May 21, 2015

Petua meningkatkan selera makan anak

Assalamualaikum wbt..

Ok, rasanya dah ramai yang tau pasal ni.. tapi sebab aku dah janji nak share, so aku share la ye.. dalam masa Danish tak ada selera makan tu, aku teringat budak² kat grup ada bincang pasal ni, gigih aku scroll.. tak jumpa pulekkk.. so aku gugel.. sangkut kat blog kak IntanBerlian.. 

Danish baru setahun, aku tak pasti boleh ke idak nak suap² vitamin ni..so guna petua yang tak perlu masuk mulut semua.. guna DAUN KUCAI yang engkorang guna masa masak char kuey teow tu.. aku siap google rupa daun kucai tu untuk kepastian, takut terbeli daun bawang.. 

Caranya, ambil beberapa pokok daun kucai, patah²kan lebih kurang 2inci..tapi tak payah la jujur sangat pegi ukur.. pastu rendamkan dalam air yang suam².. ramas² tau daun tu.. air tak perlu banyak sangat.. okeh, siap air rendaman, bukan mandikan terus tau.. mula² mandikan anak engkorang macam biasa, kat air bersih, sabun dan syampu siap semua.. dah siap mandi tu, jiruskan anak korang dengan air rendaman daun kucai tadi.. gosok kat belakang badan dan dada..gosok² la ye.. pastu JANGAN BILAS.. bersihkan daun kucai tu dengan kutip² guna tangan engkorang je, bukan siram dengan air bersih.. siap!!! buat 3 kali dan waktu mandi adalah petang sahaja.. 

Hari kedua mandikan dengan daun kucai tu, Alhamdulillah dah membuahkan hasil.. Selasa tu hari last dan BS kata Danish berselera sangat makan.. syukur sangat..

bukan nak kata sebab mandikan dengan air kucai tu la Danish berselera, tapi atas berkat doa dan usaha kite sebagai parents kan.. kalau sebelum ni nasi lenyek since Danish dah tumbuh gigi, skang berubah kepada asal, makan nasi blender balik.. tak apa la, asalkan Danish makan..

khasiat daun kucai
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. - sumber WIKIPEDIA

SUMBER : GOOGLE


engkorang kalau ada masalah macam ni, tryla petua ni ye.. spread to others..  ngeeee



notakecik : puasa pastu raya.. ermmmm

13 comments:

  1. hahah..penah tepikir nak buat....
    tapiii maknye malas plakk...

    alhamdullilah..
    sekarang anak pon dah banyak makan...
    dengan nasi kita yang berlauk pedas ni pon dia nak makan jugak..
    parah...

    ReplyDelete
  2. Assalam tina,
    oopppssssssss
    ini ibu yang tak makan kucai
    ater cencaner he3

    ReplyDelete
  3. amai pun badan slimmm memanjang kak.bagus jugak petua akak nih.bole sya try nnti.thank u !

    ReplyDelete
  4. uiks...baru tau nie petua nie..smbl2 beli buat sayur dlm kuey teaw goreng, boleh guna utk mandikan si mek nie..

    ReplyDelete
  5. kalau kisar bagi hancur lepas tu tapis boleh ke??sebab ada budak2 yang geli bila mandi ada benda melekat kat badan dia..hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam sis.. Kathy terbaca komen sis kat entri promote GMBM rakan penaja. Emm.. Kathy adalah admin GMBM. Sis ada PM Kathy ye? Maaf sis,Kathy tak terima mesej sis sbb Kathy dah setting privacy yg blh PM hanya friend saja. So,Kathy tak boleh baca mesej bkn dari friendlist. Harap maaf atas kekeliruan. Jika sis masih berminat blh request sekali lg k. Tqvm.

    ReplyDelete
  7. isshhh i takut tak betul jer daun i beli nnt, dari kucai jadi kacau hhuhuhu. bebudak ni selera tah apa2, tengok mood... tensi ler jugak.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. ohhh yeee.. nak tgk pic aina kat PD tu kena p instagram la... :-)

      Delete
  9. Petua yang berguna. Nak cuba juga untuk anak macam ni. daun kucai yea.

    ReplyDelete
  10. selalunya guna daun ni utk rencah cekodok tepung. tatak pulak khasiat dia mcm ni. hehe..

    ReplyDelete
  11. hahaha..ok..ok..
    takpe la mencuba..ikhtiar,.,lagipun tak la pelik sangat petua nya

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com