Jan 7, 2015

Soalan

Assalamualaikum wbt..

2 hari lepas, aku dapat khabar bahawa salah seorang sahabat baik aku kehilangan anak yang dikandungnya.. hanya bertahan selama 26 minggu dalam rahim.. 

Sejujurnya aku langsung tak tahu dia mengandung anak kedua.. tetibe dapat tau keguguran.. tak dapat bersama dia waktu ini dan aku pun tak hubungi dia sama ada call atau teks.. kenapa?? sebab bila kau call atau mesej, mesti ayat pertama, "Takziah babe..".. tambah sebak orang tu.. 

Berita kehilangan anak pun aku dapat tau melalui FB dia.. aku pun terkesan.. kawan baik weyhh, sedih.. 

Dalam post dia, rasanya lengkap dia bagitau berapa minggu usia kandungan.. tarikh sekian..sekian induce.. tarikh sekian..sekian bersalin.. 

Cuma..TIADA POST MENGENAI SEBAB DAN PUNCA KEMATIAN.. itu hak peribadi dia.. lagipun baru lepas kehilangan, takkan nak cerita satu persatu.. 

dan paling aku bengang, datang komen yang sebok bertanya,
"sebab apa baby meninggal?? takut gak ni sebab aku pun ngah mengandung."
"ehh, berapa minggu dah tu? Macam mana boleh meninggal?"

Soalan tu aku kira sangat biadap sebab langsung tak hormat orang yang menanggung.. cukup kau luahakn rasa simpati dan sedih, jangan ditambah bebah sedih orang tu.. sedekah Alfatihah lagi elok dari kau tuju soalan mengundang amarah dan terkesan hati.. 


Apa pun, salam takziah buat Nur Fathilah Ahmad Poad sekeluarga.. semoga tabah.. anak syurga kau menanti kat sana babe.. dan insyaAllah Rania akan faham situasi ni dan tau kenapa Allah swt "ambil" adik dia.. kalau kau sekeluarga sayangkan anak kau, tapi Allah swt lebih sayangkan anak kau.. *hugs*

14 comments:

  1. Takziah buat kawan kamu. Memang soalan minta pelempang tu. Kita bukannya tuhan/doctor boleh tahu sebab apa anak kina meninggal. Hanya DIA yg maha mengetahui.

    ReplyDelete
  2. Takziah untuknya. Syuga tempat anaknya.
    betul kak. Bagi eka, tak usah bertanya. Tunggu sampai ibunya buka cerita. Mungkin dia belum bersedia.

    ReplyDelete
  3. Memang sedih bile keguguran.. saya pun penah miscarriage masa 1st preggy dulu. Sedih sangat sangat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tina. Allah. sebak sheila baca ni. Salam takziah buat sahabat tina. semoga mereka kuat bersama... T__________T"

    ReplyDelete
  5. semoga kawan akk dberi kekuatan tuk hadapi dugaan ini..;( Al-Fatihah

    ReplyDelete
  6. Betul..kadang2 kita tak sedar soalan2 kita boleh merunsingkan lagi hati orang..baik kita dokan yang baik2 je untuk dia..

    ReplyDelete
  7. Soalan tu x sepatutnya ditanya. Kena jaga perasaan ibu tersebut. Betul tu sebaiknya sedekah al fatihah...

    ReplyDelete
  8. Allah... :'(
    salam takziah buat sahabat

    ReplyDelete
  9. sedihkan .. aku yg tumpang baca ni pun turut sedih ...
    bgs entry ko ni ..memberi kesedaran pd semua org jgn sewenangnya nk komen bebukan .... pk kan perasaan si ibu dan keluarga jg ...


    cam kwn aku ... lahir ...anak hidup sekejap je ... pastu meninggal ... sedih wei .....

    ReplyDelete
  10. salam takziah buat kawan baik akak tuu.

    ReplyDelete
  11. salam takziah buat kawan mizz tina....
    sy pon pernah alami situasi mcm nie....bby gegurl 24minggu mcm tue...meninggal dlm kandungan..
    doc ckp "jangkitan kuman"...pepe pon sy redha & pasrah...
    dan Allah tue Maha Mendengar...percayalah...

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com