Apr 16, 2015

Selamat Ulangtahun Danish Altaff!!

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah, hari ni genap dak Danish setahun.. kalau setahun yang lepas, waktu dan saat ini, aku tengah sakit yang teramat.. waktu ni lebih kurang sejam sebelum Danish keluar.. sakit, sungguh sakit.. tak dapat nak gambarkan macam mana sakit nak bersalin tu.. rasa berdebar bukan sebab takut, tapi lebih kepada tak sabar nak tengok cahaya mata sulung.. sakit yang nikmat, sakit yang indah..

Biarla Danish tak pandai membaca lagi, tak salah kiranya aku tinggalkan kenangan untuk hari ni.. yela, mana tau nanti dia tergugel khennn..

Danish, biar ayah dan mommy tak kaya harta, tapi kami kaya kasih sayang.. sememangnya ayah dan mommy tak janjikan kemewahan, tapi insyaAllah kami limpahkan Danish dengan kasih sayang sepenuh jiwa raga kami.. moga Danish membesar menjadi insan yang berguna, anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan mommy kelak, insan yang penuh ilmu agama, anak yang berbakti kepada orang tua.. terpaling penting, bila ayah dan mommy dah tiada, mohon jangan putus doa untuk kami.. sesungguhnya awak adalah harta dunia akhirat mommy.. *sedih pulak ni kenapa????*

Setahun Danish membesar depan mata ayah dan mommy, banyak benda Danish belajar.. walau belum pandai menapak setapak dua, tapi Danish bijak.. keletah Danish buat ayah dan mommy rindu Danish tiap saat.. 

Danish.. (mommy dah tak ada idea, blurr kejap)..


masa ni baru keluar dari perut mommy, lepas nurse bersihkan Danish, mommy snap gambar awak dan wassap kat ayah..hikhik.. gambar belah kanan tu dah masuk wad semula.. tanjat tau kuar² mata awak membulat sebegitu.. 

kadang tercabar gak kesabaran mommy masa tempoh awak nak membesar.. nanges tanpa sebab, mengamuk tak tentu arah.. pandai awak bagi ujian kat mommy kan, dan syukur mommy dan ayah mampu kawal sabar.. tetap melayan Danish tanpa kenal erti penat.. seboleh mungkin mahukan yang terbaik buat awak.. 

Progress awak dalam setahun ni, belum pandai jalan, gigi 4 batang, berselera sangat bila makan, suka kucing, kuat membebel, garang, mahal senyuman, manja, pura² tak nampak mommy bila dengan ayah, suka tiru apa orang buat dan apa orang cakap, suka main air dan mandi, tak takut dengan vakum, masih breastfeed walaupun bukan fully bf, suka naik motor...setakat ni tu je kot.. 

Haaaa..asal anak masuk setahun, mesti ada orang wish untuk Danish minta adik.. hahaha.. sabar ye Danish, mommy dan ayah masih nak tumpukan perhatian kat Danish 200%.. 

Sekali, SANAH HELWAH SAYANG, MUHAMMAD DANISH ALTAFF.. ayah dan mommy sayang awak hingga hujung nyawa.. *muah ciked*

tak terasa anak membesar..rindu masa Danish baby..huhuhu

23 comments:

  1. happy birthday danish
    semoga membesar sebagai anak yang soleh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comelnya Danish. Sis doakan agar Danish menjadi anak yg baik dan soleh ye. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. Assalamualaikum tina. sheila nak tolong mintakkan adik bagi pihak Muhammad Danish Altaff, boleh? ekekkekee, umi sheila doakan awak semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ya..

    ReplyDelete
  3. tahan rindu bb tu ye, lg dua tahun bagi danish adik ok. hee..
    well hepi bday danish. moga jadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  4. Happy birthday danish...moga2 semakin bijak...

    ReplyDelete
  5. kalau tulis pasal anak memang syahdu dia lain macam sikit...
    Happy Birthday Danish! Moga diberkati dilimpahi rahmat Allah s.w.t

    ReplyDelete
  6. happy birthday danish ..... semoga menjadi anak yg berjaya dunia akhirat ye

    ReplyDelete
  7. happy birthday danis..semoga membesar dengan sihat ye..

    ReplyDelete
  8. Assalam tina,
    Happy birthday danish
    moga sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah AMIN

    ReplyDelete
  9. awal lagi nak bagi adik tu..bagi dia boleh jalan kuat sikit..senang nak diuruskan nanti.kan??
    selamat hari jadi Danish...:)

    ReplyDelete
  10. Happy bufday danish. Smg membesar dengan sihat, bijak dan cergas. :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari ulangtahun danish..semoga membesar menjadi juara..!! juara sebagai anak soleh dan terbaik tuk ayah mommy key.. insyaa Allah :)

    tarikh lebih kurang qaleef jer..

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir danish moga sentiasa diberikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg soleh dan membanggakan ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  13. Happy belated befday Danish..semoga berjaya dunia akhirat & menjadi anak yg soleh...

    ReplyDelete
  14. happy birthday danishhh!!!...;D

    ReplyDelete
  15. hepi besday Danish..semoga menjadi anak yg soleh & hormat orang tua....amin3...

    ReplyDelete
  16. happy birthday dak danish..
    semoga menjadi anak yg soleh untuk ayah dan mommy

    ReplyDelete
  17. Cantik sungguh namanya. Happy 1 year old belated birthday my dear Danish Altaff! Semoga membesar dengan sehat, dengar nasihat ibu bapa & menjadi seorang anak yang soleh. ;)

    ReplyDelete
  18. Happy Birthday Danish!! Nanti dah besar baca blog aunty ok! hehe~
    congrats akak, sebab dah berjaya sampai ke tahap sekarang..tugas ibu bukan mudah, tapi akak dah berjaya ke tahap ni. teruskan usaha..hehe

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com