Mar 24, 2015

Sebab nak tukar nama

Assalamualaikum wbt..

Phewww...ramai yang tanya KENAPA NAK TUKAR NAMA Danish.. baik kat IG mahupun Blog.. FB tak ada yang tanya sebab tak kabor dalam tu..

Agak rumit sebenarnya nak cerita sebab masih belum berjaya tukar nama..tapi tak apa la, aku cerita je dulu sebab tak nak terus menjadi tanda tanya engkorang..

Ok..masa aku preggy dan dah tau jantina baby, gigih aku cari nama baby mula huruf M dan E.. Memula husband ok je.. pastu nak dekat hari beranak, husband secara spontan nak nama Danish.. tak apa la, aku ok je.. dan nama anak mula huruf sangat susah aku jumpa.. puas aku cari, finally jumpa yang berkenan.. ESHAN, yang mana katanya bermakna DALAM BARAKAH ALLAH...

Masa isi borang daftar nama, husband dah tulis betul, MUHAMMAD DANISH ESHAN.. tapi pegawai kat JPN salah eja jadi MUHAMMAD DANISH EHSAN.. aku macam bengang gak la.. memang silap sendiri sebab tak semak semula, tapi pegawai tu nape tak tengok betul².. geram gak masa tu, dah la dalam pantang.. grrrrrrrrrr.... seminggu selepas daftar nama, husband ke JPN semula untuk urusan pertukaran nama, tapi kena kedua ibu bapa hadir ke Pesuruhjaya Sumpah.. 

Bila aku masuk satu grup ni, aku ada refer ustazah apa makna nama ESHAN.. ustazah kata, TAK ADA DALAM BAHASA ARAB NAMA MULA HURUF E.. kalau EHSAN pun ejaannya IKHSAN (nama baby boy kedua Namee Roslan).. even ejaan jawi pun lain.. aku tekankan kat sini, aku lebih kepada ejaan nama dalam tulisan jawi.. pastu aku gugel dalam web QURANIC NAMES, nama ESHAN tu agak tak bagus (bagi aku).. meh aku tepek gambar..

klik untuk tumbesaran gambar

Lepas dapat pencerahan, aku decide untuk tukar nama ESHAN tu yang mana skang nama Danish adalah MUHAMMAD DANISH EHSAN.. EHSAN pun tak ada makna.. nama tu InsyaAllah yang lebih baik.. ESHAN mahupun EHSAN, aku tak guna dua² nama ni..  

Nanti dah berjaya tukar nama, aku share nama baru Danish dan aku share proses nak tukar nama.. ok, puas hati tak dapat penjelasan dari aku.. hikhikhik.. sebagai parents, harusla nak yang terbaik bagi anak.. kadang² ejaan pun kena amik berat sebab ejaan lain takut tak membawa makna.. 



notakecik : susah bila tersepit.. 

26 comments:

  1. now baru faham..in that case better tukau la kan..semoga dipermudahkan prosesnye..amin3..

    ReplyDelete
  2. yeayyy..Danish ada nama baru..tapi tetap panggil Danish kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kak, tetap pggl danish..hehehe

      Delete
  3. Assalam, maaf kak...ini pendapat sy,
    Bagi saya yg pernah belajar bahasa Arab, ustazah penah bagitahu, yg penting ejaan jawi. Bahasa arab mana ada ditulis rumi(org melayu je buat). Then, kalau dlm jawi ok n sebutan sound dia pun ok ada makna, kira okla. Lagipun, kita kena pastikan yg memanggil anak kita tu betul sebutan, kerana ia merupakan doa(lbh2 kita as parents). Contohnya NUR(cahaya). Dlm jawi n Arab tulis nun-wau-rho tapi dlm rumi mcm2 pattern kluar Nor, Noor etc. So, tugas kita sbg parent sebut n doa dgn sebutan yg betul. Begitu jgk Asmaa', Nisaa', Wafaa'..dlm surat beranak selalu x tulis('). Tapi kita panggil n sruh rakan2 panggil dia dgn sebutan yg betul. dan make sure dlm jawi mesti ada huruf hamzah.
    Kat negara2 Arab dan zaman Rasulullah pun xde surat beranak, yg penting sebutan n tulisan dlm jawi/arab. Sebab ia merupakan DOA..
    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..
      untuk contoh nama anak akak, EHSAN dalam rumi, bila dalam jawi dieja dengan إيهسن dan IKHSAN dalam rumi, bila jawi dieja dengan اخسن.. bunyi sama, ejaan lain mcm awk ckp bila dirumikan, orang akan salah eja.. akak juga merujuk kepada ustazah tentang hal ini bukan semata nak tukar atas dasar suka².. ejaan lain akan membawa maksud yg lain, bila maksud lain, doa pun lain macam awak ckpkan tu.. akak nak tukar kerana salah satu sebabnya adalah bila ditulisanjawikan.. even skang nama ehsan, ada orang pggl anak akak dengan ESAN..

      mungkin akak kena tulis lebih details kenapa nak tukar nama ni yg nama subjek utamanya adalah nakkan ejaan yang elok dalam bahasa arab..

      apa pun, terima kasih kerana berkongsi pendapat..

      Delete
  4. bagos ko tina..

    aku ni nama safiyya pon tak jelas maksud dia..

    ada yang eja shafiyah..ada yang safiyyah...

    maksud pon kata YANG LEMBUT...

    aku tengah pening ni..

    ni kalau ajak asben tukau name ni..
    mahu tak dilayan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. ejaan rumi xksh mana², yg penting jawi.. letih gak la nk tkr² nama ni..

      Delete
  5. Owh...smoga dipermudah kan urusan tu nanti.

    ReplyDelete
  6. kena pi angkat sumpah la ye?/susah jugak nak tukar nama ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bawah 12bulan, xrumit macam selepas umur setahun.. tp still angkat sumpah..

      Delete
  7. Oooo...mmglah..klau ejaan ni kdng mmg ada yg salah eja..mmg kn tgok betul2..moga2 berjaya tukar nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl².. bkn takat ejaan, kdg pggl pun ikut sedap bunyi je.. insyaAllah...

      Delete
  8. Oo begitu kisahnya..baru faham knp nama danish di tukar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. begitula kisahnya..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. oooo....kisahnye...baru tau boleh cek sini..nk cek jugak la...thanks ye mama danish

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..kisahnya..hehehe.. hehe, sila la cek.. sama².. share utk kebaikan bersama..

      Delete
  10. oo gitu... moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
  11. Nama adik iday pon diorang salah eja, tapi yelar zaman dulu2 agaknya parent malas nak bertukar2 pegi ofis dia, dari Shahida jadi sahidah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdullilah...sebenarnya kan, ditakdirkan ada kesilapan di pihak JPN tu, utk mendorong awak buat kajian lebih lanjut tentang nama tu..:)

    Moga dipermudahkan urusan selanjutnya ya..

    ReplyDelete
  13. Bagus sebab tersedar awal... sempat tukar sementara anak msih kecil cuma nak tahu samaada dapat tukar terus atau kena guna simbol '@' kat surat beranak tu untuk nama baru nnt? Dalam erti kata lain nama lama x boleh dibuang terus.

    ReplyDelete
  14. Assalam tina,
    moga segalanya dipermudahkan yer

    ReplyDelete
  15. semoga urusan sis utk tukar nama dipermudahkan.
    benda ni bkn blh diambik remehkan..
    orng panggil2 anak kita pun dh kira 1 doa tu jugak..
    kan?

    ReplyDelete
  16. moga dipermudahkan yer tina.. buat yg terbaik demi anak ...

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com