May 19, 2015

Cabaran bermula | Anak hilang selera makan

Assalamualaikum wbt..

Lately ni aku sangat susah hati dengan hero kecik aku tu.. sejak Sabtu lepas, Danish TAK NAK MAKAN, susu pun sangat la kurang.. aku sampai menangis la sebab risaukan Danish,tapi Danish aku tengok rilek je main semua.. btw,hemak mana yang tak emo kalau anak dia macam tu kan.. hati ni sentiasa la risau..

Dan pagi Ahad tu,celik2 mata je Danish dah minta makan.. Macam mana aku tau, sebab Danish sebut "nakkk" sambil korek mulut aku.. Alahai sayang,mommy tak makan pape la.. aku tunjuk roti, Danish tak nak, tunjuk pisang,Danish angguk.. so,suap la pisang.. suap makan sambil terharu sangat..

Orang kata, kalau anak tak selera makan,cuba mandikan dengan air rendaman daun kucai.. aku ajak husband pegi kedai, aku beli daun kucai.. petang tu mandikan Danish dengan air rendaman daun kucai.. nanti aku share cane.. siap bekalkan daun kucai tu ke taska minta BS mandikan tiap petang, 3 kali petang je..

Semalam bekalkan Danish buah naga dan macaroni cheese.. buah naga habis,tapi macaroni tak mo.. sudahnya minta tolong BS blend halus lagi campur dengan susu, HABIS!!! sup ayam dan kentang yang BS masak pun Danish berjaya habiskan..

Dan hari ni bekalkan lagi macaroni cheese,buah dan nasi+sayur bayam+jagung muda+ikan bilis goreng yang aku blend halus dan Alhamdulillah,Danish berjaya habiskan.. syukur sangat..

Kadang tu memang macam mengarut, ikut petua lama.. tapi aku ikhtiar mana yang aku larat.. Danish pun dah tunjukkan perkembangan positif.. moga Danish terus berselera makan.. sebelum ni aku susah hati Danish asek makan je, skang padan muka aku sebab Danish xnak makan..

Terima kasih gak kat BS sebab layan je permintaan aku.. huhu.. Dan untuk sedapkan hati pasal Danish ni,kawan aku cakap maybe sebab Danish nak jalan.. atau mungkin sebab nak tumbuh gigi lagi.. dan aku pun ada tanya kat gruo wassap Mommy blogger, rata2 diorg pun ada masalah macam aku.. bila aku tanya berat anak masing2 pun tak ada jauh sangat bezanya dengan berat Danish.. mekaseh korang.. aku memang terasa gak la bila orang duk kata, "keciknya anak ko".. alahaiiiii.. 

Sayang..moga berat awak naik banyak ye,mommy dah malas nak jumpa nurse,boring tau..

16 comments:

  1. Biarlah kecik asalkan sihat..dah gennya pun kecik...awak dah buat yg terbaik..baby pun macam kita jugak ada masa berselera ada masa memilih..janji Danish membesar dgn sihat...tak payah risau k :)

    ReplyDelete
  2. nak naik gigi kot.aritu kita pun stress thaqif almost 2minggu kurang norr makan..tup2 naik gigi.semangkuk bubur mcD besor tu 2x makan je abes.

    ReplyDelete
  3. akak pu comey kecik je, Danish ikut akak tu. yang penting dia sihat, aktif nak juga makan. Husna saya baru nak ajar makan sikit-sikit. Tapi habis semua ditolaknya x bagi masuk mulut. Seminggu lagi nak masuk 6 bulan. Mungkin belum sampai masa dia nak makan kot.

    ReplyDelete
  4. TEngah melasak kot.. entah la.. I pun dilema sama ngan cik TIpah ni, dia suka nasi dengan sup jer.. perut melayu, owh and yogurt.. ada mat salleh di situ. hat lain.. kalau suap pasta ke apa terjelir2 lidah kelaurkan semua, siap sapu2 lidah, ngada sangat ni. tapi tu la... bila tak nak makan, mula la ngempeng menyusu whole day, penat mama. eh I pulak membebel kat sini hahahaha. Danish be healthy and aktif ok, makan banyak2 ok, biar mama mu happy ok.

    ReplyDelete
  5. Memang mak2 ni nak kan berat anak naik..sama dengan saya..pernah pi klinik bagi tau anak tak mau makan,berat pun naik sekilo je lepas 3 bulan.nurse kata ok je..bukan masalah besar..dia aktif,tak sakit,tak de demam itu benda biasa pada budak2 sebab dia seronok dengan dunia sekeliling dia..dia tak mau terlepas semua tu sampai dia lupa tentang makan..nurse kata tiap kali masa makan,makan je depan dia..lama2 nanti dia ikut kita makan..dan memang cara tu berkesan pada anak saya. walaupun dia makan sekali 3 ,4 suap je..

    ReplyDelete
  6. mmg kalau dh besar skit akan kurang makan..plus mcm ssh skit nak makan..tp kalau dpt makanan yg dieorg suke tuh diaaa, mmg xberganjak..duk nganga mulut jer..sbb mek pun gitu jugak sebenarnye..xpe la tina, janji danish sihat n aktif..kecik pun xpe sbb die kecik lagi..tunggu dh besau skit..silap2 lg tingi dr mommy..hehee..jgn risau okayh..

    ReplyDelete
  7. Danish nak gurau manja dengan mak dia tu. hehe

    ReplyDelete
  8. adam pun at one time dia kurus xnak makan. time tu la tengah nak tumbuh gigi and tengah nak melasak. rasanya normal je tapi yg jd pressure bila orang luar la komen2. hehe. alamdulillah danish dah nak makan.

    ReplyDelete
  9. nurse tu rabun ke.. tgk la muumy dia cmne.. hehe..
    yg penting dak danish sihat dan aktif... tak kesah la.. berat tak naik bnyk..

    ReplyDelete
  10. Kadang2 ada masa budak2 hilang selera makan sis..hopefully xberpanjangan...

    ReplyDelete
  11. Maybe die xsuka nk kunyah kot...rasa mcm tercekik. .tu yg bila blend kasi halus die okey..t ada gigi mesti okey dah...insyaallah..

    ReplyDelete
  12. Anak saya pun saiznya kecil berbanding raka sebayanya tapi saya tak risau sebab dia sihat saja

    ReplyDelete
  13. Assalam tina,
    jangan pressure diri & anak sangat
    kuantiti makanan tak penting
    yang penting anak makan
    anak sihat tu kira dia cukup makan la tu yer
    sok3 insyaAllah selera tambah
    macam anak akak la
    dedolu baby susu menag kurang giler
    makan pun sikit2 jer
    tapi makan la jugak kan
    ni dah todler alhamdulillah selera makan menjadi2 :)
    anak lelaki macam tu la

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com