Jan 26, 2015

Sejuk perut mommy mengandung

Assalamualaikum wbt..

Aku dah lama perasan sebenarnya.. tapi ala, mesti korang pun sama kan..

Setiap kali Maghrib, aku mesti akan buka chanel 106 Astro Oasis.. sebab sebelum azan akan ada Indahnya Iman kan.. ada zikir, selawat, nasyid.. halwa telinga sebelum masuk waktu kan.. oleh kerana dah dibiasakan dengan alunan zikir selawat dan nasyid, dak Danish automatik akan jadi behave.. hah, besar impaknya..

Ye..ye..anak korang pun mesti macam ni kan.. siyesli, terkejut kan.. lagi² untuk 1st mommy macam aku.. baby yang tak tau pape akan elok perangai bila dengar azan, zikir, selawat tu semua.. tak sangka kan? Bila husband kata, "tengok ni, bagus betul terus duduk diam bila dengar azan".. aku pun buat kesimpulan, "yela, azan dan iqamat kan kalimah yang baby dengar buat kali pertama" hamboihh ayat aku, entah betul entah tidak susunan kosa kata dan tatabahasa tu..


biasa elok je duduk kat riba.. kali ni sebok ke kabinet tv tu.. nak tengok dengan lebih jelas agaknya.. dah nak oii, nanti rabun bijik mata tu.. orang kata la, bukan mommy kata..

hah, aku yakin dan pasti anak² korang macam ni.. ralit bila dengar azan.. pastu sekarang aku nak bagi dia diam, pasang video alif ba ta.. senyap.. kalau tak jalan gak, video apak dia.. 

moga jadi anak berguna, soleh, teguh iman, berbakti pada mommy dan ayah, hormat kami, penuh ilmu dunia dan akhirat.. ok, dah bercita² nak anta Danish pegi sekolah tahfiz.. 


notakecik : tazabar nak tunggu Danish ada gigi, tapi husband kata kalau nak cepat, pasang gigi palesu..

11 comments:

  1. Aah anak sue pun kalo dgr azan gitulah..diam je terpacak depan tv ^^

    ReplyDelete
  2. Sama la macam anak saya. Dengar azan terus terduduk diam sambil mata perhati je kat TV tu sampai habis azan. Kalau ikut perangai bapaknya, macam saya ni dulu, dah habis azan Maghrib pun tak reti nak berhenti main bola kat padang. Haha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tina.. sheila pun sama.. berniat nak masukkan adam kat tahfiz.. semoga membesar jadi anak yang soleh. aminnn

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..gd boy..

    Anak kak G suka ikut alunan azan tu tp dgn slang dia la..:)

    ReplyDelete
  5. A'ah samalah dengan my gurl . Masa azan terus diam, hanya bersuara jawab azan. Hahaha

    ReplyDelete
  6. budak² baya danish mmg camni selalunya kan.. lgpun lahir² mereka kan dgr azan dan qamat dr ayahnya.. alahai sejuk hati dan perut.

    ReplyDelete
  7. semua bdk2 cam tu ... klu azan kemain suka diorg ni ....
    tp bila dah besar .. huhu puas mama menegur kih kih kih

    ReplyDelete
  8. Perut bapak nak sejuk gak ... hihi

    ReplyDelete
  9. aamiin..InshaaAllah..kalau dari awal kita biasakan dgn alunan ayat suci Al Quran...lembut lidahnya dan senang untuk membaca Al Quran nanti..good boy Danish :)

    ReplyDelete
  10. yup,sebab itulah kalimat-kalimat yang pertama kali baby dengar masa lahir ke dunia.tapi tu la,bila tengok anak-anak khusyuk je dengar azan,rasa terharu kan.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com