Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, selesai urusan pertukaran nama Danish minggu lepas.. last minute baru ke JPN.. bukan apa, sebelum ni aku pegi dah, tapi dokumen tak lengkap.. padahal aku dah call, tapi maklumat tak lengkap dia jelaskan kat aku.. hambek..
Prosesnya, korang kena pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, pegi ke Bahagian Kelahiran, macam korang nak register nama anak la.. bagitau yang korang nak tukar nama anak bagi umur bawah 12 bulan.. nanti pihak JPN akan bagi satu set borang yang korang kena isi..
Urusan Pesuruhjaya Sumpah
Borang untuk akuan sumpah.. isi nama korang sebagai parents.. tulis nama lama dan baru.. pegi ke JPN untuk pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah.. untuk pengetahuan, Pesuruhjaya Sumpah buka sampai kul 1petang je ye untuk hari Isnin hingga Khamis.. selepas waktu tu, boleh pegi ke Mahkamah atau Pejabat Pesuruhjaya Sumpah terdekat.. aku hari tu pegi Istana Kehakiman.. Bayaran untuk proses ni adalah RM4 (Pesuruhjaya Sumpah)
Urusan Jabatan Pendaftaran Negara
borang pertama.. tulis nama lama.. nama baru.. alamat.. no. pendaftaran.. no mykid.. etc..etc.. careful ye masa nak isi.. takpe je kalau salah, cuma jenuh la nak isi semula kat JPN nanti..
ok, ni borang yang sama.. muka depan dan belakang.. muka depan, isi yang perlu.. yang belakang tu baca betul²..
ok, borang ni pihak JPN akan bagi 2helai.. satu diisi oleh bapa, satu lagi diisi oleh ibu.. aku tersilap hari tu, dua² aku bedal tulis nama husband.. wakakaka.. jenuh gak la nak tulis tu.. phewww...
Dah siap semua, korang kena sediakan salinan kad pengenalan korang suami isteri dan salinan sijil nikah korang.. attach sekali dengan borang² dan surat pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah tu.. pegawai kat JPN akan semak.. bila dah ok, diorg akan proses maklumat dan terus kuar surat beranak baru yang tertera nama baru..
Hari tu ada yang tanya, kalau tukar nama ada tulis @ tak kat nama.. ok, untuk anak di bawah umur 12bulan, yang aku tau la kan, memang tak akan ada.. terus tertera nama baru dan tak ada @ surat beranak tu.. so, bila kat surat beranak tak ada, kat mykid pun tak ada..
taraaaaaaaaaa....dah siap.. sangat pantas proses ni.. yang leceh sikit bila kena pegi Pesuruhjaya Sumpah tu je..
Pastu, akan ada remark kat dalam surat beranak baru tu..
atas tu surat beranak lama, bawah tu baru.. remark sebagai "Tarikh Cabutan".. aku pun tak pasti cabutan apa.. hehehe..
Memandangkan mykid aku pegang dan husband tak bawa hari tu, so mykid tak dapat lagi la sebab diorg amik surat beranak dan mykid lama.. kena pegi JPN lagi la gamaknya..
Ok, sebelum ramai bertanya aku buat ni kata mana sebab cepat proses dia, aku buat kat JABATAN PENDAFTARAN, PUTRAJAYA..
so, membantu tak pada korang..
dan diumumkan bahawa, nama anakanda aku sekarang ialah,
MUHAMMAD DANISH ALTAFF..
notakecik : yayyyyyy, Khamis ni genap dak Danish setahun!!!
Alhamdulillah..selesau sudah pertukaran nama nie..
ReplyDeleteape maksud altaff tu dik ...
ReplyDeletesedap ....
btw mizz tina. kenapa tukar nama anak? jom baca entri terbaru :)
ReplyDeleteMula-mula baca nama tu macam takde masalah since nampak biasa kan. bila tgk older post akak baru faham tujuan akak tukar. Insya Allah moga nama yang baik membawa kepada peribadi yang baik
ReplyDeletenak tukar nama gak..nak tukar ejaan sebab ejaan sekarang orang panggil tak ada makna lak..tapi ank dah nak masuk 2 tahun..cam rumit je..
ReplyDeleteakhirnya danish dapat nama baru. hehehe. ehsan bukan eshan pon bukan. alhamdulillah ada hikmah disebalik staff salah tulis nama kan? hihihi
ReplyDeleteNama baru sedap..Alhamdulillah selesai pertukaran nama ni yea, mudah2an Danish membesar dengan baik dan sihat sentiasa yea.
ReplyDeleteAlhamdullilah, settle dah.
ReplyDeleteDan bagus entry ni, info yg bermanfaat.
besar nanti badan mesti taff...ehhehe...
ReplyDeletesedap nama baru ni..
Salam. Hee semangat nak tukar nama anak tu ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selesai dah ☺
ReplyDeletewahhh selesai dah. nama kita pon orang salah eja. tp mak tak tukar2 . so guna je la nama tu smp ke besor hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum tina, alhamdullilah selesai sudah. wahh sedapnya nama baru danish.. ehehehee
ReplyDeletetq for sharing, saya takdelah nak tukar nama sape2...saja nak amik tahu :-)
ReplyDeletealhamdulillah..selesai sudah..:)
ReplyDeleteAssalam tina,
ReplyDeleteAlhamdulillah semua dah selesai :)
good day,
ReplyDeletei just want to ask, did you need a reason to why you wanted to change the name of your son?
i want to change my daughter's name she is 8 months now. thank you.
hello..no, u dont need a reason why u wanna change ur son's name but if they ask u, then u have to inform them.. tq n sorry for late reply
DeleteAssalam..kalo ank da besar bole ke tukar name?
ReplyDeleteassalam.. boleh, cuma MUNGKIN nama ada @.. saya xpasti akan kesahihannya..
DeleteKalau anak da lbh setahun still boleh tukar nama?
ReplyDeleteKalau anak da lebih setahun still boleh tukar nama ke? Ade sesiapa boleh bantu?thank in advance
ReplyDeletesalam.. boleh sis.. xde masalah.. boleh rujuk kt jpn berdekatan.. :)
DeleteSalam sis.. rasenya kat utc pnye jpn blh buat x?
ReplyDeletesalam..rasanya boleh kt mana² jpn, cuma prosedur angkat sumpah kt mana² pejabat pesuruhjaya sumpah.. jpn tu hanya submit borang je.. :)
DeleteMizz Tina, mna2 pjbt pesuruh Jaya sumpah yg bertauliah boleh ke? Klu anak tukr nma kat my kid, kat surat beranak JPN tukr gak ke? Brp byr? Lepas tu nma lma ank yg pkai dlm bank, sek mcmna? Kena dtg pi utk tukr sekali ke?lg stu nma lma tu masih tertera ke kat surat beranak, my kid? Atau cuma nma bru shj. Utk pengetahuan umur ank 8thun,tq
Deletemna2 pjbt pesuruh Jaya sumpah yg bertauliah boleh ke? => boleh
DeleteKlu anak tukr nma kat my kid, kat surat beranak JPN tukr gak ke? => kalau dh tukar nama kt mykid, surat beranak mmg tukar gak sbb dia akan tukar nama kt surat beranak dl kan..
Brp byr? => RM4 di pejabat pesuruhjaya sumpah
Lepas tu nma lma ank yg pkai dlm bank, sek mcmna? => nama lama dah tak invalid, so kena tukar semua tu. masa kat pesuruhjaya sumpah, dia akan tanya insurans, akaun bank, etc..etc..
Kena dtg pi utk tukr sekali ke? => maksud awak tu adakah anak yang kena dtg sekali? jawapannya tak, ibu dan bapa je yang kena datang.
lg stu nma lma tu masih tertera ke kat surat beranak, my kid? => umur anak 8tahun kan, yang ni saya tak pasti sebab saya tukar nama anak sebelum dia umur setahun. untuk pengesahan, seeloknya rujuk ke JPN.
Tq :)
Salam sis.. rasenya kat utc pnye jpn blh buat x?
ReplyDeleteSalam.. sy xpasti..mungkin blh sbb cuma submit borang..angkat sumpah kt pesuruhjaya sumpah..
DeleteSalam sis @MizzTina, nama yang lama tu kiranya dah tak boleh pakai kan kalau ada urusan rasmi seperti medical check up?
ReplyDeleteSalam.. yup, nama lama xleh guna.. kena tukar semua sekali kt akaun bank, insurans etc..
DeleteSalam. Proses pertukaran ni siap brp lama? Sehari je ke?
ReplyDeleteAssalam.. proses ni amik ms sekejap je as long as semua lengkap..
DeleteSalam klau bdk umr 9thn blh lg x tukar nama...sbb ank sy x ska nma nya yg skg...cm mn eh dgn sjil nikah tu sbb sy dh bercerai dgn suami yg dlu
ReplyDeleteSalam klau umr 9thn blh x lg nak tukar nama sbb anak sy xska dgn nama yg abah dia ... Cm mn eh dgn sijil nikah sbb sy dh bercerai lma dh..tq
ReplyDeleteSalam klau umr 9thn blh x lg nak tukar nama sbb anak sy xska dgn nama yg abah dia bagi sejak kecil ... Cm mn eh dgn sijil nikah sbb sy dh bercerai lma dh..tq
ReplyDeleteAssalam.. boleh lagi tukar nama, xde masalah.. kalau dh bercerai, mungkin JPN nak sijil cerai kot.. utk pengesahan, better call JPN dl..
DeleteSalam...
ReplyDeleteBrpe limit penukaran nama anak dibawah umur 1 tahun?
Salam sis. Nak tanya urusan dekat pesuruh jaya sumpah suami kena ada sekali je or just isteri je? Sebab nampak sign ada 2
ReplyDeleteSalam.. kena ada dua-dua sis..
Deletesis... ad buat surat rasmi jgk x kalo nk tukar name..sbb abg sy nk tkr nma ank dia,tp staff sne sruh buat surat rasmi dlu utk alasan knpa nk tukar..pliss rply sis
ReplyDeletetak perlu surat..hanya pergi ke JPN terdekat, bagitau nak tukar nama, nanti pihak JPN akan bgi borang berkaitan untuk diisi.. itu je..
DeleteSaya pun confius...nama ank perempuan saya nur aisy hanan...tp byk yg kata aisy utk lelaki...jd susah hmm nk tukar pd aisyah...bole ke..
ReplyDeletesebenarnya xde masalah pun aisy ke aisya..tp kalau nak lagi jelas, better rujuk pd lebih arif, mcm ustazah yang tau bahasa arab. tapi kalau maksud nama tak elok, barula kite boleh tukar nama.. :)
DeleteSalam sis...sy nak tanya untuk dokumen sokongan tu buat macam mana yea??
ReplyDeleteSalam.. masa saya tu tak bawa apa-apa doc sokongan.. maaf, saya tak pasti tentang itu. tp proses ni tak rumit, jadi mungkin tak perlu doc sokongan. cuma wajib bawa salinan ic, sijil nikah, surat beranak anak..
DeleteSlm kak mizz tina nk tnya sikit ape mksd tu lampiran kat borang tkr nama anak tu
DeleteSalam sis..maaf nak tanya..saya dah 25 tahun haritu g jpn nk tukar ejaan nama je..sbb nama asal takde maksud.. Risau pulak tiba2 kat ic ada tanda @ ��
ReplyDeleteAssalamulaikum...Mizz tina nk tnya sikit mcm mne nk buat lampiran borang tkr nama anak tu ah
ReplyDeletesalam sis,kalau nama ank terlalu panjang nak ubah boleh ke? umur anak 2tahun dah. tlg balas sis
ReplyDeletesalam sis,kalau nama ank terlalu panjang nak ubah boleh ke? umur anak 2tahun dah. tlg balas sis
ReplyDelete