Apr 13, 2015

Proses pertukaran nama anak bagi umur bawah 12 bulan

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, selesai urusan pertukaran nama Danish minggu lepas.. last minute baru ke JPN.. bukan apa, sebelum ni aku pegi dah, tapi dokumen tak lengkap.. padahal aku dah call, tapi maklumat tak lengkap dia jelaskan kat aku.. hambek..

Prosesnya, korang kena pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, pegi ke Bahagian Kelahiran, macam korang nak register nama anak la.. bagitau yang korang nak tukar nama anak bagi umur bawah 12 bulan.. nanti pihak JPN akan bagi satu set borang yang korang kena isi..


Urusan Pesuruhjaya Sumpah

Borang untuk akuan sumpah.. isi nama korang sebagai parents.. tulis nama lama dan baru.. pegi ke JPN untuk pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah.. untuk pengetahuan, Pesuruhjaya Sumpah buka sampai kul 1petang je ye untuk hari Isnin hingga Khamis.. selepas waktu tu, boleh pegi ke Mahkamah atau Pejabat Pesuruhjaya Sumpah terdekat.. aku hari tu pegi Istana Kehakiman.. Bayaran untuk proses ni adalah RM4 (Pesuruhjaya Sumpah)

Urusan Jabatan Pendaftaran Negara

borang pertama.. tulis nama lama.. nama baru.. alamat.. no. pendaftaran.. no mykid.. etc..etc.. careful ye masa nak isi.. takpe je kalau salah, cuma jenuh la nak isi semula kat JPN nanti..



ok, ni borang yang sama.. muka depan dan belakang.. muka depan, isi yang perlu.. yang belakang tu baca betul².. 


ok, borang ni pihak JPN akan bagi 2helai.. satu diisi oleh bapa, satu lagi diisi oleh ibu.. aku tersilap hari tu, dua² aku bedal tulis nama husband.. wakakaka.. jenuh gak la nak tulis tu.. phewww...


Dah siap semua, korang kena sediakan salinan kad pengenalan korang suami isteri dan salinan sijil nikah korang.. attach sekali dengan borang² dan surat pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah tu.. pegawai kat JPN akan semak.. bila dah ok, diorg akan proses maklumat dan terus kuar surat beranak baru yang tertera nama baru..

Hari tu ada yang tanya, kalau tukar nama ada tulis @ tak kat nama.. ok, untuk anak di bawah umur 12bulan, yang aku tau la kan, memang tak akan ada.. terus tertera nama baru dan tak ada @ surat beranak tu.. so, bila kat surat beranak tak ada, kat mykid pun tak ada..

taraaaaaaaaaa....dah siap.. sangat pantas proses ni.. yang leceh sikit bila kena pegi Pesuruhjaya Sumpah tu je.. 


Pastu, akan ada remark kat dalam surat beranak baru tu..  
atas tu surat beranak lama, bawah tu baru.. remark sebagai "Tarikh Cabutan".. aku pun tak pasti cabutan apa.. hehehe..


Memandangkan mykid aku pegang dan husband tak bawa hari tu, so mykid tak dapat lagi la sebab diorg amik surat beranak dan mykid lama.. kena pegi JPN lagi la gamaknya..

Ok, sebelum ramai bertanya aku buat ni kata mana sebab cepat proses dia, aku buat kat JABATAN PENDAFTARAN, PUTRAJAYA.. 

so, membantu tak pada korang.. 


dan diumumkan bahawa, nama anakanda aku sekarang ialah, 
MUHAMMAD DANISH ALTAFF.. 



notakecik : yayyyyyy, Khamis ni genap dak Danish setahun!!!

17 comments:

  1. Alhamdulillah..selesau sudah pertukaran nama nie..

    ReplyDelete
  2. ape maksud altaff tu dik ...
    sedap ....

    ReplyDelete
  3. Mula-mula baca nama tu macam takde masalah since nampak biasa kan. bila tgk older post akak baru faham tujuan akak tukar. Insya Allah moga nama yang baik membawa kepada peribadi yang baik

    ReplyDelete
  4. nak tukar nama gak..nak tukar ejaan sebab ejaan sekarang orang panggil tak ada makna lak..tapi ank dah nak masuk 2 tahun..cam rumit je..

    ReplyDelete
  5. akhirnya danish dapat nama baru. hehehe. ehsan bukan eshan pon bukan. alhamdulillah ada hikmah disebalik staff salah tulis nama kan? hihihi

    ReplyDelete
  6. Nama baru sedap..Alhamdulillah selesai pertukaran nama ni yea, mudah2an Danish membesar dengan baik dan sihat sentiasa yea.

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah, settle dah.
    Dan bagus entry ni, info yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. besar nanti badan mesti taff...ehhehe...
    sedap nama baru ni..

    ReplyDelete
  9. Salam. Hee semangat nak tukar nama anak tu ;p

    ReplyDelete
  10. wahhh selesai dah. nama kita pon orang salah eja. tp mak tak tukar2 . so guna je la nama tu smp ke besor hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum tina, alhamdullilah selesai sudah. wahh sedapnya nama baru danish.. ehehehee

    ReplyDelete
  12. tq for sharing, saya takdelah nak tukar nama sape2...saja nak amik tahu :-)

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..selesai sudah..:)

    ReplyDelete
  14. Assalam tina,
    Alhamdulillah semua dah selesai :)

    ReplyDelete
  15. good day,
    i just want to ask, did you need a reason to why you wanted to change the name of your son?
    i want to change my daughter's name she is 8 months now. thank you.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com