemahen lena budak botak tu tidur sampai tak nak bangun bila kejutkan nak anta g taska.. hamboihhh.. 

ok..ni bukan cerita pasal buah dukung..tapi macam mana korang dukung baby korang.. maksud aku kalau korang kuar la.. guna baby carrier yang macam mana.. kat sini aku ada listkan yang mana dalam wishlist aku.. yela, anak bujang tu skang susah betul kalau letak dalam stroller.. kadang² stroller jadi troli.. sesekali kena dukung dia.. phewww..

ErgoBaby - yang ni duuuuulu aku berkenan.. siap nak beli even yang fake ponnn.. cantik satu, macam best pun ye gak.. tapi sekali ada nampak ada parents ni dukung anak guna ergo ni, macam kesian pulak dekat anak.. ok..ok.. bukan, sebenarnya mengenangkan kami suami isteri kategori tak berapa tinggi, jadi tak sesuai.. 

boba wrap - macam ketat dalam dakapan pulak aku tengok.. dahla Danish mula melasak.. kalau kepala tu boleh pusing 360 darjah, Danish dah buat dah.. hurmmm, macam tak sesuai..
boba 3g/4g -yang ni aku berkenan gile².. lagi² part yang dukung kat belakang tu, macam homey je.. tapi ngah fikirkan nak ke Danish duk dalam ni..

ring sling - yang ni pun sama.. gila suka sebab pernah try masa raya, kemahennn Danish siap tidur.. tapi bukan ring sling la, just guna kain batik lepas tu je.. lebih kurang je kan.. aku ngah order ring dia ni, target nak jahit sendiri.. moga tercapai la hajat nak jahit sendiri..lagi jimat dan puas hati..

Doomagic Baby sling - ni pun boleh tahan best.. gantung je kat bahu.. kalau ring sling tu leceh sikit kot.,api still best.. baby sling ni sama je dengan ring sling, bezanya baby sling dah upgrade tanpa perlu korang belit²..haaa, macam tu la lebih kurang.. 

baby sling dan ring sling tu aku rasa tahap keselesaan lagi syiok kot.. yang lain tu kan kena kepak kaki.. masalah Danish skang ni, dia tak nak kangkang.. aku punyala beria masukkan dalam carrier, Danish kapit kaki sekapit²nya.. bagus betul.. satu lagi, aku ni rendah, bila Danish masuk dalam carrier, dah paras peha dah Danish tu..pffttt, huduh jadinya..

Sweet Cherry Baby Carrier for RM75
skang aku pakai ni.. try and error dan memang Danish TAK NAK LANGSUNG masuk dalam ni.. paling Danish benci adalah part kangkang kaki.. dia punya marah, seram mak engko ni..


cer korang kabor, korang lebih selesa guna yang mana.. ok..sebenarnya baaaaanyak lagi spesis baby carrier ni..tapi yang lain tak ada dalam senarai wishlist.. sebab lebih kurang je fungsinya.. tq in advance untuk korang punya pendapat dan pengalaman ye.. 
Read More

Sep 25, 2014

Walker untuk Danish, perlu atau tidak

Assalamualaikum wbt..

Usia Danish bakal menginjak ke angka 6 bulan.. yay, dah boleh makan!!! tapi bukan itu menjadi tujuan utama update entry.. ni pasal WALKER..tak tau walker tu apa?? nah aku kasi contoh gambarnya..
masa raya lepas, ada la try masukkan Danish dalam walker sepupu dia.. sepupu dia dah 6bulan lebih masa tu, beza umur 2bulan setengah dengan Danish.. helok pulak duk dendiam kat situ..yela, kan ada aksesori kat walker tu.. terus ayah Danish kata nak beli gak untuk Danish.. aku kabor nantila dulu, Danish tecit lagi.. duk dalam walker pun selit bantal.. 

ramai kata walker ni bagus.. senang hemak² nak buat keje.. tak perlula nak dukung anak sentiasa.. sambil buat keje, anak main kat walker tu.. teringat pulak kisah anak buah aku yang meluncur laju keluar pintu maka terus jatuh masuk dalam longkang.. huwaaaa.. seram pulak bila teringat sebab depan mata aku jadi..

semalam puasla aku google kebaikan dan keburukan.. berpeluh² gak la aku baca info.. banyak pulak buruk dari baik.. aku niat nak beli walker ni bukannya dengan harapan Danish cepat jalan..tapi nak lekakan Danish sementara aku buat keje.. maknanya bukan berlama² dalam walker.. aku ni jenis suka gomol anak, kalau duk dalam tu macam tak best pulak.. maka berdasarkan penggeladahan aku semalam, ada beberapa artikel yang boleh aku terima..

Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal. -sumber SINI
dan aku ada baca entry blog Dr.Zubaidi tajuk Baby Walker: Adakah selamat?.. memang boleh diterima akal dan logik.. dan berdasarkan pembacaan aku dan pemahaman aku kat entry Dr.Zubaidi ni, mungkin aku akan beli walker untuk Danish..tapi bukan untuk dijadikan sebagai medium untuk Danish cepat berjalan.. cuma untuk bagi dia leka sementara aku buat keje.. dan aku tak akan letak Danish berjam² dalam baby walker tu dan tak jadikan aktiviti dalam baby walker sebagai rutin dan kebiasaan.. 

kalau korang nak lebih jelas..google je baik dan buruk baby walker, confirm ada banyak info.. dan ramai gak blogger share pasal ni.. terpulang pada pendapat dan pemikiran masing²..

"ek elehhhh mommy, apa barang main walker, motor ni la best.." 


notakecik : kita sebagai parents TIDAK AKAN buat yang buruk untuk anak.. 
Read More

Sep 24, 2014

Tak Tabah

Assalamualaikum wbt..

Hari ni..aku mengantuk yang amat dahsyat.. sangat² dahsyat...penangan anak bujang yang tidak dijangka perangainya.. rasa nak nanges tepi katil je..

Ayah kesayangan Danish tak ada untuk 3hari 2malam.. kami berdua je la anak beranak..dah la semalam amik Danish lambat, sampai rumah buat itu ini yang wajib, tak sempat peluh hemak Danish nak kering, duk merengek² nak dukung je.. masak, basuh pinggan, makan etc..etc..semua tu sambil berdukung.. sikit hari lagi lengan mak ni kuar muscle.. ada masa aku buh dalam car seat a.k.a rocker Danish tu..tapi tahan jap je la.. pastu protes..

satu malam je lagi Danish iaitu malam ni, Danish doakan moga mommy bertabah.. kepada ayah yang berada di Kelantan sekarang, moga ayah kembali dengan segera.. dan moga urusan ayah dan Mok segera selesai.. mihmihmih..

daku usung car seat ke dapur dengan harapan Danish duduk dendiam sambil perhati mommy masak.. tapi tengokla pemberontakan yang beliau lakukan..

muka tak puas hati sebab mommy membaringkan beliau.. 

tak tabah weyhhh aku ni rupanya.. anak nanges, aku ikut nanges.. adesss.. nasibla tak nanges tepi katil sedu sedan macam bawang putih nanges tepi sungai meratap hiba pabila ibunya digoreng dan dimakan sedap sampai licin ke tulang temulang kendian kawen dengan anak raja menjadi permaisuri pula.. fuhhhh, penat merepek.. okbai..
Read More

Sep 23, 2014

Milkbooster Longan kering dan kurma merah

Assalamualaikum wbt..

Walaupun aku tak dapat fully breastfeed (BF) Danish, at least aku masih fully BF waktu malam.. alhamdulillah, syukur sangat² dah tu..

oleh kerana susu aku sangat merudum teruk sampai pernah langsung tak ada bekal untuk Danish kat taska, aku ikhtiar macam².. dari air coklat, shaklee, durian, horlicks, tak putus minum air masak, power pumping, keep on direct feed Danish..etc..etc..

bukan tak beri kesan, ada..tapi macam tak boleh statik dengan kesan tu.. sudahnya, berkurang semula.. sedih tu jangan cakap la..sedih gila².. tapi aku tak boleh sedih sangat, nanti aku stress.. dan untuk mengelakkan aku kecewa berterusan, aku cuba elakkan dari tengok gambar stok susu orang lain yang melimpah ruah.. hahahaha.. psiko ko tau tak!!!

so last week, aku ada order longan kering dan kurma merah.. ramai kata ok.. aku pun nak try gak.. semalam selamat dah sampai barang ni.. tapi belum try lagi.. patutnya malam tadi aku minum air rendaman longan kering dan kurma merah ni.. tapi entah nape malam tadi Danish sangat mengada².. tak boleh berenggang.. hemak pasrah..

so, hari ni aku akan cuba.. demi anak, aku akan buat apa je untuk beri dia yang terbaik.. pernah la aku menanges sebab tengok susu sendiri..alahai, ciputnya.. kesian kat anak.. moga kali ni dipermudahkan.. aku usaha, doa dan tawakal.. cuba yang terbaik untuk budak botak tu.. mihmihmih..


rupa sebenar longan kering..sumber:google

kurma merah.. sumber : google

insyaAllah mudah-mudahan usaha aku ni berhasil..aku dah usaha.. skang ni doa moga ada rezeki yang melimpah ruah untuk anakanda kesayangan tu.. plan nak makan habbatus sauda pulak nanti..


notakecik : hari ni esok dan lusa terpaksa amik Danish lambat...huwaaaa.. sorry sayang, mommy terpaksa
Read More

Sep 22, 2014

Berkira-kira

Assalamualaikum wbt..

aku baru ada anak..baru bergelar mommy..dulu masa aku belum kawen, aku suka mencarut mengarut pasal life aku..kadang² pasal anak buah..pasal family..pasal boipren..pasal jiran..pasal orang sekeliling.. yela, benda apa sangat aku nak share kat blog.. tapi aku suka baca pasal kisah anak² korang.. dah pandai merangkak, bertatih, cakap sikit² sampaikan aku pernah cakap dalam hati, soon bila aku ada anak, aku nak cerita gak pasal anak aku..tak banyak, sikit pun jadi la..

lepas kawen, aku sesikit cerita pasal life aku pas kawen.. pasal husband.. tapi manusia kan..iri hati tu tetap ada.. komen la macam².. bukannya aku cerita hal dalam kelambu.. so, aku tak ada expose sangat.. pasal majlis kawen pun tak berapa sangat.. review gitu² je, tu pun ada yang atas permintaan.. aku banyak update kat IG atau FB... yela, kat situ privasi sikit..

bila ada anak, aku seronok cerita pasal anak aku..perkembangan anak aku.. keterujaan pertama kali jadi seorang mak ni lain macam.. kalau boleh cerita anak aku pandai korek idung pun aku nak share.. niat aku bukan nak menunjuk.. jauh sekali nak bangga sebab kawen setahun dah dapat anak.. aku nak bila anak aku besar, dan insyaAllah kalau blog ni ada lagi..dia baca..  

aku sikitpun tak ada niat nak riak dengan apa yang aku ada.. nak tunjuk yang aku happy dengan suami dan anak..TIDAK.. sebab tu kadang² aku BERKIRA-KIRA nak update entry.. Danish je la modal aku.. kalau aku cerita pasal orang, kata aku mengumpat.. cakap pasal diri sendiri, buka pekung kat dada.. cerita pasal suami dan anak, kata menunjuk.. *geleng kepala*

TAPI PEDULI APA AKU..wakakaka..(dasar kepala batu) tak nak baca sudahhh.. tapi tu la, AKU BUKAN NAK MENUNJUK..BUKAN NAK RIAK.. aku cuma suka bercerita.. 

pandangla dari sudut yang positif, bersih hati, lapang dada..insyaAllah perasaan iri, hasad, buruk sangka tu tak ada.. 

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim”)



notakecik : ???
Read More

Aku ada kau tak ada

Assalamualaikum wbt..


hari ni Danish tak mo pegi kat pengasuh.. kemain peluk mommy.. anyonyonyo.. mengada sangat!!! mahap, tercerita pasal anak.. 

hati orang ni kan adalah yang paling susah untuk dijangka.. kadang² luaran nampak elok.. nampak ok.. boleh gurau sendaloka bersama singer.. tapi HAKIKATNYA TIDAK.. phewww.. 

kadang seboleh mungkin kite ni jaga pertuturan dan perbuatan dengan harapan tak akan menyakitkan hati dan perasaan pihak lain, tapi siapala kite.. pada kita, kita dah buat sesempurna mungkin.. tapi tidak pada orang tu.. 

iri hati..dengki..hasad.. kadang² kita tak ada niat apa².. tapi bila orang lain suka ambil terlalu berat akan sesuatu tu, jadila lain.. tak semua orang akan fikir positif.. ada jugak orang akan suka pandang dan fikir negatif dulu.. sebab tu akan timbul buruk sangka..

macam aku la..tetibe ada orang parking kereta bebetul depan pagar rumah aku padahal kami nak masuk.. terus membebel dalam hati.. padahal orang tu tumpang sekejap je..

tajuk tu macam tak ada kaitan je..wakakaka.. 

sembang pagi isnin..warm up dulu..



notakecik : bos tade..jyeah!!
Read More

Sep 21, 2014

Mandi kolam di tengah hari

Assalamualaikum wbt..


Belek² enpon..ada pulak gambar pasal bawa askar² pegi mandi kolam.. aisey..boley la ye aku up hari ni.. 

Sabtu minggu lepas (bukan semalam).. bawa anak² mandi kolam.. alerrr, bukan jauh pun.. kat Putrajaya je.. Presint 16.. dah alang² husband aku keje situ, bawa la ke sana..bebudak ni bila dapat mandi kolam dah macam Belanda dapat tanah.. puas la main satu sesi tu sampai kecut² jari.. pastu ngadu kat aku lapar.. makan penampor nak?? *hamboihh, garangnya*

tuuu..tuuu..budak 2 orang yang ada pelampung kat lengan tu.. tak kenal erti panas agaknya.. tengah hari ni hoi!!!

bertiga ni la aku usung ke kolam.. masa ni husband dukung dak Danish, aku jadi camerawoman.. penat aku jejerit kat diorg ni suh helok sikit main air tu..

hamboihhh..macam dia punye kolam je kan.. yang biru gelap tu dalam, untuk orang dewasa je ye.. 

waktu pegi ni memang tak ramai orang.. yela, sesi tengah hari, kul 1-3petang.. sape nak tetengah panas gitu.. bebudak tu je la sanggup.. aku teman pun kejap je..mujur la ada lifeguard tu kawan husband, boleh minta tolong tengok.. 

sape² yang nak bawa anak mandi kolam tu, bawa la ke sekitar Putrajaya..bersepah kolam mandi.. yang free, yang bayar.. yang dalam..yang cetek..yang cantik..yang tak berapa cantik.. 

okbye..selamat berhujung minggu uols..
Read More

Sep 20, 2014

Pipi merah

Assalamualaikum wbt..

Gini ceritanya.. semalam kan aku cuti sebab pengasuh Danish tak ada.. niat tu nak 5s rumah.. dari pagi membawa ke petang, baru siap.. bukan pasal umah besar ke hape, tapi takkan nak vakum umah time anak tidor.. 

masa Danish celik mata la aku tungkus lumus buat keje.. sambil dukung anak, sambil tangan gerak.. wahh, supermom sangat.. dan masa Danish bangun tido tu, aku pasan something kt pipi kanan dan kiri Danish, pastu tangan dia.. alamakkkk, apakah ini..
tu kat pipi tu..tetibe naik merah.. tak nampak sangat sebab susah betul nak amik gambar yang elok, tak duduk diam tangan dak botak ni.. tengok sekali imbas macam kena lempang pulak pipi dia tu..

ni satu lagi.. macam kena ulat bulu.. merahhhhhh.. hadoi la.. tapi tak ada pulak dia garu²..

yang ni kat tangan.. berbintat tangan engko nak oiii.. hemak riso dah ngape.. 

aku syak ni musti sebab habuk.. alergik habuk macam mommy jugakkah?? tapi husband aku mungkin Danish alegi sepi.. pffftttt.. sudahnya aku mandikan Danish, sental kaw² punya.. Alhamdulillah dah ok.. sayang, janganla awak alergik macam mommy jugak..susah woooo.. 


notakecik : asal aku nak gugel something je, mesti lupa apa benda.. haihhh, faktor usia mungkin..
Read More

Danish setia dengan Drypers

Assalamualaikum wbt...

sebelum mula, nak kabor awal², ni bukan iklan mahupun segmen tajaan ye.. cuma pendapat dari seorang hemak..satu lagi bukan nak kondem ye.. 

semalam aku cuba diapers yang dapat free dari hospital dan yang kawan bagi.. ada dua.. mamy poko pants dengan huggies yang kaler biru tu.. 


memula pagi tu pakaikan mamy poko pants.. oh my, sekejap je pakai.. tak sure berapa kali Danish membuang air kecik, dah banjir tahap berbahaya.. bocor dan habis basah baju dia.. huhuhu.. ni yang jenis pants tau.. terus aku reject.. mungkin Danish jenis yang membuang banyak, so tak sesuai untuk dia..mahap mamy poko.. 

pastu aku try pulak huggies.. ok tu ok..cuma bahagian pinggang tu macam tak menutupi penuh.. adala sikit bocor.. ke Danish ni kuat kencing.. entahla.. cuma siyesli aku rasa macam tak beri keselesaan kat Danish esp bahagian pinggang yang macam kurang kemas.. mahap juga kepada huggies..

mahap gambar tak berapa senonoh.. memang nampak ok..bahagian pinggang tak dapat lak amik gambar, dah macam ulat beluncas tak duk diam..


sejak Danish lahir tu aku memang beli Drypers.. beli satu pek je dulu nak tengok condition kulit dia.. yela, ada babies yang ruam.. Alhamdulillah Danish ok je sepanjang 5bulan pakai Drypers tu.. so, dari saiz NB ke saiz S dan skang pakai saiz M.. totally selesa untuk Danish.. kecuali kalau Danish bebe.. dahla dia jenis tak duduk diam.. baru bebe dah ke baju seluar dia punya yayik.. miahahaha.. engko ni Danish, baby lain kalau bebe terus tak selesa, dia boleh ilekkk je main berguling bagai.. grrrrrr...

sedang mentido..salin pampers pun wat lek je tido.. engko ni tak ada perasaan ke Danish??

ok..berdasarkan eksperimen semalam..aku berpuas hati dengan Drypers.. dan mungkin akan terus setia dengannya.. jenama lain?? mungkin akan cuba gak..tapi nak yang sample sebab free.. wakakak.. yela, kalau tak elok kang bazir je beli banyak²..aku kan kedekut.. LOL

okbye..selamat bercuti... *aku keje*
Read More

Sep 18, 2014

Nyamuk Paya

Assalamualaikum wbt..


Masa nak masukkan Danish dalam kereta pagi tadi, berkejaran nyamuk ikut masuk.. rasa macam dah usir mereka.. tapi rupanya aku bawa sekali.. biadap betul..

sudahnya, sepanjang perjalanan aku dari Dengkil ke Bangi, aku berperang dengan nyamuk.. mujur tak terbabas.. 

aku berjaya lempang 2 ekor nyamuk.. lagi sekor masih ada dalam kereta.. kebetulan jatuh kat area yang sama..hahaha

nyamuk paya ni macam lain macam je kalau gigit.. dia punya gatal tu, perghhhh.. geram pulak.. Danish tu entah berapa juta kali kena gigit nyamuk.. nyamuk lak pandai, aim kat kepala je.. sembunyi celah rambut Danish, aku tak nampak.. tau² merah je kepala.. hadoila..

segala ubat nyamuk macam tak memberi kesan je.. semua dah try kecuali yang melingkar tu.. idok ler aku nak bakar, mau sesak napas nanti..

nyamuk, andai ko masih bernyawa aku balik nanti, siap kau!!!
Read More

Sep 17, 2014

Jalan-jalan Kidzoona AEON Taman Equine

Assalamualaikum wbt..


Kononnya semalam nak duk rumah saje..sudahnya keluar la jugak.. since husband keje, kuar dengan kakak aku je la.. puas fikir nak pegi mana.. anak² akak tu suka je kalau ajak berjalan, lebih² lagi mandi kolam atau main taman.. musti Danish dah besar nanti perangai gitu gak.. mentabah!!



entrance.. weekend & public holidays RM15, weekdays RM10.. berbaloi..






macam² gak aktiviti kat sana selain mainan yang ada.. ada mewarna, teka gambar, ada maskot joget².. okla untuk anak².. satu lagi, boleh kuar masuk.. maksudnya, since anak korang dah pakai tag tu, diorg boleh je kuar makan then masuk semula sebab ada sesetengah tempat memang tak boleh keluar.. tapi aku pening pulak duduk situ, riuh sangat.. macam mana nak ada anak ramai ni kalau riuh pun dah pening?? 

spot me!! ececehhhh Danish.. macam dah besar sangat duk atas tu.. seketul je kat situ, rasa nak baling bola je..

hurmmm..mencelah sikit.. hemak bersama anak.. muka anak tak rela.. hemak pulak ada masalah eyebeg yang kritikal.. phewww..

untuk info, kat Klang Valley ada 3 outlet, Kidzoona Empire Subang, AEON Taman Equine dan AEON AU2 (Setiawangsa)..untuk lebih info, klik SINI.. aku ni tunggu Danish besor sikit hari lagi, nak heret ke tempat cenggini.. pastu nak bawa g gym, nak bagi kental sikit..hahahaha.. 

Selamat terkinja² anak-anak sekalian..



notakecik : kubur masih merah, dah sebok rebut harta nak jual tanah pastu makan sendiri anak beranak.. bodoh tak bertempat.. eloknya korang je yang meninggal..
Read More

Sep 16, 2014

Anak lain mak

Assalamualaikum wbt...

Salam Satu Malaysia..*semangat giteww walaupun duduk umah sajo ye*

Aku kan..kalau bawa budak Danish jenjalan..tak kisahla berdukung ke, nek stroller ke..orang musti pandang lain maciammmm je.. apehal uolsss?? sampai la satu masa, akan ada yang berani bertanya..

"Anak ke ni?? Putihnyaaaa...ikut sape ye?"

Dari nak senyum manis terus jadi tawar.. amboiii, nak kata aku itam lettewwww.. *nyampah pulak eja gini* putih ke si Danish tu?? biasa je aku tengok..

tak apa la nakkk..janji kuar dari rahim mommy.. putih pun putih la, jangan jambu udah.. mommy tak sanggup.. 


hurmmm..macam betul.. 


yela..Danish lebih putih dari mommy.. tsk..tsk.. *tengokla tu, dia punya tak nak selfie dengan hemak dia, macam² gaya dia buat..paling best, tolak muka mommy..baiklah*


paling best bila ada yang buat muka pelik bila aku bawa Danish.. baaaanyak kali la.. malu tau aku.. anak aku la tu hoiii..ingat aku ni bibik ke haaa??



notakecik : Danish mula melasak..makin mengurus la mommy cenggini.. sobs..sobs..

Read More

Sep 15, 2014

Terhantuk

Assalamualaikum wbt..

Isnin datang lagi kekdahnya.. coti 2hari macam tak coti..penat weyhhhh..

semalam pulak anak bujang terhantuk kepala kat kabinet tv..salah aku, tinggalkan Danish bergolek² tanpa pemerhatian.. alorrr, sian anak mommy.. tapi kalau tak kena macam tu, tak kental la nanti.. cumanya menangis beria la, macam kena sebat je gayanya.. Danish, awak tu boboy tau, bukan gegirl nak nanges sungguh²..

alahaiii..sikit je ni Danish oiiii.. mommy dulu lagi teruk dari awak tau, terpijak kaca, bibir koyak, tapak tangan seret jalan, lutut bores..haaaaaa.. tapi masa bukan umur awak la..


setakat berbirat je la.. nanges kemain lama.. 

best gak kalau blog ni nanti Danish boleh baca.. musti beliau malu..miahahaha..okla, sambung keje.. hari ni halfday, mau anta anak bujang ke klinik.. berapa la berat beliau nanti.. hukhukhuk..


notakecik : hari ni ramai pakat cuti, menyambung cuti esok sekali gamaknya..
Read More

Sep 14, 2014

Pinjaman

Assalamualaikum wbt..


banyak betul iklan ajak orang buat pinjaman peribadi.. tapi sasarannya adalah orang Melayu.. sebab apa aku kata gitu?? sebabnya iklan buat kenduri kawen.. pfftttt...kesian orang kita..

orang kita jugakla ramai yang salah pinjam..pegi pulak pinjam dengan along..

loan ni jerat sebenarnya..



notakecik : hati oh hati
Read More

Sep 13, 2014

Danish tidur

Assalamualaikum wbt..

Hari cuti adalah hari yang ditunggu².. betul tak korang?? yela, masa ni la dapat luangkan masa dengan anak.. aku kalau hari keje, memang susah sangat nak main² dengan Danish.. amik Danish kat taska dah kul 6.30petang.. sampai umah niat nak ajak main terbantut sebab Danish dah mengantuk, pastu ngamuk nak tidur.. nasibla tidur menepek ke aku, masa tu la dapat manja² dengan anak..

eh, siyesli suka gila tengok anak masa tidur.. macam² memek muka dan gaya aku nampak.. sengih, cebik, muka siyes.. kelakar la ko nak!!! *mahap, penuh gambar Danish je ye..harap jangan muntah*

tidur menyongeh...

konon comel

mata tak katup rapat..

mengepak macam penat sangat gayanya..

kerut dahi memikirkan masalah sambil gentel kain..

tidur cebik muka

kerut dahi jua..muka siyes bebenor

tak tau ni gaya apa..asal boleyyy

ni pun sama.. 

phewww..aku memang suka snap gambar time Danish tidur.. masa tu la aku boleh simpan momen comel Danish.. nanti besor, aku nak tunjuk kat Danish.. skang habit Danish adalah pantang nampak mommy kat dapur.. sebok panggil kita suh bawa dia sama.. kenkadang ayah jadi patung cendana kat dapur sambil dukung Danish tengok mommy masak, cuci pinggan, bancuh susu..etc..etc.. nasibla rumah sekangkang kera, dari dapur pun ayah masih boleh tengok tv..wakakaka..


Dan skang, Danish makin tak ada nafsu tak tidur.. melasak bukan main.. paling lama pun tidur 3jam.. dan pernah pecah rekod tidur cuma 5minit.. kendian celik mata dan menyengihhhh tak kena tempat.. bertabah je la mommy awak ni Danish..tsk..tsk..



notakecik : kenkadang cuti minggu 2hari macam tak cukup..wakakaka
Read More

Sep 12, 2014

Nasib Aku

Assalamualaikum wbt..


Next week genap 3bulan aku kat main office.. perasaan?? bosan, menyesal, menyampah, kosong..

Mac atau April 2013, aku "dicampak" ke department lain atas alasan tak ada mainpower.. 2orang kerani berhenti.. yela, sape tahan kalau dikerah macam "hamba".. aku pun kena, tapi sebab masa tu nak kawen, aku cekalkan hati... duit nak pakai banyak.. big bos janji dengan aku itu hanya sementara.. paling lama adalah 2bulan..atau dia kata, lepas aku kawen aku akan ke tempat asal aku semula.. aku ikut je sebab malas nak bertekak..aku kawen Mei 2013..

sampaila aku dah kawen..mengandung..aku bertekak sebab mana janji "sementara" tu.. masa tu masuk 6bulan..melebihi tempoh yang dia janjikan.. lama² aku mula terima sebab itu je la punca rezeki aku..takkan nak resign semata² benda kecik bodoh macam tu.. aku pun dah selesa, serasi, seronok segala mala la..

April 2014, aku cuti bersalin dan akan masuk keje semula Jun 2014.. cuti bersalin 2bulan je.. masuk keje, tetibe big big wolf bos panggil masuk bilik meeting.. "Tina, mulai hari ni u duduk semula kat tempat u dan buat keje berkaitan system dan inventory macam sebelum ni".. Menggeletar badan aku..marah, sakit hati, benci..semua ada.. aku argue dan aku kata tak nak.. Dia tetap kata aku kena duduk main ofis, keje macam dulu.. "bukan niat saya nak campak u ke mana² dept bla..bla..bla..".. aku malas dengar.. aku fikir aku baru habis pantang la aku rileks, kang meroyan jadinya..

aku duduk tempat lama aku, sebelah budak² Eng... budak baru.. aku pulak KOSONG pasal keje lama.. SETAHUN aku tinggalkan..aku jadi blurr.. aku ibarat budak baru kat ofis tu.. melangutttt..berangannn..layan tenetttt.. macam orang bodoh dan sampai skang pun masih sama.. 

yang terpaling aku bengang dan sakit hati..monitor baru aku diorg sesuka hati bagi kat budak eng.. CPU aku letak kat orang lain yang kononnya dulu nak bagi balik kat aku kalau aku keje situ balik.. dapat CPU yang asyik hanggggg je.. tetibe autorestart.. pernah aku buat keje (excel), tetibe pc padam.. aku tak save lagi.. tak ada backup.. ko rasa?? aku carut dalam hati je..

sejujurnya, aku tak ada kerja.. kerja aku awal dan ujung bulan dan masa inventory sebab aku dan bos aku PIC inventory dan sistem.. aku zero bab IT, kalau network problem, cari bos aku dan aku..printer jammed, cari sos aku dan aku.. pc masalah, cari bos aku dan aku.. emel problem, cari bos aku dan aku.. so, buat je la, 6tahun dah keje sini, dah mahir sikittttt.. tapi kalau yang MEMANG AKU TAK TAU, aku akan cakap, tunggu bos ye.. bab tak ada kerja, memang TAK ADA KERJA.. aku dah minta keje, dia sendiri kata "u buat la apa² asalkan nampak macam u buat kerja".. LOL.. berkat tak gaji aku?? aku takut..kenkadang rasa nak nanges.. 

jadinya, makin kuatla perasaan ni nak berhenti keje.. sampaikan husband aku sendiri kata keje aku mengarut.. yes, mengarut.. ohoiiii, sedihnya!!! pity u tina..boooo




notakecik : mohon diri ini sentiasa sabar dan tabah
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com