Nov 27, 2014

Tentang babywearing

Assalamualaikum wbt..

Semalam ada nampak gambar anak sorang artis yang didukung secara facing out.. pastu ada yang komen yang pada aku lebih kepada teguran secara baik ataupun teguran dengan niat nak perbetulkan apa yang dia buat.. tapi biasala, ramai lak yang fikir negatif tentang komen tu.. yang komen negatif tu lak mostly budak² yang aku yakin belum kawin dan belum ada anak.. 

aku pun pernah up entry pasal babywering sebelum ni.. masa tu siyes aku tak habis explore lagi pasal dunia babywearing ni.. even sampai sekarang pun, aku masih tak khatam.. carrier yang ada skang, aku sumbat dalam stor.. nasibla dak Danish tak nak duk dalam tu.. dan sekarang, aku pakai batik lepas sementara masih mentelaah ssc mana yang sesuai untuk aku carry dak Danish..

klik untuk paparan lebih jelas
mula-mula, sila study tentang jenis² babywearing.. baca dan faham

fahamkan mana yang boleh dan mana yang tak boleh


pilih mana yang sesuai untuk anak korang

kedudukan yang betul.. janganla menyakitkan anak.. susah payah kita mengandung dan bersalinkan dia, takkan nak "seksa" anak macam ni.. kesiankan la kat anak tu..

 kalau cuma ada CC dan belum beli SSC, perbaiki kelemahan CC tu.. upgrade sikit bagi nampak elok pada bayi dan beri keselesaan pada bayi..


study kedudukan kaki tu macam mana..

nah, baca sebab kenapa dan mengapa kedudukan facing out adalah tidak dibenarkan.. 

baca tu, "RULE FOR SAFE BABYWEARING"..

sumber semua gambar : Malaysian babywearer

semua gambar ni aku amik dari group Malaysian Babywearer kat facebook.. jengah² la group tu.. banyak info boleh dapat.. dari zero, insyaAllah kau akan jadi hero kat anak² kau..*admin group, maaf, saya pinjam gambar nak share dalam blog*

Bila korang study gambar yang sikit aku letak ni dan baca ayat dalam tu, masa tu la korang tau kenapa itu tak boleh..itu tak kena.. ini boleh.. itu dilarang.. itu ditegah.. dunia keibubapaan ni bukan sekadar ada anak, jaga anak, bagi minum susu, tukar pampers je.. orang memang pandang remeh benda ni, tapi tau tak kesan jangka panjangnya..

pastu lagi satu, bab harga memang mahal.. nak selesa, nak anak tak sakit, nak kite pun tak sakit, kena la berbaloi dengan harga.. ni bedal beli yang fake, tiruan punya.. ada tak dengar kes baby jatuh dari SSC yang fake.. tak original..heyy, koma tau baby tu!!! haaa, jangan main²..

atau nak lebih jelas, terjah blog siraplimau ni, ada dia huraikan sebutir² pasal babywearing untuk korang lebih jelas.. 

kalau rajin lagi, google pasal babywearing ni..insyaAllah banyak info boleh dapat..




lebiu Danishhhh.. *ehh, tetibe*
Read More

Nov 26, 2014

Kempiskan Perut

Assalamualaikum wbt..

Semalam otw balik keje, tak pernah² dengar radio Suria fm, aku dengar gak semalam.. topiknya, lebih kurang macam azam menjelang 2015.. haaa, gitula..

ada sorang ni, nama dia Yana..sungguh aku dengar..azam nak kempiskan perut.. bersalin bulan 4 hari tu.. normal la lepas bersalin perut buncit..aku pun sama..paling best ayat dia, "kalau baring ke kanan, perut pun ke kanan..baring ke kiri, perut pun ke kiri.." siyes aku berdekah dengar.. hahaha.. 

Adik ke kakak Yana,kite sama weyhh.. aku ni puas la nak kempiskan perut.. tapi macam mat jenin je.. konon la dulu rajin sit up..pastu hampeh.. ohoiii, bencinya.. masa dalam pantang, rajin aku berbengkung dan memang berhasil.. habis pantang 100 hari, makan tak hengat... bukan makan, tapi membedal.. pastu hambek, berlapis perut..

kalau tanya berat, memang tak la berat mana, 42kg je.. okla berbanding sebelum mengandung tu, 38.5kg.. berat dah ok sangat.. kebuncitan je melemaskan aku.. kadang² Danish guna buat memanjat.. ko hengat lipatan perut  ni apa Danish, tangga?? 

bukan perut aku..aku cilok dari Google.. ni contohhhhh



so..ada petua tak cane nak kempiskan perut..hahahaha.. aku siyes la weyhh..
Read More

Kelebihan VCO untuk ruam

Assalamualaikum wbt..

Haaaa..tajuk macam nak buat review je kan..gitu la lebih kurang..

Hari tu kan ada bagitau yang dak Danish kena ruam lampin.. serius aku terseksa gila tengok.. setiap kali tukar pampers, baru buka seluar, Danish dah sebok menggaru celah peha dia tu.. hadui la nakkk, hemak sangat tak sampai hati tengok..

Pastu ada yang suggest apply krim Buds tu.. aku cari dah kat Farmasi, tak ada weyhhh.. geram gak la.. kat tempat aku bukan ada baby center.. sudahnya, aku gigih la google.. kot² ada cara lain yang berkesan.. ternampak ada yang share kata suh apply VCO aka minyak kelapa dara.. 

KEBETULAN, ada lagi balance VCO aku punye yang aku makan masa mengandung tu.. ada la lagi 4 biji macam tu.. dengan bismillah dan selawat, aku apply.. hari pertama..hari kedua..masuk hari ketiga, memang ada perubahan.. Alhamdulillah..aku lega sangat².. Danish memang still menggaru sebab ada lagi sikit² ruam dia.. dan sekarang, dah semakin helok..tapi VCO tu dah habis pulakkk.. arghhh, sakit pulak hati kite ni.. hahaha..
hah..aku guna VCO ni.. sangat berkesan.. kulit pun akan cantik, tak ada bekas parut..insyaAllah.. skang ni ruam tu tinggal sikit je..

oleh kerana berkesan, aku nak teruskan guna VCO.. maybe pasni beli jenama lain la.. leceh tau nak koyak tiub dia tu...hahaha.. dan skang aku aim Tropika - Minyak Kelapa Dara (VCO) Blackcurrant.. menyesal gak la dulu awal² tak nak beli.. grrrr...



sumber gambar : google

aku nak beli yang ni la.. tengok dia punya kelebihan, memang bagus.. ataupun aku nak beli satu set semua.. muahahaha..orang tamak dapat banyak maaa...
Read More

Nov 25, 2014

Lady Driver

Assalamualaikum wbt..

Bila parking senget..
Bila drive terhuyung hayang..
Bila drive lambat macam siput..
Bila drive laju sangat macam the flash..
Bila makan jalan..
Bila potong que..
Bila gelojoh..
Bila gelabah..
Bila larut malam tara kuca ca.. ehh, salah..

Tu semuaaaaa tu, orang memang akan kata, "tu mesti pempuan yang bawa kereta"..

aku pun akui, kadang² betul..

satu lagi yang memang Lady Driver..
v
v
v
v
v
v
v
Pakai lipstick sambil drive..itu aku selalu buat.. *masa traffic light merah atau keadaan trafik terlalu perlahan 20km/j*


Sape lagi boleh buat macam tu?? Angkat tangan!!!



Eh satu lagi, pin tudung..muahahaha...
Read More

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? (SAYA)

Umur pengguna? (29 tahun)

Jantina pengguna? (Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak dan Kering)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
(Bila umur dah makin banyak,kulit semakin nampak kusam dan berminyak.. so nak dapatkan Ephyra untuk kembalikan keremajaan kulit.. tak nakla nampak tua sebelum usia..)

Pengguna Ephyra? Tidak


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Read More

Nov 24, 2014

Terlebih sayang

Assalamualaikum wbt..

Too protecting..yess,aku akui tu sifat sikap aku as a mom.. sesejak jadi emak, aku cepat emosi.. mudah menangis.. lembut hati.. hah, nampak sangat sebelum ni aku baran..

okla, sejak adanya dak Danish, kadang² aku rasa aku ni paranoid yang bukan terhadap aku, tapi anak aku.. paranoid tu macam melampau sangat lak.. terlalu melindungi je la ye.. 

contohnya, anak aku sihat, tetiba datang anak orang lain yang selesema..duk cium anak aku.. aku akan rasa macam nak halang anak aku dari dicium atau bawa lari je anak aku atau marah budak tu atau apa² je asalkan anak aku terhindar dari budak yang nak gomol.. 

ada jenis parents yang TAK BOLEH ANAK DIA KENA MARAH.. aku insyaAllah boleh je.. marah untuk kebaikan tak apa.. aku cuma terlalu melindungi anak aku dari sebarang penyakit.. kadang² even orang cubit pipi anak aku pun aku rasa macam, Grrrrrrr.. boleh je cubit, tapi boleh tak cubit manja² je.. jangan ko tengah geram, datang kat anak aku pastu cubit macam nak tercabut pipi dia..hah, ni aku geram gak la..tapi mampu tengok, nak tegur kang masam muka.. ehhh..

aku terlebih manjakan anak? anak baru 7bulan kot.. dia buat hal ke, mengamuk ke, mengada sangat ke, aku marah...tapi marah² sayang.. even kadang² kesabaran aku dah melampaui batas, aku ketap gigi je la.. hah, hambik, kena kancing gigi engko nanti tina.. aku cepuk gak dak Danish tu, tapi cepuk kat pampers dia je.. weyhhh, kecik gini la nak manja².. dah besar nanti, masa tu dia dah pandai kata "TAK NAK", masa tu la ko akan rasa, "menyesal lak dulu kurang bermanja dengan anak".. 

aku berharap agar aku tak manjakan anak² aku kelak..tapi biarla aku terlebih sayangkan diorg.. 


masa Danish umur 2bulan..aku yang buat ni..adik aku tukang amik gambar.. hahaha














depan mata mak, pipi anak kena cubit sampai anak menangis, tak mampu kata apa la.. marah dalam hati je la.. huhuhu.. 
Read More

Cutiiiiii je la ko ni

Assalamualaikum wbt..

Pheww..finally internet kat opis baru boleh..ok, nampak sangat bergantung tenet kat opis.. wakakaka.. 

3 hari beb aku cuti, Jumaat, Sabtu dan Ahad.. Danish tu entah angin apa, merengekkk je.. letak bawah tak nak.. nak berdukung je.. hemak memang pasrah.. sudahnya, Jumaat tu aku cuti.. siyesli, sejak ada anak, aku cutiiiii je memanjang.. tiap bulan woi aku cuti.. cuti pun habis begitu sajaaaaaa... 

well, kalau kena dengan orang yang faham, faham la beliau.. kalau kena yang tak faham, for sure dalam hati kutuk aku.. kite ni kadang² bukan suka² nak cuti.. kalau tak kerana anak, memang aku tak cuti.. hah, hari ni aku memang tak sihat..kepala ting tong semacam.. aku gagahkan jua pegi keje.. malam tadi tidur memang tak lena..dengan Danish yang tetiba ketawa mengekek sensorang, bila aku sergah, "hah, main dengan sape tu??", terus Danish diam.. banyak kali gak la Danish bangun.. 

cepatla bulan doblas, ujungggg..banyak sikit cuti company bagi.. 

ehhh, ada sape² pegi Karnival Upin Ipin?? Formula E?? MAHA 2014?? husband ada banyak tiket Formula E, tapi tak pegi.. anak kecik oit, kesiannn.. yang Upin Ipin lak, kemain sesak.. jauh parking,ada sampai ke Taman Cabaran, padahal event kat PICC.. hazab jugak la, mujur tak pegi even dan plan dengan akak aku.. kensel!! MAHA 2014 tu aku mampu lalu je la.. sudahnya kami ke IOI City Mall, tapi tak masuk.. lalu gak.. hahaha..

Hari cuti, gunakan sepenuhnya duk umah sambil gomol anak.. complete!!

eh..eh..terselit lak gambar dak Danish ni.. dia skang pandai pujuk, kalau mommy marah, lekas² pegang pipi mommy.. alahaiii, melting nak oiii..

okbye..
Read More

Nov 20, 2014

Tukang sepah

Assalamualaikum wbt..

Ada anak kecik yang dah mula melasak ni memang menguji kesabaran.. ye, anak aku baru 7bulan.. tapi dia punya melasak tu..phewww.. maybe sebab anak lelaki kot.. hemak kecik, anak bila memberontak, dia suka hempas² badan dia.. kadang² aku memang tewas..

skang ni dah start suka buat sepah.. aku pasrah..pasrah sangat..

aku dah lipat tudung tu..susun cantik..datang dak Danish, dia saja landing atas tudung, tarik selai pastu lap hingus dia.. aku rasa macam, erghhhh..gud boy!! bila aku marah, buat muka tak puas hati..

tarik² beg bedak dia..habis bergelimpangan bedak, minyak telon, losyen, minyak rambut dia.. ni sebelum bergelimpangan.. aku tak dan nak snap gambar.. bengang barangkali..

Danish tertarik dengan benda yang kaler menyerlah.. merah!! bedak cap agnesia, suka terbalikkan macam tu lepas dia pusingkan tudung..habis tumpah bedak.. pastu dia landing atas bedak.. satu badan bau bedak.. haku jugak yang bersin²..

dan skang tabiat dia, pantang nampak aku kat DAPUR... sure Danish akan panggil "ma..ma..maaaa"... bila aku amik, tempat tuju dia rak botol susu, rak pinggan, peti ais.. pasni semua benda kena sembunyikan.. 

anak dah start menyelongkar ni, kepeningan la aku.. tapi tak nak sembunyikan barang la, kang bila pegi rumah orang, Danish jadi jakun lak.. kena train la dari kecik jangan suka² usik barang dan sepahkan barang.. haaaa, boley gitu?


notakecik : dah lama tak ada notakecik..tak tau nak note apa..macam² perasaan ada skang ni.. menyampah!!
Read More

Hari kanak-kanak

Assalamualaikum wbt..


Buka Google, kuar mende ni..sooo, selamat hari kanak-kanak untuk semua kanak-kanak..*macamla ada kanak-kanak yang baca blog aku*.. hehehe..

teringat zaman kanak-kanak aku.. siyesli, sangat rindu.. kecik² langsung tak ada masalah.. tak ada tekanan.. hahaha..tekanan lagi.. weyhhh, aku masa kecik budak nakal+degil.. lasak tapi kuat nanges.. pernah gak jadi pembuli kat sekolah.. samseng sangat masa tu.. gasak anak orang kat bus stop.. mampu?? 

masa cuti sekolah ada paling aku tunggu..sebab boleh main pondok², pakai inai, main guli, main bola sepak, konda kondi, basikal, berenang kat parit, panjat pokok, gasak kebun orang, memancing, kejar kambing orang, curi telur itik, buat rakit, etc..etc.. tapi yang tak bestnya, aku kena amik alih tugas ustaz ajar budak² mengaji.. siyes part tu aku rasa tak best sebab aku kalau boleh pas mengaji, nak terus balik dan boleh main hantu² sakat orang.. jadi bila kena ngajar budak² lain, aku paling last balik umah.. 

paling penting, adalah sangat best jadi budak kampung.. haaa..jujurla, wajib ada kudis weyhhh sebab suka bergelumang kat parit, main tanah, korek pasir, berkubang.. sekarang ni je aku geli..acah² orang bandar.. *wak luuuu tina!!*.. nanti Danish besar, aku nak ajar semua tu.. 

okla..okla..lari tajuk dah ni.. SELAMAT HARI KANAK-KANAK untuk semua anak, anak sedara, cucu, sepupu kecik korang..

ada hari baby sedunia tak?? nak wish kat dak Danish..
Read More

Nov 19, 2014

Tekanan

Assalamualaikum wbt..

Weyhh, puas aku fikir nak cakap pasal apa kat blog.. adakah aku dah macam budak Bundle , boring berblogging?? haihhh, jangan..jangan..aku sayang kot dengan blog aku..

pasal entry aku yang semalam cakap pasal terlajak tu, ramai pulak yang view.. hahaha.. terlajak apa?? terlajak laris?? terlajak perahu boleh diundur?? sampaikan ada sorang kakak ni ingat aku tekanan.. 

tekanan dia kata aku?? kehkehkeh

haha..kalau ikutkan, aku memang tekanan gak la.. sebabnya, aku tak boleh cuti hari ni.. Danish tetibe demam pulak.. adui..dui..dui.. nak cuti, bos aku pulak tak ada.. kang aku cuti gak, bisingggggggg.. 

Dan skang ni, aku tekanan gak la..tekanan sebab hilang mood jap nak update blog.. miahaha.. tu pun nak kabor, ye dakk..

dalam pada tekanan tu, sempat la aku masak bubur untuk dak Danish malam tadi.. buat stok untuk seminggu.. demam² pun selera besar dak botak tu.. haaaa, itu mommy suka.. aku memang happy gila babas kalau apa yang aku masak, husband dan anak makan habis.. pernah gak la masak memang langsung tak sedap, husband aku makannnn jugak.. bila aku kata, "Pa, tak sedap kann".. dia kata, "tak la..ok je..".. rasa nak joget je.. 

dahla..dahla..merepek pulak.. aku suka merepek dulu, nanti datangla idea nak tulis apa.. trick licik.. LOL
Read More

Nov 18, 2014

Terlajak

Assalamualaikum wbt..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
dalam kita rasa nak meluah atas dasar geram..atau mungkin sekadar lepaskan perasaan..akan ada yang ambil kesempatan..
.
faham tak?
tak perlu jelas panjang..
senang kata, hati manusia lain-lain
perangai dan tingkah laku sukar diduga
kalau hari ni biru..tak mustahil esok hitam
.
kalau dah terlajak, susah nak patah balik
ko hengat ni macam kerete, lori bas atau van yang ada gear R
orang ingat sampai MATI.
.
lidah mata telinga kena jaga.
.


kadang-kadang orang yang kita anggap kawan pun boleh tikam belakang tau. luar memang nampak Tina..dalam tu syaitan (contoh)
Read More

Nov 17, 2014

Abang Aji kecik

Assalamualaikum wbt..

sape yang follow IG aku dan fren dengan aku kat FB, musti tau gambar ni kan.. aku memang suka jadikan anak aku sebagai bahan ujikaji.. maksud aku macam pakaikan tudung, songkok, stokin besar, baju besar, cap, ermmm..macam² la..

Raya puasa hari tu akak aku ada bagi kopiah.. aku memang tak beli la untuk dak Danish.. pakai masa raya tu longgar sangat².. siap turun ke mata lagik.. hari Sabtu lepas, Danish kemain asek nak mengamuk je.. aku sebok kemas baju² dia, dia sebok panggil "maaaa...maaa...maaa..".. ternampak kopiah tu, terus pakaikan.. kebetulan dia ngah pegang tasbih, terus husband kata.."hah, bagus Danish..moga lembut hati tak nanges² dan mengamuk lagi".. *boley ehhh*

Semalam, buat hal lagi.. alahai anak, saje nak bagi darah hemak engko ni naik, tapi hemak engko ni sabar je la.. mata tu nampak sangat mengantuk, tapi duk tahan tak nak katup.. nak mainnnnn je.. aku layankan je la.. kang merajuk, pastu mengamuk.. mentabah je la.. teringat husband kata pakai kopiah dan tasbih biar lembut hati, aku terus capai kopiah dan tasbih, pakaikan kat Danish..

muka pasrah je.. ni duduk bersendal bantal..

masih belum mengerti nape hemak beliau sebok snap gambar..

ok..ok..dah start lembut hati..muka beriman sangat..

dannn..yeah!!! lebor engko senyum ye nak.. mommy suka.. 

memang betul la apa ayah Danish kabor..memang lembut hati.. hahaha.. kopiah dah ketat dah.. kopiah tu mengecut maybe.. *tak terima anak dah besar*.. 

ada sape² nak cop Danish sebagai calon menantu?? hahaha

Read More

Haiwan peliharaan

Assalamualaikum wbt..

since bos tade, marila kite update banyak² sementara stok masih ada.. wahh, macam niaga pulak..

Dua hari cuti, habiskan sepenuh masa kat anak.. main, bergomol, gelak, bergaduh.. Danish tu pun tengah tak sedap badan.. semalam bawa la dia berurut.. barula sedap Danish tidur malam tadi.. kalau tak, asek merengek dan nak tidur kat riba je.. alahaiiiii...

malam tadi tak tau angin apa, tidur lambat.. biasa pas isyak dah tidur.. sebagai supermak, layan la dulu anak bujang.. bagi dia main puas².. aku pun terpaksa la jadi kanak-kanak juaaa... dah segala mak nenek menan Danish pun kuar..


nahhh..itula hewan peliharaan Danish..itik, lembu, harimau, kuda belang, zirafah..kucing pun ada, tak masuk dalam gambar pulak.. tapi engko ingat Danish heran?? sekor hewan pun dia tak kenan.. cuba ko bagi kunci, sudip, senduk, mangkuk, plastik, kertas, bakul kain, pampers..confirm dia duk diam..

kaki tu..kaki tu..selalu kena gigit.. hahaha!!! okbye..

banyak pulak gangguan hari ni..blerghhh
Read More

Belajar jadi seorang emak

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari Isnin.. *yawnnnn*.. 

amboiiiii, sejak jadi hemak orang ni serba serbi macam tau je kan.. aku la tuuu.. hahaha.. tak ada la, semalam terbaca status kawan aku kat FB.. anak dia nafas berbunyi, syak kahak la kannn.. aku yakin belum habis pantang lagi sebab rasa macam baru hari tu dia kabor selamat bersalin.. dia minta pendapat macam mana nak hilangkan..

ok..ok..nafas berbunyi untuk baby yang baru lahir adalah NORMAL (ni doctor yang bagitau aku masa lepas bersalinkan Danish).. satu lagi, baby bawah 6bulan seeloknya jangan diberi apa² ubat khususnya UBAT BATUK.. mohon jangan ye..

yang tak pahamnya, ada jugak yang suggest bagi ubat batuk.. LOL.. anak dah berderet kot, tak kan tak tahu bahaya ubat batuk untuk baby?? even pegi klinik pun, doc atau nurse memang tak akan bagi.. bila bagitau pasal garlic oil oleh aku yang baru anak satu, macam was² pulak penerimaannya.. 

yelaaa, aku belum ada anak berderet².. pengalaman pun masih cetek bab² jaga anak ni.. tapi peduli apa aku, aku kongsi petua..aku pun kongsi pengalaman.. macam la anak aku tak pernah batuk dan selesema masa bawah 6bulan.. aku dah buat garlic oil, potong bawang merah, steam, neb..kita sebagai ibu, kena study semua tu.. aku sendiri masih study.. 

dah jabi emak ke..belum jadi emak ke..kena belajar..belajar dan belajar apa yang baik dan buruk untuk anak..jangan hentam je, silap haribulan seksa anak sendiri.. 
Read More

Nov 14, 2014

Berbedung

Assalamualaikum wbt..

Ye..anak aku tidur bedung lagi.. dah masuk 7bulan, masih bedung lagi..yela, orang asek tanya je.. "Eh, dah besar pun bedung lagi ke?"

Amboi, besar sangat ke anak aku.. kecik lagi kot.. alorr, jangan risau..aku tak sentap pun.. cuma kadang² macam menyampah nak jawab.. miahaha.. Danish spesis tidur terkejut² masa baby.. jadinya aku bedung.. dia punye terkejut tu, tangan sampai boleh kuar masa bedung.. pastu suka menggeliat, sama gak..tangan berjaya dia kuarkan..

orang tua kata, bila tidur bedung, lena sikit.. sesungguhnya, orang tua adalah benar belaka.. tapi aku bedung Danish time tidur siang je.. memang kaw² Danish bantai tidur.. kadang² membawa sampai 4jam.. aku usik macam mana pun, Danish liat nak bangun.. haaaa, hamekkk..

malam tak bedung sebab dia tidur musti peluk aku.. kena mengiring dan bawah ketiak aku.. silap² boleh berubah jadi tidur meniarap..
planking.. LOL.. ni la jadinya kalau tak bedung..kemana² dia pergi..

kebetulan, kat taska memang pengasuh suka bedung dak Danish.. bedung sampai ke kaki koooo.. tapi setakat ni Danish ok je.. tak meragam bila kena bedung..

sooo, cer korang bedung anak korang kalau nak tidur..kompom lama..


ni kalau aku bedung..kaki memang terkangkang.. tapi masih tidur lena..

hah..nampak!! pengasuh bedung cane.. sampai ke kaki.. aku tak reti buat

lena kannnnn
ye..ye..tidur dalam buai..
ni kalau bedung kurang ketat.. tangan memang akan kuar.. 

ni aku sakat Danish.. balut pakai selimut dia.. wakaka.. 

ok..sekian saja persembahan Danish yang bertajuk bedung.. harap² besar nanti Danish kuat macam badang.. muahahaha.. love u sayang!!


Read More

Sabar seorang cik Misi

Assalamualaikum wbt..

wahh, tajuk macam nak buat cerpen.. hahaha.. semalam aku halfday sebab check up dak Danish tu.. sesambil tunggu nama di panggil, macam² ragam aku jumpa.. memang patutla aku tak ditakdirkan jadi nurse sebab aku tak penyabar dan garang..rawrrrr

situasi 1:
Datang pasangan warga asing (Nepal mungkin) ke kaunter.. si suami tanya apa tah kat kaunter pendaftaran tu.. nurse tanya la datang untuk apa, cek kuning ke..check up ke.. dah orang tu tak paham.. tengok kat buku rekod, sekali pun belum pernah datang klinik.. bila di tanya anak berapa bulan, anak dah 4bulan.. nurse tu terus urut dada.. hahaha.. geram² pun, layannnn jugak.. sikitpun tak tinggi suara.. baik sangat².. tanya lagi duduk mana, orang tu kabor rumah tumpang.. pastu apa tah merepek.. nurse tu sekali lagi urut dada.. bila tanya alamat, dia jawab lain.. dia explain jalan nak ke rumah, dah macam nak buat peta.. finally, setelah agak lama, setel gak masalah diorg.. punyala sabar cik misi tu layan.. macam ayam dengan itik dah perbualan tu..

situasi 2:
dalam bilik nurse, aku sebilik dengan ibu mengandung (kali pertama) yang spesel kes..ibu tu bisu dan maybe kurang pendengaran gak.. gigih la cik misi tulis satu² soalan dalam buku.. bila si ibu tu kurang faham, sambil tanya, sambil guna bahasa isyarat (bukan bahasa isyarat yang betul).. ko bayangkan la, tanya soalan menulis.. si ibu jawab pun tulis.. pastu rekod dalam buku rawatan tulis lagi (sistem manual).. tabah tak? 

sebab tu aku kabor aku rindu masa check up mengandung dulu.. sebab nurse dan doktor yang sangat² lembut.. walaupun ada banyak kes aku dengar nurse ibu mengandung ni garang, alhamdulillah aku jumpa semuanya baik belaka.. yang garang tu biasanya yang duduk kat kaunter dan bukan nurse.. tanya macam nak telan orang.. 
"Danish, nak adik tak?" => husband aku selalu tanya soalan ni kat Danish.. T_T
Read More

Nov 13, 2014

Ruam Lampin

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku sendiri tak tau apa aku buat..macam blurr.. tambah lak aku mengantuk sangat².. well, hemak ada anak kecik memang gini kann.. 

Danish kena ruam lampin.. siyes aku sangat tak sanggup tengok.. setiap kali tukar lampin Danish, aku nak nanges.. tangan Danish akan cepat² menggaru..pastu menangis kuat.. Ya Allah, sungguh tak sanggup tengok.. 2kali dah aku pegi klinik, ruam makin merebak.. aku pun satu bangang, apply je krim yang doc bagi tanpa tengok ingredients ubat tu.. *sad*

Then, aku tak puas hati..aku tanya kat grup wassap mommy².. aku memang tau petua guna tepung ubi tu.. masuk hari ni, dah 3hari aku apply.. Alhamdulillah, ada kurang dan makin kering.. cuma tula, maybe sangat² merenyam.. pity u sayang..hukhuk..

dan hasil perbincangan kat grup wassap, Nina dan Zeera suggest satu krim ni.. tapi malangnya, aku tak beli lagi.. kekangan masa uols.. aku balik keje nak mengejarkan amik Danish, target sebelum kul 7.. malam memang tak kuar rumah dah la.. dah la keje jauh, kadang² hati kering je aku drive.. benci betei!! 
ni haaaa krim tu.. 

dah alang² hari ni halfday, aku nak terjah farmasi beli krim ni.. aku benci betul kat ruam tu.. berani ko geget punggung anak aku kann.. kadang² aku boleh gaduh dengan ruam tu.. haaaaa, jangan main² dengan mommy monster ni.. dengan baju anak pun kadang² aku boleh gaduh.. jaga² encik ruam!!!

terima kasih mommy² semua..berguna gak grup wassap tu untuk tanya orang berpengalaman selain perbincangan gathering 30 November nanti.. wuwuwu..
Read More

Nov 12, 2014

Ikan Keli

Assalamualaikum wbt...

Laju² aku update entry.. aku ada training.. masuk ni dah 2hari.. mengantuk yang maha dahsyat.. normal la kan.. mana ada training yang best..

Ok..ok..berbalik pada tajuk.. aku jujur cakap ye, bukan peminat ikan sungai..ikan air tawar..ikan darat.. kecuali ikan talapia.. keli, patin, lampam, puyu, sepat, haruan, belut etc..etc..aku tak makan.. ikan keli tu pernah la makan sikit..sedap gak.. tapi bila mula terbayangkan ikan tu sebelum digoreng, meremang bulu roma.. hah, macam seram pulak..

Kebetulan, husband pengasuh Danish ada bela ikan keli dan jual.. aku semalam gatal la duk wassap akak pengasuh.. pastu akak tu offer la.. aku kabor la nak beli dalam 4ekor.. aku berani beli sebab dia dah siap siang.. pheww, lega uols.. sampai je taska, anak pengasuh tu hulur depan² ikan keli.. hah, tanjat gegirl la haku.. pegang plastik pun di hujung jari je.. hadoi laaaa..

siyes, masa bersihkan tu, aku bungkus tangan pakai plastik.. pastu macam leceh.. beranikan diri PEGANG ikan keli tu dan cuci.. ok, pass!!! 

dan buat pertama kalinya, semalam aku masak ikan keli.. goreng je punnn sebab husband suka goreng garing.. nasi sikit je, meratah ikan je lebih.. aku makan sekor setengah je la..yang lain husband yang habiskan.. sedap pulak bila ada sambal tumis dan sayur kobis+lobak merah+brokoli.. wahhhhhh... 

gambar tak ada.. kalau nak rasa kena bahan dengan husband, try la amik gambar makanan.. pedih ulu hati nanti.. wakakaka.. 

gambar sekadar hiasan..culik dari Google.. 

secara keseluruhannya, syabas sebab aku berjaya "uruskan" ikan keli dengan jayanya walau bulu tengkuk dah tegak berdiri..miahaha
Read More

Nov 11, 2014

Semua tak kena

Assalamualaikum wbt..

Bukan sejenis "attention seekers".. tapi bila mana setiap gerak geri dan peri laku kite orang perhati, amik peduli dan kemudian terus bagi tindak balas, -ve khususnya..i feel likeeeee, #kodahkenapa?

ehhh, kite bukan nak minta perhatian pun..SEBESAR ZARAH pun tak ada..tapi bila ada insan hati mulia yang suka stalk SELURUH KEHIDUPAN kite, kite rasa macam DIVA.. or maybe CLEOPATRA.. *hello there, plss go get ur life..TQ*

tapi tula..mereka tetap mereka.. kite buat baik ke..jahat ke..suam-suam kuku ke..mereka tetap berminat dengan apa yang kite buat.. paling best, akan banding beza dengan life dia yang KONONNYA PERFECT.. *tepuk tangan kuat-kuat*

#akuyangpakaikoyangpanas adalah sejenis hashtag yang aku terpaling suka.. tapi tak ada la letak kat gambar yang aku up dalam IG.. aku cuma suka je.. 

well, aku ni stalker gak.. jaga-jaga.. aku suka stalk life orang yang aku jengkel dengan dia..muahaha.. okbye
Read More

Nov 10, 2014

Atuk Sementara

Assalamualaikum wbt..

Masa nak balik kampung hari tu, kami sempat la singgah kat Salak Tinggi, makan kat sana.. dah dikabor makan kat sana sedap, layankan je la..sampai kedai tu, punye la penuh parking.. 2kali kot tawaf, baru dapat parking.. tu pun jauh..hukhuk..

Dah order semua nak makan apa, makanan pun sampai la dengan jayanya.. aku ni tunggula turn akak aku atau abang ipar aku siap makan.. sebab aku jaga Danish.. bergilir la kejap.. pasan Danish nak tidur, cecepat aku duduk dan baringkan Danish kat riba.. tapi melasak lagi.. grrrrrr..

Tetibe, datang tauke kedai.. 
"Dik, tak apa la..biar pakcik jaga anak kejap.. awak makan.. kesian susah nak makan.."

aku siyes terkedu..dalam otak ni, macam² aku fikir.. betul ke pakcik ni nak jaga? kalau dia bawa lari Danish macam mana? dia jual Danish ke? boleh ke pakcik ni dukung Danish? haihhh, semuanya -ve thinking.. aku kenal pakcik tu pun tidak, harusla semuanya negatif.. lama woiii nak bagi kebenaran.. pakcik tu lama gak la tadah tangan dia nak amik Danish.. 

Finally, aku pasrah.. bagi gak la kat pakcik tu..
"Alaaaa baby..dengan atuk ye.." tetibe.. sebak pulak aku sebab Danish memang tak ada atuk.. baik belah aku atau belah suami, memang dah tak ada.. *sad*

sambil makan, mata aku membulat perhati.. suap..suap..suap..tengok² Danish tak ada.. pakcik tu tak ada.. ahh sudahh, anak aku dibawa lari ke?? aku rasa aku makan tak kunyah pun, suap telan..suap telan.. tetiba pakcik tu muncul.. Danish mata dah layu.. pakcik tu tepuk²..goyang²..tidur akhirnyaaaa.. wahh, hebat penangan atuk sementara tu..

gigih betul pakcik tu dodoi Danish.. hehehe.. 

see.. terharu gak la.. 
pastu aku macam kesian laa.. mak sedap makan, anak bagi orang lain jaga.. so, aku g la nak amik Danish.. cecepat isteri pakcik tu kata, "makan tak habis lagi tu..duduk dulu, habiskan makan..anak biar pakcik tu jaga".. Ya Allah...nak nanges tepi katil je rasa.. aku ni dah la hati tisu.. muahaha.. 

terima kasih banyak pakcik dan makcik.. selama saya ke mana² kedai makan, tak pernah ada orang hulur tangan nak tolong.. walhal tak mengharap pun.. ni adalah kali pertama.. terharu sangat².. moga Danish besar nanti jadi anak yang soleh.. yang penting, jangan buang mommy dan ayah kat rumah orang tua..
Read More

Jual Bakat

Assalamualaikum wbt..

Yay, kembali ke sarang.. hemak balik kampung uolsss.. kemain gembira sebab 2bulan lebih tak balik.. balik pun tumpang akak aku sebab husband kena KERJA.. haihhhh..

Balik hari tu, sempat la kami lepak kedai makan tempat mak aku keje.. mak aku keje kat kedai makan tu 3hari je, Jumaat Sabtu dan Ahad.. hilangkan bosan.. kebetulan kat kedai tu (kedai sate), anak tuan kedai ada buka booth kecik je untuk jualan tulisan khat dia.. kami dulu satu sekolah, beza umur 2tahun je, dia tua la dari aku.. anak² buah aku macam biasa la, tak boleh nampak benda pelik atau menarik..menebeng la kami kat booth dia..
ni la orangnya.. Abdul Rahman (kalau tak silap la) nama dia.. aku yakin Rahman je..

nampak tak belah kiri tu, TEMPAHAN KHAT NAMA 15 MINIT  (SIAP FRAME).. aku tak sure saiz dia macam mana,giler deras dia buat.. 

ni la budak² tu punye.. penanda buku dengan ada nama masing².. nak tau tak harga penanda buku ni? RM2 SAHAJA.. yess, murah..

kagum woiii tengok orang pandai menulis tulisan khat ni.. aku punye tulisan jawi huduh, macam cakar harimau.. rawrrrr..rawrrr..rawrrr..hah, gitu bunyiknya.. 

ehh, kalau korang tanya macam mana nak tempah, aku lupa sangat² nak amik no phone dia.. tapi kalau serius nak, nanti aku minta tolong kat mak aku amik no fon dia..

sebelum terlupa, ni kat kampung aku, Seri Medan, Batu Pahat, JOHOR.. peace..
Read More

Nov 7, 2014

Rindu

Assalamualaikum wbt..

Hari ni, naluri keibuan aku terlebih.. tak tau ngape.. asek ingat anak je.. rinduuuu je.. tak tau apa pasal.. dan hari ni, aku terbawa lagi topi dak botak tu..pakej dengan sapu tangan masam lagi.. elok sangat la tu, boleh lepas gian..wakaka..

bila baca entry Falsya pasal mek Qisya dah setahun, memang betul la.. rasa macam baru je merandungkan dak Danish tu.. masih terasa tendangan penalti dan sudut.. masih terasa sedu² dia.. masih terasa kuit² kaki dan tangan dia.. dia menyiku.. wuwuwuwu, rindu giler semua tu..

pastu teringat masa dia merah lagi.. masih teringat saat skin to skin dengan Danish untuk kali pertama.. kali pertama Danish hisap susu.. kali pertama nanges kuat² sebab terkejut dengar bunyi petir.. tuptup, skang Danish dah besar.. dah pandai meniarap golek².. dah pandai minta perhatian.. dah pandai sebut ayayaya..mamama.. makkkk.. pastu apa tah lagi merepek.. 

hari ni double triple rindu gila² kat anak.. tak tau ngape.. mungkin sebab esok nak cuti, dah tazabar nak luangkan masa sepenuhnya dengan anak bujang tu.. Danish budak yang sangat² manja.. hurmmm, rasanya mommy tak manjakan Danish (tapi kadang² ada..ehh, selalu laaaa..) anak sendiri kannnn, nanti dah besar bukannya boleh sangat bergomol.. dah la lelaki, ko rasa nak ke anak lelaki nak cium² peluk² kite kat public.. sure malu.. masa kecik ni la kena selalu gomol.. 



walau orang selalu kata, "keciknya anak ko..", biarla nak, mommy tak kisah..yang penting awak sihat dan sangat aktif.. (kadang² sentap gak).. 

Danish, masuk dalam perut Mommy semula boleh tak? kita ulang balik masa mengandung tu.. hahahaha.. geramnya lahai kat anak aku tu!!! okbai.
Read More

Nov 5, 2014

Lunch dari AGOODMAID

Assalamualaikum wbt..

Alorrrr, kan dah lupa nak up..sepatutnya tadi.. haishh.. senang ati dan perut sampai lupa terus.. wakakaka..

Sebelum ni aku duk usha je satu IG ni.. makanan nampak siyes best.. dan aku berjaya pengaruhi budak² opis.. hah, satu pencapaian yang baik sebab mereka terpedaya.. kekeke.. yela, kami ni kenkadang bosan dengan makanan kat kantin tu.. boring wooo.. sama jee.. bukan nak kutuk makanan, tapi menu langsung tak pelbagai..

so, oleh kerana opismate dah terpengaruh, Kak Azizah selaku orang yang selalu laparina bila nampak makanan, terus teruja nak order.. aku pun apa lagi, on je.. sebelum ni aku cuma order sorang², tapi order dalam hati je la..

ok..agoodmaid ni bukan biasa².. ada servis masak dan delivery terus ke depan muka korang.. ada je menu yang dia selalu up.. eg : Grilled Chicken set, soto ayam, set bubur nasi, spaghetti bella belly, baked macaroni cheese, potato salad, cream puff, mocha puff, muffin, nasi goreng ayam special, nasi paprik, kek batik, lasagna, baked potato,ehh..banyak lagi la..

Ni yang kitorang order lunch tadi.. 

Ok..ni aku bagi senarai menu yang lengkap dengan harga.. siyes sedap.. portion memang banyak dan ko memang kenyang makan.. ni aku screenshot dari Slurp je.. korang order thru Slurp pun boleh.. install la dulu dalam fon.. kat apps store atau play store.. tak pun,korang terjah instagram @agoodmaid







puas hati?? hehehe..cari je IG @agoodmaid order la makanan.. sebelum tu, diorg siap ada pakej seperaisss.. nak tau apa, tengok la sendiri..

okbye..
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com