Jun 23, 2015

Serunding, mini karipap dan mini popia sedap

Assalamualaikum wbt..

Hah, tajuk tu kena sangat dengan bulan puasa ni.. aku biasa memang tiap kali puasa akan beli serunding, kali ni boleh terlepas pulak.. so, dah alang² ada serunding sedap ni, nanti boleh la order..

Yang best pasal serunding ni, biasa kita nampak serunding daging dan serunding ayam je kan.. ni lain babe, SERUNDING DAGING TEMPATAN, SERUNDING AYAM DAN SERUNDING IKAN.. pure dari Kelantan.. sejujurnya aku tak pernah makan serunding ikan begitu sahaja.. biasa makan kat popiah, karipap mini..so tak rasa meratah macam tu je.. nanti boleh beli nihhhh..

meh aku lanje gambar dulu.. korang pasti terliur tergoda dan musti terbeli..

serunding daging tempatan

serunding ayam

serunding ikan

nahhh..serunding yang dah siap dan sebelum packing

dah siap packing...sedia untuk diedar

Serunding dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat,tahan lama dan boleh di makan denagn pelbagai hidangan.Bau serunding ni pun dah sedap belum lagi makan....
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini dll...
Resepi tradisional turun temurun dijamin sedap :
- Daging berkualiti dan dicarik halus
- Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa
- Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu
- Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama

kalau korang susah nak hadam makan macam tu je, boleh la buat inti popiah, inti karipap mini.. sure laku keras kuih raya engkorang nanti.. silap² ada yang order padahal engkorang buat sesaje je.. kalau engkorang malas gak nak buat, hah..usah khuatir, MINI KARIPAP DAN MINI POPIA juga ada dijual.. amacam, best kan?? btw, mini karipap ni memang feveret iols..

 

 menarik khennnnnnnnnnn....

ini adalah senarai harga kalau engkorang berminat nak beli.. 
Serunding Daging - RM18 (250gram)
Serunding Ayam - RM18 (250gram)
Serunding Ikan - RM12 (250gram)
Mini karipap - RM32 (1kg)
Mini popia - RM32 (1kg)

jadi, tunggu apa lagi.. mai order maiiiii... kalau berminat, boleh contact tokey dia.. 
SMS ke 012-9218016 (HARYANI)

8 comments:

  1. uhuhuh kite pun baru je hapdet benda yang sama..
    taip sambil terliur..dah acane niiii??
    hewhewhew

    ReplyDelete
  2. Same ler..serunding daging harus ade..;)

    ReplyDelete
  3. serunding daging dari kelantan paling sedap..penah beli dan sudahnya cuma bertahan 2 hari saja..habesss makan..

    ReplyDelete
  4. Oh ni blogger alia haryanie tu kan..tapi kan memang serunding dari kelantan sedap tau, akak pun dapat serunding dari kelantan ada staf opis bagi, dia asal kelantan..Memang sedap la..Ingat macam nak beli je karipap mini tu la, fav akak jugak tu..

    ReplyDelete
  5. meleleh air liur baca pagi ni...hahaha..serunding ikan? saya belum pernah makan.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya serunding tu . Lg sedap karipap dan popiah tu

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com