Jan 27, 2015

Cabaran breastfeed

Assalamualaikum wbt..

Danish dah 9 bulan dan aku masih bagi susu badan+fm.. kenapa campur?? aku dah mention sebelum ni.. tapi tiap hari aku memang tak pernah miss untuk pump.. sekurang²nya kena ada 6oz untuk bekalan Danish kat taska.. aku perasan sangat, kalau aku stress, hasil memang sangat² sikit.. kalau aku tak stress, tak fikir pape masalah dan chillex, memang lebih kadang tu lebih dari jangkaan.. Alhamdulillah.. 

aku still buat 3 sesi kat ofis, biarla hasil tak memberangsangkan, tapi aku gigih.. demi anak weyhh.. lagipun malam memang Danish fully bf.. dalam ketiga-tiga sesi ni, aku buat sama ada sebelum atau selepas tea break.. dan bila selesai, mesti masa big big boss tea break.. aku pump kat bilik stor belakang pantry.. tiap kali nak cuci pump, memang akan la dengar big big bos duk borak.. some time akan tegur aku.. 

cabaran sebenar bila ada yang macam mengejek.. siyesli aku benci.. ada gak la pernah dengar cakap² seolah² aku macam lembu.. ye, macam lembu menyusukan anak, pastu susu lembu pun orang perah.. lembu woii, lembu.. aku tabahkan hati je la dengar.. aku perah untuk anak aku sorang, susu lembu diperah untuk engko yang manusia ni minum.. geram tau tak.. semalam pun dengar lagi ayat tak sedap.. aku senyum je la.. itu cabaran aku..

cabaran umum yang aku biasa dengar...
1. tak mampu beli susu formula ke sampai kerah tenaga nak pump susu??
2. banyak ke susu tu gigih sangat perah untuk bagi anak?
3. dah besar pun susu badan lagi ke? (belum ada setahun dah dikira besar ke??)
4. tak letih ke asyik nak pump susu je kat opis?
5. kenyang ke setakat bagi susu badan? 
6. sempat ke pump susu, pastu nak buat kerja lagi?

bukan masalah mampu, ada masa, kenyang etc..etc..etc.. tapi itu hak anak.. nape nak menafikan hak anak sedangkan kite mampu?? aku bercakap bagi yang mampu BF anak..yang tak mampu BF tu, aku tumpang sedih.. nape tak mampu?? banyak sebab.. macam masalah nipple atau pape je..

cuba la bagi sokongan kat mom yang breastfeed anak instead of bash diorg.. jangan bagi stress..

satu cabaran maha menyampah, BF anak kalau pegi shopping mall atau mana² public.. biasa shopping mall ada sediakan nursing room kan.. itu khas untuk mom yang BF anak.. tapi yang aku nampak, mom yang susukan anak guna botol.. yang BF ni terpaksa mengalah keluar, sambil cover la pakai nursing cover.. tapi still leceh, kat public kot.. kalau dalam nursing room, selesa sikit..aku kena macam ni masa kat klinik.. sedap je baring sambil susukan anak, guna botol je pun.. aku nak BF anak yang terkial² masa tu..

ok..kalau pun dah berjaya dapat tempat kat nursing room, yang suami tak perlu nak temankan isteri susukan anak dalam tu.. segan la ibu² lain yang dalam tu.. baru jadi kat aku minggu lepas kat the curve,tetiba ada lelaki lak.. choii, terkejut aku tau tak..

mohon ye, kalau ko tak nak breastfeed anak, jangan kutuk, jangan pandang hina, jangan kecam, jangan ejek, jangan perli, jangan fikir negatif, jangan segala yang negatif kat semua ibu² yang breastfeed anak.. duduk diam, kalau nak kutuk, kutuk dalam hati.. 


luahan hati seorang mommy yang selalu diperlekeh..cewahhhh

27 comments:

  1. Assalamualaikum tina... i feel you T_________T"

    ReplyDelete
  2. Itu la salah satu cabaran dlm breastfeeding.

    Lps pam susu, alat2 tu x perlu basuh. Simpan dlm t/ware letak sekali dlm cooler bag. Sue dulu buat mcm tu. Jimat masa.

    Guna cooler bag moms little one kot. Ice pack dgn chiller sue letak dlm beg tu. Habis keje ice pack masih keras lg.


    Lantakla org nk kata apa pun sbb depa x faham kita. Stress pun x elok nnt susu lg merudum.

    So be happy kita ada Allah^^

    ReplyDelete
  3. yaAllah ade ek manusia berfikiran mcm tu..teruknya ckp mcm tu kt org yg nk BF anak..kan ke mulia keje yg die kutuk2 tu..xsedar diri manusia ni kan..

    opis fadh alhamdulillah mmg ramai ibu2 yg pump susu..mmg dorg salu support tuk bf anak sampai 2 tahun..bos pown tau kalo xde kt tmpt tu mst pg pump susu..tu yg fadh pown semangat nk BF anak nnt..

    ReplyDelete
  4. huhu.. 1stly, tahniah sbb masih cekal, masih tabah, masih sabar demi anak.
    sedihnya bila ditanya soalan yg menjengkelkan camtu..tambah menyampah bila yg bertanya tu seorang pompuan jugak..
    apa2pun, kuatkan semangat truskan usaha.. klu selama ni tina bleh sabar means tina akan trus bleh bersabar ;)

    ReplyDelete
  5. ala sedihnya.. memang camtu la cabaran nak bf anak.. tapi tabahkan hati ye.. masa saya pam dulu ada budak hR suruh pam kat toilet je.. sakit hati sangat tau.. tapi cekal je.. yg penting anak kita sihat..

    ReplyDelete
  6. pernah juga terbaca kat blog2 org komen pasal suami yg sibuk nak bf ni. tak sensitif tau, baik suami/isteri.

    kuatkan semangat bf!

    ReplyDelete
  7. walaupun kite belum kawen tapi kan actually respect gak ah kat breastfeed mommies ni..bukan senang kot!!
    abaikan anasir2 negatif itu ok sis? =)

    ReplyDelete
  8. Yg tok laki meneman tu yg tak tahan...penah jugak jadi kat saye satu pasangan suami is3 ni dok sembang lam nursing room yg laki tu dok besantai elok je atas katil tpt changing dyper tu...mak2 lain nak masuk pun terbatal niat...so saya pun minta excuse nak salin dyper anak kbetulan mmg da penuh dyper dia tu..barula reti nak kluar....

    ReplyDelete
  9. i feel u too...tapi ku tak pedulik.positif sentiasa...susu ibu terbaik!

    ReplyDelete
  10. kita serupa...pengalaman/perasaan yang sama...siyes sangat² sakit hati...buat pekak telinga je....tabahkan hati...rasa nak bg penampau je sengsorg...
    psl yg kat mall tu direct sound je kat somi² tu..biar termaluan sekali...

    ReplyDelete
  11. Sakit plak hati membacanya. Tina...jangan dilayan orang macam tu. Lagi dilayan kita plak yg stress. Bila stress memang susu pon kurang. Biarlah dorang nak cakap apa. Anggap jer lah yg dorang cemburu sebab tak dapat bagi susu paling mahal kat anak dorang. Susu ibu tu lah susu terbaik.

    Salah satu cabaran dalam penyusuan susu ibu ni lah dia. Mulut² longkang ni lah. Harap bertabah yer tina.

    ReplyDelete
  12. Abaikan mulut2 puaka itu.
    Hanya si bodoh jahil yang Allah tak sekat rezeki susu badan/ takde halangan penyakit atau makan apa apa ubat yg tak sesuai utk baby, akan memilih susu formula.
    Dan yg berkata " macam lembu " tu, sedarlah...anda sendiri bagi anak anak anda susu lembu!

    ReplyDelete
  13. abaikan jeee depa yg dok bcakap tu...yelah, depa tu mesti x dpt nak menetek mak depa..tu pasai dengki...teruskan usaha anda...akak pon dah gigih g cari breast pump...berazam nak bf adik zara nnt sampai umoq 2 thn..zara dulu x bf sbb puting xdak..susu blambak...masa tu x reti lg nak pump..kesian zara...

    ReplyDelete
  14. betul..tak de sokongan buat ibu2 patah semangt nak bf kan anak..mujur saya sentiasa dapat sokongan dari keluarga dan kawan2..memang ada jenis manusia yang tak paham tentang penyusuan ni sedap mulut je nak cakap..nampak sangt diaorang tak de ilmu..sabar ye..

    ReplyDelete
  15. tumpang komen biar xde blog pn..tetiba terbaca blog akak..hihi
    untung akak wlpn susu sikit still dpt bg dak danish..shida ni wlpn sampai skrg if picit still ada susu p xdapt bg kat dhafea...nangis..
    dlu semangat siap beli pam rm 700 lg nk bg full bf..tp nak buat cam ne xdpt..dh jd full fm..
    sedihnya
    apa2pun jgn dengar org ckp..do ur best..shida nk try untk anak ke2 plak..nnti kte ngandung sama2 lg ye..hihi

    ReplyDelete
  16. Hmm..biar mereka berkata-kata..alhamdulillah je...dalam hati mereka yang berkata-kata tu ada PHD sbb mereka tak mampu nak buat macam tu..apapun kita orang Islam tahu kenapa disuruh susukan anak sehingga berumur 2 tahun sekiranya mampu.. “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu -Al-Baqarah : 233....byk sgt ganjarannya bagi setiap titisan susu yg mengalir ke mulut Danish tau..U should proud of that...;-)

    ReplyDelete
  17. betui dik ....
    nursing room tu kadang tu ade lelaki ....
    cam aku dulu selamba je NIP
    pakai baju jenis butang
    tudung labuh sikit ...selalunye time tu aku pakai ariani la ... kan lebar sikit ... klu fareeda jawabnnya kena cari tmpt tersorok la... tp ariani mmg membantu sgt aku time tu ....
    org tak perasaan pun aku tgh NIP time tu ....depa ingat baby tgh tido ....

    aku doakan rezeki danish sentiasa ada ...dan mommy die berjaya BF danish sampai 2 thn ye

    ReplyDelete
  18. anggap jer lah derang dengki tina.. siyes ni akak cakap.. derang hati busuk sebab mungkin tak mampu buat semua tu.. tau tak beharga nya susu badan ni tak ternilai dengan duit nak di banding kan ngan susu formula yang lebih mudah di beli.. ekslusif hanya untuk anak sendiri.. kalau derang tak mampu nak beri.. dan suka nak mengata macam2 tu pada awak.. anggap jer derang tu looser.. bukan kite.. sebab derang tak tau hormat pendirian orang.. just leave it.. biarkan derang ngan apa derang pikirkan.. awak jangan rasa tergugat.. derang hanya akan bersorak kalau awak rasa down nanti.. percaya lah akak.. n gud luck pada awak yer.. semoge terus kekal kuat semangat..insyaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, kat office saya tak ada bunyi-bunyi gitu. tapi saya rasa bagi anak direct breastfeed sangat seronok. rasa time tu lah nak bermanja dan berkasih sayang dengan anak. hihi. selagi boleh pam, kita pam kan kak. susu ibu kan susu terbaik.

    ReplyDelete
  20. abaikan je kak. anak kite sukahati kite nak buat camne kan. hehehe.

    ReplyDelete
  21. selamat menggigihkan diri untuk terus bfeed...demi anak kann?
    abaikan kata-kata orang yang poyo lagi menjengkelkan tu huhu (kalo x sabo, mmg boleh jd stres tahap dewa)..tp jgn stres2, nnti diri sndiri yg rugi.doakan je Allah bagi hidayah kat dorang ni..

    apapun, susu ibu ke, susu formula ke, siapalah kita nak judge para ibu ni kan? semua ada cara dan alasan masing2. yang penting, semua ibu nakkan yang terbaek utk anak2, tul tak?

    ReplyDelete
  22. saya buat 2 sesi je kat ofis. tak basuh pam, letak je balik dalam cooler bag yg dah letak ice pack tu. balik rumah karang baru basuh...

    teruk kan minda org2 yg nak perli-perli ni.. napatah nak judge org. tak faham betul. patut bagi galakan la. dah la sesama Islam plak tu. kalau ikut kajian pun susu ibu is the best.

    gambateneh... nanti nak tulis jgk la cabaran breastfeed ni.. :)

    ReplyDelete
  23. Stress kan bile orang kuar kan soalan2 bangang cegitu.. dah itu hak anak, susah payah pun , kite yang bersusah payah, bukan depa.. kan?kan?.. memang sangat mencabar nak kekal 2 tahun fully bf. Saya kini anak dah 7 mths. Alhamdulillah still fully bf, tak campur lagi. Hope dapat la maintain till she reach 1 year old

    ReplyDelete
  24. aihhhh..geram lak dengan orang yang macam tu.tu orang yang ketinggalan zaman tu.zaman sekarang ni,penyusuan susu ibu memang sangat digalakkan.dan alhamdulillah,kat ofis IbuNoey,semua memahami.dari bos sampai la kawan lelaki seofis.walaupun ada antara anak-anak dorang yang minum FM tapi dorang tak bising pun pasal susu ibu ni.

    IbuNoey pun sekarang tengah struggle untuk simpan stok susu.sebab susu agak merundum.ni tengah risau sebab tahun ni banyak kali nak kena oustation.

    ReplyDelete
  25. Memang byk sgt cabaran nak nenjayakn bf ni... ibu kene gigih especially dengan kata2 org tu.. saya pun byk gak kena tempuh macam2 dugaan

    ReplyDelete
  26. Yang cakap kite ni (breast feed mommy) mcm LEMBU.. Memang pelempang aku bagi. Lebih elok jadi mcm lembu dari bagi susu lembu kt anak

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com